eGUMIS ANM Semakan WTD Wang Tak Dituntut Online & Proses Bayaran. Cara semakan wang tidak dituntut secara atas talian dan kaunter JANM.

eGUMIS ANM Semakan WTD Wang Tak Dituntut Online & Proses Bayaran

Cara semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) ANM secara online/ manual dan Proses Bayaran Balik. Ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat WTD boleh ditebus bagi seseorang individu mahupun warisnya. Semakan Wang Tak Dituntut boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu menerusi kaunter Jabatan Akauntan Malaysia (JANM) di setiap negeri, kaunter bergerak oleh Kementerian Kewangan bagi kawasan pedalaman dan yang terkini, sistem atas talian (online) yang dikenali sebagai sistem eGUMIS.

WTD adalah wang perlu dibayar disisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh masa tertentu seperti mana telah ditetapkan di bawah Seksyen 8, Akta Wang Tidak Dituntut 1965. Pendaftar wang tidak dituntut, iaitu Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sebagai pemegang amanah akan menyimpan selamat wang tersebut mengikut peraturan kewangan berkuatkuasa sehingga ianya dituntut oleh empunya yang berhak.

semakan wtd

Semakan eGUMIS Online Cara Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Secara Atas Talian & Kaunter JANM

Selain hadir ke kaunter Jabatan Akauntan Malaysia (JANM), orang ramai kini boleh membuat semakan Wang Tak Dituntut (WTD) menggunakan sistem atas talian/ online.

Portal eGUMIS (Electronic Government Unclaimed Money Information System) ini telah dilancarkan oleh kerajaan pada Januari 2020. Ini sudah pasti dapat membantu memudahkan orang ramai bagi membuat semakan jumlah dan status wang tidak dituntut pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Maklumat penting wang tidak dituntut adalah seperti berikut :-

1. Tiada had bagi membuat semakan atau tuntutan WTD

2. Wang disimpan adalah selamat dalam pegangan kerajaan

3. Perkhidmatan diberikan adalah secara percuma

4. Dibayar tanpa faedah

5. JANM tidak pernah melantik ejen

6. JANM ttidak pernah menghantar emel berkaitan perkhidmatan WTD

a) Semakan Wang Tak Dituntut Online (WTD) 

Cara membuat semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) secara online ada dikongsikan di bawah ini sebagai rujukan. Ini termasuklah pendaftaran kali pertama serta maklumat penting lain yang berkaitan

Pautan Semakan

Sila Layari Portal JANM

1. Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WTD” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat WTD tersebut (jika ada)

2. Bagi pengguna yang tidak menerima kata laluan atau telah menerima katalaluan (password) semasa pendaftaran dilakukan tetapi tidak dapat untuk log masuk, pemohon perlu membuat pendaftaran semula di Portal.

3. Bagi pendaftaran kali pertama, sila tekan butang “Pendaftaran” bagi membuat pendaftaran kali pertama

4. Paparan skrin akan menunjukkan paparan pendaftaran kali pertama, Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti nama, kad pengenalan, emel, dan pengakuan bersetuju lalu tekan butang “Daftar”

5. Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan

6. Tekan butang “Log masuk” dan isikan nama pengguna seperti yang didaftarkan dan kata laluan sementara seperti yang diterima di emel yang telah didaftarkan

7. Paparan skrin tukar kata laluan akan ditunjukkan. Isikan kata laluan sementara dan masukkan kata laluan baru serta ulang kata laluan baru tersebut. Seterusnya klik butang “Simpan” bagi mengemaskini maklumat pengguna

8. Paparan skrin kemaskini maklumat pengguna akan ditunjukkan. Sila lengkapkan maklumat seperti alamat dan no telefon bimbit. Seterusnya klik butang “Simpan”

9. Paparan skrin carian WTD akan ditunjukkan. Bagi membuat semakan, klik pada butang “Carian Wang Tak Dituntut” kemudian masukkan no. kad pengenalan. Tekan butang “Cari” dan hasil carian akan dipaparkan.

10. Paparan maklumat wang akan ditunjukkan. Sekiranya anda ingin membuat cetakan sila klik butang cetak.

Maklumat Penting Semakan WTD OnlineBerikut adalah beberapa maklumat penting bagi proses semakan secara online:

i) Pada fasa awal, pengguna hanya boleh membuat semakan sahaja. Bagi permohonan, dokumen yang lengkap perlu dikemukakan secara hadir ke kaunter pejabat pendaftar atau JANM negeri/cawangan berhampiran atau menerusi pos ke pejabat pendaftar.

ii) Carian rekod WTD secara online adalah berdasarkan rekod yang diserahkan oleh pihak syarikat/firma bagi tahun kewangan 2006 hingga kini.

Panduan lanjut, rujuk manual pengguna di pautan berikut:

Manual Pengguna

Soalan Lazim PenggunaSebagai rujukan, berikut adalah beberapa soalan yang lazim dikemukakan mengenai semakan wtd online dan juga jawapan persoalan tersebut.

Siapa yang layak membuat semakan Wang Tak Dituntut secara online?
Individu dan syarikat dibenarkan bagi membuat semakan WTD secara atas talian menerusi nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat.

Adakah sebarang tempoh masa bagi akaun pengguna e GUMIS?
Ya, tempoh pengguna aktif adalah 6 bulan dari tarikh terakhir log masuk ke Portal e GUMIS. Akaun tersebut akan dilupuskan atau dinyahatifkan secara automatik dan pengguna hendaklah mendaftar semula sebagai pengguna baru.

Jika pemohon tidak menerima email kata laluan di dalam peti masuk selepas pendaftaran, apakah yang perlu dilakukan?
Pengguna boleh menyemak email kata laluan sementara pada bahagian spam. Jika sistem melalui maklumbalas tuntutan

Apakah yang akan terjadi jika pengguna e GUMIS tidak log masuk setelah menerima kata laluan?
Jika pengguna e GUMIS tidak log masuk ke portal e GUMIS setelah menerima kata laluan melebihi 30 hari, akaun tersebut akan dinyahaktifkan secara automatik

Senarai Soalan Lazim (FAQ) penuh boleh rujuk pautan di bawah

Soalan Lazim WTD

b) Semakan WTD Menerusi Kaunter JANMBagi mereka yang tidak mempunyai akses internet atau tidak boleh membuat semakan secara online, semakan boleh dibuat terus ke mana-mana lokai pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia di setiap negeri.Langkah membuat semakan di kaunter adalah seperti berikut:

1. Pemohon hendaklah hadir sendiri ke kaunter JANM mengikut waktu pejabat atau masa yang telah ditetapkan oleh JANM berkenaan

2. Sila bawa dokumen pengenalan diri iaitu No. Kad Pengenalan (MyKad)

3. Bagi waris yang telah meninggal dunia, semakan juga boleh dibuat dengan membawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan anda dengan pewaris seperti sijil lahir

4. Serahkan MyKad atau dokumen yang berkaitan di kaunter WTD

5. Pegawai Kaunter JANM yang bertugas akan membuat semakan menerusi sistem

6. Status WTD akan dapat diketahui dalam beberapa minit sahaja.

7. Pegawai bertugas akan menyenaraikan senarai WTD (sekiranya ada) dan prosedur untuk membuat tuntutan.

8. Tiada sebarang caj atau bayaran perkhidmatan dikenakan bagi proses membuat semakan

Proses Permohonan Tuntutan atau Bayaran Balik Wang Tidak Dituntut di Kaunter JANMPanduan dalam membuat tuntutan bayaran balik WTD akan diberikan oleh Pegawai JANM yang bertugas di kaunter JANM. Namun secara amnya, tuntutan WTD boleh dibuat seperti langkah berikut:

1. Sila isi borang tuntutan sekiranya terdapat wang tak di tuntut

2. Sertakan beberapa dokumen berkaitan antaranya salinan MyKad, surat pengesahan bank berkenaan, penyata buku bank yang aktif bagi tujuan pembayaran balik secara kredit ke akaun bank

3. Muat turun borang UMA-7 di pautan berikut: Borang UMA-7

4. Borang tersebut mestilah lengkap diisi dan ditandatangani Salinan Kad Pengenalan (hadapan dan belakang) / passport pemohon bagi bukan warganegara. Dokumen asal (Antaranya: buku bank/sijil simpanan tetap dan lain-lain)

5. Menyediakan salinan muka hadapan buku akaun / penyata bank pemohon yang aktif serta telah disahkan oleh pihak bank

6. Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun yang telah dinyatakan

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang permasalahan, orang ramai boleh merujuk kepada maklumat berikut :-Related : agen untuk urusan tuntutan urusan tuntutan bayaran balik, maklumat wang tak dituntut untuk carian wang, layari pautan portal https langkah 4 kemaskini maklumat pengguna pendaftar wtd

1. Garis Panduan : Garis Panduan Permohonan Bayaran Balik Wang Tidak Dituntut

2. Pejabat & Cawangan JANM : Lokasi JANM

3. Facebook Rasmi : Facebook Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Related : portal rasmi https egumis.anm.gov.my, cetak maklumat wang, tuntutan insurans, permohonan tuntutan wang tak dituntut, suruhanjaya syarikat malaysia jabatan insolvensi malaysia bagi syarikat firma yang bubar atau individu bankrap, pentadbir harta pusaka wasi yang dinamakan dalam surat kuasa mentadbir harta pusaka, permohonan tuntutan wtd, waris yang dinamakan dalam surat kuasa mentadbir harta pusaka, permohonan tuntutan wang tak dituntut wtd, serahkan mykad surat kuasa mentadbir harta pusaka, waris yang mempunyai arahan pembaharuan automatik, individu atau nombor pendaftaran pengguna secara atas talian, egumis atau nombor pendaftaran pengguna secara atas talian, borang uma-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani, talian melalui nombor pendaftaran pengguna secara atas talian, keuntungan yang mempunyai arahan pembaharuan automatik,