eMADANI : Cara Daftar eWallet Dan Tebus eTunai RM100. Cara redeem di telefon pintar dan pilih e-dompet mae, shopeepay, tng, setel.

eMadani Cara Daftar eWallet Dan Tebus eTunai RM100

Cara Daftar Dan Tebus eTunai eMADANI melalui eTunai. Kerajaan Malaysia telah mengumumkan di dalam Belanjawan 2024 dengan peruntukkan RM1 billion untuk memberikan wang berjumlah RM100 secara terus ke e-tunai (kredit ewallet) bagi semua rakyat Malaysia dari kategori B40 dan M40 yang berkelayakan. Maklumat pemberian walaubagaimanapun akan dikemaskini dari semasa ke semasa di bawah ini.

E-Tunai Rakyat diperkenalkan bertujuan untuk menggalakkan penggunaan e-dompet iaitu pembayaran secara digital di kalangan pengguna dan juga peniaga terutama sekali perusahaan kecil dan perniagaan runcit. Mengikut pengumuman terkini, empat pengendali perkhidmatan e-dompet telah dipilih bagi program ini iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go e-wallet

cara daftar tebus etunai emadani rm

TERKINI : eTunai RM100 eMadani

[29 November 2023] Kerajaan akan mula mengkreditkan e-wallet berjumlah RM100 kepada lebih 10 juta penerima yang berkelayakan bermula pada 4 Disember 2023. Perdana Menteri juga mengumumkan tempoh penebusan adalah sehingga 20 Februari 2024 dan terdapat empat penyedia e-dompet yang akan terlibat dalan program ini. Senarai penyedia e-wallet yang terlibat adalah MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet. Maklumat lanjut boleh dirujuk pada pautan:

[19 Oktober 2023] Bantuan e-wallet RM100 diumum 27 Julai lepas akan dikreditkan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan bawah RM100,000 pada Disember ini

[27 Julai 2023] Menteri Kewangan dalam Majlis Peluncuran Ekonomi Madani mengumumkan pemberian kredit RM100 untuk rakyat dewasa Malaysia. Butiran lanjut adalah seperti berikut :

  • Kepada rakyat dewasa Malaysia berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah
  • Merangkumi lebih 10 juta rakyat B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion
  • Akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini

Cara Daftar eMadani Dan Tebus RM100

Mereka yang melepasi syarat-syarat kelayakan boleh mendaftar untuk menerima kredit RM100 eMadani pada:

  • Tarikh buka : 4 Disember 2023
  • Tarikh tutup : 20 Februari 2024

Mereka yang berkelayakan akan menerima bantuan sebanyak RM100 dalam bentuk kredit e-tunai secara “one-off” melalui salah satu daripada empat penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka iaitu MAE (Maybank), Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Penebusan eMadani hanya boleh dibelanjakan secara fizikal sahaja sehingga 29 Februari 2024. Kredit etunai eMadani tidak boleh digunakan untuk:

  • Pemindahan “peer-to-peer”
  • Penebusan tunai
  • Bayaran bil utiliti melalui aplikasi e-dompet
  • Bayaran fi kerajaan melalui aplikasi e-dompet
  • Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar melalui aplikasi e-dompet
  • Pembelian permainan melalui aplikasi e-dompet
  • Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol
  • Aktiviti berkaitan pelaburan melalui aplikasi e-dompet
  • Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian

Oleh itu, sekiranya anda merupakan warganegara Malaysia, berumur 21 tahun dan ke atas dan merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod LHDNM pada 15 Julai 2023, cara tebus eMadani mengikut penyedia e-dompet adalah seperti berikut:

1. T n’ G eWallet

cara tebus rm emadani tngcara tebus rm emadani tngcara tebus rm emadani tngcara tebus rm emadani tngcara tebus rm emadani tng

2. Setel

cara tebus rm emadani setel

3. ShopeePay

cara tebus rm emadani shopeepay

2. MAE by Maybank2u

KEMASKINI : eTunai Belia Rahmah

Menteri kewangan melalui pembentangan Bajet 2023 mengumumkan pemberian kredit RM200 untuk belia. Syarat kelayakan adalah seperti berikut :

  • Belia warganegara Malaysia berumur 18 hingga 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005) atau;
  • Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia.

Cara Daftar eBeliaRahmah Dan Tebus RM200

Dengan peruntukkan sebanyak RM400 juta, Program eBeliaRahmah ini dijangka memanfaatkan seramai 2 juta belia yang layak. Oleh itu, belia yang melepasi syarat kelayakan boleh mendaftar untuk menerima kredit RM200 eBeliaRahmah pada:

  • Tarikh buka : 26 Jun 2023
  • Tarikh tutup : 22 Ogos 2023

Mereka yang berkelayakan akan menerima bantuan sebanyak RM200 dalam bentuk kredit e-tunai secara “one-off” melalui salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go Wallet.

Selain itu, penyedia perkhidmatan e-dompet juga akan memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback) dan diskaun mata ganjaran sepanjang tempoh ini. Kredit eBeliaRahmah boleh digunakan secara online dan offline sehingga 31 Ogos 2023.

Cara menebus eBeliaRahmah boleh dirujuk di salah satu aplikasi berikut:

1. T n’ G eWallet

cara tuntut ebeliarahmah touch n go ewalletcara tuntut ebeliarahmah touch n go ewalletcara tuntut ebeliarahmah touch n go ewallet

2. Setel

ebeliarahmah setel

3. Boost

cara tuntut ebeliarahmah boost

Maklumat lebih lanjut mengenai eBeliaRahmah boleh di rujuk pada FAQ eBeliaRahmah

Makluman : eStart (Skim Transaksi Tanpa Tunai) RM150

Berita baik kepada golongan belia, Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2022 mengumumkan pemberian kredit RM150 (One-off) melalui e-wallet akan diberikan kepada mereka yang layak seperti syarat berikut:

  • Berumur 18 hingga 20 tahun
  • Pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Dengan mensasarkan serama 2 juta belia yang akan mendapat manfaat daripada usaha ini, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM300 juta di bawah Bajet 2022. Informasi lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Program eBelia 2021

Di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA), kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta bagi memberikan bantuan berbentuk e-tunai kepada belia yang berkelayakan. Inisiatif yang dikenali sebagai eBelia akan memanfaatkan sekitar dua juta belia warganegara Malaysia yang memenuhi kriteria seperti berikut:

  1. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada tahun 2001 hingga 2003) atau
  2. Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar

Kerajaan akan menyemak data daripada IPT berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkenaan untuk melihat kelayakan penerima. eBelia ini akan dikreditkan bermula 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dan sah digunakan sehingga 31 Julai 2021. Penerima hanya boleh menuntut RM150 sekali sahaja melalui empat penyedia perkhidmatan etunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay atau Touch ‘n Go eWallet.

Maklumat berkaitan cara tebus eBelia akan dikemaskini sebaik sahaja dilancarkan. Ikuti perkongsian ePenjana di bawah sebagai panduan dalam menebus kredit etunai menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu.

Cara menebus eBelia boleh dirujuk di salah satu aplikasi berikut:

1. T n’ G eWallet

2. Shopee

3. Boost

 4. BigPay

Program ePenjana

Berikut adalah ucapan Perdana Menteri pada perutusan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), 5 Jun 2020 yang menyentuh berkaitan e-wallet:-

Dalam menjalani kehidupan norma baharu, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh atau contactless payment.

Untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan ini, melalui Program e-Penjana yang bernilai RM750 juta, Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna. Ini akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet. Inisiatif ini yang akan bermula pada bulan Julai 2020 akan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.

Pengumuman

  • 30 Julai 2020: Kementerian Kewangan menyatakan RM50 akan dikreditkan bermula 31 Julai 2020. Pemohon hendaklah memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera serta pengkreditan akan dimasukkan melalui tiga aplikasi perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, GrabPay atau TouchNGo eWallet. Permohonan adalah dari 31 Julai hingga 24 September 2020 dan tarikh akhir penggunaan kredit tersebut adalah pada 30 September 2020.
  • 16 Julai 2020: Menteri Kewangan telah menyatakan RM50 akan dimasukkan ke dalam akaun e-dompet pengguna pada hujung bulan Julai. Kaedah pelaksanaan akan diumumkan dari semasa ke semasa
  • 8 Jun 2020 : Kerajaan Akan Kreditkan RM50 Dalam Akaun e-Dompet Selepas Pengguna Muat Turun Aplikasi MySejahtera.

Cara Daftar eTunai Rakyat Dan Tebus Dana Tambahan eTunai BSH 2020

Sebagai makluman, pada awalnya e-Tunai Rakyat telah diberikan kepada hampir 15 juta rakyat Malaysia yang berkelayakan. Mereka boleh mula menebus kredit e-wallet berjumlah RM30 mulai 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020 (March 2020).

Penerima yang layak perlu mendaftar sebelum dapat menebus duit e-tunai berkenaan. Berikut dikongsikan cara untuk mendaftar e-dompet dan menebus eTunai Rakyat 2020 serta maklumat lain yang berkaitan

Syarat Kelayakan Penerima Program e-Tunai Rakyat 

Seperti sebelum ini, untuk program e-Tunai Rakyat RM30, penerima yang layak mestilah memenuhi kriteria seperti berikut:

  1. Berkewarganegaraan Malaysia dengan Kad Pengenalan yang sah
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas (sehingga 31 Disember 2020)
  3. Memiliki pendapatan tidak lebih RM100,000 setahun (untuk tahun 2018)

Untuk dana tambahan RM50 BSH menerusi e-Tunai, syarat kelayakan adalah berdasarkan syarat kelayakan penerima Bantuan Sara Hidup iaitu:

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
  2. Isi rumah – lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Individu Bujang – lelaki atau perempuan berumur 40 tahun hingga 59 tahun dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM2,000 dan ke bawah

Pastikan anda sudah memiliki akaun eTunai dari pengendali edompet bagi membolehkan dana tambahan BSH disalurkan. Maklumat lanjut akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas diumumkan oleh kerajaan.

Senarai Pengendali e-dompet : Pilih Salah Satu

Berikut adalah langkah untuk mendaftar dan menebus e-Tunai Rakyat mengikut tiga pengendali e-dompet yang terpilih iaitu Boost, Grabpay, dan Touch ‘n Go eWallet seperti yang dimaklumkan dahulu.

Penerima yang layak dibenarkan memilih salah satu sahaja daripada aplikasi berikut.

i) Boost

Anda boleh memuat turun aplikasi di

Google PlayApp Store
AndroidApple iOS

Cara daftar dan tebus e-tunai Boost adalah seperti berikut:

  1. Setelah memuat turun aplikasi, daftar akaun dengan isikan butiran dengan lengkap dan ikuti arahan selanjutnya (perlu mengambil gambar swafoto beserta kad pengenalan)
  2. Upgrade kepada Boost Premium
  3. Sahkan atau verify akaun Boost
  4. Dapatkan RM5 cashback jika anda berbelanja RM10 yang pertama
  5. Klik get ready to claim e tunai dan ikut arahan yang diberikan
  6. Tekan dan tebus RM30 bermula 15 Januari 2020

 

Cara Tuntut eTunai Boost

ii) Grabpay / Grab

Anda boleh memuat turun aplikasi di

Google PlayApp Store
AndroidApple iOS

Cara daftar dan tebus e-tunai Grabpay adalah seperti berikut:

  1. Setelah memuat turun aplikasi, daftar akaun dengan isikan butiran dengan lengkap
  2. Selepas berjaya mendaftar, klik pada butang e-Tunai Rakyat
  3. Isikan maklumat yang diperlukan (perlu mengambil gambar swafoto beserta kad pengenalan)
  4. Hantarkan permohonan untuk pengesahan (akan mengambil masa beberapa hari)

Cara Tuntut eTunai GrabPay Malaysia

iii) Touch ‘n Go eWallet

Anda boleh memuat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet di

Google PlayApp Store
AndroidApple iOS

Cara daftar dan tebus e-tunai Touch ‘n Go eWallet adalah seperti berikut:

  1. Setelah memuat turun aplikasi, daftar akaun dengan isikan butiran dengan lengkap
  2. Selepas berjaya mendaftar, klik pada butang e-Tunai Rakyat
  3. Isikan maklumat yang diperlukan (perlu mengambil gambar swafoto dan gambar kad pengenalan)
  4. Hantarkan permohonan untuk pengesahan dan selesai

Kegunaan e-Tunai Rakyat 

Setelah mendapat kredit wang e-Tunai ke dalam akaun e-dompet masing-masing, penerima boleh membelanjakan wang tersebut untuk sebarang perkhidmatan atau barangan di Malaysia yang boleh menggunakan aplikasi e-dompet tersebut. Antaranya adalah:

  1. Bayar bil atau beli topup telefon
  2. Beli barang di kedai vendor aplikasi
  3. Bayar tol atau tambang kereta e-hailing

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja diumumkan oleh kerajaan. Untuk sebarang pertanyaan dan mendapatkan maklumat terkini, sila rujuk kepada laman web rasmi berikut :-

CARA HUBUNGI
1Boost
2Grabpay
3Touch ‘n Go eWallet

Related : aplikasi e wallet, untuk menebus, akaun ewallet, telefon pintar, kad kredit, bernilai rm50, aplikasi boost, rm50 kredit epenjana, eligible malaysians mendaftar akaun top up, january 2020, masukkan nombor telefon, log masuk, bantuan e tunai, rm100 kepada semua rakyat, tarikh bayaran, berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan b40 dan m40, kredit e tunai rm100, bulan disember, penebusan kredit,