Pernahkah anda tertanya-tanya berapakah bilangan penduduk yang menetap di Malaysia? Untuk makluman, Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengumpul data dan statistik serta membuat bancian yang merangkumi bidang ekonomi dan sosial penduduk di dalam negara. Oleh itu, berdasarkan maklumat daripada bancian Jabatan Perangkaan, berikut dikongsikan jumlah penduduk Malaysia 2024 mengikut kaum, umur & jantina sebagai rujukan.
Pengumpulan data secara berkala atau tahunan adalah penting khususnya pada peringkat negara kerana ia membantu dari segi perancangan serta tadbir urus negara yang lebih berkesan. Apabila bancian dilaksanakan, kita sebagai warganegara yang bertangungjawab seharusnya mengisi maklumat dengan tepat supaya kerajaan dapat mengenal pasti demografi yang ada di dalam negara dan membantu setiap kelompok masyarakat dengan dasar-dasar yang bermanfaat terutamanya bagi golongan B40.
Statistik “Malaysia Population” 2024 Terkini Berdasarkan Kaum, Umur & Jantina
Di bawah adalah perincian maklumat penduduk tahun 2024 mengikut kaum, umur & jantina di seluruh Malaysia. Turut disertakan jumlah bagi tahun-tahun sebelumnya sebagai perbandingan.
TERKINI : Mei 2024
Pada suku tahun pertama 2024, total Malaysian population adalah dianggarkan berjumlah 34.0 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (33.2 juta).
Penduduk lelaki meningkat daripada 17.8 juta kepada 17.4 juta berbanding suku tahun pertama 2023 manakala perempuan meningkat daripada 16.1 juta kepada 15.8 juta bagi tempoh yang sama.
Secara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi penduduk warganegara adalah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan, kata Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin.
Sementara itu, komposisi penduduk berumur 15-64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 23.8 juta kepada 23.2 juta berbanding suku tahun pertama 2023.
Komposisi penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) kekal daripada 2.5 juta kepada 2.5 juta bagi tempoh yang sama.
Menurut beliau, negara merekodkan penurunan jumlah kelahiran hidup sebanyak 9.4 peratus (117,413 kelahiran) berbanding suku tahun pertama 2023 (106,386 kelahiran).
Rujuk grafik di bawah untuk paparan yang lebih jelas.
Laporan Ketua Perangkawan 2024
Sebelum meneliti jumlah penduduk di dalam negara, Berikut adalah beberapa intipati penting daripada laporan Ketua Perangkawan, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin:
1. Nisbah jantina penduduk berada pada 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
2. Peratus penduduk berusia 0 hingga 14 tahun pada 2024 meningkat
3. Peratus penduduk berusia 65 tahun dan kekal
4. Jumlah penduduk pada 2023 dianggarkan 34.0 juta berbanding 33.4 juta pada 2023 dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 2.3 peratus
5. Penduduk warganegara meningkat daripada 30.4 juta pada 2023 kepada 30.6 juta pada 2024 dengan pertumbuhan kecil
6. Pertumbuhan bilangan penduduk Bukan Warganegara yang lebih tinggi iaitu meningkat daripada 2.8 juta (2023) kepada 3.4 juta (2024)
Sebagai sumber rasmi rujukan statistik di Malaysia, Jabatan Perangkaan akan mengeluarkan laporan tahunan berkenaan statistik populasi di Malaysia. Dianggarkan populasi penduduk di Malaysia berjumlah 34.0 juta orang pada tahun 2024 dengan kadar pertumbuhan tahunan penduduk sebanyak 2.3 peratus.
Berikut dikongsikan statistik populasi penduduk Malaysia bagi tahun 2024 dan 2023:
STATISTIK POPULASI MALAYSIA | |||
Jumlah Penduduk Keseluruhan | |||
2023 | 2024 | ||
33.4 juta | 34.0 juta | ||
Warganegara | |||
2023 | 2024 | ||
30.4 juta | 30.6 juta | ||
Bukan Warganegara | |||
2023 | 2024 | ||
3 juta | 3.4 juta | ||
Lelaki | |||
2023 | 2024 | ||
17.5 juta | 17.8 juta | ||
Perempuan | |||
2023 | 2024 | ||
15.9 juta | 16.1 juta | ||
Umur 14 Tahun ke bawah | |||
2023 | 2024 | ||
7.5 juta (22.6%) | 7.7 juta | ||
Umur 15 hingga 64 Tahun | |||
2023 | 2024 | ||
23.4 juta (70.0%) | 23.8 juta | ||
Umur 65 Tahun ke atas | |||
2023 | 2024 | ||
2.5 juta (7.4%) | 2.5 juta | ||
Penduduk Bumiputera | |||
2023 | 2024 | ||
70.1% | 70.1% | ||
Penduduk Bangsa Cina | |||
2023 | 2024 | ||
22.6% | 22.6% | ||
Penduduk Bangsa India | |||
2023 | 2024 | ||
6.6% | 6.6% | ||
Penduduk Bangsa Lain-Lain | |||
2023 | 2024 | ||
0.7% | 0.7% |
Berikut merupakan infografik yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun-tahun sebelum ini untuk informasi yang lebih jelas:
Anggaran Penduduk Semasa Tahun 2023
Anggaran Penduduk Semasa Tahun 2022
Anggaran Penduduk Semasa Tahun 2021
Anggaran Penduduk Semasa Tahun 2020
Anggaran Penduduk Semasa 2019
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan informasi yang lebih terperinci berkaitan statistik di atas, sila rujuk pautan berikut:
- Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia
- Telefon : +603-8885 7942
- Emel : mkho@dosm.gov,my
Related : jabatan perangkaan malaysia dosm, peningkatan kadar pertumbuhan penduduk, komposisi penduduk malaysia pada 2023 dianggarkan 33.4 juta berbanding 32.7 juta pada 2022, peratusan penduduk malaysia pada 2023 dianggarkan 33.4 juta berbanding 32.7 juta pada 2022, jumlah penduduk berumur 15-64 tahun umur bekerja, peratusan penduduk berumur 15-64 tahun umur bekerja,
Senarai Tajuk Kecil Artikel