Amanah Saham Berhad (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) merupakan dua platform pelaburan yang dikelola oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Setiap tahun, pengumuman kadar dividen dan pembayaran Bonus akan dinanti-nantikan para pelabur. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan kadar dividen ASB 2023 & ASN dan pembayaran bonus beserta cara pengiraan untuk rujukan semua.
ASB telah dilancarkan bagi membantu bumiputera dalam menyediakan simpanan alternatif. Kaedah ini juga mampu menjana pulangan atau keuntungan yang baik untuk jangka masa panjang dan secara konsisten. Oleh itu, bagi mereka yang berminat dan berkemampuan, laburlah demi kemudahan kewangan pada masa hadapan yang lebih terjamin.
Jumlah Pembayaran Dividen Dan Bonus ASB ASN 2023
Di bawah dikongsikan maklumat terkini berkaitan untuk makluman semua bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2023.
Turut disertakan kadar agihan tahun sebelumnya bermula daripada tahun 1999 sehingga 2023, soalan-soalan lazim dan info lanjut sebagai panduan untuk pelabur.
Kadar Pengagihan Pendapatan ASB & ASN 2023 (Pembayaran Pada Tahun 2024)
Berikut dikongsikan jumlah pembayaran bagi tahun 2023 yang diumumkan oleh ASNB.
i) Amanah Saham Bumiputera (ASB) 2023
- Pengagihan pendapatan (Dividen): 4.25 sen seunit
- Bonus: 1.00 sen seunit
- Pulangan Efektif: 5.25 sen seunit
ii) Amanah Saham Nasional (ASN) 2021
- Jumlah pembayaran: 2.74 sen seunit
Cara Pengiraan Dividen & Bonus ASB
Berdasarkan pengagihan pendapatan dan Bonus ASB pada tahun 2023, pengiraannya adalah berdasarkan purata baki minimum sepanjang tahun 2023 dengan formula berikut:
Pengiraan Pengagihan Pendapatan ASB:
- Jumlah baki minimum bulanan selama 12 bulan/ 12 bulan X kadar pengagihan
Pengiraan Bonus ASB:
- Jumlah baki minimum bulanan selama 12 bulan/ 12 bulan X kadar bonus
Contoh Pengiraan
Jika pelabur mempunyai pelaburan sebanyak RM100,000 dari awal tahun Januari 2023, maka pengiraan mengikut formula adalah seperti berikut:
- Dividen: RM100,000 x 4.25% x 12/ 12 bulan = RM4,250
- Bonus: RM100.000 x 1.00% x 12/12 bulan = RM1,000
Untuk pengiraan yang lebih teliti berdasarkan senario-senario tertentu, berikut adalah contoh yang disediakan oleh pihak ASNB sebagai rujukan untuk semua bagi tahun 2023.
1) Pelaburan melalui Auto Labur
Senario jika pelabur membuat potongan bulanan Auto Labur di myASNB sebanyak RM100 dan tidak membuat pengeluaran unit sepanjang tahun 2023. Manakala jumlah baki minimum bulanan adalah 606,600.00 unit sebagai contoh.
- Pengagihan Pendapatan: 606,600 unit/ 12 bulan x 4.25 sen per unit = RM2,148.38
- Bonus: 606,600 unit/ 12 bulan x 1.00 sen per unit = RM505.50
- Jumlah keseluruhan agihan : RM 2,653.88
2) Pelaburan menerusi Pembiayaan ASB
Contohnya, pelabur mempunyai pembiayaan ASB sebanyak 30,000 unit dan tiada pelaburan tamahan yang dibuat semasa tahun kewangan. Jumlah baki minimum bulanan pula 360,000 unit.
- Pengagihan Pendapatan: 360,000 unit/ 12 bulan x 4.25 sen per unit = RM1,275.00
- Bonus: 360,000 unit/ 12 bulan x 1.00 sen per unit = RM300.00
- Jumlah keseluruhan agihan : RM 1,575.00
3) Pelaburan dengan pengeluaran setiap bulan
Pelabur membuat jualan balik secara dalam talian sebanyak RM300 setiap bulan dan tiada pelaburan tambahan yang dibuat semasa tahun kewangan. Contoh jumlah baki minimum bulanan adalah 244,200 unit.
- Pengagihan Pendapatan: 244,200 unit/ 12 bulan x 4.25 sen per unit = RM864.88
- Bonus: 244,200 unit/ 12 bulan x 1.25 sen per unit = RM203.50
- Jumlah keseluruhan agihan : RM1,068.38
4) Tiada baki dalam akaun ASB
Pelabur telah mengosongkan akaun ASB dengan membuat jualan balik kesemua unit contohnya pada bulan Mei dan pelaburan ASB ialah 0 pada akhir tahun kewangan. Jumlah baki minimum bulanan pada 50,000 unit
- Pengagihan Pendapatan: 50,000 unit/ 12 bulan x 4.25 sen per unit = RM177.09
- Bonus dan Bonus Tambahan: Hanya untuk akaun ASB yang berbaki minimum 1 unit sebelum tarikh pengumuman kadar
- Jumlah keseluruhan agihan : RM177.09
Sejarah Pulangan ASB Tahun 1999 – 2023
Tahun | Kadar Dividen (Sen/Unit) | Kadar Bonus (Sen/Unit) | Pulangan Efektif (Sen/Unit) |
2023 | 4.25 | 1.00 | 5.25 |
2022 | 4.60 | 0.50 (30,000 unit pertama) | 5.10 |
2021 | 4.25 | 0.75 | 5.00 |
2020 | 3.50 | 0.75+0.75 (Ehsan, 30,000 unit pertama) | 4.25 |
2019 | 5.00 | 0.50 | 5.50 |
2018 | 6.50 | 0.50 | 7.00 |
2017 | 7.00 | 0.25+1.00 (Bonus Ulang Tahun) | 7.25 |
2016 | 6.75 | 0.50 | 7.25 |
2015 | 7.25 | 0.50 | 7.75 |
2014 | 7.50 | 1.00 | 8.50 |
2013 | 7.70 | 1.00 | 8.70 |
2012 | 7.75 | 1.15 | 8.90 |
2011 | 7.65 | 1.15 | 8.80 |
2010 | 7.50 | 1.25 | 8.75 |
2009 | 7.30 | 1.25 | 8.55 |
2008 | 7.00. | 1.75 | 8.75 |
2007 | 8.00 | 1.00 | 9.00 |
2006 | 7.30 | 1.25 | 8.55 |
2005 | 7.25 | 1.75 | 9.00 |
2004 | 7.25 | 2.00 | 9.25 |
2003 | 7.25 | 2.00 | 9.25 |
2002 | 7.00 | 2.00. | 9.00 |
2001 | 7.00 | 3.00 | 10.00 |
2000 | 9.75 | 2.00 | 11.75 |
1999 | 8.50 | 1.50 + 2.00 (Special Bonus) | 12.00 |
Soalan Lazim (FAQ)
1) Bagaimana pengagihan pendapatan dan Bonus ini dibayar?
- Pembayaran Bonus ini akan dilaburkan semula ke dalam akaun pemegang unit sebagai unit tambahan dan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit secara automatik pada 1 Januari setiap tahun
2) Bilakah pengagihan pendapatan ASB dan Bonus ini boleh disemak?
- Para pelabur boleh menyemak pengagihan pendapatan dan Bonus mulai 2 Januari setiap tahun di Cawangan ASNB dan Ejen di seluruh negara, melalui Portal/Applikasi mudah alih myASNB dan melalui penyata pengagihan pendapatan yang akan dihantar bersama dengan laporan pengurus kelak.
3) Adakah pengagihan pendapatan dan Bonus patuh shariah?
- Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang diadakan pada 1-3 Februari 2008, bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
Info Lanjut
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional, sila rujuk:
- Laman Web (www.asnb.com.my)
- Facebook Rasmi
- Pusat panggilan: 03 7730 8899
- Emel: asnbcare@pnb.com.my
Related : 10.4 juta pemegang unit, untuk terus, pnb tun arifin zakaria berkata, seunit dan bonus 0.75, terbaik untuk, urus niaga pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak rm8.9 bilion unit asb unit amanah 181.2 bilion unit mengumumkan pembayaran 23 disember 2021 sen seunit dan bonus saham nasional berhad asnb strategi kepelbagaian 2 januari 2022, pnb untuk, pengumuman dividen, menjadikan jumlah pengagihan pendapatan terkumpul dan bonus asb yang telah diagihkan, 23 disember 2021 sehingga 2 januari 2022, 22 disember 2021, 4.25 sen seunit untuk dana utamanya amanah saham bumiputera asb bagi tahun kewangan berakhir 31 disember 2021, dividen dan bonus amanah saham nasional berhad asnb, 5.00 sen seunit untuk dana utamanya amanah saham bumiputera asb bagi tahun kewangan berakhir 31 disember 2021, pelaburan amanah saham nasional berhad asnb agihan pendapatan, dividen dan bonus amanah saham bumiputera asb bagi tahun kewangan berakhir 31 disember 2021, dividen dan amanah saham nasional berhad asnb, mengumumkan pengagihan pendapatan, diumumkan pada 23 disember 2021, penangguhan urus niaga asb, berakhir 31 disember 2022, pengagihan pendapatan amanah saham, secara online, pemegang unit asb, portal myasnb, pelaburan asb, kuala lumpur,
Senarai Tajuk Kecil Artikel