Cara Semak Bil TNB Online Guna MyTNB App Dan Pembayaran Bil. Panduan lengkap cara semakan bil elektrik TNB dan pembayaran bil guna applikasi.

Cara Semak Bil TNB Online Guna MyTNB App Dan Pembayaran Bil

Semakan Bil TNB Secara Atas Talian Melalui Aplikasi MyTNB dan Portal. Untuk keselamatan semua pelanggan dan pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penghantaran bil bercetak (fizikal) di premis telah dihentikan sementara waktu. Jangan risau, TNB bills masih boleh dilihat dan dibayar secara atas talian melalui myTNB app.

Bagi pelanggan yang akan menerima bil pada tarikh-tarikh di atas, bil akan dikira secara anggaran berdasarkan penggunaan bulan sebelumnya. Sebagai contoh, sekiranya anda menerima bil bulan sebelumnya sebanyak RM100, bil terkini juga akan dianggarkan sebanyak RM100.

Bil anda akan diselaraskan apabila pembaca meter kami mengambil bacaan sebenar di premis pada bulan hadapan (bergantung kepada keadaan semasa).

semak bil mytnb

MyTNB : Semakan Bil TNB Online Dan Pembayaran Bil

Menerusi makluman TNB, bil fizikal semasa PKP tidak akan diserahkan ke premis anda. Salinan bil terkini boleh didapati melalui portal myTNB di www.mytnb.com.my atau aplikasi myTNB yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store.

Cara Semak Bil TNB Melalui Aplikasi MyTNB & Portal MyTNB

Berikut adalah langkah dalam membuat semakan bil TNB accounts melalui aplikasi telefon pintar mudah alih MyTNB

i) Download Aplikasi MyTNB

Anda boleh memuat turun aplikasi di

Google Play

App Store

aplikasi mytnb

2. Daftar Akaun

Pilih Daftar untuk mengaktifkan akaun

  1. Isi semua maklumat yang diperlukan
  2. Maklumat yang diperlukan adalah maklumat diri anda sendiri walaupun nama akaun bukan atas nama anda (contoh : rumah sewa)
  3. Bersetuju dengan Terma dan Syarat

MyTNB 1

3. Tambah Akaun Elektrik

Selepas selesai mendaftar, langkah seterusnya adalah tambah akaun (add account)

  1. Masukkan 12 digit no akaun TNB (TNB Account) dan klik sahkan sekiranya maklumat akaun tersebut adalah benar. Alternatif lain untuk memasukkan no akaun adalah dengan mengimbas kod bar di bawah bil elektrik anda
  2. Jika akaun atas nama anda boleh pilih ‘Ya’ , jika bukan pilih ‘Tidak’.
  3. Sekiranya ingin menambah akaun, klik tambah akaun

MyTNB 9pngMyTNB 10

4. Paparan Maklumat Akaun Dan Bil

Setelah berjaya menambah akaun dan mengisi maklumat yang diperlukan, paparan butiran pemilik akaun dan jumlah bill elektrik akan terpapar seperti Lihat Bil, Bayar Bil (Pay your bill & Bill payment) dan Hantar Maklum Balas

  1. Pembayaran bil elektrik TNB Boleh dibuat menggunakan kad debit, kad kredit (credit card) atau perbankan atas talian (FPX).

MyTNB 14

Semakan Bil TNB Melalui MyTNB Portal

Selain aplikasi MyTNB, pengguna juga boleh semak bil TNB secara online menggunakan Portal MyTNB dan juga membuat bayaran bil TNB (payment history & payment status).

Caranya amat mudah.

  1. Layari Portal MyTNB : https://myaccount.mytnb.com.my/
  2. Terdapat dua pilihan samada ingin mendaftar akaun baharu untuk log masuk atau tidak mahu mendaftar
  3. Klik express payment untuk yang tidak mendaftar
  4. Masukkan 12 digit nombor akaun TNB
  5. Klik “i’m not a robot”
  6. Jumlah bil (electricity bills) akan dipaparkan
  7. Klik PAY untuk membuat pembayaran (Pay your bills)

MyTNB 14

Untuk mereka yang ingin mendaftar, ikuti langkah-langkah berikut :-

  1. Pada ruangan Register for myTNB Account, klik pada Register Now
  2. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor MyKad, alamat emel dan password. Klik pada Create Account
  3. Satu nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan. Masukkan nombor TAC tersebut dan tekan Confirm
  4. Akaun anda telah dicipta. Satu emel pengaktifan akan dihantar ke emel yang didaftarkan. Klik pada link yang diberikan untuk mengaktifkan akaun.

Diskaun Bil Elektrik TNB

Susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan dalam kategori domestik di Semenanjung berjumlah RM942 juta bagi mengurangkan beban pengguna elektrik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai empat juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kWj, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan di bawah Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan.

Pengguna yang terbabit akan mendapat bekalan elektrik percuma bagi bulan April, Mei dan Jun yang akan dikreditkan ke dalam bil pengguna pada Julai dalam bentuk rebat.

Bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik lebih 300kWj sebulan pula akan menerima potongan bil sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan bagi bulan April, Mei dan Jun 2020 dan bayaran itu juga akan dikreditkan semula dalam bil Julai.

Pengguna blok tarif di antara 601-900kWj dengan bil elektrik di antara RM232.35 hingga RM395.60 akan menerima diskaun tambahan sebanyak 8 peratus.

bantuan prihatin elektrik

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada maklumat berikut :-

1.Telefon/ e-mel

  • TNB Careline @ 1-300-88-5454
  • e-mel : tnbcareline@tnb.com.my

2. Laman Sosial

3. Portal Rasmi (Laman Web)

  • Portal MyTNB https://www.mytnb.com.my/

Related : customer service, smart meters bacaan meter, bill payments, electricity bill, bill discount, offers payment, experience with mytnb, perlu mendaftar, tnb account, secara online termasuklah bil, bill payment,