Berita baik kepada semua penjawat awam kerana kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji pada tahun 2024. Perdana Menteri yang mengumumkan kenaikan skim gaji penjawat awam Bersempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) bagi mengimbangi pendapatan antara pekerja gred rendah dan tinggi. Oleh itu, berikut dikongsikan Cara Kira Gaji Baru Penjawat Awam 2024 (SSPA) sebagai panduan untuk semua.
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diperincikan oleh kerajaan akan meningkatkan gaji bagi kumpulan pelaksana lebih tinggi berbanding kumpulan seperti Ketua Setiausaha (KSU) dan Ketua Pengarah. Kerajaan berharap kenaikan gaji baru ini akan meningkatkan kualiti perkhidmatan serta menangani isu produktiviti khususnya dalam kalangan penjawat awam.
Kalkulator Cara Kira Gaji Baru Penjawat Awam 2024 (SSPA)
Pengumuman rasmi menegnai kenaikan gaji baru penjawat awam akan dibuat pada 16 Ogos 2024 bersempena MAPPA ke-19. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Kira Gaji Baru Penjawat Awam 2024 (SSPA).
Menteri Komunikasi mengumumkan pada 7 Ogos 2024 bahawa penjawat awam dalam kumpulan pelaksana akan menikmati kenaikan gaji sehingga 42.7 peratus. Secara keseluruhan, peningkatan gaji dijangka sekitar 15 hingga 42.7 peratus yang melibatkan 692,828 kakitangan awam.
Cara Kira Gaji Baru
Kaedah pengiraan kenaikan gaji baru akan dikemaskini selepas pengumuman pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 pada 16 Ogos 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bermula jam 8 pagi. Antara intipati penting daripada pengumuman sebelum ini adalah :-
- SSPA ini terpakai kepada perkhidmatan awam Persekutuan dan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan pekelilingnya.
- Kadar gaji baru ini akan mula dilaksanakan sepenuhnya pada bulan Januari 2025.
- Pendapatan minimum penjawat awam akan melebihi RM2,000 sebulan berbanding pendapatan minimum semasa sebanyak RM1,795 sebulan
TERKINI : Berikut adalah intipati penting daripada ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 :-
- Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai 1 Disember 2024
- Kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam dipertingkat kepada SPm atau setara
- Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai kumpulan pelaksana dan kumpulan pengurusan dan profesional
- Manakala pelarasan gaji sebanyak 7 peratus kepada pegawai kumpulan pengurusan tertinggi
- Pelaksanaan akan dibuat secara berfasa iaitu Fasa 1 pada 1 Disember 2024 dan Fasa 2 pada 1 Januari 2026
- Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi veteran ATM tidak berpencen akan ditambah daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi yang layak
- Berikut adalah Infografik yang dikongsikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam berkaitan pelarasan baru gaji penjawat awam :-
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, penjawat awam boleh layari Laman Rasmi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang juga menyediakan Kalkulator Gaji SSPA seperti berikut :-
Implikasi Kewangan
Perdana Menteri telah menyatakan bahawa peruntukkan sebanyak RM10 bilion akan digunakan oleh kerajaan bagi kenaikan lebih 13 peratus gaji penjawat awam mulai 1 Disember 2024. Implikasi kewangan ini bagi menampung kenaikan gaji penjawat awam yang tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam Malaysia.
Cara Muat Turun Penyata Gaji
Sekiranya anda ingin memuat turun penyata gaji baru, berikut adalah cara untuk memuat turun penyata gaji bagi semua penjawat awam yang berkhidmat di bawah JPA :
- Layari Portal Rasmi e-Penyata Gaji
- Log masuk menggunakan Nombor Kad Pengenalan/ MyKad
- Cetak slip gaji bulanan atau penyata pendapatan tahunan yang dipaparkan
Maklumat Lanjut
Sebarang informasi lanjut berkaitan Cara Kira Gaji Baru Penjawat Awam 2024 (SSPA), sila rujuk:
Rel : 1 mei
pengurusan gaji
jumlah gaji
untuk pekerja
gaji kasar
akta kerja 1955
bayaran ot
untuk memberikan
gaji pekerja
menerima gaji
perintah gaji minimum 2022
gaji pokok
Senarai Tajuk Kecil Artikel