Jururawat Gred U29 & U41 : Deskripsi Tugas & Gaji. Skop kerja seorang nurse di sektor kerajaan beserta syarat kelayakan dan lantikan.

Jururawat Gred U29 & U41 : Deskripsi Tugas & Gaji

Jururawat Gred U29 U41 Deskripsi Tugas Gaji

Panduan buat orang ramai yang berminat untuk memohon jawatan sebagai seorang nurse di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tahukah anda mengenai perbezaan gred-gred nurse yang ditawarkan mengikut kelayakan tertentu? Sekiranya tidak, ikuti perkongsian di bawah berkaitan jawatan jururawat Gred U29 dan U41 beserta deskripsi tugas dan tangga gaji.

Kerjaya seorang jururawat merupakan kerjaya yang mulia dan dihargai tinggi oleh masyarakat kerana mereka sanggup untuk mengerah tenaga demi menjaga kesihatan orang ramai. Bidang hospitaliti ini dianggap mencabar kerana masa bekerja yang tidak fleksibel dan kesabaran yang tinggi diperlukan ketika menghadap pelbagai kerenah pesakit-pesakit.

Skop Kerja Jururawat Gred U29 & U41 : Syarat Lantikan & Gaji

Kepada yang berminat untuk memohon jawatan di atas beserta informasi berkaitan Deskripsi Tugas (skop kerja), syarat lantikan & Gaji, panduan dibawah boleh dirujuk dan dikongsikan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia.

Selamat berusaha dan semoga berjaya dalam membuat permohonan jawatan-jawatan berikut.

Jururawat Gred U29

Deskripsi Tugas

  • Pemulihan anggota badan pesakit dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan elektrik.
  • Membantu doktor dalam menentukan jenis penyakit contohnya menguji dengan cara elektrik
  • Merancang program rawatan kepada pesakit agar membantu proses pemulihan
  • Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutamanya bagi penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio
  • Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit
  • Membuat pesanan bekalan peralatan yang diperlukan
  • Mengajar pesakit tentang senaman yang boleh dilakukan di rumah untuk pemulihan terutamanya bagi pesakit yang tinggal berjauhan daripada hospital
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa

Tugas nurse gred U29 juga boleh dikategorikan seperti berikut

1. Perawatan Kesihatan Keluarga

  • Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak
  • Perkhidmatan lawatan ke rumah
  • Perkhidmatan kesihatan di sekolah
  • Perkhidmatan perancang keluarga
  • Pendidikan kesihatan

2. Latihan

  • Membantu dalam mengajar pelatih separa perubatan semasa latihan mereka

3. Menyelia

  • Menyelia pekerja-pekerja pembantu dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi
  • Menyelisa bidan kampung dan bidan swasta berdaftar

4. Pentabiran

  • Mentadbir klinik
  • Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah pesakit
  • Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi
  • Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan

5. Tugas-tugas di hospital

  • Penjagaan pesakit – mengurus dan melayan makan minum pesakit, mengurus dan menjaga kebersihan pesakit, penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin, penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran
  • Membantu doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan
  • Menyelia penolong jururawat, bidan dan kakitangan bawahan
  • Membantu ketua jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih
  • Rawatan-rawatan lain mengikut arahan

Syarat Lantikan Gred U29

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan lembaga Jururawat Malaysia
  • Memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (Sekurang-kurangnya gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan

Tangga Gaji Gred U29, U32 & U36

1. Gred U29

  • Gaji Minimum : RM1,797.00
  • Gaji Maksimum : RM5,735.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

2. Gred U32

  • Gaji Minimum : RM2,331.00
  • Gaji Maksimum : RM6,394.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM155.00

3. Gred U36

  • Gaji Minimum : RM3,590.00
  • Gaji Maksimum : RM7,605.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM180.00

Jururawat Gred U41

Deskripsi Tugas

  • Membantu doktor menentukan jenis penyakit contohnya menguji dengan cara elektrik
  • Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memebri kesan pemulihan yang diperlukan
  • Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.
  • Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa yang panjang seperti polio
  • Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit
  • Membuat pesanan bekalan peralatan
  • Mengajar pesakit mengenai senaman yang diperlukan untuk pemulihan kendiri di rumah terutamanya bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan

Selain itu, tugas Nurse Gred U41 juga boleh dikategorikan seperti berikut:

1. Fungsi Klinikal/ Penguatkuasaan

  • Pemantauan kejururawatan
  • Mengawal selia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan

2. Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan

  • Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi terkini
  • Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan

3. Kawalan Mutu

  • Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian
  • Memastikan perawatan dilakukan berpandukan SOP – menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur kejururawatan dipraktikkan

4. Latihan kejururawatan

  • Merancang dan menyelaras kursus/ latihan amali anggota kejururawatan di antara kolej dan diperingkat negeri

Syarat Lantikan Gred U41

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
  • Calon lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

Tangga Gaji Gred U41

1. Gred U41

  • Gaji Minimum : RM2,429.00
  • Gaji Maksimum : RM9,656.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Semoga perkongsian Deskripsi Tugas & Gaji Jururawat Gred U29 & U41 beserta syarat lantikan memberi manfaat kepada semua.

Related : diploma dalam menjalankan tugas tugas perawatan, setaraf dengannya menggunakan senaman cahaya elektrik sejuk air urut dan karan elektrik, penjagaan dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi,