Ambank Online : Cara Daftar & Login Internet Banking Amonline. Cara register online banking arab malaysian lengkap dengan gambar.

Ambank Online : Cara Daftar & Login Internet Banking Amonline

login dan cara daftar amonline ambank

Ambank merupakan salah satu kumpulan yang menawarkan Perkhidmatan Kewangan di Malaysia selain perbankan yang lain. Seperti institusi kewangan yang lain, Ambank tidak ketinggalan dalam menyediakan platform perbankan internet bagi memudahkan urusan pelanggan mereka. Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan Ambank Online Login : Cara Daftar AmOnline untuk panduan pelanggan-pelanggan Ambank.

Perbankan internet Ambank dikenali sebagai AmOnline menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan. Antaranya adalah urusan transaksi secara online, pembayaran bil, kad kredit, serta pembayaran pinjaman. Justeru, bagi pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan AmOnline, sila ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut.

Cara Daftar AmBank (Register di ambank.amonline.com.my)

Berikut dikongsikan maklumat mengenai login, cara daftar, muat turun aplikasi AmOnline dan sebagainya untuk rujukan semua.

Cara Daftar AmOnline

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk pelanggan yang ingin mendaftar atau pengguna kali pertama:

  1. Layari Portal Rasmi
  2. Klik ‘Register’
  3. Cipta ‘Username’ anda yang mempunyai nombor dan abjad tanpa sebarang jarak. Ia juga messtilah panjang di antara 6 hingga 15 aksara
  4. Seterusnya cipta kata laluan ‘Password’ yang panjang antara 8 hingga 16 aksara, serta mempunyai huruf besar, huruf kecil dan mempunyai sekurang-kurangnya satu nombor.
  5. Pilih imej keselamatan anda
  6. Klik ‘Continue’
  7. Tandakan kotak pada ‘Terma dan Syarat’ dan klik ‘Next’
  8. Pada halaman seterusnya, pilih jenis akaun anda dan masukkan nombor akaun anda. Pendaftaran akaun bank anda selesai.
  9. Berikut adalah infografik yang disediakan oleh AmBank: langkah daftar amonline ambank

Cara Login

Setelah berjaya mendaftar akaun anda, berikut adalah langkah-langkah untuk log masuk ke dalam akaun dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan:

  1. Layari Portal Rasmi
  2. Masukkan ‘Username’ anda dan sahkan Imej Keselamatan anda yang tertera.
  3. Isikan kata laluan anda dan klik ‘Login’

Muat Turun Aplikasi AmOnline

Kepada pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan perbankan internet Ambank melalui telefon atau tablet, anda boleh memuat turun aplikasi yang telah dibangunkan mengikut operasi sistem telefon anda:

Soalan Lazim

1) Apakah AmSecure?

  • AmSecure adalah langkah sekuriti yang menggantikan SMS TAC untuk pengesahan transaksi online anda. Ia lebih selamat berbanding SMS TAC.

2) Nombor telefon yang didaftarkan ke akaun bank tidak digunakan lagi. Bagaimana saya ingin mengemaskini nombor telefon saya?

  • Sila hadirkan diri anda ke cawangan Ambank yang terdekat atau hubungi pusat panggilan kami untuk mengemaskini nombor telefon anda.

 3) Apakah DuitNow QR?

  • Duit Now adalah servis transaksi dana waktu sebenar di mana pemindahan dana boleh dibuat dengan pantas dan mudah. Selain pemindahan melalui nombor akaun, DuitNow juga boleh menggunakan ID seperti nombor telefon, nombor kad pengenalan, nombor tentera atau polis, nombor pendaftaran perniagaan atau nombor passport

Maklumat Lanjut

Sekiraya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan, sila rujuk:

  • No. Telefon Pusat Panggilan: 03-2178 8888
  • Emel: customercare@ambankgroup.com

Related : bank account credit card peace of mind, increase credit card limit reset a forgotten pin block a lost card and enable online purchases and overseas spending for your debit card on amonline, debt consolidation, sdn bhd, personal loan, apply for a new credit card, bayar bil, transactions like transfer money search for unit trust credit card personal loan online banking account and receive alerts tap on quick actions view all your accounts profile search for unit access your account unit trust funds purchase card personal loan financing scan a qr code account dashboard is designed, card balances, unit trusts,