Bazar Ramadhan Online 2020 (BRO). Keputusan beberapa Kerajaan Negeri untuk membatalkan bazar Ramadan tahun 2020 susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah keputusan yang terbaik walaupun ada golongan yang terkesan akibat langkah ini. Penganjuran bazar Ramadan iaitu tempat tumpuan orang ramai adalah berisiko dalam menyumbang kepada penularan Covid-19 di Malaysia yang kini dilihat berada dalam keadaan yang terkawal.
Untuk mengatasi masalah ini, beberapa Kerajaan Negeri seperti Selangor, Johor dan beberapa negeri lain bakal melaksanakan inisiatif pembelian dalam talian (online) bagi menggantikan bazar Ramadan yang berkonsepkan fizikal dan terbuka. Peralihan ke perniagaan atas talian atau e-dagang dilihat sebagai jalan penyelesaian terbaik buat masa ini.
Bazar Ramadhan Online 2022
Selain Kerajaan Negeri, terdapat juga beberapa pihak lain seperti Persatuan Penjaja, Syarikat, Usahawan, Individu yang akan/ telah membangunkan platform e-bazar Ramadan online. Ianya termasuk melalui penjualan di laman sosial seperti di Facebook untuk memberi peluang orang ramai untuk berniaga secara dalam talian.
Berikut dikongsikan senarai kerajaan negeri yang bakal melaksanakan Konsep Bazar Ramadhan Digital. Senarai negeri dan pautan bazar akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas diumumkan secara rasmi. Senarai bagi tahun 2022 akan dikemaskini
Kerajaan Negeri Johor telah melantik dua penyedia sistem, iaitu eBAZARA dan Getmakan untuk menguruskan sistem Bazar Ramadhan Online dikenali sebagai eBazar Makmur Johor.
Ianya adalah untuk membantu peniaga, pembeli dan penghantar makanan bagi menggantikan pelaksanaan bazar Ramadan konvensional
GetMakan.com merupakan eBazar Ramadhan yang memudahkan pelanggan mencari makanan kesukaan di kawasan mereka dan tempahan terus dihubungkan ke whatsapp peniaga.
eBAZARA, sebuah platform aplikasi ‘food ordering’ secara online untuk jualan dan belian juadah berbuka puasa bagi seluruh Negeri Johor melalui aplikasi MuslimBrands
Kerajaan Negeri Perak melalui DigitalPerak memperkenalkan inisiatif ‘S.M.A.R.T Iftar@Perak’ iaitu sebuah platform pembelian secara digital dengan menggunakan khidmat penghantaran sebagai alternatif kepada penganjuran bazar Ramadan tradisi
Paparan Menu Mengikut Daerah Akan Dipamerkan Bermula 1 Ramadhan 1441
Kaedah memasarkan pelbagai juadah berbuka puasa secara dalam talian akan dipantau oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU)
Pusat Khidmat di 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dilantik sebagai pentadbir kepada bazar Ramadan dalam talian
Peniaga yang berminat menyertai bazar Ramadan dalam talian boleh mendaftar untuk menggunakan kemudahan ini melalui sistem yang akan diwujudkan pada minggu kedua bulan April
Bagi memudahkan peniaga dan pengguna, semua urus niaga dilakukan menerusi e-wallet
Platform pasar raya atas talian atau portal yang akan memaparkan senarai pasar raya yang beroperasi di negeri Pahang beserta barangan jualan mereka
Senarai tapak bazar Ramadan turut dipaparkan serta gerai jualan dan pengguna boleh melihat gambar juadah yang disediakan lalu membuat tempahan menerusi PahangGo iaitu pihak yang bertangungjawab membina portal PahangMart, yang juga akan menyediakan platform penghantaran
Platform jualan makanan secara dalam talian ‘JBO@MBPP’ yang telah dilancarkan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow
Cara-Cara Memesan Makanan :-
Klik pautan diatas
Sila masukkan lokasi penghantaran yang anda inginkan
Sila pilih menu anda dan tetapkan bilangan pesanan makanan anda. Seterusnya sila klik pada butang ‘Add to Carts & Checkout’.
Sila lengkapkan butiran anda di ruangan A & B kemudian lakukan pembayaran.
7. KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
PAUTAN
— (Akan dikemaskini)
Kerjasama bersama dengan syarikat penghantaran Grab Malaysia
Pembelian dalam talian sahaja melalui aplikasi Grab selain mematuhi segala spesifikasi penyediaan makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Maklumat lanjut berkaitan informasi Bazar Ramadhan secara Online tahun 2020 untuk platform rasmi kerajaan negeri yang lain akan menyusul.
Bazar Ramadhan Secara Atas Talian/ Online Melalui Website Dan Facebook
Pengguna juga mempunyai pilihan bazar Ramadan secara online yang disediakan oleh orang ramai di Group Facebook atau laman web seperti ringkasan berikut :-
A. WEBSITE
Nakmakan : Kawasan Kuala Lumpur & Selangor
Bazaar Cord by Mawar Rashid : eBazaar Ramadhan sekitar Lembah Kelang
Santan, Anak Syarikat AirAsia Group Bhd : e-Bazar Ramadan
Fashion Valet Kerjasama dengan Food Panda : FVBAZAAR https://www.fashionvalet.com/fvbazaar
Dekatni : Lokasi seluruh Malaysia
Laman Web Bazaar-Rakyat : lokasi sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Putrajaya, Perak, Melaka, Negeri Sembilan & Kedah
e-Bazaar Ramadan #watsapkita : Kawasan sekitar Selangor dan Kuching, Sarawak
B. LAMAN FACEBOOK
Pengguna yang beminat memesan makanan melalui laman facebook boleh merujuk kepada maklumat berikut :-