Gurindam Beberapa Petua Hidup : Maksud, Tema, Pengajaran. Nota meliputi Persoalan, Bentuk, Gaya Bahasa, Nilai & latihan soalan.

Gurindam Beberapa Petua Hidup : Maksud, Tema, Pengajaran

Gurindam Beberapa Petua Hidup Maksud Tema Pengajaran

Berita baik kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5. Adakah anda mencari bahan rujukan untuk matapelajaran Bahasa Melayu khusus bagi topik Komponen Sastera (KOMSAS)? Sekiranya ya, berikut dikongsikan nota-nota berkaitan Gurindam Beberapa Petua Hidup : Maksud, Tema, Persoalan, Bentuk, Gaya Bahasa, Nilai dan Pengajaran untuk rujukan semua.

Gurindam ini telah dipetik daripada sebuah buku bernama Kalung Bunga karya Za’ba. Buku yang menghimpunkan petikan-petikan puisi Melayu lama telah disusun oleh sasaterawan negara ini mengandungi pelbagai pengajaran untuk pelajar. Cendiakawan yang dihormati dan dihargai tinggi oleh ahli akademik dan penulis di Malaysia wajar menjadi rujukan kepada pelajar dalam menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.

Nota Gurindam Beberapa Petua Hidup : Maksud, Tema, Persoalan, Bentuk, Gaya Bahasa, Nilai & Pengajaran

Ikuti perkongsian nota-nota berkaitan Gurindam di atas merangkumi Maksud, Tema, Persoalan, Bentuk, Gaya Bahasa, Nilai dan Pengajaran. Anda juga boleh merujuk soalan-soalan latihan sebagai persediaan menghadapi pentaksiran atau peperiksaan.

Maksud Gurindam

Rangkap 1

Fikir dan kata
Kurang fikir, kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat.

  • Sekiranya kita kurang berfikir atau mengambil tahu, hidup kita akan menjadi sesat

Rangkap 2

Fikir dahulu sebelum berkata,
Supaya terelak silang sengketa.

  • Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata gara tidak berlaku salah faham dan sebagainya

Rangkap 3

Perkataan tajam jika dilepas,
Ibarat beringin, racun dan upas.

  • Sekiranya kata-kata yang kasar dan kesat dikatakan, ia akan memudaratkan kehidupan

Rangkap 4

Kalau mulut tajam dan kasar,
Boleh ditimpa bahaya besar.

  • Jika mulut tidak boleh mengawal daripada berkata kesat dan kasar, maslah akan tiba pada diri sendiri

Rangkap 5

Silang Sengketa
Siapa menggemari silang sengketa,
Kelaknya pasti berdukacita

  • Sekiranya kita hidup bermusuh-musuhan, nanti pasti kehidupan akan bermasalah

Rangkap 6

Silang selisih jangan dicari,
Jika tersua janganlah lari.

  • Elakkanlah kita mencari masalah dan janganlah pula lari daripada masalah yang dihadapi

Rangkap 7

Ilmu
Jikalau ilmu tiada sempurna,
Tiada berapa ia berguna.

  • Apabila mempelajari sesuatu ilmu tidak sempurna, ia tidak akan bermanfaat untuk diamalkan

Rangkap 8

Ilmu kepandaian boleh dikejar,
Asal mahu rajin belajar.

  • Ilmu pengetahuan dan kemahiran boleh dipelajari selagi ada kemahuan dalam diri

Rangkap 9

Dunia Pergaulan
Dunia ini taman pergaulan
hendaklah pilih sahabat dan taulan

  • Dari segi pergaulan pula kita disaran untuk memilih sahabta yang bijak

Rangkap 10

Manusia dikenal sifat budinya,
Dengan dilihat siapa kawannya.

  • Kita sebagai manusia boleh mengenal sifat budi pekerti melalui sahabat-sahabatnya

Rangkap 11

Burung yang sama corak dan bulu,
Selalu sekumpul ke hilir ke hulu

  • Lazimnya manusia akan memilih kawan yang mempunyai sifat yang sama

Rangkap 12

Sifat-sifat yang baik
Jikalau kamu bersifat budiman,
Dipandang sebagai bonda di taman.

  • Jika seseorang mempunyai sifat yang baik akan dihormati dan dipandang tingi

Rangkap 13

Jikalau kamu bersifat dermawan,
Segala orang dapat kau tawan.

  • Apabila seseorang yang dermawan mudah untuk menawan hati orang sekelilingnya

Rangkap 14

Jikalau kamu bersifat pemurah,
Segaka manusia datang menyerah.

  • Seseorang yang pemurah pula akan mudah untuk mendapat bantuan dan pertolongan

Rangkap 15

Perbuatan yang Baik
Barang siapa berbuat jasa,
Mulia namanya segenap masa.

  • Sesiapa yang meninggalkan jasa, akan diingati sampai bila-bila

Rangkap 16

Menolong sesama wajib dan perlu,
Tetapi tolonglah dirimu dahulu.

  • Kita digalakkan untuk menolong sesama kita tetapi yang uatama untuk menolong diri sendiri terlebih dahulu

Rangkap 17

Sifat-sifat yang jahat
Telunjuk lurus kelengkeng berkait,
Hati sesama menjadi pahit.

  • Sekiranya kita suka memfitnah, hubungan sesama manusia akan terjejas dan menjadi tidak harmoni

Rangkap 18

Barang siapa berbuat khianat,
Tuhan kelak memberi laknat

  • Sesiapa yang membuat khianat, Tuhan akan membalasnya dengan laknat

Tema

Gurindam ini bertemakan nilai-nilai murni yang menjadi pegangan dalam kehidupan manusia. Selain itu, terdapat juga amaran kesan buruk sekiranya melakukan sesuatu yang tidak baik.

Persoalan

1) Pelbagai nilai murni yang perlu disemat dalam diri setiap manusia

2) Faedah yang diperoleh apabila mengamalkan nilai murni dan sifat yang baik

3) Kesan buruk daripada melakukan perbuatan yang jahat atau negatif

4) Rasional dalam membuat keputusan dalam kehidupan

Bentuk

  • Gurindam ini berbentuk tidak bebas, tidak terikat
  • Terdiri daripada lapan belas rangkap
  • Setiap rangkap mempunyai bilangan baris yang sama iaitu dua baris bagi satu rangkap
  • Baris pertama adalah syarat manakala baris kedua adalah jawab
  • Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama antara tiga hingga enam patah perkataan dalam baris
  • Bilangan suku kata dalam setiap baris pula antara sembilan hingga dua belas suku kata
  • Rima akhir gurindam ialah aa

Gaya Bahasa

  • Asonansi : perkataan tajam jika dilepas, manusia dikenal sifat budinya
  • Aliterasi : supaya terelak silang sengketa, tetapi tolonglah dirimu dahulu
  • Kata arkaik : upas
  • Kata pinjaman bahasa Arab : laknat, khianat
  • Metafora : taman pergaulan, mulut tajam
  • Peribahasa : telunjuk lurus kelengkeng berkait
  • Simile : racun dan upas
  • Repetisi : kurang fikir, kurang siasat

Nilai

  • Bijaksana : Pengarang menasihat kita untuk mempelajari ilmu dan kemahiran untuk berjaya
  • Sopan : Bertutur kata dengan baik dapat mengelakkan dari masalah
  • Rasional : Berfikir dalam membuat keputusan dalam kehidupan
  • Bertanggungjawab : Kita perlu bertanggungjawab menyelesaikan masalah kita
  • Rajin : Kita perlu gigih untuk terus belajar ilmu dan kemahiran baharu
  • Murah hati : Orang yang murah hati akan dipermudahkan urusannya yang lain
  • Mengenang jasa : Kita hendaklah mengenag jasa orang yang melakukan kebaikan
  • Setiakawan : Sahabat yang baik akan sentiasa mendorong rakan ke arah yang lebih baik

Pengajaran

  1. Kita hendaklah rajin belajar bersungguh-sungguh untuk menjamin masa depan yang lebih baik
  2. Kita seharusnya mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan supaya disenangi orang sekeliling
  3. Kita mestilah menjauhi fitnah atau mengadu domba kerana ia hanya akan merosakkan hubungan sesama manusia
  4. Kita perlu berfikir secara rasional dalam membuat keputusan-keputusan dalam kehidupan seharian
  5. Kita seharusnya bertanggungjawab ke atas masalah yang kita hadapi tanpa menyusahkan orang lain
  6. Kita hendaklah mencari rakan-rakan yang baik supaya tidak terpengaruh dalam melakukan perkara yang tidak baik

Soalan Latihan

1) Berdasarkan Gurindam ini, berikan maksud membuat istana puri berkota

  • Maksud membuat istana puri berkota bermaksud membina sebuah istana yang dikelilingi oleh parit sebagai pertahanan

2) Berikan dua persoalan daripada Gurindam ini yang boleh dikaitkan dengan ilmu pengetahuan

  • Persoalan yang boleh dikaitkan dengan ilmu pengetahuan dalam gurindam di atas adalah keinginan untuk mempelajari ilmu dan kemahiran tanpa mengira masa. Selain itu, persoalan kerajinan mempelajari ilmu baharu juga akan menjamin kecemerlangan dalam kehidupan.

3) Apakah maksud rangkap kedua belas dalam gurindam di atas?

  • Maksud rangkap kedua belas Gurindam ini adalah mereka yang baik hati selalunya akan dihormati dan disanjung tinggi

4) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga batas pergaulan dalam persahabatan?

  • Saya berpendapat bahawa kita perlu menjaga batas pergaulan dalam persahabatan untuk menghindari diri daripada terlibat dengan perkara yang negatif. Hal ini kerana terdapat rakan yang mempunyai pengaruh yang baik dan ada yang sebaliknya. Kita hendaklah bijak memilih rakan dan menjaga batas pergaulan supaya lahirnya masyarakat yang bersahsiah tinggi

5) Mengapakah kita perlu berwaspada dalam menutur kata-kata kepada orang lain?

  • Kita perlu berwaspada dalam menutur kata-kata kepada orang lain supaya tidak berlaku salah faham dan mengguris perasaan mereka. Jika kita bertutur dengan sopan, nescaya orang akan memahami apa yang cuba disampaikan dan mesra dengan kita.

6) Berdasarkan gurindam di atas, jelaskan tiga sifat yang perlu diamalkan oleh seseorang bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni?

Antara sifat yang perlu diamalkan seseorang untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni adalah sifat rasional dalam melakukan sesuatu supaya tidak menimbulkan kemarahan ornag lain. Selain itu, sifat mempelajari ilmu dan kemahiran yang akan menjadikan kita lebih memahami dunia dan isinya. Akhir sekali, sifat budiman yang baik hati akan menjadikan kita dihormati sekaligus membentuk masyarakat yang harmoni.

Semoga perkongsian nota-nota Gurindam Beberapa Petua Hidup : Maksud, Tema, Pengajaran membantu semua.

Related : unsur gaya bahasa yang terdapat dalam gurindam beberapa petua, 2 kesungguhan dalam mengamalkan nilai nilai murni, fitnah sehingga boleh menjejaskan hubungan baik sesama manusia, insan yang sama corak dan bulu, bertemakan nilai nilai murni dalam kehidupan seharian manusia, 6 kerjasama dan budaya tolong menolong sesama manusia, positif serta diamalkan ini nescaya dapat melahirkan, 7 keadilan tuhan terhadap setiap tindak tanduk manusia, 1 gurindam beberapa petua hidup termasuklah, nota gurindam beberapa petua hidup termasuklah, 3 rasional dalam membuat sebarang tindakan, pegangan dalam membudayakan nilai nilai murni dalam kehidupan seharian manusia, bertemakan nilai nilai nilai murni dalam kehidupan seharian manusia,