Berita baik kepada pelanggan perkhidmatan televisyen berbayar terkemuka di Malaysia. Kini, anda boleh menonton rancangan atau saluran kegemaran anda di mana-mana sahaja. Astro telah menyediakan aplikasi mudah alih bagi menawarkan pelanggannya perkhidmatan penstriman siaran secara percuma. Oleh itu, di bawah dikongsikan maklumat berkaitan cara daftar Astro Go ni percuma di telefon pintar dan peranti mudah alih untuk rujukan semua.
All-Asia Satellite Television and Radio Operator merupakan penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia serta telah berkembang ke negara Brunei dan Indonesia. Perkhidmatan ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia kerana menawarkan pelbagai jenis saluran daripada hiburan, berita, sukan dan saluran kanak-kanak. Dengan pakej-pakej menarik ianya telah menaikkan lagi jumlah pelanggan mereka dari tahun ke tahun.
Daftar Dan Cara Menggunakan Astro Go
Berikut dikongsikan informasi terperinci berkaitan aplikasi percuma di telefon pintar dan peranti mudah alih yang digunakan meluas pada masa kini seiring dengan perkembangan teknologi.
Untuk makluman, anda boleh menggunakan aplikasi sehingga 4 peranti pada masa yang sama menggunakan telefon, tablet, komputer atau televisyen.
Apa itu Aplikasi Astro GO?
Ianya adalah aplikasi mudah alih yang memberikan pelanggan akses kepada semua saluran, rancangan dan siaran langsung berita, sukan serta program khas.
Anda yang berdaftar boleh menstrim pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja menggunakan telefon pintar, tablet atau komputer.
Nikmati filem kegemaran anda dan siri TV dimana sahaja anda pergi!
Astro on the Go adalah perkhidmatan terbaru. Anda boleh menonton rancangan melalui telefon pintar, tablet, komputer riba mahupun PC anda.
Nikmati blokbuster terbaru dimana anda berada. Sama ada anda berada di dalam pesawat, kereta api, perjalanan, atau hanya tiada di rumah, anda boleh menonton rancangan yang anda suka bila-bila masa, dimana sahaja.
Tiada WiFi atau Data? Jangan risau, anda hanya perlu memuat turun rancangan kegemaran anda dan menonton semasa offline, dari alat digital yang berbeza, bila-bila masa.
i) Saluran TV Live
Enjoy 24 / 7 access to a wide range of ASTRO TV channels. Upon signing up, immediately get access to the variety of news, live shows, movies, current affairs, sports and other content.
ii) Sukan
Pasukan kegemaran anda sedang bermain dan anda perlu keluar? Tonton acara sukan semasa disasarkan. Sama seperti anda menonton dari TV,
iii) Filem & TV
Tonton dalam “Real Time”. Jangan terlepas apa-apa. Ikuti perkembangan terkini dengan program terbaik yang sedang disasarkan.
iv) Rancangan Life
Dapatkan episod terbaru rancangan TV On-Demand kegemaran anda. Jangan terlepas satu episod. Anda boleh menonton semua episod sekali. Pilih dari pelbagai kumpulan untuk keseronokan hiburan anda.
v) Tonton Offline
Selalu di luar dan tiada Wifi? Tiada masalah. Muat turun terlebih dahulu dan anda boleh menonton rancangan kegenaran anda pada telefon bimbit, PC atau Tablet anda. Tonton bila-bila masa.
Muat Turun Aplikasi
Anda boleh memuat turun aplikasi penstriman ini di telefon atau tablet melalui pautan di bawah:
Cara Register Astro Go
Setelah memuat turun aplikasi tersebut, anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar akaun anda:
- Buka aplikasi atau layari Laman Rasmi
- Klik ‘No Astro ID? Create now!’
- Masukkan nama, emel atau nombor telefon anda dan cipta kata laluan yang ingin digunakan
- Pastikan kata laluan anda mempunyai minima 8 karakter termasuk nombor, huruf kecil dan huruf besar.
- Tandakan pada kotak persetujuan ‘Privacy Policy, Terms of Use’
- Klik ‘Create Astro ID’
- Seterusnya, anda dikehendaki mengisi nombor kad pengenalan serta maklumat lain yang berkaitan dan nombor akaun/ smart kad Astro anda.
- Klik ‘Next’ dan lengkapkan pendaftaran sehingga selesai
Cara Login
Di bawah pula adalah panduan untuk log masuk ke dalam aplikasi anda:
- Kembali ke halaman utama aplikasi
- Log masuk menggunakan emel atau nombor telefon yang telah anda daftar serta kata laluan.
- Klik ‘Log In’
Untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai produk yang ditawarkan, sila buka pautan berikut: Senarai Panduan Produk
Video Panduan
Berikut adalah video yang disediakan untuk pelanggan menggunakan aplikasi ini di peranti masing-masing:
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkaitan, sila rujuk pautan di bawah:
- Facebook Rasmi
- Laman Web Rasmi
- Telefon atau Whatsapp: +603 9543 3838 (Talian Hotline Astro)
Related : astro on the go untuk pelanggan astro dimana mana sahaja rancangan kegemaran on demand akaun astro https astrogo.astro.com.my saluran tv saluran astro, untuk filem untuk anda tonton, 2 peranti pada masa pihak astro filem pay per view siaran astro, sambungan internet
Senarai Tajuk Kecil Artikel