Bilakah tarikh pembayaran emolumen tahun 2024 kakitangan awam/ kakitangan kerajaan hujung bulan? Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling berkaitan pembayaran gaji bulanan penjawat, awam meliputi bulan tarikh dan peraturan pembayaran gaji sektor awam tahun 2024.
Antara lain, surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia ini memaklumkan akan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2024. Beserta peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/ Jabatan bagi memastikan penyediaan gaji dapat diuruskan kepada kakitangan awam/ penjawat awam kerajaan dengan sempurna dan gaji dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.
Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2024
Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024 adalah seperti di Lampiran di bawah seperti yang ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan BKSK(S) 600-1/7/6 Jld.4(12) bertarikh 1 November 2023: Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024.
Jadual Gaji 2024 Kakitangan Awam Mengikut Bulan (Pembayaran emolumen tahun 2024)
Penjawat awam juga boleh merujuk kepada tarikh pembayaran gaji 2024 bulanan kakitangan awam kerajaan beserta hari serta catatan (jika ada).
1. Januari 2024
TARIKH | HARI | CATATAN |
24.01.2024 | RABU | Hari Thaipusam pada 25 Januari 2024 (Khamis) |
2. Februari 2024
TARIKH | HARI | CATATAN |
23.02.2024 | JUMAAT | Tahun Baru Cina pada 10 & 11 Februari 2024 (Sabtu & Ahad) |
3. Mac 2024
TARIKH | HARI | CATATAN |
25.03.2024 | ISNIN |
4. April 2024
TARIKH | HARI | CATATAN |
25.04.2024 | KHAMIS | Hari Raya Puasa pada 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis) |
5. Mei 2024
TARIKH | HARI | CATATAN |
24.05.2024 | JUMAAT | Hari Pesta Kaamatan pada 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat) |
6. Jun 2024
TARIKH | HARI | CATATAN |
13.06.2024 | KHAMIS | Hari Gawai pada 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad) Hari Raya Haji pada 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa) |
7. Julai 2024
TARIKH | HARI | CATATAN |
19.07.2024 | JUMAAT |
8. Ogos 2024
TARIKH | HARI | CATATAN |
23.08.2024 | JUMAAT |
9. September 2024
TARIKH | HARI | CATATAN |
25.09.2024 | RABU |
10. Oktober 2024
TARIKH | HARI | CATATAN |
24.10.2024 | KHAMIS | Hari Deepavali pada 31 Oktober 2024 (Khamis) |
11. November 2024
TARIKH | HARI | CATATAN |
25.11.2024 | ISNIN |
12. Disember 2024
TARIKH | HARI | CATATAN |
19.12.2024 | KHAMIS | Hari Krismas pada 25 Disember 2023 (Rabu) |
*Nota : Satu tarikh gaji untuk semua negeri
Maklumat Lanjut & Lampiran
Untuk penjawat awam atau kakitangan awam, sila rujuk kepada surat pekeliling pembayaran gaji bulanan kakitangan kerajaan dan lampiran jadual tarikh berikut untuk maklumat lanjut pembayaran gaji kakitangan awam tahun 2023 dan 2024.
Atau hubungi :-
Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel. : 03 – 8882 1624/ 1612/ 1622/ 1611
1 | Surat Pekeliling boleh dimuat turun di | |
Anda juga boleh layari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara untuk maklumat terperinci (paparan peta laman,dasar privasi, dasar keselamatan)
Peraturan Pembayaran Gaji
Tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ)
(1) Mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320) yang diterima daripada Pusat Gaji beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan bagi mengelakkan sebarang kelewatan
(2) Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan dikemaskini dan diproses secara berasingan (late cycle) untuk membolehkan bayaran dibuat selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja bulan tersebut;
(3) Menyemak maklumat dalam Fail Induk Gaji sebaik sahaja e-Penyata Gaji & Laporan yang berkenaan dapat dimuat turun dari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (www.anm.gov.my) dan mengambil tindakan serta merta untuk membuat pelarasan dan pembetulan jika perlu. Kesilapan yang perlu dibetulkan dalam Fail Induk Gaji termasuk perkara berikut:
(i) butiran peribadi;
(ii) nombor akaun bank; dan
(iii) nombor rujukan:
(a) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
(b) Cukai Pendapatan;
(c) Pinjaman Perumahan Kerajaan dan sebagainya;
(4) Memastikan semua arahan bagi potongan gaji adalah lengkap dan tepat dengan nama, nombor kad pengenalan baharu dan nombor rujukan potongan. Kesilapan dan kegagalan dalam memberi maklumat tersebut mengakibatkan:
(i) potongan gaji tidak dapat dikreditkan ke akaun yang betul;
(ii) menyebabkan berlakunya kelewatan semasa penyediaan kertas “pension” penjawat awam
(5) Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320) disokong dengan dokumen berikut:
(i) salinan kad pengenalan baharu; dan
(ii) dokumen yang membuktikan nombor rujukan potongan
(6) Memastikan semua pembayaran gaji penjawat awam yang berjawatan tetap dibayar melalui Sistem Gaji Berkomputer. Sekiranya terdapat keperluan pembayaran gaji melalui baucar bayaran berasingan bagi kes-kes tertentu, kebenaran dan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian/Pengarah JANM Negeri/ Cawangan hendaklah didapatkan terlebih dahulu.
Tanggungjawab Pejabat Perakaunan
(1) Menetapkan tarikh pemprosesan larian gaji bulanan untuk dipatuhi oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ)
(2) Memastikan semua pembayaran gaji penjawat awam yang berjawatan tetap dibayar melalui Sistem Gaji Berkomputer dan sebarang pembayaran melalui baucar bayaran berasingan boleh dibenarkan bagi kes-kes tertentu dengan kelulusan Pengarah JANM Negeri/ Cawangan/ Ketua Akauntan Kementerian.
Pembayaran Gaji Bagi Pekerja Bergaji Hari
(1) Bayaran hendaklah diproses bermula pada 1 haribulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya; dan
(2) Tarikh pembayaran gaji adalah selewat-lewatnya pada hari ketujuh (7) bekerja bulan berikutnya.
Related : peraturan pembayaran emolumen tahun, tarikh gaji penjawat awam, surat pekeliling akauntan negara malaysia spanm, merancang perbelanjaan isi rumah serta perbelanjaan individu, deepavali 24 oktober 2022, bertarikh 28 oktober 2022 penetapan tarikh dan peraturan pembayaran emolumen tahun 2023, arahan perbendaharaan 105 tarikh, bertarikh 8 jun 2021, hari raya haji 10, cadangan pindaan arahan perbendaharaan, perbendaharaan 105 tarikh membayar, tarikh pembayaran gaji kakitangan, jadual pembayaran gaji bulanan, surat kementerian kewangan malaysia rujukan mof.bskk.600 1/7/1 15, dikeluarkan oleh jabatan akauntan negara malaysia janm, jadual pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2023, gaji penjawat awam 2023, satu tarikh dan peraturan pembayaran emolumen tahun,
Senarai Tajuk Kecil Artikel