Perhatian kepada semua rakyat Malaysia yang ingin menawarkan produk atau menjadi pembekal kepada agensi-agensi kerajaan. Tahukah anda tentang sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet? Sekiranya tidak, berikut dikongsikan maklumat berkaitan sistem ePerolehan yang merupakan medium alternatif untuk para pembekal mendaftar atau memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia. Antara maklumat yang dikongsikan adalah pendaftaran pembekal baharu dan notis sebut harga/ tender.
Aplikasi yang dibangunkan ini menyasarkan penjimatkan kos, masa dan tenaga apabila konsep “paperless” atau bebas kertas diaplikasikan sepenuhnya. Sistem ini menawarkan perkhidmatan yang meliputi menghantar cadangan tender atau sebut harga, permohonan dan penerimaan tender atau sebut harga. Selain membuat atau menerima bayaran secara atas talian, menyemak status permohonan, menyerahkan tawaran tender dan Katalog Elektronik (eCat).
Login ePerolehan : Permohonan Tender & Sebut Harga Dan Cara Daftar Sebagai Pembekal Baharu
Perkhidmatan yang ditawarkan di dalam Sistem e perolehan ini adalah meliputi:
- Menghantar cadangan Tender / Sebut Harga
- Menghantar permohonan
- Menerima Permohonan
- Menyemak status permohonan
- Menyerahkan tawaran tender
- Membuat / menerima pembayaran secara atas talian
- Katalog Elektronik (eCat)
Di bawah adalah maklumat berkaitan Login Sistem Tender/ Sebut Harga Dan Pendaftaran Pembekal Baharu sebagai rujukan untuk semua.
Sistem ini terbahagi kepada Modul iaitu Modul Utama dan Modul Sokongan. Modul Utama digunapakai oleh pihak kerajaan dan pembekal dalam melaksanakan perolehan kerajaan. Modul ini membolehkan kerajaan untuk merancang sesuatu perbelanjaan dan perolehan, mencari, memilih, menilai dan melantik pembekal untuk menyediakan bekalan atau perkhidmatan, mencipta dan menguruskan sesuatu kontrak kerajaan serta proses permintaan dan pemenuhan bagi bekalan dan perkhidmatan serta pembayaran.
Manakala, pihak pembekal boleh menggunakan modul utama untuk menerima pesanan pembelian kerajaan, memasukkan pesanan penghantaran dan mencipta invois serta pendaftaran sebagai pembekal kerajaan. Modul sokongan pula melengkapkan dan meningkatkan fungsi, proses dan polisi di dalam Sistem e-Perolehan. Empat modul sokongan tersebut adalah pengurusan profil, pengurusan katalog, business intelligence dan sistem pengurusan pembelajaran (LMS) ePOL.
Syarat Mendaftar Akaun ePerolehan
Untuk makluman, terma dan syarat yang perlu anda buat sebelum mendaftar akaun di sistem ini :-
- Pentadbir Pembekal bertanggungjawab untuk memberikan maklumat yang tepat dan benar termasuk menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan, semasa proses pendaftaran sebagai Akaun Asas atau Akaun MOF
- Pentadbir Pembekal perlu dilantik dari kalangan personel syarikat (Pemilik/ Pengarah/ Pengurusan Atasan/ Pengurusan/ Pekerja) yang telah diisytihar di dalam Sistem
- Pentadbir Pembekal wajib mempunyai akaun e-mel yang sah
- Pentadbir Pembekal hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerahsiaan ID dan Kata Laluan masing-masing bagi syarikat yang diwakilinya untuk log masuk ke Sistem
- Pentadbir Pembekal akan mendapat satu (1) sijil digital percuma untuk tempoh tiga tahun pertama bagi sesebuah syarikat yang diwakilinya. Permohonan sijil digital tambahan akan dikenakan bayaran sebanyak RM120.00 + 0% GST dan hanya boleh dilaksanakan oleh Pentadbir Pembekal melalui Sistem
- Dengan menyerahkan permohonan secara atas talian melalui Sistem, anda telah bersetuju untuk terikat dengan syarat dan terma yang termaktub dalam Terma Perkhidmatan Piawaian dan sebarang perubahan yang dilakukan ke atasnya dari semasa ke semasa. Anda adalah dinasihatkan supaya membaca dengan teliti dan memahami kesemua syarat dan terma bagi Terma Perkhidmatan Piawai sebelum menyerahkan permohonan anda
Pendaftaran Baru
- Layari Laman Web seperti pautan di bawah:-
- Portal Rasmi
- Pada paparan halaman utama, klik pada ruangan “Pautan Segera”
- Kemudian klik “Permohonan ID Log Masuk Dan Kata Laluan Baharu (Pembekal)”
- Baca terma dan syarat
- Kemudian masukkan nombor aksara Captcha yang dipaparkan.
- Klik seterusnya
- Anda perlu membuat pengesahan syarikat dengan mengisi:
- Nombor Pendaftaran Kementerian Kewangan (MOF)
- Nama Syarikat
- Nombor Pendaftaran Perniagaan
Log Masuk
- Layari Laman Web seperti pautan di bawah:-
- Portal Rasmi
- Pada paparan halaman utama, klik pada ruangan “Log Masuk”
- Masukkan ID dan kata laluan anda
- Klik log masuk
Soalan Lazim Pembekal
Diantara soalan yang kerap ditanya berkaitan pembekal adalah seperti berikut :-
Soalan Am
1. Berapakah kadar fi perkhidmatan yang ditetapkan bagi setiap transaksi?
- Kadar fi perkhidmatan 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi perolehan atau kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran
- Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.4% dikenakan bagi setiap transaksi yang tertakluk kepada had maksimum RM4,800 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali bayaran yang ditetapkan dalam tempoh kontrak.
2. Adakah pembekal boleh mengakses sistem ini dengan mengguna pakai pekakas mudah alih seperti telefon bimbit dan tablet?
- Ya Boleh
3. Apakah yang akan berlaku kepada ePXS terdahulu?
- Data di ePXS akan dimigrasi kepada Sijil Digital dan selepas proses tersebut selesai, ePXS tidak boleh digunakan.
4. Bagaimanakah cara untuk memohon sijil digital (tambahan) pembekal?
- Permohonan Sijil Digital boleh dibuat melalui Modul Pengurusan Pembekal dan pilih Pengurusan Sijil Digital. Permohonan ini hanya boleh dibuat oleh Pentadbir Pembekal sahaja. Pentadbir Pembekal perlu memastikan pembekal tersebut telah mempunyai peranan sebagai Personel yang diberi kuasa.
5. Berapa lamakah tempoh proses pembayaran menerusi sistem ini?
- Merujuk kepada AP 103 (a), arahan pembayaran hendaklah dilaksanakan secepat mungkin selepas penerimaan invois yang lengkap supaya bayaran dapat dibuat kepada pembekal dalam tempoh 14 hari.
6. Apakah jenis pembayaran yang perlu diketahui?
- Bagi Pendaftaran Akaun Asas tiada bayaran dikenakan
- Bagi Pendaftaran baharu Akaun MOF dan Pembaharuan Akaun MOF, syarikat perlu membayar Fi Pemprosesan sebanyak RM50 dan Fi Pendaftaran sebanyak RM400
- Bagi permohonan Sijil Digital untuk pengguna kedua dan seterusnya, bayaran yang dikenakan adalah RM127.20 (termasuk 6% GST). Pengguna pertama akan menerima Sijil Digital secara percuma untuk tempoh tiga (3) tahun pertama sahaja.
7. Adakah pihak syarikat masih boleh menggunakan Sijil Digital bagi pekerja/pengguna yang telah berhenti? Sekiranya tidak dibenarkan, bagaimanakah cara bagi mengeluarkan nama pengguna tersebut?
- Tidak. Sijil Digital hanya boleh diguna pakai oleh pemilik yang masih aktif sahaja. Cara untuk mengeluarkan nama pengguna tersebut ialah mengemas kini profil di Modul Pengurusan Pembekal.
8. Adakah pembekal masih boleh mendapatkan bantuan di ePC?
- Ya. Pembekal masih boleh berurusan dan mendapatkan bantuan perkhidmatan
Untuk FAQ selanjutnya, sila rujuk Supplier
Faedah ePerolehan
Kepada Pembekal :
- Sistem ini efisien dan konsisten dalam memudahkan pembekal untuk merancang proses perolehan dengan lebih berkesan. Proses automasi memberi pulangan kos operasi yang lebih rendah serta masa pusingan urus niaga lebih pantas
- Ciri-ciri layan diri seperti pendaftaran atas talian untuk lawatan tapak, taklimat dan laporan pembekal
- Memudahkan hubungan antara Pembekal dan Kerajaan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja
- Membuka peluang untuk mempelajari konsep ePerniagaan secara lebih mudah melalui sistem ePerolehan sebagai platform perniagaan
- Kuantiti pembelian juga akan meningkat kerana transaksi dan pengiklanan produk dan perkhidmatan menjadi lebih murah dan pantas
Kepada Kerajaan :
- Sistem ePerolehan menjadi jentera kerajaan untuk menembusi ekonomi baharu ePerniagaan
- Proses urus niaga dan pengurusan yang lebih singkat menjimatkan masa
- Pembeli kerajaan dapat mengakses produk dan perkhidmatan yang terkini secara online
- Sistem ePerolehan memudahkan pembeli kerajaan untuk menjejaki dan mengaudit proses perolehan/ urus niaga yang telah dibuat
- Menggalakkan tenaga kerja di setiap sektor awam dan swasta untuk celik dalam menggunakan teknologi terkini
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada manual pengguna dan info berikut:
Unit Bantuan Pendaftaran Syarikat Pembekal / Kerajaan
- No. telefon: +603 8882 3166, +603 8882 4341, +603 8882 4337
- ups@treasury.gov.my
2Bantuan Pelanggan 24 Jam
Related search : bertindak sebagai medium, memperbaharui sijil kementerian kewangan malaysia mof, pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan,
Senarai Tajuk Kecil Artikel