Daftar eKasih Permohonan Baru & Semakan Status Pendaftaran. Cara mohon bantuan kepada golongan miskin tegar melalui portal rasmi.

Daftar eKasih Permohonan Baru & Semakan Status Pendaftaran

Cara Daftar eKasih dan Semakan Status Pendaftaran. Kerajaan Malaysia amat mementingkan kebajikan masyarakat khususnya mereka yang memerlukan bantuan termasuklah golongan miskin. Oleh itu, sebuah sistem telah diwujudkan bagi tujuan khusus untuk membantu isi rumah dalam kategori miskin yang dikenali sebagai sistem ‘e-Kasih’ atau Portal Pembasmian Kemiskinan (bank data kemiskinan nasional).

e-Kasih adalah sebuah sistem pengkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat kebangsaan untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan bagi negara Malaysia. Selain itu, sistem ini (data ekasih) juga digunakan sebagai rujukan oleh Kementerian dan Agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.

semakan status ekasih

eKasih 2023 : Pendaftaran Dan Permohonan Baru Portal e-Kasih

Sebagai makluman, e-Kasih bukan sebuah program bantuan Kerajaan tetapi adalah sebuah pengkalan data di bawah pengendalian Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Ianya ditubuhkan pada 2007 sebagai sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi memudahkan agensi-agensi pemberi bantuan untuk memilih golongan yang betul-betul layak menerima bantuan di bawah program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan seperti poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.

Ianya mengandungi data mengenai isi rumah kategori miskin dan miskin tegar berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) semasa. Data ini akan digunakan kementerian/ agensi yang memberi bantuan menerusi program-program pembasmian kemiskinan. Ianya juga menyimpan segala rekod bantuan yang diterima oleh individu, Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR). Termasuklah Bantuan Sara Hidup (BSH).

Data dalam sistem ini juga digunakan untuk pemberian bantuan skim i-suri KWSP suri rumah. i-Suri adalah singkatan kepada Insentif Suri dan merupakan Caruman Sukarela dengan Insentif Khas Kerajaan untuk suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.

Siapa Yang Layak Mendaftar? 

Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan bagi kawasan bandar atau RM1,000 sebulan bagi kawasan luar bandar adalah digalakkan atau layak untuk mendaftar.

Golongan berpendapatan rendah ini berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) seperti berikut:

Pendapatan-Garis-Kemiskinan

*Sumber: Soalan Lazim Portal Rasmi

Berpendapatan di bawah pendapatan garis kemiskinan (PGK) semasa seperti RM1,000 sebulan bagi luar bandar adalah salah satu kriteria ketua isi rumah (KIR) dan ahli isi rumah (AIR) yang diterima daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program bantuan yang diterima.

Borang eKasih : Cara Daftar Permohonan Baru

Bagi mereka yang melepasi syarat kelayakan di atas bolehlah membuat pendaftaran permohonan baru. Dengan mekanisme pendaftaran terbuka. individu yang ingin mendaftar perlulah menghadirkan diri ke salah satu tempat berikut:

  1. Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)
  2. Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
  3. Menerusi telefon, surat atau emel rasmi ataupun membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Talian Telefon Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)

Untuk memudahkan orang ramai, berikut adalah senarai nombor telefon PPN bagi setiap negeri yang boleh dihubungi bagi tujuan pendaftaran.

  1. PPN W.P. Kuala Lumpur: 03-40420260 / 61
  2. PPN Selangor: 03-55213600
  3. PPN N. Sembilan: 06-7659945
  4. PPN Melaka: 06-3333333
  5. PPN Johor: 07-2234777
  6. PPN Pahang: 09-5178208
  7. PPN Terengganu: 09-6272000
  8. PPN Kelantan: 09-7455000
  9. PPN Perlis: 04-9731976
  10. PPN Kedah: 04-7209236
  11. PPN Pulau Pinang: 04-2185700
  12. PPN Perak: 05-2497400
  13. PPN Sabah: 088-484800
  14. PPN Sarawak: 082-446582

Proses Permohonan Sistem eKasih

Buat rujukan semua, Proses Kerja Permohonan Isi Rumah bagi didaftarkan ke dalam Sistem adalah seperti berikut:

carta_alir_pendaftaran_ekasih

Semakan eKasih : Status Pendaftaran Permohonan Secara Online

Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan bagi kawasan bandar atau RM1,000 sebulan bagi kawasan luar bandar adalah digalakkan atau layak untuk mendaftar.

Check Status Pendaftaran Online

Klik Semakan Status Daftar & Penerima Bantuan

  1. Masukkan No Kad Pengenalan (NO I/C)
  2. 2. Tekan Butang “Klik untuk cari”

NOTA: Beberapa Terma Rujukan yang digunakan maksudnya adalah seperti berikut :-

  • Ketua Isi Rumah (KIR): adalah daripada kalangan isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberi tanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal
  • Ahli Isi Rumah (AIR): adalah mereka yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman yang dipilih
  • Senarai Penerima Bantuan (SPB): adalah senarai penerima bantuan agensi yang masih belum diverifikasi

Sumbangan Asas Rahmah – SARa (2023)

Bagi mereka yang telah tersenarai di dalam sistem eKasih, untuk tahun 2023 bagi mereka yang berkelayakan boleh menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah – SARa mulai 17 Julai 2023. Panduan lanjut boleh rujuk pautan:

Soalan-Soalan Lazim

Berikut adalah antara soalan lazim yang ditanyakan oleh orang awam:

1) Bagaimana individu boleh mendaftar yang diterima dalam eKasih?

Individu/orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui telefon, surat atau emel rasmi atau membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

2) Apakah maklumat yang direkodkan dalam Sistem eKasih?

Sembilan komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu butiran KIR dan AIR, lokasi, kediaman, pendidikan, kemahiran dan pekerjaan, harta, kesihatan, bantuan dan pendapatan. Sistem ini juga merekod bantuan-bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR).

3) Apakah maksud Ketua Isi Rumah (KIR)?

KIR ialah mereka yang bertanggungjawab atau diberi tanggungjawab terhadap kebajikan ahli keluarga lain yang tinggal di dalam satu rumah yang sama.

4) Apakah yang dimaksudkan dengan Ahli Isi Rumah (AIR)?

AIR ialah mereka yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di sesuatu tempat kediaman di mana mereka tinggal.

5) Perlukah saya membuat semakan status kemiskinan secara online?

Jika anda tidak boleh membuat semakan secara online, sila hubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

6) Adakah eKasih itu satu program bantuan Kerajaan? 

eKasih bukanlah program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. Ia juga memberikan indikasi kriteria-kriteria yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program.

Maklumat Lanjut

Kesimpulannya, semakan status kemiskinan secara online membantu penjelasan program bantuan yang diterima oleh ketua isi rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan bagi kawasan bandar atau RM1,000 sebulan bagi kawasan luar bandar dan ahli isi rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program bantuan.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan bantuan, pendaftaran dan semakan status e-Kasih (program bantuan yang diterima), orang ramai boleh menghubungi :-

Cara Hubungi

  1. Portal Rasmi Pembasmian Kemiskinan
  2. Soalan Lazim
  3. Manual Pengguna

Related : sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang melaksana dan memantau program kemiskinan, individu program bantuan yang diterima oleh ketua isi rumah kir dan ahli isi rumah air daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program bantuan yang diterima, bank data bersepadu isi rumah miskin, golongan yang diterima oleh ketua isi rumah kir dan ahli isi rumah air daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program bantuan yang diterima oleh ketua isi rumah, hadirkan diri ke pejabat pembangunan negeri ppn bahagian unit kesejahteraan rakyat,