Panduan Membayar Zakat Fitrah Online Dan Kadar Bayaran Mengikut Negeri Tahun 2024/ 1445H. Umat Islam pembayar zakat fitrah di seluruh negeri di Malaysia kini mempunyai alternatif untuk membuat pembayaran menerusi beberapa platform secara dalam talian atau secara bersemuka di kaunter-kaunter zakat di masjid dan sebagainya. Berikut dikongsikan panduan bagi orang ramai Kadar Zakat Fitrah 2024 Seluruh Negeri & Cara Bayar Zakat Online.
Pembayaran zakat fitrah termasuk jenis zakat lain seperti zakat harta, pendapatan dsb boleh dibuat melalui Laman web rasmi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing ataupun menerusi aplikasi telefon pintar tertentu.
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menyelaras urusan pentadbiran zakat seluruh negara telah mengeluarkan soalan lazim berkaitan pelaksanaan zakat fitrah.
Walaupun seluruh negeri di Malaysia terikat dengan pelaksanaan PKP berikutan wabak COVID-19 sebelum ini, zakat fitrah masih perlu ditunaikan sama ada secara atas talian ataupun menerusi amil yang dilantik dengan syarat mengamalkan langkah berjaga-jaga. Maka dengan alternatif pembayaran zakat yang disediakan semoga kita semua dapat menunaikannya tanpa sebarang masalah
Kadar Zakat Fitrah 2024 Seluruh Negeri & Cara Bayar Zakat Online
Ikuti langkah mudah berikut untuk membayar zakat fitrah secara online pada bulan Ramadan tahun ini dengan klik pada pautan setiap negeri yang disediakan di bawah.
Kadar Zakat Fitrah 2024 Dan Link Pembayaran Online/ Atas Talian Mengikut Negeri
Pautan kepada kaedah pembayaran atas talian (online) yang disediakan di bawah telah disahkan oleh pihak MAIN dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) setiap negeri.
1. Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur/ Putrajaya/ Labuan
KADAR ZAKAT | |||
RM7 (Beras Super Spesial Tempatan) RM15 (Beras Import/ Perang/ Pulut/ Herba Ponni/ Wangi/ Calrose/ Poney/) RM22 (Beras Basmathi/ Jepun/ Merah) | |||
LINK PEMBAYARAN | |||
PPZ MAIWP https://fitrah.zakat.com.my/ |
2. Selangor
Lembaga Zakat Selangor
KADAR ZAKAT | |||
RM7 (Beras Super Spesial Tempatan) RM14 (Beras Import/ Perang/ Pulut/ Herba Ponni/ Wangi/ Calrose/ Poney/) RM21 (Beras Basmathi/ Jepun/ Merah) | |||
LINK PEMBAYARAN | |||
3. Johor
KADAR ZAKAT | |||
RM7 (Beras Super Spesial Tempatan) RM12 (Selain Super Special Tempatan (Beras Import)) RM20 (Beras Basmati Import dan Super Wangi) | |||
LINK PEMBAYARAN | |||
http://www.maij.gov.my/zakatjohoronline/ |
4. Kedah
KADAR ZAKAT | |||
RM7.00 (Beras Super Spesial Tempatan (5% hancur)) RM14.50 (Beras Import/ Perang/ Pulut/ Herba Ponni/ Wangi/ Calrose/ Poney) RM22.00 (Beras Basmathi/ Jepun/ Merah) | |||
LINK PEMBAYARAN | |||
5. Kelantan
KADAR ZAKAT | |||
RM7 (Beras Super Spesial Tempatan) RM14 (Beras Import/ Perang/ Pulut/ Herba Ponni/ Wangi/ Calrose/ Poney) RM21 (Beras Basmathi/ Jepun/ Merah) | |||
LINK PEMBAYARAN | |||
6. Melaka
KADAR ZAKAT | |||
RM7 (Beras Super Spesial Tempatan) RM14 (Beras Import/ Perang/ Pulut/ Herba Ponni/ Wangi/ Calrose/ Poney) RM21 (Beras Basmathi/ Jepun/ Merah) | |||
LINK PEMBAYARAN | |||
7. Negeri Sembilan
KADAR ZAKAT | |||
RM7.00 (Beras Super Spesial Tempatan) RM12.50 (Beras Import/ Perang/ Pulut/ Herba Ponni/ Wangi/ Calrose/ Poney) RM22.00 (Beras Basmathi/ Jepun/ Merah) | |||
LINK PEMBAYARAN | |||
8. Pahang
KADAR ZAKAT | |||
RM7 (Beras Super Spesial Tempatan) RM14 (Beras Import/ Perang/ Pulut/ Herba Ponni/ Wangi/ Calrose/ Poney) RM21 (Beras Basmathi/ Jepun/ Merah) | |||
LINK PEMBAYARAN | |||
9. Perak
Pusat Zakat Negeri
KADAR ZAKAT | |||
RM8 (Beras Spesial Tempatan (5% hancur dan ke bawah)) RM16 (Beras Import/ Perang/ Pulut/ Herba Ponni/ Wangi/ Calrose/ Poney) RM24 (Beras Basmathi/ Jepun/ Merah) | |||
LINK PEMBAYARAN | |||
10. Perlis
KADAR ZAKAT | |||
RM7 (Beras Spesial Tempatan) RM10 (Beras Import, bukan Spesial Tempatan) | |||
LINK PEMBAYARAN | |||
11. Pulau Pinang
KADAR ZAKAT | |||
RM7 (Beras Spesial Tempatan (5% hancur)) RM14 (Beras Rebus, Putih Thai, Putih Import, Perang) RM21 (Beras Wangi, Pulut, Herba Ponni, Calrose, Basmati) | |||
LINK PEMBAYARAN | |||
12. Terengganu
KADAR ZAKAT | |||
RM10 (Beras Super Spesial Tempatan) RM22 (Beras Basmathi atau yang setara) | |||
LINK PEMBAYARAN | |||
13. Sabah
KADAR ZAKAT | |||
RM7.50 | |||
LINK PEMBAYARAN | |||
14. Sarawak
KADAR ZAKAT | |||
RM7.50 | |||
LINK PEMBAYARAN | |||
SUMBER : Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri
Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Berdasarkan Lembaga Zakat Selangor, waktu bagi menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5, iaitu:
- Waktu Wajib: Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal
- Waktu Afdhal: Sebelum Solat Hari Raya
- Waktu Sunat: Sepanjang Bulan Ramadhan
- Waktu Makruh: Selepas Solat Hari Raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
- Waktu Haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal
Pembayaran Zakat Tanpa Akad Ijab Dan Qabul
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pembayaran zakat secara atas talian (online) adalah sah walaupun tidak disertakan dengan akad ijab dan qabul.
Ini kerana syarat sah pemberian zakat adalah pertama, berniat dan mempunyai hak pemilikan terhadap harta dan kedua, penyerahan dan penerimaan barang.
Cara Bayar Zakat Fitrah Online di fitrah.zakat.com.my |
Rel : beras yang dimakan, kadar bayaran zakat fitrah, negeri selangor, zakat fitrah mengikut, satu gantang, mengikut jenis beras, jawatankuasa fatwa negeri, harga beras, kadar rm14,
Senarai Tajuk Kecil Artikel