Hendak tahu tarikh-tarikh penting hari kebesaran dan perayaan dalam Kalendar Islam di Malaysia pada tahun 2025 Masihi bersamaan dengan 1446/ 1447 Hijrah? Seperti penggunaan takwim barat, takwim Islam sangat penting dalam semua urusan termasuk keagamaan. Takwim Islam ini ditetapkan berdasarkan kenampakan hilal atau anak bulan yang mana merupakan suatu proses yang rumit dalam menentukan kenampakannya. Menurut al-Biruni, takwim dalam Islam dimulai pada 16 Julai 622 M. Takwim Islam adalah takwim yang merujuk kepada peredaran bulan semata-mata. Perkiraan yang dibuat disandarkan kepada al-Quran dan al-Hadis.
Justeru tiada timbul keraguan dalam penggunaannya. Pengamalan penggunaan takwim Islam atau dikenali sebagai takwim Hijri ini adalah dibuat ketika zaman Saidina Umar al-Khattab. Nama Hijri merujuk kepada hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah. Ketika zaman Rasulullah SAW, baginda memperkenalkan permulaan bulan Muharam yang diambil dari takwim lama masyarakat jahiliah.
Perbezaan Takwim Hijri Vs Takwim Gregory
Pada asasnya jumlah bulan dalam takwim Hijri dan takwim Gregory adalah sama iaitu 12 bulan. Cuma bilangan hari dalam kedua-dua takwim tersebut tidak sama.
Bilangan hari dalam takwim Hijri dan Gregory adalah tidak sama. Ini kerana takwim Hijri diasaskan daripada peredaran bulan mengelilingi bumi manakala takwim Gregory adalah hasil daripada penukaran Julius Ceaser kepada sistem suria sepenuhnya. Jumlah hari dalam setiap bulan Hijri adalah tetap jika mengikut sistem hisab dan berubah-ubah jika mengikut sistem rukyah. Manakala dalam takwim Gregory bilangan hari adalah tetap dan setiap 4 tahun akan mengalami tahun lompat dan ditambah 1 hari pada bulan Februari serta dikira berdasarkan satu pusingan sempurna bumi untuk mengelilingi matahari.
Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar hijrah yang mana cadangan perkiraan tahun hijrah ini bermula pada zaman pemerintahan Saidina Umar AlKhattab. Bagi tahun hijrah, bulan Muharram telah dipilih menjadi bulan pertama dalam dua belas bulan sebagaimana yang diputuskan oleh Saidina Umar dan mempunyai 354-355 hari. Jumlah bulan hijrah sama sepertimana tahun masihi namun waktu permulaannya adalah berbeza dan mengikut pergerakan bulan.
Sekiranya di Barat, kalendar mereka digelar kalendar Gregory atau kita panggil kalendar Masihi. Pengiraan tahunnya bermula dari kelahiran Nabi Isa. Kalendar orang Islam pula, pengiraan tahunnya bermula pada tahun Nabi Muhammad berhijrah. Sekali gus, kalendar orang Islam dinamakan kalendar Hijrah.
Kalendar Bulan Islam Malaysia 2025M/ 1446-1447H
Kalendar Hijrah adalah kalendar lunar/qamariah yang dikira berdasarkan kepada pergerakan bulan mengelilingi Matahari.
Terdapat 12 bulan dalam Islamic Calendar bermula dari bulan Muharram ke bulan Zulhijjah. Kalendar Masihi pula dikira berdasarkan kepada pergerakan bumi mengelilingi Matahari.
Terdapat 12 bulan dalam satu tahun Masihi bermula dari bulan Januari hingga Disember.
Berikut dikongsikan senarai tarikh-tarikh penting dalam Islam meliputi hari kebesaran dan perayaan
TARIKH PENTING ISLAM 2025 | |||
TARIKH HIJRI 1446 | TARIKH MILADI (2025) | HARI KEBESARAN/ PERAYAAN ISLAM | |
27 Rejab | 27 Januari | Iskraj Mikraj | |
1 Ramadhan * | 2 Mac | Awal Ramadhan/ Tarikh Mula Puasa 2025 | |
17 Ramadhan | 18 Mac | Nuzul Al-Quran | |
1 Syawal * | 31 Mac | Hari Raya Puasa/ Aidilfitri | |
1 Zulhijjah | 29 Mei | Awal Zulhijjah | |
10 Zulhijjah * | 7 Jun | Hari Raya Qurban/ Hari Raya Aidiladha (Haji) | |
1 Muharram 1447H | 27 Jun | Awal Muharram/ Maal Hijrah | |
12 Rabiulawal 1447H | 5 September | Maulidur Rasul | |
Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia | |||
Sumber : Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Fail boleh dimuat turun dalam PDF di JAKIM. |
Peristiwa Penting dalam Kalendar Islam
Berikut adalah penerangan tarikh-tarikh dan peristiwa penting dalam Kalendar Islam:
- 27 Rejab: Israk dan Mikraj – Memperingati perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan seterusnya ke Sidratul Muntaha.
- 1 Ramadan: Awal Ramadan – Permulaan bulan puasa di mana umat Islam berpuasa selama sebulan penuh.
- 17 Ramadan: Nuzul Al-Quran – Memperingati penurunan Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW.
- 1 Syawal: Hari Raya Aidilfitri/ Puasa – Perayaan yang menandakan berakhirnya bulan Ramadan, disambut dengan solat sunat Aidilfitri dan amalan ziarah-menziarahi.
- 10 Zulhijjah: Hari Raya Aidiladha/ Haji – Memperingati kesediaan Nabi Ibrahim AS untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail AS, sebagai tanda ketaatan kepada Allah SWT.
- 1 Muharram: Awal Muharram – Menandakan permulaan tahun baru dalam kalendar Hijrah, juga dikenali sebagai Maal Hijrah.
- 12 Rabiulawal: Maulidur Rasul – Memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, biasanya disambut dengan ceramah dan perarakan.
Berikut adalah pautan muat turun kalendar bagi tahun 2025 dari sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
MUAT TURUN TAKWIM/ KALENDAR ISLAM | |||
1. TAKWIM JAKIM 2025 |
2. ISLAMIC CALENDAR 2025 ePortal JAKIM |
TAHUN 2025 PERINCIAN (IKUT BULAN) | |||
JANUARI | |||
![]() | |||
FEBRUARI | |||
![]() | |||
MAC | |||
![]() | |||
APRIL | |||
![]() | |||
MEI | |||
![]() | |||
JUN | |||
![]() | |||
JULAI | |||
![]() | |||
OGOS | |||
![]() | |||
SEPTEMBER | |||
![]() | |||
OKTOBER | |||
![]() | |||
NOVEMBER | |||
![]() | |||
DISEMBER | |||
![]() |
Sumber Rujukan Kalendar Islam di Malaysia
Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertanggungjawab dalam penyediaan dan pengesahan kalendar Islam. Mereka menyediakan takwim tahunan yang merangkumi tarikh-tarikh penting dan peristiwa keagamaan untuk rujukan umat Islam di seluruh negara. Takwim ini boleh dimuat turun dalam format PDF melalui laman web rasmi JAKIM.
Perbezaan Antara Kalendar Hijrah dan Kalendar Masihi
Kalendar Hijrah berasaskan peredaran bulan mengelilingi bumi, manakala kalendar Masihi berdasarkan peredaran bumi mengelilingi matahari. Oleh itu, tahun Hijrah lebih pendek, sekitar 354 atau 355 hari, berbanding tahun Masihi yang mempunyai 365 atau 366 hari. Perbezaan ini menyebabkan tarikh dalam kalendar Hijrah bergerak sekitar 10 hingga 12 hari lebih awal setiap tahun dalam kalendar Masihi.
Kepentingan Memahami Kalendar Islam
Memahami dan merujuk kepada kalendar Islam membolehkan umat Islam merancang aktiviti ibadah dan sosial dengan lebih teratur. Sebagai contoh, mengetahui tarikh permulaan Ramadan membolehkan persiapan awal untuk berpuasa, manakala tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha penting untuk perancangan balik kampung dan persiapan perayaan.
Moga perkongsian tarikh penting dan Kalendar Islam 1446-1447H dan 2025 boleh dijadikan rujukan berguna buat semua umat Islam di Malaysia. Dengan memahami dan merujuk kepada kalendar Islam, umat Islam di Malaysia dapat menjalani kehidupan berlandaskan ajaran agama dengan lebih teratur dan bermakna.
Related : nabi muhammad saw, satu tahun, https www.e solat.gov.my, laman web, 2022 di malaysia, syawal 1443h, islam untuk tahun 2022, penting dalam islam tahun, takwim hijrah, senarai perincian, islam tahun 2023 malaysia, penting dalam islam untuk, peristiwa hijrah, takwim 2023 miladiah, menggunakan kalendar, 12 bulan dalam setahun, nabi saw, tarikh islam, tahun baru islam, tarikh atau hari, hari raya haji,
Senarai Tajuk Kecil Artikel