Cara Mohon Rumah Mampu Biaya Johor Secara Online erumah Johor. Kerajaan Negeri Johor prihatin terhadap kebajikan rakyat khususnya berkaitan pemilikan rumah (untuk membeli). Oleh itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) Bahagian Perumahan telah membangunkan sistem eRumah sebagai portal hartanah negeri Johor. Berikut dikongsikan maklumat berkenaan syarat kelayakan, cara permohonan dan semakan status permohonan Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) secara online.
Portal e Rumah dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada rakyat negeri Johor dalam memohon RMBJ, Lot Bumiputera dan juga Projek Perumahan Rakyat (PPR). Untuk makluman semua, Bahagian Perumahan berperanan dalam mengawal pengagihan rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan kedai kos sederhana rendah swasta. Selain itu, ia juga menjaga kepentingan pemilikan bumiputera dalam pemasaran hartanah jenis dan menyelenggara kemudahan rumah sewa awam atau (PPR).
eRumah Johor: Permohonan Rumah Mampu Biaya Johor Online
Di bawah adalah perincian maklumat berkenaan syarat-syarat kelayakan, cara mohon dan semak status permohonan eRumah Johor: Permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Online untuk panduan semua rakyat Johor di daerah seperti Johor Bahru, Batu Pahat, Pontian, Kluang, dan sebagainya.
Bagi memastikan pengagihan yang adil dalam permohonan RMBJ, SUKJ Bahagian Perumahan akan mengadakan sesi pengundian secara terbuka untuk memilih pemohon yang layak. Proses pengundian ini juga perlu dilakukan kerana jumlah permohonan yang banyak dan pembahagian yang adil menjadi objektif utama.
Sebelum membuat permohonan, tahukah anda jenis kategori rumah, harga dan had maksimum pendapatan yang telah ditetapkan oleh SUKJ Bahagian Perumahan? Jika tidak, berikut adalah jenis-jenis rumah beserta harga dan had maksimum pendapatan pemohon:-
JENIS RUMAH | HARGA RUMAH | HAD MAKSIMUM PENDAPATAN |
1. Rumah Mampu Biaya A | RM42,000.00 | RM 4,000.00 |
2. Rumah Mampu Biaya B | RM80,000.00 | RM 6,000.00 |
3. Rumah Mampu Biaya C | RM150,000.00 | RM 8,000.00 |
4. Rumah Mampu Biaya D | RM250,000.00-RM300,000.00 | RM 10,000.00 |
5. Kedai Kos Sederhana | CRM200,000.00 | RM 13,000.00 |
*Sumber Laman web: SUKJ Bahagian Perumahan
Siapa Yang Layak Memohon RMBJ?
Anda dikehendaki memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan sebelum membuat permohonan. Berikut adalah syarat-syaratnya:-
- Pemohon merupakan Warganegara Malaysia yang menetap selama 5 tahun di Negeri Johor dan berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada RM8,000
- Pemohon sudah berkahwin atau bujang layak memohon
- Satu sahaja permohonan bagi pasangan suami dan isteri. Jika terdapat permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon
- Pemohon yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B
- Pemohon yang telah memiliki RKR/ RKSR/ PKJ A/ PKJ B boleh memohon RMMJ
- Mereka yang telah memiliki rumah kos sederhana/mewah Tidak Layak untuk memohon
- Semua Dokumen Sokongan berserta Surat Akuan Sumpah hendaklah di hantar oleh Pemohon ke kaunter SUKJ Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, permohonan akan Luput atau Batal
- Semua Dokumen Sokongan Berserta Surat Akuan Sumpah yang dikirim melalui pos tidak akan diterima
- Pemohon hendaklah membawa kad pengenalan Asal semasa membuat pembayaran (untuk membeli)
- Hanya satu (1) pemilikan sahaja bagi Kedai Kos Sederhana Rendah di dalam Negeri Johor
- Tempoh sah pendaftaran Rumah Mampu Milik Johor adalah Setahun dari tarikh pendaftaran. Hanya maklumat tertentu sahaja boleh dikemaskini menggunakan akaun pemohon.
Cara Mohon Rumah Mampu Milik Johor
Setelah meneliti syarat-syarat kelayakan di atas, pemohon boleh mengikuti langkah-langkah di bawah untuk meneruskan permohonan anda:
- Pemohon hendaklah mendaftar akaun baru sekiranya masih belum mempunyai akaun. Anda boleh mendaftar dengan membuka pautan berikut:-
- Log masuk ke akaun SUKJ, kemaskini akaun dan maklumat peribadi anda dengan tepat. Sila buka pautan di bawah untuk log masuk:-
- Pilih projek perumahan dan hantar permohonan
- Pemohon yang layak sahaja akan dimaklumkan untuk proses seterusnya
Baucer RM1,000
Keprihatinan Kerajaan Negeri Johor diteruskan dengan mengambil inisiatif dalam pemberian baucer RM1,000 kepada pembeli Rumah Mampu Milik Johor. Usaha ini adalah bagi membantu meringankan beban pemohon dalam pembelian rumah. Anda boleh memuat turun borang pada pautan berikut:-
Baucer ini hanya layak diberi sekali sahaja oleh pembeli dan pasangannya serta projek perumahan yang dibeli telah siap dibina dan boleh diduduki.
Semakan Status Permohonan Rumah Mampu Milik Johor
Pemohon boleh menyemak status permohonan masing-masing dengan mengikuti langkah mudah di bawah:-
- Sila buka sistem semakan permohonan pada pautan berikut:-
- Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik cari
- Status permohonan akan dipaparkan beserta sebab jika permohonan anda ditolak
Related : bangsa johor secara atas talian
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut mengenai sistem Portal eRumah Johor: skim perumahan Permohonan Rumah Mampu Milik Johor Online, orang ramai boleh merujuk:-
CARA HUBUNGI | ||
1 | Portal Rasmi SUKJ Bahagian Perumahan | |
2 | Soalan Lazim | |
3 | Manual Pengguna |
Senarai Tajuk Kecil Artikel