Pilihan Raya adalah proses memilih pemimpin di peringkat negeri ataupun persekutuan yang bakal memimpin negara dan membentuk dasar-dasar yang membantu rakyat Malaysia Maka, sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi untuk menjalankan tanggungjawab memilih/ mengundi wakil rakyat di kawasan DUN dan Parlimen anda? Sekiranya belum, di bawah dikongsikan maklumat berkenaan semakan daftar pemilih secara online dan sms untuk panduan semua.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) merupakan badan yang bertanggungjawab mengelola dan menjalankan pilihan raya di dalam negara secara adil dan telus. Dengan membuat semakan melalui aplikasi atas talian yang disediakan oleh SPR, mereka yang berkelayakan boleh melihat maklumat berkaitan lokaliti atau tempat mengundi, kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), pusat mengundi serta saluran mengundi untuk memudahkan urusan pada hari pilihan raya berlangsung.
Semakan Daftar Pemilih Online, Aplikasi MySPR Dan SMS
Berikut merupakan perkongsian berkaitan cara semak daftar mengundi Suruhanjaya Pilihanraya secara Online Dan SMS serta melalui aplikasi telefon bimbit MySPR untuk rujukan semua.
Sebelum membuat semakan, anda perlu maklum jenis pemilih serta syarat-syarat kelayakan mendaftar terlebih dahulu.
Jenis Pemilih SPR
Berdasarkan undang-undang pilihan raya, terdapat dua jenis pengundi yang boleh didaftar oleh SPR iaitu :-
- Pemilih Biasa adalah pemilih berdaftar yang perlu hadir ke pusat mengundi untuk mengundi pada hari pilihan raya berlangsung.
- Pemilih Tidak Hadir pula terdiri daripada Anggota tentera dan pasangannya, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya. Mereka ini dibenarkan mengundi secara pos. Petugas media serta Anggota Polis yang bertugas pada hari pilihan raya juga perlu memohon untuk mengundi secara pos.
Syarat-Syarat Layak Mendaftar Sebagai Pemilih / Pengundi Pilihanraya
Mereka yang menepati syarat-syarat dibawah mempunyai tanggungjawab untuk mendaftar sebagai pemilih dan mengundi ketika pilihan raya dijalankan.
- Warganegara Malaysia
- Telah berumur 18 tahun
- Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan
- Tidak dihalang atau hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa
Kaedah Semakan Daftar Pengundi
i) Online
Kepada individu yang layak dan telah mendaftar melalui SPR, anda boleh menyemak daftar pengundi secara online dengan mengikuti langkah seperti berikut:
- Sila layari Pengundi SPR
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa “-” atau “space”
- Seterusnya, masukkan aksara captcha dan klik semak
- Paparan semakan seperti di bawah akan terpapar:
ii) SMS
Untuk semakan secara khidmat pesanan ringkas atau SMS, anda dikehendaki:
- Menaip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No I.C (Contoh 880110024418) dan hantar ke 15888
iii) Aplikasi MySPR
SPR juga telah membangunkan aplikasi mudah alih, MySPR bagi memudahkan pengguna membuat semakan secara online menggunakan telefon pintar.
Selain dapat menyemak status mengundi, pengguna aplikasi ini juga boleh mendapatkan maklumat tentang calon yang bertanding serta keputusan pilihan raya.
Sila buka pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi mengikut operasi sistem telefon anda:
Cara Mendaftar Sebagai Pemilih/ Pengundi Secara Online
Terkini, SPR memaklumkan pendaftar pemilih secara automatik telah diwartakan pada 15 Disember 2021 yang akan berkuatkuasa pada 15 Disember 2021. Warganegara Malaysia yang layak serta mempunyai maklumat lengkap berdasarkan rekod di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan didaftarkan sebagai pemilih tanpa perlu membuat pendafatarn atau permohonan.
Sebelum ini, anda boleh mendaftar sebagai pemilih biasa atau pengundi secara online tanpa perlu menghadirkan diri ke pejabat SPR. Anda hanya perlu membuka pautan berikut:
- MySPR Daftar
- Klik Permohonan Akaun Baru
- Isikan maklumat dan gambar yang dikehendaki
- Aktifkan akaun anda melalui pengesahan emel
- Kemudian isi borang A (borang pendaftaran pengundi)
Maklumat Lanjut
Semoga perkongsian di atas membantu anda menjalankan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan, sila rujuk:
1 | Suruhanjaya Pilihan Raya | No. Telefon: 03-8892 7018 |
Facebook Rasmi SPR | ||
Portal rasmi SPR (https://www.spr.gov.my/) |
Related : pilihan raya umum, datuk seri, untuk memberi pilihan raya negeri suruhanjaya pilihan raya spr beliau berkata, undi pos pendaftaran pemilih lokasi mengundi dewan rakyat hari pengundian, pilihanraya umum
Senarai Tajuk Kecil Artikel