Cara Ikat Tali Leher Sekolah Dan Pejabat Mudah & Betul. Klik sini untuk panduan video dan bergambar cara mengikat atau pakai tie.

Cara Ikat Tali Leher Ke Sekolah Dan Pejabat (Tutorial)

cara ikat tie

Di samping talipinggang dan jam tangan, tali leher merupakan antara aksesori pakaian yang paling lazim dipakai terutamanya bagi kaum lelaki. Ia sering digunakan untuk melengkapkan persalinan pakaian formal semasa menghadiri mesyuarat, temuduga atau tujuan lain yang sesuai seperti ke sekolah rendah atau menengah. Namun begitu, mengikat tali leher bukanlah sesuatu yang digemari oleh kebanyakan pemakainya kerana tidak semua orang pandai mengikat tali leher dengan baik. Oleh itu, panduan Cara Mudah Ikat Tali Leher (Pakai Tie) yang bakal dikongsikan ini mungkin dapat memudahkan urusan anda.

Sepertimana mengikat tali kasut, tali leher juga boleh diikat dengan pelbagai cara. Pemakainya boleh memilih untuk menggunakan simpulan yang mudah, sederhana atau lebih kompleks mengikut citarasa masing-masing serta kesesuaian baju yang dipakai dan acara yang hendak dihadiri. Dengan perkongsian ini, barangkali perspektif anda terhadap pemakaian tali leher akan berubah terutamanya dari sudut fleksibiliti kerana pemakaian tali leher bukanlah hanya terhad kepada pakaian formal tetapi lebih dari itu.

Cara Mudah Ikat Tali Leher Ke Sekolah & Pejabat (Pakai Tie)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara mudah untuk mengikat atau memakai tali leher yang disusun dari cara paling mudah kepada yang lebih susah buat rujukan semua:

1. Four In Hand

Ikatan ini merupakan ikatan tali leher yang paling terkenal serta paling mudah dihasilkan. Simpulan yang dihasilkan adalah bersaiz kecil dan tidak simetri. Ia sesuai digunakan untuk pemakaian jenis smart casual dan digalakkan untuk baju yang berkolar tajam serta mempunyai bukaan rapat. Kolar berbutang atau buttoned down juga sesuai dengan ikatan jenis ini.

Cara mengikat Four in Hand adalah seperti berikut:

four in hand1

2. Shell Knot

Ikatan Shell (Shell Knot) atau Pratt Knot ini sesuai untuk pemakaian formal, kasual atau bisnes kasual. Ia merupakan teknik ikatan lama yang menghasilkan simpulan yang bersaiz kecil dan simetri. Ikatan ini digalakkan untuk disesuaikan dengan kola baju yang bersaiz kecil dan tajam.

Untuk langkah-langkah mengikat Shell Knot, rujuk gambar di bawah:

shell knot

3. Cara Mengikat Tali Leher Windsor Knot

Windsor Knot merupakan teknik yang dapat menghasilkan ikatan yang rapi dan simetri. Simpulan Windsor adalah berbentuk segitiga bersaiz besar dan padan dengan kolar yang lebar bukaannya. Tali leher yang digunakan untuk ikatan Windsor perlulah 4 cm atau 1.6 inci lebih panjang berbanding tali leher biasa. Untuk acara-acara formal/rasmi terutamanya mesyuarat dengan orang-orang berkepentingan, Windsor Knot merupakan ikatan yang sering menjadi pilihan.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menghasilkan Windsor Knot:

windsor knot

4. Half Windsor

Ikatan Half Windsor juga merupakan salah satu teknik ikatan yang popular. Ikatan yang dihasilkan adalah simetri, seimbang serta sesuai untuk kebanyakan acara profesional. Simpulan yang bersaiz sederhana besar padan dengan kolar yang memiliki bukaan sederhana lebar. Saiz ikatannya lebih besar daripada Four in Hand tetapi lebih kecil daripada Full Windsor.

Ikatan Half Windsor boleh dihasilkan berpandukan langkah-langkah berikut:

half windsor

Tips Pemilihan Tali Leher

1.Kepanjangan Tali Leher

Hujung tali leher yang dipakai mestilah betul-betul berada di atas kepala talipinggang (belt buckle) untuk cara pemakaian yang betul. Jika tidak, rujuk tips berikut untuk penyelesaiannya:

a) Terlebih Pendek

  • Lebihkan hujung tali leher yang lebar ke bawah semasa mengikat tali leher
  • Gunakan ikatan Four-in-Hand kerana ikatan tersebut hanya menggunakan sebahagian kecil tali leher untuk menghasikan simpulannya

b) Terlebih Panjang

  • Lebihkan hujung tali leher yang kurang lebar/tirus ke bawah semasa mengikat tali leher tersebut
  • Gunakan ikatan Windsor kerana ikatan tersebut menggunakan sebahagian besar tali leher untuk menghasikan simpulannya

2. Saiz Tali Leher Yang Betul

a) Lebar

  • 3 inci hingga 3.75 inci (7.5 cm hingga 9.5 cm) untuk pemakai bersaiz sederhana

b) Panjang

  • Bergantung kepada pemakai. Panjangnya mestilah cukup untuk menyentuh kepala talipinggang selepas diikat

3. Saiz Tali Leher Berpandukan Saiz Tubuh Badan

  • Tubuh Besar/ Lebar : Gunakan tali leher yang mempunyai kelebaran yang besar
  • Tubuh Kecil/ Kurus : Gunakan tali leher yang kurang lebar seperti skinny tie

4. Ikatan Yang Sesuai Mengikut Kolar

  • Bukaan Kolar Kurang Lebar Atau Berbutang : Gunakan ikatan Four-in-Hand
  • Bukaan Kolar Sederhana Lebar : Gunakan ikatan Half-Windsor
  • Bukaan Kolar Lebar : Gunakan ikatan Windsor

5. Padanan Tali Leher Dan Baju

  • Baju Kosong + Tali Leher Kosong : Pilih tali leher berwarna lebih gelap berbanding baju (walaupun warna sama)
  • Baju Bercorak + Tali Leher Kosong : Pilih tali leher yang berwarna sama dengan salah satu warna dalam corak baju yang dipakai atau pilih warna yang dominan
  • Baju Bercorak + Tali Leher Bercorak : Pilih tali leher bercorak lain berbanding corak baju atau mempunyai nisbah serta saiz corak yang berlainan

Lain-Lain

  1. Sewaktu berdiri dengan postur badan yang normal, hujung tali leher hendaklah berada di tengah-tengah getah seluar atau talipinggang.
  2. Sekiranya tali leher terlalu pendek, tarik dan lebihkan bahagian yang lebih lebar ke bawah semasa mengikatnya atau gunakan teknik Four in Hand yang hanya menggunakan sebahagian kecil tali leher untuk menghasilkan simpulan.
  3. Jika tali leher terlebih panjang, tarik dan lebihkan sedikit bahagian tali yang tirus ke bawah semasa mengikatnya atau aplikasikan teknik ikatan Windsor kerana ia menggunakan sebahagian besar tali leher untuk menghasilkan simpulan.
  4. Kelebaran tali leher yang ideal adalah 3 hingga 3.75 inci iaitu 7.5cm hingga 9.5cm untuk pemakai bersaiz sederhana.
  5. Tali leher yang lebar sesuai untuk pemakai berbadan besar atau lebar manakala tali leher kurang lebar sesuai untuk pemakai berbadan kecil atau kurus. kredit GC

tips pilih tie

Jenis-Jenis Ikatan Tali Leher Lain

Berikut dikongsikan jenis-jenis ikatan tali leher lain yang boleh dipelajari:

  1. Kelvin Knot
  2. Oriental Knot
  3. Nicky Knot
  4. Victoria Knot
  5. Cafe Knot

Jenis-Jenis Tali Leher

Antara jenis tali leher yang boleh dipakai untuk pemakaian dan acara tertentu adalah seperti berikut:

  1. Tali Leher Tradisional
  2. Skinny Tie
  3. Bowtie
  4. Western Bowtie
  5. Ascot Tie
  6. Bolo Tie

Semoga perkongsian mudah diatas ini dapat memberi manfaat buat semua. Selamat memakai tali leher dengan lebih baik.

Related : cara memakai tali leher 18 cara terdapat banyak cara untuk mengikat tali leher pelajar sekolah rendah tali leher yang berbeza untuk memakai tali leher baju kemeja, 18 cara untuk mengikat tali leher, tali pinggang panjang tali leher tali leher yang popular 18 cara ikat tali menghadapi temuduga kerja, perlu memberi sesi temuduga