Budi Madani 2024 Permohonan Subsidi Diesel RM200 Sebulan. Cara mohon program bantuan melibatkan pemilik kenderaan diesel persendirian, petani dan pekebun kecil komoditi.

Budi Madani 2024 Permohonan Subsidi Diesel RM200 Sebulan

Kementerian Kewangan telah mengumumkan satu program bantuan subsidi untuk minyak diesel yang dinamakan sebagai program bantuan subsidi madani budi madani. Susulan kenyataan Perdana Menteri untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel yang melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia. Oleh itu, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Subsidi Diesel 2024 berjumlah RM200 Sebulan untuk rujukan semua.

Kerajaan Madani pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertekad untuk mengurangkan kadar hutang negara dan menguruskan kewangan kerajaan dengan lebih baik. Salah satu langkah yang perlu dilaksanakan adalah dengan memastikan subsidi diterima oleh golongan sasaran. Program ini juga melengkapi usaha sedia ada kerajaan dalam menyasarkan subsidi melalui sistem MySubsidi Diesel kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Permohonan Budi Madani 2024 Subsidi Diesel RM200 Sebulan

Permohonan Budi Madani 2024 Subsidi Diesel RM200 Sebulan

Anda boleh menyemak syarat-syarat kelayakan serta cara membuat permohonan bantuan bahan api diesel bersubsidi. Informasi di bawah dapat membantu.

Program bantuan sabsidi ini adalah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

​Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, program ini diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

Ianya adalah satu program bantuan subsidi diesel yang akan diberikan kepada pemohon yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Program ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi. Mereka yang layak akan mendapat RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

BUDI Individu adalah program untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.

BUDI Agri-Komoditi pula khusus untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur dan Ternakan) dan pekebun kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat-syarat untuk membuat permohonan bantuan subsidi bahan api diesel mengikut kategori:

1) Budi Individu

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  2. Memiliki kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan JPJ selain kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun
  3. Kenderaan dimiliki mempunyai cukai jalan yang aktif
  4. Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah

Kritieria Pemilikan Kenderaan:

  1. Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
  2. Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) aktif;
  3. Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia;
  4. Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad

Kriteria tidak layak mendapat BUDI Individu:

  1. Motosikal diesel
  2. Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat/ pertubuhan
  3. Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun
  4. Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing
  5. Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran dan bas persiaran

2) Budi Agri-Komoditi

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  2. Pemohon merupakan petani atau pekebun kecil berdaftar dengan agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)
  3. Pemohon merupakan petani atau pekebun kecil yang aktif dengan hasil jualan pertanian tahunan antara RM50,000 dan RM300,000

Cara Mohon BUDI MADANI

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi (https://budimadani.gov.my/Default.aspx)
  2. Klik pada Mohon Di Sini bagi kategori anda
  3. Masukkan maklumat pemohon di bawah dengan betul
    • No. MyKad
    • No. Telefon bimbit
    • Nama Bank
    • No. Akaun bank
    • Alamat emel
  4. Pastikan maklumat kenderaan juga diisi dengan tepat
    • Nombor Pendaftaran Kenderaan
    • Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan)
    • Jenama/ Model Kenderaan
    • Kelas Kegunaan Kenderaan
  5. Untuk kategori Agri-Komoditi, anda perlu sahkan kriteria kelayakan dipenuhi termasuk tahap nilai jualan tahunan

Tempoh proses untuk mendapatkan bayaran bantuan subsidi diesel akan dikemaskini di dalam sistem. Anda boleh menyemak di bahagian Semak Status pada papan pemuka “dashboard” pemohon. Pembayaran akan menerima budi madani sebanyak rm200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem atau secara tunai di cawangan BSN yang terdekat jika pemohon tiada akaun bank.

Soalan Lazim

1. Bilakah Permohonan Subsidi Diesel ini dibuka dan ditutup?

Permohonan adalah dibuka sepanjang tahun bermula 28 Mei 2024

2. Adakah pendaftaran secara manual bagi bantuan ini?

Pendaftaran hanya boleh dilakukan secara dalam talian. Anda boleh hadir ke jabatan/agensi berkaitan untuk mendapatkan khidmat nasihat pengisian borang permohonan

3. Apakah jenis bantuan yang akan diterima di bawah program bantuan ini?

Permohonan yang lulus akan menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM200 dan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon pada setiap bulan mulai Jun 2024

4. Bagaimanakah jika permohonan tidak diterima atau status permohonan tidak diluluskan?

Jika permohonan tidak lulus, dan pemohon memenuhi syarat kelayakan, pemohon boleh mengemukakan rayuan atau menghubungi pusat panggilan. Rayuan akan dibuka mulai bulan Jun 2024.

5. Sekiranya Lesen Kenderaan Motor jalan telah tamat tempoh, adakah pembayaran bantuan masih berjalan?

Pembayaran akan terhenti sehingga Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) diperbaharui. Pembayaran akan dibuat semula apabila semakan daa agensi menunjukkan Lesen Kenderaan Motor tersebut aktif.

Soalan-soalan lazim yang lain oleh dibaca melalui pautan di bawah:

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan, sila hubungi :

  • Talian BUDI Individu (BKK HASIL) : 1 800 88 2747
  • Talian BUDI Individu (MOF) : 03 8882 4565/ 03 8882 4566
  • Alamat emel : budimadani@treasury.gov.my
  • Talian KPKM untuk petani kecil : 03 8870 1207 (waktu operasi 8.30 pagi-5.30 petang, Isnin hingga Jumaat)
  • emel KPKM : geoagroadmin@kpkm.gov.my
  • Talian KPK untuk pekebun kecil : 03 8880 3426/ 03 8880 3431 (waktu operasi 8.30 pagi-5.30 petang, Isnin hingga Jumaat)
  • emel KPK : sudsididiesel@kpk.gov.my

Rel : lesen kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun, secara dalam talian di laman web, untuk individu atau pasangan rm100,000 dan ke bawah, menjelang pertengahan jun, menteri kewangan ii datuk seri amir hamzah azizan berkata, penerima yang diluluskan selepas 3 jun 2024 akan menerima, berdaftar dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, kelayakan budi individu, butang semak status pada papan pemuka dashboard permohon,