Setiap di antara kita menggunakan Internet sebagai keperluan dalam hidupan seharian sama ada untuki berkomunikasi, bekerja atau berhibur. Tetapi adalah kita sedar bahawa kita berpotensi untuk menjadi mangsa penipuan siber sekiranya kita menekan sesuatu atau melayari laman yang tidak selamat? Oleh itu, berikut dikongsikan contoh karangan kesan jenayah siber dan langkah untuk membendung.
Jenayah siber merupakan satu isu yang serius dan perlu ditangani secara kolektif kerana ia berpotensi mencetuskan impak yang besar dalam pelbagai aspek. Secara tidak langsung, ia boleh menggugat keharmonian dan keselamatan negara termasuk mengancam perpaduan rakyat yang telah dibina bertahun-tahun lamanya.
Apa itu Penipuan Di Alam Maya?
Jenayah siber merupakan jenayah yang dilakukan melalui komputer dalam internet. Perbuatan ini menyebabkan mangsa menderita dan mengalami kerugian. Penjenayah siber akan muat turun cara mencuri, menipu harta benda, pemalsuan, peras ugut, mengubah data-data dan lain-lain melalui internet. Hal ini bertujuan untuk mengakibatkan kerugian dan penderitaan mangsa-mangsa. Perbuatan jahat yang biasa kita dengar termasuklah penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau komputer, kecurian maklumat, capaian secara tidak sah ke atas sistem, pengintipan penyebaran virus dan banyak lagi.
Selaras dengan kepesatan teknologi kita mungkin akan berhadapan dengan pelbagai bentuk jenayah baru.Namuan ianya amat sukar untuk dibendung..Apakah sebab yang menghalangkan ia dibendung? Faktor pertama yang dikenal pasti ialah kesukaran mengenal pasti siapakah yang terlibat.. Umumnya penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun profesional khususnya golongan remaja. Remaja akan melakukan jenayah terhadap institusi mereka sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah.
10 Bentuk Jenayah Siber yang biasa dilakukan adalah :-
- Capaian secara tidak sah keatas sistem
- Judi siber
- Kecurian maklumat
- Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer
- Menyalin perisian secara tidah sah
- Penggodam atau “Hacker”
- Pengintipan
- Penipuan
- Pornografi
- Skim cepat kaya
Contoh Karangan Kesan Jenayah Siber Dan Langkah Untuk Membendung
Di bawah dikongsikan contoh karangan punca dan akibat buruk perbuatan penipuan di alam maya serta langkah untuk membendungnya sebagai rujukan. Turut disertakan adalah isi-isi penting yang sesuai untuk dihuraikan dalam penulisan karangan masing-masing.
- Kehilangan aset seperti wang dan dokumen sulit
- Menjatuhkan keyakinan dan motivasi diri mangsa jenayah siber
- Jenayah cetak rompak semakin berleluasa
- Membentuk undang-undang dan etika penggunaan siber
- Menganjurkan kempen kesedaran kepada orang awam
- Sentiasa kemaskini perisian yang digunakan
Pendahuluan
Marcapada ini, kita menjalani kehidupan yang dilingkari teknologi-teknologi canggih tanpa sebarang sempadan. Penggunaan Internet dan media sosial telah banyak mengubah corak kehidupan atau norma masyarakat pada ketika ini. Sama seperti ciptaan manusia yang lain, teknologi Internet yang digunakan ini tentu ada kelemahannya. Ruang yang tidak dipantau dan dieksplorasi oleh mana-mana pihak telah diambil kesempatan oleh penggodam untuk melakukan jenayah siber.
Perilaku seperti penipuan maklumat, kecurian data, salinan perisian yang tidak sah serta pengintipan individu di alam maya semakin berleluasa dari hari ke hari. Bagi memberi kesedaran kepada semua, wajar untuk kita huraikan akibat buruk perbuatan penipuan di alam maya dan langkah untuk membendungnya.
Isi 1
Antara impak yang paling buruk dalam perlakuan jenayah siber adalah kehilangan aset-aset tertentu seperti wang atau dokumen sulit yang dimiliki oleh pihak berkepentingan seperti kerajaan negeri. Sebagai contoh, penggodam mencuri maklumat senarai penduduk di Negeri Johor dan mendapatkan nombor telefon mereka. Kemudian mereka menjual data tersebut kepada pihak yang melakukan penipuan atas talian atau lebih dikenali sebgaai “Macau Scam”.
Hanya melalui panggilan telefon dan menggunakan maklumat peribadi yang telah dicuri, penjenayah ini mampu menjerat mangsa sehingga rugi beratus ribu ringgit. Sehingga hari ini kita masih mendapat berita tentang kes penipuan melalui panggilan. Ini menunjukkan kes jenayah siber ini masih tidak dibendung sehingga memberi impak yang sangat merugikan kepada masyarakat kita.
Isi 2
Jenayah siber juga boleh dikategorikan sebagai buli siber yang sering kali berlaku di dalam media sosial. Masyarakat pada hari ini lebih banyak meluangkan masa melayari media sosial berbanding bersosial secara bersemuka seperti dahulu kala. Apabila bergaul di media sosial, ramai kenalan yang sebenarnya tidak mengenali diri kita secara peribadi. Apabila berlaku perkongsian yang salah atau tidak menepati fahaman orang lain, pengguna media sosial tersebut akan mudah untuk dikritik, disalahkan dan lebih teruk dicaci oleh pengguna media sosial lain yang kadang kala tidak tahu-menahu pun latar belakang perkongsian tersebut.
Impaknya, pengguna yang berkongsi perkara tersebut akan berasa trauma kerana telah diburukkan oleh orang ramai dan menjatuhkan keyakinan diri mereka. Malahan terdapat mangsa buli siber yang mengalami depresi kerana bagi mereka situasi tersebut bagai jatuh ditimpa tangga.
Isi 3
Bagi memastikan isu ini dibendung, pemimpin negara seharunya mengorak langkah untuk membentuk rang undang-undang dan etika penggunaan siber. Dalam setiap kekalutan perlu adanya peraturan. Hanya dengan cara ini, setiap perilaku atas talian yang berisiko untuk perlakuan jenayah siber dapat dipantau. Justeru, pihak berkuasa perlu mengumpulkan pakar-pakar teknologi daripada setiap sektor atau industri di dalam negara untuk memperkenalkan rang undang-undang yang sesuai.
Tindakan ini bukan sahaja untuk melindungai rakyat di Malaysia, tetapi juga penting untuk melindungi keselamatan negara. Penubuhan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia perlu memacu perlindungan maklumat dan data pengguna Internet di Malaysia supaya tidak terjerat dengan penipuan di alam maya.
Isi 4
Dalam masa yang sama, penganjuran kempen kesedaran kepada orang awam tentang akibat buruk perbuatan jenayah ini adalah inisiatif terbaik untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Pihak berkuasa perlu menggunakan segala saluran media masa kini untuk menyebarkan kesedaran melalui iklan tentang keburukan penipuan siber. Kebanyakan mangsa-mangsa adalah golongan berumur dan mereka yang kurang pengetahuan dalam teknologi maklumat ini.
Justeru, kerajaan melalui Jabatan Komunikasi dan Penerangan bertanggungjawab untuk menyampaikan pesana khidmat masyarakat di seluruh negara tentang apa itu jenayah siber, modus operandi dan kesan yang ditanggung oleh mangsa yang terbabit. Intihannya, tahap kesedaran masyarakat terhadap isu ini masih kurang dan perlu dimaklumkan dengan lebih jelas dan diingati oleh mereka.
Penutup
Tuntasnya, jenayah siber meninggalkan banyak benda yang buruk kepada mangsa atau entiti yang terlibat. Namun begitu, kita berpeluang untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan sebelum terlibat atau menjadi mangsa kepada perilaku yang tidak bertanggungjawab ini. Dalam mendepani Revolusi Industri 4.0 yang bakal tiba, kita perlu bersiap sedia dengan pelabagi risiko dalam penggunaan sains dan teknologi di setiap sektor atau industri di negara ini. Dengan menyediakan masyarakat yang berpengetahuan tinggi serta beretika dalam menggunakan media sosial, kita mampu untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0 tanpa kerisauan. Semoga segala usaha untuk meningkatkan keselamatan siber dalam negara diberikan sokongan dan setiap di antara kita menerima manfaat untuk melayari alam maya tanpa was-was.
Related : berhati hati, laman web, untuk mengambil, butir peribadi, pelbagai kesan, pelbagai pihak, gaya hidup, menjadi mangsa jenayah, akaun penjenayah siber untuk, maklumat palsu, faktor utama penyumbang jenayah siber, memberi impak negatif, laman sesawang, laman sosial,
Senarai Tajuk Kecil Artikel