Cerpen Banjir di Mata Emak : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Plot. Nota dan latihan komponen sastera tingkatan 2 antologi baik budi.

Cerpen Banjir di Mata Emak : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Plot

Cerpen Banjir di Mata Emak Sinopsis Tema Persoalan Watak Pengajaran

Lazimnya, karya penulisan akan diceritakan melalui sudut pandang orang ketiga. Namun, penulisan yang bijak akan menjadikan cerita sudut pandang orang pertama atau keempat lebih menarik. Jenis penulisan ini didedahkan kepada pelajar melalui Komponen Sastera yang dipelajari dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Berikut dikongsikan nota berkaitan Cerpen Banjir di Mata Emak : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Plot, Pengajaran untuk rujukan.

Penulisan cerpen ini dihasilkan oleh Chee Soo Ismail yang merupakan anak kelahiran Alor Setar, Kedah. Beliau dikenali sebagai penulis skrip drama dalam radio. Cerpen ini menarik bagi pelajar kerana pencerita menggunakan kata ganti diri “saya” bagi menggambarkan penderitaan Mak Piah secara bersendiriran dan disampaikan menerusi sudut pandangan orang pertama. Oleh yang demikian dapat membantu meluaskan sudut pandang pelajar dalam penulisan dan juga kehidupan masing-masing.

Nota Cerpen Banjir di Mata Emak : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Pengajaran (Tingkatan 2)

Di bawah dikongsikan nota-nota yang terdapat dalam Cerpen komponen saster Tingkatan 2 merangkumi Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Pengajaran sebagai rujukan kepada pelaajr dan guru.

Tema

Dalam karya Cerpen ini, tema yang digunakan adalah tema kehilangan sesuatu yang bermakna meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang

Persoalan

1) Persoalan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya

  • Mak Piah tetap memuji Nana di hadapan jiran-jirannya walaupun anaknya itu sudah lama tidak pulang untuk menjenguknya

2) Persoalan nasib warga emas yang tida mendapat perhatian daripada anak-anak

  • Mak Piah terpaksa hidup seorang diri kerana anak-anaknya jarang balik ke kampung untuk melawatnya

3) Persoalan anak-anak yang tidak bertanggungjawab

  • Nubhan dan Nana tidak bertanggungjawab kerana mengabaikan emak mereka yang tinggal keseorangan dan membiarkan pasangan mereka mempengaruhi mereka.

4) Persoalan penyesalan seseorang yang tidak berguna lagi

  • Nubhan dan Nana menyesal selepas emak mereka meninggal dunia dan tidak sempat untuk meminta maaf atau melakukan perkara lain bersama ketika emak mereka masih hidup

5) Persoalan simpati dan empati terhadap orang lain

  • “saya” mempunyai sifat simpati dan empati apabila mengetahui Mak Piah belum berpindah ke pusat pemindahan banjir dan berusaha mencari rumahnya.

Sinopsis

Watak “saya” hendak menelefon temannya tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah yang menyangka orang menelefon nya itu ialah anaknya, Nana. Mak Piah memberitahu orang di telefon itu bahawa dia tidak ada bekalan makanan disebabkan banjir yang melanda kampungnya sudah sampai ke paras dada. Mak piah kemudian berterima kasih kepada “Nana” kerana menelefon untuk bertanya khabar. Malang sekali, abang Nana iaitu Nubhan yang tinggal berdekatan tidak menjenguh Mak Piah langsung dan tidak menghiraukan keadaan Mak Piah semasa banjir tersebut berlaku. Belum sempat “saya”hendak memberitahu Mak Piah tentang dirinya sebenar tetapi talian telefon telah putus.

Selepas empat hari empat malam hujan turun., “saya” cuba menelefon Mak Piah tetapi tiada jawapan. “saya” bimbang denagn keadaan Mak Piah kerana banjir pada kali ini telah meragut dua nyawa. Mengikut cerita Mak Piah, bekalan makanannya sudah habis dan jiran-jirannya berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir tetapi Mak Piah seorang sahaja yang tidak mahu berpindah. “Saya” mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak Piah menjawab dan meminta “saya”yang disangka Nana agar tidak bimbang tentangnya. Mak Piah sempat berpesan kepada “saya” agar menjaga anak dan suaminya dengan baik. “saya” ingin bertemu dengan Mak Piah supaya “saya” dapat melepaskan rindu terhadap ibunya yang telah meninggal dunia. Mak Piah pula merindui anak-anaknya. “saya” mendapatkan alamat rumah Mak Piah dan datang ke rumah tersebut membawa makanan.

Mak Piah seorang yang peramah telah memberitahu bahawa Nubhan, abang nana takut kepada isterinya manakala Nana pula takut akan suaminya. “saya” bertanyakan sebab Mak Piah tidak berpindah ke pusat pemindahan. Mak Piah mengatakan bahawa semasa banjir dahulu dia berpindah ke pusat pemindahan  tetapi berasa susah. Hal ini kerana dia kerap membuang air kecil dan kadang-kadang tidak sempat untuk ke bilik air. “saya” berjanji akan menemani Mak Piah selagi banjir  banjir tidak surut. “saya” mengaja Mak Piah makan dan Mak Piah bertanya sama ada Nana yang memasak makanan tersebut. “saya” mengangguk sambil tersenyum . “saya” terpaksa berbohong dan selepas makan “saya” menolong Mak Piah mencuci dan menyimpan barang-barang makanan yang dibawa ke dalam peti sejuk. “saya” minta diri untuk pulang dan berjanji untuk datang menziarahi Mak Piah lagi. Mak Piah meminta “saya” menyampaikan salam kepada anak perempuannya, Nana.

“saya” demam panas selama lima hari. Selepas sihat, “saya” pergi ke rumah Mak Piah untuk melawatnya. “saya” berasa hairan apabila melihat orang ramai membanjiri perkarangan rumah Mak Piah. Mak Piah telah meninggal dunia kerana tergelincir jatu dan kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya selepas banjir. Nana dan Nubhan menyesal. Kata Nana, dua hari sebelumnya Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran bahawa Nana telah mengirim makanan kepadanya semasa banjir. Mak Piah sangat gembira ketika itu dan Nana berkata dia tidak pernah mengirim apa-apa kepada emaknya. Dia tidak pernah menelefon emaknya juga kerana emaknya tidak berapa dengar. Nana mengakui betapa mulia hati emaknya kerana sanggup berbohong kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan namanya.

Watak dan perwatakan

1) Saya

  • Watak utama yang merupakan seorang yatim piatu
  • Seorang yang sensitif, baik hati dan mudah bersimpati terhadap orang lain
  • Mengambil berat kehidupan Mak Piah sehingga sanggup berbohong untuk melihat Mak Piah bahagia

2) Mak Piah

  • Ibu kepada dua orang anak iaitu Nana dan Nubhan
  • Hidup seorang diri di rumah usang di sebuah kampung
  • Seorang yang merindui anak-anaknya
  • Mempunyai masalah kurang pendengaran dan takut akan ular

3) Nana

  • Anak bongsu kepada Mak Piah
  • Seorang yang tidak bertanggungjawab kerana jarang balik menjenguk emaknya
  • Seorang yang takut kepada suami
  • Seorang yang sedih selepas kehilangan emaknya.

Binaan Plot

1) Permulaan

“saya” hendak menelefon rakannya tetapi tertekan salah nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah mengadu kepada “saya” yang disangkakan anak perempuan dia iaitu Nana. Mak Piah mengadu bahawa orang menjual ikan dan mamak menjual roti sudah tidak masuk ke kampung. Hal ini berlaku demikian kerana air banjir dah naik ke paras dada. “saya” tidak sempat memberikan penjelasan tentang dirinya yang sebenar dan Mak Piah sudah memutuskan talian telefon.

2) Perkembangan

“saya” mendail nombor telefon Mak Piah semula tetapi tidak terjawab. “saya” bimbang akan keselamatan Mak Piah kerana dia tinggal seorang diri dalam keadaan banjir.  Semua jirannya telah berpindah ke ke npusat pemindahan banjir. Akhirnya, Mak Piah menjawab telefon “saya” dan ingin berjumpa Mak Piah supaya dapat melepaskan rindu terhadap ibunya yang telah meninggal dunia.

3) Perumitan

“saya” memperoleh alamat rumah Mak Piah dalam buku panduan telefon dan pergi ke sana dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan “saya” dengan gembira. “saya” mengajak Mak Piah makan dan Mak Piah bertanya sama ada Nana yang memasak makanan itu dan menyuruh “saya” menghantar makanan tersebut. “saya” mengangguk sambil tersenyum, dia terpaksa berbohong dan meminta diri untuk pulang serta berjanji untuk datang menziarahi Mak Piah lagi.

4) Klimaks

“saya” demam panas selama lima hari dan selepas sihat, “saya” pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikan sebelum ini. “saya” berasa hairan kerana melihat ramai orang membanjiri perkarangan rumah Mak Piah. Belum sempat “saya” melangkah masuk ke rumah Mak Piah, usungan jenazah dibawa keluar dan “saya”mengiringi jenazah Mak Piah hingga ke tanah perkuburan

5) Peleraian

Nana dan Nubhan berasa sangat sedih atas kematian Mak Piah. Mereka menyesal kerana jarang pulang menjenguk emak mereka semasa banjir. Mak Piah tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya selepas banjir.

Teknik Plot

  1. Sapens : Pada permulaan cerpen, pembaca tertanya-tanya pemilik suara tua yang sedang bercakap dengan watak “saya” melalui telefon
  2. Dialog : “Orang Jual ikan dan tiga hari tak datang. Mamak jual roti pun tak boleh masuk kampung. Mak tak ada makanan. Banjir dah sampai ke paras dada..”
  3. Pemerian : Suara tua yang tadinya berbicara tanpa memberi saya walau sedikit kesempatan untuk menerangkan bahawa saya bukanlah Nana, kembali menujah-nujah telinga.

Latar

Latar Tempat

  1. Kampung : Tempat tinggal “saya” dan Mak Piah serta tempat berlakunya kejadian banjir
  2. Rumah “Saya” : Tempat “saya” membuat panggilan telefon ke rumah Mak Piah
  3. Rumah Mak Piah : Tempat “saya” menemui Mak Piah yang tinggal keseorangan
  4. Tanah Perkuburan : Lokasi di mana jenazah Mak Piah dikebumikan

Latar Masa

  1. Waktu Pagi – “saya” mendapatkan nombor telefon rumah temannya iaitu Ameera pada waktu pagi
  2. Empat hari empat malam – hujan turun di kampung selama empat hari empat malam
  3. Lima Hari – “saya” demam selama lima hari

Latar Masyarakat

  1. Masyarakat kampung – Mak Piah dan “saya” merupakan masyarakat kampung yang dilanda banjir dan lambat mendapat bantuan
  2. Masyarakat yang prihatin – “saya” yang mengambil berat tentang keadaan Mak Piah yang tinggal seorang diri
  3. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab – Nana dan Nubhan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai anak kepada Mak Piah dengan membiarkan emak mereka hidup keseorangan di rumah usang
  4. Masyarakat yang taat perintah agama – Mak Piah masih menunaikan solat walaupun keadaanya sudah tua dan rumahnya dilanda banjir
  5. Masyarakat yang mementingkan kasih sayang – Mak Piah masih menyayangi dan mengingati anaknya serta mengharapkan Nana berada dalam keadaan baik dengan keluarganya
  6. Masyarakat yang merindui ibunya – “saya” yang merindui ibunya yang telah meninggal dunia dan teruja untuk berjumpa dengan Mak Piah yang tinggal keseorangan

Gaya Bahasa

  1. Repitisi – saya yakin sungguh, benar-benar yakin
  2. Sinkope – selagi banjir tak surut, tak apa  Mak Piah
  3. Peribahasa – isi hati
  4. Personafikasi – banjir kali ini menelan dua nyawa, getar suaranya menggegarkan perasaan
  5. Simile – atau agaknya di bimbang bil telefon “anak” ini akan menjadi seperti harga ikan di pasar kami?
  6. Metafora – bungkusan takdir, lautan fikir, lembah kepiluan

Nilai

1) Nilai kasih sayang – Mak Piah masih mengingati dan merindui anak-anaknya walaupun mereka tidak datang menjenguknya

2) Nilai simpati – “saya” mempunyai sifat simpati selepas mendapat tahu Mak Piah tinggal seorang diri

3) Nilai baik hati – “saya” telah membawa bekalan makan untuk Mak Piah yang terputus bekalan makanan kerana banjir

4) Nilai prihatin – “saya” sanggup mengharungi banjir untuk melihat dan membantu Mak Piah yang tinggal seorang diri

Pengajaran

1) Sebagai seorang anak, kita hendaklah menjalankan tanggungjawab kita dengan menjaga kebajikan mereka khususnya apabila mereka sudah tua

2) Kita perlulah mengamalkan sifat kasih dan sayang terhadap setiap manusia kerana perbezaan dan kebencian hanya akan merugikan

3) Kita seharusnya bersikap prihatin ke atas dugaan yang menimpa orang sekeliling kita serta menawarkan bantuan yang boleh dilakukan

4) Kita digalakkan untuk menjaga nama baik seseorang khususnya nama ahli keluarga kita

5) Kita perlu memberikan perhatian yang lebih terhadap warga emas secara amnya

6) Kita seharusnya mempunyai pendirian yang tetap dalam sesuatu perkara yang betul seperti hak terhadap ibu dan bapa kita

Soalan Berkaitan Cerpen Banjir di Mata Emak

1) Kenapa Mak Piah tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan banjir?

  • Mak Piah tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan banjir kerana dia sering buang air kecil dan kadang-kadang tidak sempat untuk ke tandas. Dia tidak mahu menyusahkan orang lain.

2) Nyatakan dua perwatakan Mak Piah

  • Berdasarkan cerpen di atas, antara perwatakan Mak Piah adalah seorang yang mengasihi anak-anaknya walaupun mereka mengabaikan emaknya. Selain itu, Mak Piah juga seorang yang menjaga nama baik anak-anaknya kerana memberitahu jiran-jiran bahawa anaknya menghantar makanan semasa dilanda banjir.

3) Pada pendapat anda, apakah perkara terbaik yang akan anda lakukan jika mempunyai ibu atau bapa yang sudah tua?

  • Pada pendapat saya, kita perlu meluangkan banyak sama bersama mereka. Selain itu, kita boleh memastikan kesihatan, kebajikan dan keselamatan mereka terjamin.

4) Siapakah “saya” dalam cerpen ini

  • “saya”: adalah seorang anak yatim piatu dan bersimpati kepada Mak Piah selepas pertemuan mereka yang tidak dirancang

5) Huraikan dua persoalan yang timbul dalam cerpen ini

  • Persoalan yang timbul dalam cerpen ini adalah persoalan anak yang tidak bertanggungjawab seperti nana dan nubhan yang mengabaikan emak mereka yang tinggal seorang di kampung
  • Selain itu, terdapat persoalan masyarakat yang mempunyai nilai simpati yang tinggi. “saya” telah datang untuk melihat keadaan Mak Piah semasa banjir dan membawa makanan dan minuman.

6) Pada pendapat anda, bagaimana kita perlu menghormati kedua ibu dan bapa kita?

  • Pada pendapat saya, kita hendaklah menghormati ibu dan bapa kita dengan cara sentiasa menziarahi dan bertanya khabar kepada mereka. Selain itu, kita juga boleh membantu melengkapkan keperluan dan kebajikan mereka serta memantau masalah kesihatan mereka.

Semoga perkongsian Cerpen Banjir di Mata Emak : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Pengajaran dapat memudahkan proses ulang kaji dan pembelajaran pelajar.

Related : kata nana mengakui betapa mulia hati emaknya kerana sanggup berbohong kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan namanya, pemindahan itu kerana keadaannya yang kerap, jenazah mak piah telah meninggal dunia kerana tergelincir, keadaan mak piah telah meninggal dunia kerana tergelincir, kerap membuang air kecil sehinggakan kadang kadang tidak sempat ke bilik air, lelakinya sudah sampai ke paras dada, pekarangan rumah mak piah usungan jenazah, tanya sebab mak piah tidak mahu berpindah, berpesan kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan namanya,