Pada peringkat menengah atas, pelajar akan mempelajari komponen sastera (KOMSAS) berdasarkan antologi-antologi yang disediakan oleh KPM. Antologi merupakan kumpulan karya prosa atau sajak atau kedua-duanya dihasilkan oleh berlainan pengarang. Di bawah dikongsikan maklumat-maklumat penting berkaitan Cerpen Munsyi : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai, Pengajaran untuk rujukan semua.
Karya sastera yang dikaji oleh pelajar Tingkatan 4 ini merupakan karya penulis Husna Nazri atau nama sebenarnya Nazri bin Hussein. Penulis yang berasal dari Kemaman, Terengganu ini mempunyai kareer sebagai seorang guru dan menghasilkan karya sastera sebagai hobi sampingan. Beliau yang pernah mendapat beberapa anugerah sastera juga menghasilkan karya bentuk lain seperti puisi dan rencana.
Nota Cerpen Munsyi : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Plot, Gaya Bahasa, Plot, Nilai & Pengajaran
Para pelajar boleh merujuk nota-nota berkaitan merangkumi Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak Perwatakan, Gaya Bahasa, Plot, Nilai dan Pengajaran di bawah. Terdapat juga beberapa soalan yang diberikan beserta jawapan untuk latihan semua.
Sinopsis
Cerpen ini bermula apabila Ibu Mel memberikan banyak dalih apabila Mel menyatakan hasratnya untuk pergi ke ibu kota. Dia mengatakan bahawa ilmu yang sedikit tidak akan mampu mengelakkan Mel daripada ledakan perubahan sosial yang boleh merosakkan jati diri Mel sebagai generasi bermaruah. Mel mengakui kata-kata ibunya kerana ramai anak sebangsanya kini menggadaikan maruah dan harga diri dalam mengejar dunia globalisasi. “Agama dan bahasa ialah warisan kita yang masih ada. Jika kedua-duanya hilang, kita tidak lagi menjadi generasi yang bermaruah tetapi bangsa yang dilaknati Allah.” Pesanan ibunya itu terpahat di hati Mel. Oleh sebab itulah, hasrat Mel untuk pergi ke ibu kota tertangguh beberapa kali.
Ibu Mel mengatakan bahawa kehidupan di kota besar itu sudah tidak lagi mempunyai nilai-nilai tradisinya. Teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam empat dekad lampau. Penduduknya yang berbilang kaum, budaya dan bahasa mewujudkan sikap prejudis. Setiap kaum berusaha untuk memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Pihak penjajah telah mewujudkan sengketa melalui pengagihan sumber ekonomi yang tidak sekata. Tiada sebarang usaha menyatupadukan semua kaum dan sebaliknya menjalankan sistem pecah dan perintah. Mel nekad untuk menambah ilmu pengetahaun dan pengalaman dengan lebih banyak sebelum berhijrah ke ibu kota. Ibu Mel kerap berpesan agar Mel memelihara agama Islam dan bahasa Melayu jika ingin disanjung sebagai bangsa yang agung dan bermaruah.
Mel memberitahu ibunya bahawa kehidupan kini telah berubah. Zaman menentang penjajah sudah lama berlalu, zaman kini ialah zaman untuk mengejar harta, pangkat dan kekayaan. Negara ini bukan milik bangsa Melayu sahaja tetapi dikongsi bersama kaum-kaum lain. Ibu Mel tidak menyenangi pendapatnya. Kini tibalah masa dia berhijrah ke ibu kota kerana kehidupan di kampung tidak dapat memberikan masa hadapan yang cerah kepadanya. Akhirnya Ibu Mel merestui pemergian Mel ke ibu kota pada kali ini. Walau bagaimanapun, dia berpesan, “Mel hendaklah menjaga agama dan bahasa dengan baik. Perjalanan hidup mesti berlandaskan agama. Bahasa pula perlu dipelihara kerana bahasa jiwa bangsa,”. Ibu Mel juga menyampaikan beberapa buah kitab lama miliknya kepada sahabat lamanya yang tinggal di kota bernama Munsyi.
Sejurus tiba di ibu kota, Mel terus mencari kediaman Munsyi berpandukan peta yang diberikan oleh ibunya. setelah puas mencarinya, Mel menemui rumah Munsyi yang terletak di sebuah perkampungan di atas tanah rizab orang Melayu. Mel memperkenalkan dirinya dan Munsyi menjemput Mel masuk ke dalam rumahnya. Selepas bersalaman dan menyampaikan salam ibunya, Mel menyerahkan krirman ibunya kepada Munsyi. Selepas beberapa minggu di ibu kota, Mel berasa tidak senang hati dan malu tatakala melihat generai musa sebangsanya memperdagangkan maruah dan peribadi demi keseronokan. Mereka tidak lagi menghormati bahasa Melayu dan melanggar hukum agama sewenang-wenangnya. Mel mendapat berita bahawa tanah kampung yang didiami oleh Munsyi akan diambil alih dan dibina bangunan mewah serta hotel bertaraf lima bintang. Mel datang melihat kejadian apabila penduduk membantah perkara tersebut tetapi rumah mereka tetap dirobohkan. Mel terlihat buku-buku ibunya musnah bersama rumah Munsyi. Cerpen ini berakhir selepas peristiwa itu, Mel cuba menjejaki Munsyi tetapi tiada seorang pun tahu ke mana pejuang bahasa itu menghilangkan diri.
Tema
Cerpen ini bertemakan semangat seseorang terhadap bahasa, agama, bangsa dan budaya yang dimiliki serta cabaran memeliharanya dalam dunia yang penuh cabaran di bu kota. Contohnya, Ibu Mel menasihat supaya memelihara cinta akan agama, budaya dan bahasa agar dihormati oleh orang sekeliling.
Persoalan
1) Penghijrahan anak muda ke ibu kota untuk mendapatkan masa depan yang lebih baik
2) Kerisauan ibu terhadap anak yang akan meninggalkan kampung halaman demi masa depan
3) Kepentingan memelihara agama, bahasa dan budaya dalam kehidupan
4) Penjajah yang memecahbelahkan rakyat untuk mengeksploitasi sebuah negara
5) Ketaatan anak terhadap ibu atau bapanya
6) Kegigihan anak muda mendalami ilmu pengetahuan sebelum berhijrah ke tempat lain
Binaan Plot
Permulaan
Mel berhasrat untuk bekerja di ibu kota tetapi “Bonda” ibunya membantah hasarat anaknya. Hal ini kerana dia bimbang anaknya akan terpengaruh dengan budaya hendonisme dan modenisme yang melanda remaja di kota. Ibu Mel turut mengatakan anaknya masih belum menguasai ilmu gama dan lemah dari segi penguasaan bahasa ibunda.
Perkembangan
Ibu Mel menceritakan pelbagai kisah dan sejarah yang berlaku di kota sehingga menyebabkan ahli masyarakat kita tergadai maruah diri atas nama kemajuan. Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum. Mel pula bertekad untuk melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan yang cukup sebelum berhijrah ke ibu kota. Selepas menelaah buku dan mempelajari sejarah tentang masyarakat Melayu dan agama Islam, akhirnya ibu Mel membenarkan anaknya berhijrah ke sana. Sebelum berhijrah, ibu Mel meminta anaknya memberikan buku-buku lama kepada sahabatnya, Munsyi yang tinggal di ibu kota.
Perumitan
Mel mengikut panduan ibunya untuk ke rumah Munsyi sehingga berjaya menjumpainya. Selepas itu, beberapa minggu di ibu kota membuatkan Mel tersedar ramai anak-anak muda hanyut dalam keseronokan hidup sehingga melanggar batas susila dan agama. Mel juga telah mendapat berita bahawa kampung tradisi di pinggir ibu kota akan dirobohkan untuk pembangunan bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.
Peleraian
Mel tergamam melihat rumah-rumah kampung tradisi dirobohkan oleh jentera-jentera berat termasuk rumah Munsyi bersama-sama buku-buku lama yang diberikan oleh bondanya. Dia berasa sedih kerana tanah rizab milik bangsa Melayu itu dimiliki orang asing untuk mengaut keuntungan dan Munsyi tidak dapat dijejaki sejak kejadian tersebut berlaku.
Teknik Plot
- Dialog : “Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”
- Imbas kembali : Saya teringat bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam empat dekad lampau
- Imbas muka : Di kota nanti carilah seorang seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi
- Pemerian : Penulis memerihalkan suasan tegang yang berlaku di kawasan perkampungan tradisi di pinggir ibu kota ketika kerja-kerja merobohkan rumah-rumah kayu usang penduduk dijalankan oleh pihak berkuasa
- Kejutan : Pembaca terkejut bahawa Munsyi akan menghilangkan diri apabila rumahnya dirobohkan
- Saspens : Selepas kejadian rumah-rumah dirobohkan oleh penguat kuasa, Mel masih tidak menemui kelibat Munsyi. Peristiwa ini menimbulkan tanda tanya tentang perkara yang terjadi kepada Munsyi sehingga tidak dapat dijejaki oleh Mel
Watak dan Perwatakan
1) ‘Saya’/ Mel
- Watak utama dan merupakan seorang anak kepada “Bonda”
- Seorang remaja yang ingin berhijrah ke kota demi masa depan yang lebih baik
- Seorang yang mentaati nasihat ibunya
- Seorang yang amanah dalah menyampaikan buku bondanya kepada sahabat bondanya, Munsyi
- Seorang yang gigih dan tidak mudah putus asa
2) Bonda ‘Saya’/ Ibu Mel
- Ibu kepada Mel/ “Saya”
- Seorang yang memiliki jati diri yang kuat
- Seorang yang penyayang dan merisaukan keselamatan anaknya misalnya bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar,
- Seorang yang berpengetahuan luas dalam sejarah, agama dan budaya bangsanya
- Seorang yang sangat mencintai bangsa dan budayanya
3) Munsyi
- Sahabat kepada Bonda/ Ibu Mel
- Seorang yang mencintai budaya dan tradisi masyarakat Melayu
- Seorang yang baik hati apabila mengalu-alukan kedatangan tetamu
- Seorang yang sangat mencintai bangsa dan budayanya
Latar
Latar masa
- Zaman pemerintahan penjajah : Penjajah memerintah negara menggunakan sistem pecah perintah mengasingkan kaum-kaum
- Zaman selepas merdeka : Rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga melupakan nilai agama, bangsa dan budaya
- Minggu pertama di ibu kota : Mel menyaksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda yang menetap di ibu kota
Latar tempat
- Kampung : Mel tinggal bersama ibunya di kampung
- Ibu Kota : Mel berhijrah ke ibu kota untuk membina kehidupan yang lebih baik
- Kampung pinggir kota : Tempat tinggal Munsyi, yang kemudian telah dirobohkan
Latar masyarakat
- Masyarakat yang tinggal di kampung dan kaya dengan ilmu bangsa dan agama
- Masyarakat bandar yang sibuk mengejar harta dan pangkat
- Masyarakat yang melakukan demonstrasi sebagai tanda bantahan
- Masyarakat yang taat kepada ibu dan bapa
- Masyarakat yang rajin membaca untuk menambah ilmu pengetahuan
- Masyarakat yang telah hilang maruah dan jati diri
Gaya Bahasa
- Kata ganda : Zaman-berzaman
- Hiperbila : Kegemilangan yang dibina musnah sekelip mata
- Metefora : tembok dan benteng perkauman, pagar-pagar perkauman, api prasangka
- Peribahasa : besar hati, baru setahun jagung
- Personifikasi : darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan
- Simile : Bersamping bagaikan seorang maharaja pada kesultanan Melaka
Nilai
- Kasih sayang : Bonda berpesan kepada anaknya, Mel untuk sentiasa menjaga agama dan bahasa sewaktu berada di ibu kota
- Patriotik : Mel mendalami sejarah-sejarah terdahulu bagi membentuk jati diri yang kuat sebelum berhijrah ke ibu kota
- Berdikari : Mel berhijrah seorang diri ke ibu kota untuk menjamin masa depan yang lebih baik
- Amanah : Mel menghantar kiriman bondanya kepada sahabatnya di kota iaitu Munsyi
- Gigih : Penduduk kampung melakukan demontrasi bagi membantah perobohan tempat tinggal mereka walaupun sudah terlambat
- Taat : Mel taat terhadap ibunya yang menasihati akan risiko dan bahaya kehidupan di ibu kota
Pengajaran
- Kita hendaklah berusaha untuk mengubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik dari hari ke hari
- Kita juga perlu memelihara agama, bangsa dan budaya yang kita pelajari daripada orang tua kita
- Kita seharusnya mentaatai kedua ibu dan bapa kita agar mendapat hidup yang diberkati
- Kita hendaklah menghormati dan melayani tetamu kita dnegan baik
Soalan Latihan
1) Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh bonda setiap kali penulis meluahkan hasratnya untuk bermastautin di kota?
Antara alasan yang diberikan oleh bonda setiap kali penulis meluahkan hasratnya untuk bermastautin di kota adalah ilmu agama penulis masih cetek dan nipis. Selain itu, bonda mengatakan bahawa bahasa ibunda penulis juga lemah dan risau akan dicemari apabila tiba di ibu kota kerana terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar.
2) Pada pendapat anda, bagaimana seseorang individu boleh membentuk jati diri yang kukuh?
Pada pendapat saya, seorang individu boleh membentuk jati diri yang kukuh dengan mempelajari dan memahami ilmu pengetahuan dan budaya masing-masing. Selain itu, individu tersebut boleh menghindarkan diri daripada pengaruh budaya luar dengan mengamalkan budaya dan warisan yang dimiliki secara konsisten.
3) Huraikan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam cerpen yang telah anda kaji.
Berdasarkan cerpen yang saya kaji, antara nilai kemanusiaan yang ditunjukkan adalah nilai ketaatan yang ditunjukkan penulis terhadap ibunya sebelum berhijrah ke kota. Selain itu, nilai bertanggungjawab juga salah satu nilai yang ditunjukkan oleh bonda kerana menjaga khazanah dan buku-buku lama yang tiada nilainya pada sebuah harga. Akhir sekali nilai semangat cinta akan bangsa dan budayanya, menurut “Bonda” asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara iaitu akidah Islam, bahasa melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.
4) Apakah cita-cita Mel sebelum berhijrah ke ibu kota?
Sebelum berhijrah ke ibu kota, Mel mempunyai cita-cita untuk memenuhkan dada dengan ilmu pengetahuan, memahirkan lidah dengan bahasa ibunda dan mendalami ilmu agama.
5) Pada pendapat anda, apakah kepentingan mempelajari sejarah tanah air kepada generasi muda?
Pada pendapat saya, generasi muda perlu mempelajari sejarah untuk memupuk semangat patriotik, menyemai perpaduan antara kaum dan menghargai budaya serta warisan negara.
6) Huraikan persoalan-persoalan yang anda peroleh daripada cerpen yang anda kaji.
Berdasarkan cerpen yang saya kaji iaitu cerpen Munsyi, antara persoalan yang ditunjukkan adalah persoalan semangat patriotik yang perlu ada dalam kalangan orang muda seperti yang diharapkan oleh bonda terhadap anaknya. Selain itu, terdapat juga persoalan keinginan anak muda untuk berhijrah ke bandar bagi menjamin kehidupan yang lebih baik berbanding tinggal di kampung halaman. Akhir sekali, persoalan kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupan. Contohnya “Saya” agar memelihara agama bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani.
7) Senaraikan dua teknik plot yang anda dapati daripada cerpen yang anda kaji?
Saya telah mengkaji cerpen Munsyi dan mendapati terdapat banyak teknik plot yang digunakan. Antaranya adalah dialog. Contohnya, “Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?” Mel bertanya kepada seorang orang tua yang tinggal di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar. Selain itu, teknik plot imbas muka juga digunakan. Contohnya, Di kota nanti carilah seorang seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi. dia berkemungkinan tinggal di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar,
8) Apakah peristiwa yang berlaku kepada sahabat Bonda/ Ibu Mel di akhir cerpen Munsyi?
Peristiwa yang berlaku terhadap sahabat Bonda/Ibu Mel yang sangat mencintai kegemilangan bahasa dan budaya itu adalah berlaku pencerobohan tanah rizab melayu di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar. Mel yang melihat jentera berat merobohkan rumah-rumah di situ untuk tujuan pembangunan yang lengkap dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang,
Perkongsian nota berkaitan Cerpen Munsyi : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai, Pengajaran diharapkan mampu membantu semua pelajar dalam peperiksaan atau pentaksiran masing-masing.
Related : menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa, bahawa perkampungan munsyi akan dibangunkan, menutupi sebahagian muka yang putih bersih, rumah di situ, imbas muka di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar
kawan lamanya yang bernama munsyi, kalangan rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan nilai bahasa dan agama selepas dijajah, berjuang di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar, bahawa perkampungan munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang, musnah apabila rumah munsyi dirobohkan, semangat cinta akan bahasa agama bangsa, berpesan agar menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa, membenarkannya ke bandar untuk membina kehidupan, melihat kaum mudanya mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupan, kegemilangan yang sangat mencintai bangsa dan budayanya, dialog tuan inikah yang sangat mencintai bangsa dan budayanya,
Senarai Tajuk Kecil Artikel