Contoh Resume Terbaik Beserta Format Yang Lengkap Untuk Mohon Kerja sebagai rujukan. Sebelum anda memohon kerja di syarikat yang menawarkan jawatan kosong, sebaiknya anda menyediakan atau menulis resume terlebih dahulu. Dokumen ini penting kepada majikan untuk mengetahui, menilai dan menyenarai pendek calon-calon yang sesuai dengan tawaran kerja serta kehendak mereka. Justeru, bagi memberikan tanggapan pertama yang baik, anda digalakkan untuk menghasilkan ringkasan biodata anda beserta pengalaman bekerja yang mempunyai kriteria-kriteria yang diminati oleh majikan.
Dalam mendepani cabaran persaingan pencari kerja yang tinggi hari ini, setiap individu perlu bijak menyusun dan menunjukkan nilai yang ada pada diri masing-masing di atas dokumen yang ringkas. Para graduan khususnya perlu menyediakannya dengan baik dan awal supaya tawaran pekerjaan akan diperoleh sebaik sahaja menamatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Golongan yang sudah bekerja juga boleh merujuk contoh di bawah sebagai langkah menambah baik serta mencari peluang baharu dalam bidang pekerjaan masing-masing.
Contoh Resume Terbaik Lengkap Bahasa Melayu
Penulisan yang baik dan berkualiti akan mempersembahkan gambaran sebenar tentang seseorang individu yang merangkumi enam aspek penting iaitu personaliti, latar belakang,kebolehan atau kemahiran, pencapaian, keteraturan serta kualiti seseorang individu.
Berikut dikongsikan contoh-contoh terbaik serta lengkap dalam memudahkan anda memohon kerja buat rujukan semua.
Sebelum itu, tahukah anda perbezaan antara menyediakan resume dan curriculum vitae (CV)? Sekiranya tidak, di bawah adalah perincian mengenai perbezaannya supaya anda peka dan tahu apa yang bakal majikan perlukan:
1) Resume
Merupakan satu bentuk penulisan formal berupa keterangan ringkas tentang maklumat diri, pendidikan, pengalaman kerjaya, dan sebagainya seseorang, Pada kebiasaannya disertakan untuk memohon sesuatu pekerjaan.
- Satu muka surat sahaja
- Lazimnya tiada format khusus
- Digalakkan untuk meletak gambar
- Tidak memerlukan Cover Letter
- Maklumat penting yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon sahaja
2) CV
- Antara dua atau tiga muka surat
- Perlu mengikuti format
- Tidak memerlukan gambar
- Maklumat yang spesifik seperti biodata diri, latar belakang pendidikan dan pengalaman bekerja
- Perlu serta Cover Letter
Kriteria Resume Terbaik
Penulisan yang baik dan berkualiti pasti akan memberikan kesan dan impak yang positif dalam mempengaruhi peratusan peluang calon yang ingin memohon pekerjaan atau latihan industri.
Berikut adalah kepentingan dalam penghasilan dokumen yang baik dan berkualiti:
- Membuka peluang yang baik kepada calon untuk dipanggil temuduga.
- Merupakan bentuk pemasaran diri atau marketing piece yang membantu menonjolkan kelebihan diri calon dengan lebih baik.
- Membantu dalam memberi gambaran lebih jelas dan positif tentang diricalon
- Memudahkan penemuduga memfokuskan info yang berkaitan dan relevan tentang calon untuk disuaipadankan dengan kriteria yang dicarimajikan
- Menjadikan sesi temuduga berjalan lancar
- Membantu mempengaruhi majikan dalam memberi penilaian yang positif terhadap calon
Anda perlu memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
- Satu muka surat sahaja
- Menggunakan gambar yang profesional (latar belakang putih atau biru)
- Font yang sesuai dan professional seperti Arial, Helvetica, Tahoma dan San Serif
- Saiz font adalah antara 10 hingga 12
- Pastikan maklumat untuk tujuan berhubung seperti nombor telefon dan emel diisi dengan betul
- Minimakan maklumat yang ingin dipamerkan berkaitan dengan pekerjaan yang ingin dimohon sahaja
- Jika anda menyenaraikan tahap pendidikan dan pengalaman bekerja, mulakan daripada yang terkini di bahagian atas diikuti dengan yang sebelumnya.
- Menggunakan dua atau tiga sahaja tona warna yang sama
Butiran Penting Dalam Resume
Berikut merupakan butiran penting yang perlu diisi dalam penulisan seseorang calon :-
i) Kenyataan Peribadi
Menyatakan permohonan jawatan yang ingin dipohon. Contohnya seperti Juruteknik IT, Penyelia Teknikal atau Pelatih Industri dan sebagainya
- Keterangan tentang keperibadian diri atau harapan calon dalam mendapatkan peluang temuduga. Contohnya:
“Saya adalah individu yang mampu bekerja dalam pasukan, seorang individu yang komited, berfikiran positif dan dinamik serta sentiasa bersedia mempelajari perkara baru yang dapat meningkatkan prestasi peribadi dan juga tempat kerja.”
ii) Maklumat Peribadi
- Melibatkan data peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, alamat, talian telefon dan emel tetap yang boleh dihubungi majikan.
iii) Anugerah Dan Pencapaian
- Keterangan tentang anugerah dan pencapaian yang diterima calon.Contohnya menerima Anugerah Pengarah bagi Semester 1 Sesi Julai 2019 dengan HPNM 3.984
iv) Kemahiran Profesional
- Keterangan tentang kemahiran calon dalam bidang jawatan yang dipohon. Contohnya seperti kemahiran dalam baikpulih dan penyelenggaraan komputer, kemahiran dalam perisian seperti Adobe dan sebagainya
v) Bahasa
- Kefahaman dan kefasihan calon dalam bahasa utama. Contohnya seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.Terdapat sebilangan syarikat atau industri yang menetapkan syarat mahir bahasa tertentu bagi calon yang ingin memohon pekerjaan di syarikat tersebut.
vi) Kelayakan Pendidikan
- Maklumat tentang latar belakang pendidikan calon beserta tahun dan institusi pendidikan yang dihadiri calon
vii) Penglibatan Aktiviti
- Keterangan rekod penglibatan calon. Contohnya seperti menyertai pertandingan, badan atau persatuan dan sebagainya
viii) Kelayakan Teknikal / Kursus Dihadiri
- Keterangan tentang kursus atau bengkel berkenaan bidang jawatan yang dipohon. Contohnya Kursus Baikpulih Laptop, Kursus Bahasa Inggeris, Bengkel Keusahawanan dan sebagainya
Bahagian ini boleh juga dimasukkan tentang pengalaman kerja calon yang terdahulu sehingga kini, sekiranya berkaitan. Pengalaman kerja yang berkaitan dapat memberi impak positif kepada majikan yang menilai kerana dari segi ini, calon biasanya dianggap mempunyai kelebihan kerana mempunyai pengalaman kerja terutamanya jika berkaitan dengan bidang jawatan yang dipohon oleh calon.
viv) Rujukan
- Keterangan tentang individu profesional yang dijadikan sebagai sumber rujukan yang boleh dihubungi oleh pihak majikan sekiranya ingin mendapatkan pengesahan berkenaan maklumat calon.
Berikut adalah dua contoh terbaik dan lengkap yang boleh dijadikan sebagai rujukan:
Contoh 1:
Contoh 2:
Tips Penting
Di bawah adalah tips-tips dalam memastikan penyediaan dokumen anda berada di tahap yang baik dan mudah untuk diterima oleh majikan:
- Memastikan dokumen ditulis berdasarkan fokus atau target syarikat yang bersesuaian dengan bidang kelulusan calon
- Memastikan dokumen yang dihasilkan mampu menonjolkan kekuatan dan kelebihan pemohon
- Hendaklah pendek, ringkas tetapi padat
- Elakkan kesilapan info atau butiran diri dalam penulisan
- Elakkan kesilapan tatabahasa dan ejaan
- Pastikan ianya kemas dan bersih
Kesalahan Lazim Ynag Perlu Dielakkan
Antara kesalahan lazim yang sering dilakukan dan perlu dielakkan adalah:
- Menggunakan gambar yang tidak professional
- Font yang digunakan terlalu besar atau kecil sehingga sukar untuk majikan membacanya.
- Menulis perkara yang tidak berkaitan dengan jawatan yang dimohon atau huraian yang terlalu panjang tentang suatu maklumat
Semoga perkongsian di atas dapat membantu anda. Diharapkan juga urusan mencari kerja dipermudahkan serta mendapat jawatan yang diinginkan.
Related : download dan edit masukkan maklumat permohonan kerja untuk memberikan microsoft word download resume yang baik, membina resume terbaik untuk, menulis maklumat, secara ringkas, template resume yang menarik, mencari pekerja, for the, edit resume kerja, untuk mencari, contoh resume terbaik untuk, contoh template resume, sesuai untuk
font yang profesional seperti sans serif, tahoma arial helvetica arial trebuchet ms ataupun geneva, lepasan spm, menarik perhatian, muat turun, memberikan first impression, penting untuk, 2 muka surat,
Senarai Tajuk Kecil Artikel