Drama Bukan Gila : Sinopsis, Tema, Persoalan, Plot & Pengajaran. Nota meliputi gaya bahasa, nilai dan contoh soalan latihan & jawapan.

Drama Bukan Gila : Sinopsis, Tema, Persoalan, Plot & Pengajaran

Drama Bukan Gila Sinopsis Tema Persoalan Plot Pengajaran

Selain novel dan cerpen, drama juga merupakan salah satu karya sastera yang perlu dipelajari oleh para pelajar di Tingkatan 5. Komponen Sastera ini penting untuk memastikan pelajar mampu menguasai Bahasa Melayu secara pemahaman, penulisan dan berfikir secara kritis. Sebagai rujukan, dibawah dikongsikan nota berkenaan Drama Bukan Gila : Sinopsis, Tema, Persoalan, Binaan Plot, Nilai & Pengajaran.

Karya penulisan Sharif Shaary ini telah dipilih sebagai salah satu bahan pelajaran kepada pelajar kerana mempunyai banyak intipati yang bermanfaat. Daripada satu musibah yang menimpa diri, seseorang individu itu sepatutnya dibantu tetapi tidak mendapat bantuan yang sepatutnya sehingga orang lain yang menunjukkan sifat empati lebih daripada orang sekelilingnya. Kisah seperti ini mampu memberikan pengajaran yang berguna kepada pelajar disamping mempelajari Bahasa Melayu dengan lebih mendalam.

Nota Drama Bukan Gila : Sinopsis, Tema, Persoalan, Plot, Nilai & Pengajaran

Sekiranya para pelajar ingin mengulangkaji pelajaran atau melakukan persediaan berkaitan Drama Bukan Gila : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai, Binaan Plot & Pengajaran, ikuti perkongsian nota-nota ringkas dan contoh soalan yang diberikan di bawah.

Tema

Drama ini mengutarakan tema tentang seorang anak muda yang terpaksa menghadapi penyakit barah otak secara sendirian. Perbezaan ideologi dan prinsip hidup setiap manusia boleh menentukan kelainan tindakan dan cara hidup masing-masing.

Persoalan

1) Perbezaan ideologi atau cara berfikir seseorang menjadi kejanggalan oleh masyarakat sekeliling

  • Azmir telah dianggap gila oleh masyarakat sekelilingnya kerana mempunya pandangan yang berbeza tentang kehidupan

2) Ketabahan seorang pesakit barah otak dalam melawan penyakit tersebut seorang diri

  • Azmir yang menghidap penyakit barah otak melawan seorang diri tanpa pengetahuan ibu dan bapanya

3) Penghargaan terhadap seseorang yang telah berjasa kepada diri mereka dan orang sekeliling

  • Azmir berterima kasih kepada ibu dan bapanya kerana telah membesarkannya dengan baik

4) Kesetiaan seseorang dalam mencintai kekasih hatinya

  • Azmir masih mencintai Ani, kekasihnya walaupun ditinggalkan selepas mendapat tahu Azmir menghidap barah otak

5) Dunia ini diibaratkan sebagai satu pentas lakonan

  • dalam kehidupan di dunia ini, manusialah pelakonnya yang membawa pelbagai watak dan ragam

6) Prihatin terhadap orang sekeliling yang ditimpa musibah

  • Para pelakon telah mengunjungi Azmir di rumahnya untuk menziarah dan mengetahui latar belakang hidup Amir

7) Kesakitan yang membawa kepada penderitaan

  • Azmir yang menanggung kesakitan yang dialami menderita seornag diri apabila tidak mendapat sokongan daripada keluarga mahupun kekasih hati

8) Cinta dan kasih sayang amat penting dalam menjamin kebahagiaan

  • Azmir masih mengenang akan kekasih hatinya yang meninggalkannya apabila dia dianggap gila tetapi sebaliknya menghidap penyakit barah otak.

Sinopsis

Drama ini mengisahkan tengtang Azmir yang sedang dirawat di wad sakit jiwa Hospital Besar. Sewaktu di wad tersebut, Azmir telah berkhayal akan kehadiran kekasihnya, Ani. Azmir telah meminta Ani membawa keluar tetapi Ani memberitahu dia bahawa mereka bahagia di tempat itu. Kemudian, Azmir berkhayal lagi tentang kehadiran ayahnya.Belau bertanyakan khabar Azmir tetapi Azmir memanggil Ani untuk mengusir ayahnya. Ayahnya mengatakan bahawa dia sayang akan Azmir tetapi Azmir mengatakan bahawa ayahnya berbohong lalu berlaku pertelingkahan antara Azmir dan ayahnya sehingga munculnya khayalan tentang Pak Haji datang dan memberi salam. Azmir bertengkar pula dengan Pak Haji tentang namanya dan sikap manusia yang dikatakan oleh Azmir bercakap lain tetapi berbuat lain.

Selepas itu, Ani muncul semula. Azmir bertanya mengapa Ani masih disisinya. Sewaktu itu, Azmir dan Ani bercakap tentang cinta mereka. Azmir mengatakan bahawa cinta Ani masih bersifat luaran. Setelah itu, Azmir dikunjungi oleh doktor. Selepas memeriksa Azmir, doktor membenarkan Azmir bersiar-siar di luar. Kesempatan itu diambil oleh Azmir untuk keluar dari wad Hospital Besar. Akhirnya, Azmir tiba di lokasi sekumpulan pelakon drama yang sedang berlatih drama bertajuk Sasau. Azmir mengatakan bahawa pelakon-pelakon drama Sasau itu sesat. Malah, Azmir memberikan pendapatnya tentang sistem kehidupan, iaitu sistem prorakyat.

Sewaktu Azmir memberikan pendaptnya tentang sistem tersebut kepada para pelakon drama yang berlatih itu, kepalanya berasa sakit. Setelah reda sakitnya, Azmir memberitahu pelakon-pelakon tersebut bahawa syarahannya dan penyakitnya adalah betul. Azmir juga menjelaskan bahawa dia datang untuk membetulkan pelakon-pelakon itu tidak ada yang sasau tetapi yang ada ialah ketidakbenaran, kepalsuan dan kepura-puraan. Azmir juga ditanya tentang gila. Sebaliknya, Azmir menjelaskan bahawa bukan gila tetapi penderitaannya yang tidak dapat ditanggung. Kemudian, Azmir menghantuk-hantukkan kepalanya sehingga berdarah. Azmir menjelaskan bahawa tindakan menghantukkan kepala itu bukan kerana gila tetapi akibat menderita suatu kesakitan yang tidak ditanggung dan tidak terucap dengan kata-kata.

Kemudian, doktor datang dan menjelaskan kedudukan sebenar Azmir. Doktor membawa Azmir pulang ke wad sakit jiwa semula. Setelah itu, Arif dan rakan-rakan pelakon mengunjungi ibu dan bapa Azmir. Ibu bapa Azmir menjelaskan bahawa keadaan Azmir begitu sejak tingkatan enam dan semakin teruk semasa di universiti. Arif menasihati Ibu bapa Azmir bahawa agar bersama-sama membantu Azmir. Arif memberitahu ibu bapa Azmir bahawa Azmir memerlukan kasih sayang, semangat dan bukannya cemuhan atau penghinaan.

Pelakon-pelakon juga memberitahu ibu bapa Azmir bahawa dia melihat Azmir menghadapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung. Arif menasihati ibu bapa Azmir agar segera mengunjungi Azmir sebelum terlambat. Di wad pesakit jiwa, Azmir berkhayal dan mengimbas kembali tentang kisah cintanya dengan Ani dan kisah hidupnya. Ketika dia sedang berkhayal, dia menjadi lemah dan rebah ke lantai. Ani yang berada di rumah telah membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad. Kematiaanya dikatakan berpunca daripada penyakit barah otak. Berita itu membuat Ani berasa bersalah dan berasa dirinya bersikap kejam terhadap Azmir.

Binaan Plot

1) Pengenalan

Azmir berada di wad pesakit jiwa di Hospital Besar seorang diri dan berada dalam khayalan atau halusinasi.

2) Perkembangan

Ani, kekasih Azmir telah meninggalkan Azmir kerana dirinya kurang siuman dan telah berhalusinasi akan kehadiran kekasih hatinya. Azmir meminta Ani membawanya keluar daripada wad. Selepas itu, Azmir berhalusinasi akan kehadiran bapanya yang kemudian menimbulkan pertelingkahan kerana menuduh bapanya tidak menyayanginya lagi. Azmir pula kemudian menerima kehadiran Pak Haji yang telah mempertikai nama Azmir. Dia tidak boleh menerima sikap manusia yang tidak bertindak seperti apa yang mereka katakan. Akhirnya doktor membenarkan Azmir untuk bersiar-siar di luar wad.

3) Perumitan

Di hospital pula berlaku satu sesi penggambaran drama bertajuk Sasau. Pengarahnya, Arif merasakan pelakonnya perlu memahami lebih mendalam tentang tajuk drama tersebut. Azmir yang tiba-tiba berada di situ telah mempertikaikan dialog antara pelakon yang mengagungkan kuasa. Pada pendapat Azmir, sistem yang terbaik ialah sistem prorakyat, iaitu sistem yang dapat mengawal wang serta mengawal kuasa dan juga dapat mengawal manusia. Para pelakon berbincang dengan Azmir tentang sistem tersebut.

4) Klimaks

Azmir tiba-tiba bertindak luar kawalan apabila menghantuk kepalanya ke lantai sehingga kepalanya berdarah. Dia berguling-guling di lantai kerana kesakitan dan darah mengalir sehingga ke pipinya. Arif dan pelakon lain membantu untuk mengenangkan Azmir. Doktor kemudian datang dan membawa Azmir masuk ke wad semula.

5) Peleraian

Arif dan pelakon-pelakon lain telah menjejaki dan mengunjungi rumah ibu bapa Azmir bagi menjelaskan keadaan Azmir kepada mereka. Pelakon 1 meminta ibu bapa Azmir agar memberikan perhatian dan kasih sayang kepadanya. Arif mencadangkan ibu bapa Azmir untuk melawatnya di hospital sebelum terlambat.  Di wad pesakit jiwa, Azmir mengenang kenangannya bersama Ani. Azmir menjadi lebih lemah dan telah jatuh ke lantai ketika berdiri. Pada suatu ketika, Ani sedang membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad dan ketika itu baru di tahu punca kematian Azmir adalah akibat barah otak dan berasa kesal meninggalkan Azmir bersendirian.

Teknik Plot

  1. Monolog : Azmir bercakap seorang diri di wad pesakit jiwa
  2. Imbas kembali : bapa Azmir teringat akan waktu penyakit gila-gila Azmir berlaku
  3. Dialog : Dialog antara Azmir dan Ani semasa Azmir berkhayal akan kehadiran kekasihnya itu ketika dirawat di wad pesakit jiwa, Hospital Besar
  4. Saspens : teknik ini menimbulkan tanda tanya pembaca akan kesudahan percintaan Azmir dengan Ani

Watak dan Perwatakan

1) Azmir

  • Watak utama yang menghidap penyakit barah otak
  • Turut mengalami sakit jiwa dan menerima rawatan pesakit jiwa di Hospital Besar
  • Mula menunjukkan sifat gila-gila sejak tingkatan enam
  • Gagal menghabiskan tahun akhir pengajiannya di universiti
  • Bercinta dengan Ani tetapi Ani telah meninggalkan sewaktu dia menghidap penyakit barah otak

2) Doktor Razi

  • Merawat Azmir yang dikatakan menghidap sakit jiwa
  • Tidak dapat mengetahui dan memahami penyakit yang dialami Azmir
  • Melayani Azmir dengan baik dan membenarkan Azmir bersiar-siar di luar wad

3) Ibu Azmir

  • Beliau mengesan sikap gila-gila Azmir sejak di tingkatan enam
  • Tidak mampu mengurus Azmir
  • Malu dengan sikap anaknya yang gila-gila

4) Ani

  • Bekas kekasih Azmir
  • Tidak setia kerana telah meninggalkan Azmir yang disangka gila tanpa usul periksa
  • Menyedari kesilapannya setelah Azmir telah meninggal dunia

5) Bapa Azmir

  • Bapa kepada Azmir
  • Seorang yang prihatin kerana telah menghantar Azmir ke hospital bagi merawat penyakit anaknya
  • Seorang yang kurang sedar untuk memberikan kasih sayang terhadap anaknya yang memerlukan sokongan menghidap penyakit seorang diri

Latar

Latar Masa

  • Siang : Bapa dan Pak haji melawat Azmir di wad
  • Tingkatan enam : Azmir mula menunjukkan sifat gila
  • Univeristi : Azmir bertemu Ani
  • Tiga hari :  Azmir menghilangkan diri dari wad pesakit jiwa
  • 21 Jun 1993 : tarikh kematian Azmir

Latar Tempat

  • Wad pesakit jiwa, Hospital Besar : Azmir dirawat kerana dikatakan menghadapi sakit jiwa
  • Rumah Azmir : Arif dan rakan-rakan pelakon berkunjung ke rumah ibu bapa Azmir
  • Pentas : Arif dan pelakonnya berlakon drama Sasau
  • Ruang tamu rumah Ani : tempat ani mendapat tahu tentang kematian Azmir

Latar Masyarakat

  1. Masyarakat yang menderita sakit secar bersendirian
  2. Masyarakat yang prihatin dan empati terhadap keadaan sebenar yang dihadapi oleh orang lain
  3. Masyarakat yang tidak mempedulikan orang lain
  4. Masyarakat yang kurang memberikan kasih sayang yang cukup terhadap anak atau ahli keluarga

Gaya Bahasa

  1. Bahasa Arab : Assalamualaikum, bertafakur
  2. Bahasa Inggeris : realistik, sensitif, rasional
  3. Hiperbola : Saban hari manusia membunuh kemanusiaan
  4. Metafora : angin kemudaan, angkasa kewujudan
  5. Imbuhan pinjaman bahasa Inggeris : prorakyat, pascaperang
  6. Repitisi : Hukum. Hukum pada hari ini hanya wujud pada nama saja. Orang sering melanggar hukum. Hukum kata ada kasih sayang
  7. Simile : Sistem yang baik adalah bagaikan segala nilai dan norma
  8. Anafora : Hamba : Rahsiamu? Rahsiamu ialah penderitaanku tetapi kepuasanmu

Nilai

1) Prihatin : Arif, pengarah drama Sasau prihatin terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Azmir

2) Kasih Sayang : bapa Azmir masih menyayangi anaknya dengan menziarahinya di wad

3) Kesetiaan : Azmir setia dengan cinta hatinya Ani sehingga terbayang-bayang kedatangan Ani

4) Tanggungjawab : Doktor Razi bertanggungjawab menjalankan tugasnya dengan mencari Azmir dan membawanya semula ke wad pesakit jiwa

5) Ilmu pengetahuan : Arif sanggup belajar daripada Azmir yang dikatakan gila bagi memantapkan pemahaman dalam drama “Sasau”

6) Rasional : Pak Haji bersikap rasional dengan menukar topik perbualan apabila Azmir menunjukkan rasa kurang senang

Pengajaran

1) Kita seharusnya tidak berputus asa dalam menghadapi apa sahaja cabaran dalam kehidupan

2) Kita mestilah mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak atau ahli keluarga yang bersekatan

3) Kita hendaklah bersikap prihatin kepada orang yang ditimpa musibah dan cuba membantu mereka

4) Kita perlu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita dengan komited agar kerja yag dilaksanakan dihargai oleh orang lain

5) Kita seharusnya mengkaji dan mendalami sesuatu isu dengan bimbingan orang yang mengetahui isu tersebut sebelum berkata-kata atau mengulas tentang isu tersebut

6) Kita hendaklah amat menghargai sumbangan golongan petani, nelayan dan buruh yang banyak menyumbang kepada kesejahteraan hidup di dunia ini

Soalan Latihan

1) Berdasarkan petikan drama “Bukan Gila” yang anda kaji, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Azmir menderita? Apakah faktor-faktor tersebut.

Antara faktor yang menyebabkan Azmir menderita adalah kerana dia kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapanya. Azmir juga telah menerima kutukan dan cemuhan serta menerima hukuman dihantar ke hospital apabila dianggap gila

2) Sekiranya rakan anda menghadapi masalah tekanan emosi, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil untuk membantu rakan anda?

Jika saya mendapati rakan saya menghadapi masalah tekanan emosi, saya akan memberi nasihat dan motivasi kepadanya supaya masalah berkenaan dapat diselesaikan. Selain itu, saya akan memberitahu rakan, keluarga atau guru akan masalah yang dihadapinya. Saya juga akan mengajak rakan melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti menonton wayang dan berhibur.

3) Huraikan satu nilai murni terdapat dalam drama yang anda kaji?

Salah satu nilai murni yang terdapat dalam drama ini adalah nilai prihatin yang ditunjukkan oleh Arif, pengarah drama Sasau yang mengunjungi ibu bapa Azmir untuk memberitahu keadaan Azmir

4) Huraikan satu latar masyarakat yang terkandung dalam drama ini?

Antara latar masyarakat yang ditunjukan adalah masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup. Azmir tabah menghadapi penyakit barah otak yang dianggap orang sekelilingnya sebagai gila

5) Apakah pendapat Azmir tentang sistem apabila melihat pelakon Drama Sasau di hospital

Azmir berpendapat tentang sistem dicipta oleh rakyat, bukan manusia. Azmir mengatakan bahawa sistem disahkan oleh rakyat.

6) Berdasarkan pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin?

Pada pendapat saya, seorang pemimpin perlu memiliki jati dir yang positif dan boleh menjadi teladan kepada ahli masyarakat umum. Selain itu, pemimpin juga perlu amanah dengan tanggungjawab yang diberikan dengan melaksanakan tugas dengan komited seperti doktor Razi. Seorang pemimpin juga perlu bersifat prihatin terhadap ahli masyarakat dan tidak melakukan sebarang provokasi kepada orang lain.

Diharapkan perkongsian berkaitan Drama Bukan Gila : Sinopsis, Tema, Persoalan, Plot & Pengajaran membantu para pelajar.

Related : mempertikaikan dialog drama sasau yang mengagungkan, plot drama ini disusun secara, mencari dan darah masih mengalir di pipinya, cuba menerangkan kepada doktor bahawa azmir sedang menderita suatu penderitaan yang tidak tertanggung, arif mencadangkan ibu bapa azmir berjumpa dengan azmir di hospital sebelum terlambat, menghantuk hantukkan kepalanya ke lantai, menasihati ibu bapa azmir berjumpa dengan azmir di hospital sebelum terlambat, ketabahan seorang anak muda yang terpaksa melawan penyakit,