Borang Permohonan KISS. Kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan inisiatif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) bagi membantu golongan wanita yang berpendapatan RM2,000 ke bawah dengan insentif kewangan sebanyak RM2,400 setahun atau RM200 setiap bulan. Oleh itu, golongan ibu dan ibu tunggal yang berkelayakan khususnya daripada golongan B40 digalakkan untuk memohon bagi mendapatkan manfaat yang telah disediakan.
Bantuan yang diperkenalkan pada pembentangan Belanjawan negeri Selangor 2018 ini telah diteruskan sehingga hari ini. Lebih 30,000 golongan ibu yang disasarkan untuk menerima bantuan kewangan ini supaya bekalan makanan asas seperti minyak masak, beras dan tepung dapat dibeli oleh penerima. Selain itu, terdapat juga kedai atau pasaraya yang menawarkan peralatan serta pakaian sekolah khusus untuk anak-anak atau tanggungan penerima Kad KISS.
Pendaftaran Program KISS – Kasih Ibu Smart Selangor
TERKINI: Pada pembentangan Belanjawan Selangor 2022, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) akan menggantikan KISS untuk membantu keluarga yang berkelayakan. Jumlah bantuan kewangan akan ditingkatkan kepada RM300 sebulan atau RM3,600 setahun dan akan diberikan bermula Februari 2022. Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Berikut dikongsikan maklumat terperinci mengenai Bantuan dari kerajaan Negeri Selangor ini seperti syarat-syarat kelayakan, cara permohonan, senarai manfaat, infografik serta maklumat lanjut untuk rujukan semua.
Menerusi Belanjawan Selangor 2021, kerajaan negeri Selangor telah memutuskan untuk membuka 5,000 penerima tambahan berbanding tahun 2020 sebagai langkah meneruskan inisiatif yang bermanfaat ini.
Syarat-Syarat Kelayakan
Untuk memohon, sila pastikan syarat kelayakan dipenuhi.
Di bawah adalah syarat-syarat yang ditetapkan bagi memohon Kad KISS bagi mereka yang berkelayakan:
- Syarat Utama: pemohon telah berdaftar sebagai pemohon BSH dibawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia
- Pemohon adalah anak kelahiran negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
- Merupakan pemilih berdaftar di negeri Selangor
- Pemohon adalah wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi.
- Pendapatan isi rumah di bawah RM2,000 sebulan
i) Cara Mohon KISS Secara Online
Terdapat beberapa kaedah membuat application.
Permohonan Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor boleh dibuat secara atas talian dengan langkah-langkah seperti berikut:
- Layari halaman rasmi KISS
ii) Cara Mohon KISS Secara Manual
Berikut pula adalah cara membuat permohonan bantuan melalui borang secara manual:
- Sila muat turun borang pendaftaran pada pautan berikut:
- Lengkapkan maklumat peribadi, pendapatan, anak-anak, pengakuan pemohon serta pengesahan maklumat.
- Pastikan anda melapirkan senarai semak dokumen yang diperlukan seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon atau suami
- Salinan kad pengenalan/ MyKid anak-anak
- Salinan Slip Gaji/ Pencen terkini
- Salinan Penyata EA/ KWSP
- Salinan Sijil Kematian/ Bercerai (untuk ibu tunggal)
- Bukti penerima BSH atau tersenarai dalam pengakalan data eKasih
- Salinan surat tawaran ke universiti/kad pelajar (anak/tanggungan)
- Borang pendaftaran yang lengkap boleh dihantar secara manual ke:
- Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
- Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
- Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
- Pusat Wanita Berdaya
- Senarai alamat pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerajaan dan penyelaras DUN boleh dirujuk melalui pautan berikut:
Senarai Manfaat Penerima KISS
Untuk makluman pemohon, pelbagai manfaat yang akan anda terima apabila berjaya mendaftar.
Manfaatnya adalah:
- Pemohon yang layak akan menerima Kad KISS
- Kad tersebut boleh digunakan di kedai dan pasaraya berdaftar
- Urusniaga pembelian pemohon boleh dilakukan secara tanpa tunai (cashless)
- Pemohon dihadkan untuk membeli barang keperluan asas pada kadar RM200 sebulan
- Baki nilai pada bulan sebeleumnya tidak akan dibawa ke bulan hadapan
- Kad KISS akan ditambah nilai pada kadar RM200 secara automatik pada setiap bulan
Infografik
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah untuk memohon atau pertanyaan lanjut berkenaan bantuan ini, sila hubungi pautan yang dikongsikan di bawah:
- Portal Rasmi
- No. Telefon : 1 800 22 6600
- Emel : admin@selcare.my
Related : berpendapatan rendah kumpulan b40 beban kos sara hidup program kebajikan sara hidup menerusi bantuan mengurangkan beban kos sara wanita berkeluarga berkahwin atau ibu tunggal yang mempunyai anak tanggungan di bawah umur 21 tahun kos sara hidup menerusi hidup menerusi bantuan kewangan, laman web program ini bertujuan mengurangkan pembelian barangan keperluan asas bertujuan mengurangkan beban kos, kaum ibu
Senarai Tajuk Kecil Artikel