Maksud Kronisme, Nepotisme Dan Kleptokrasi Di Malaysia. Seseorang yang berada dalam kedudukan berpengaruh dan berkuasa terhadap orang lain.

Maksud Kronisme, Nepotisme Dan Kleptokrasi Di Malaysia

maksud kronisme nepotisme dan kleptokrasi

Mutakhir ini, berita dan akhbar menyajikan isu-isu berkaitan salah guna kuasa dan pecah amanah yang dilakukan oleh individu yang berkuasa demi mendapatkan kepentingan diri sendiri. Para pelajar seharusnya cakna dan mengambil perhatian terhadap perkara ini kerana aktiviti seperti rasuah hanya akan merosakkan masa depan masyarakat dan juga negara. Oleh itu, di bawah dikongsikan contoh karangan Maksud Kronisme, Nepotisme Dan Kleptokrasi sebagai rujukan.

Secara ringkas, kronisme adalah amalan memberi jawatan kepada individu yang rapat dengan mereka yang berkuasa tanpa mengira kebolehan atau kelayakan mereka. Nepotisme pula adalah amalan memberi kedudukan kepada ahli keluarga atau saudara tanpa mengambil kira kelayakan mereka. Manakala kleptokrasi adalah amalan rasuah yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa untuk memperkayakan diri sendiri tanpa mempedulikan kepentingan masyarakat.

Apa Itu Kronisme, Nepotisme Dan Kleptokrasi?

Dengan maksud ringkas yang diberikan di atas, para pelajar boleh menghuraikan makna Kronisme, Nepotisme Dan Kleptokrasi dengan lebih terperinci. Berikut adalah contoh karangan yang boleh dirujuk untuk panduan semua.

Pendahuluan

Kleptokrasi, nepotisme dan kronisme adalah salah satu bentuk penyelewengan dalam tadbir urus atau korupsi yang akan memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat. Perkara ini melibatkan sikap pilih kasih, mementingkan kepentingan diri serta salah guna kuasa yang menjejaskan prinsip keadilan dan kesaksamaan. Oleh itu, mustahak untuk kita bincangkan apa itu dikatakan kronisme, nepotism dan kleptokrasi serta bagaimana ia akan meninggalkan kesan yang negatif kepada individu, masyarakat dan juga negara.

Isi 1 (Apakah Itu Kronisme)

Kronisme bermaksud amalan pilih kasih terhadap seseorang ahli keluarga, rakan atau individu berkepentingan dalam perniagaan atau politik. Amalan memilih individu secara pilih kasih tanpa melihat kelayakan atau merit dan memberikan mereka jawatan atau projek adalah satu tindakan yang tidak berintergriti. Mereka dianugerahkan projek atau jawatan tersebut hanya kerana mempunyai kepentingan kepada individu yang memberi jawatan atau projek tersebut untuk kekal berkuasa atau menerima rasuah.

Di samping itu, kronisme adalah satu konsep yang berada di titik sempadan yang boleh melahirkan perasuah dan penerima rasuah yang hanya ingin menguntungkan diri sendiri dan tidak meletakkan kepentingan orang awam sebagai perkara utama. Kesannya, orang awam tidak akan mempercayai individu atau organisasi yang mengamalkan kronisme kerana segala keputusan atau tindakan yang dilaksanakan bukan untuk kepentingan orang ramai.

Isi 2 (Maksud Nepotism)

Nepotisme pula adalah satu bentuk pilih kasih yang melibatkan amalan melantik ahli keluarga, saudara atau rakan yang rapat dalam jawatan tertentu berbanding melantik mereka yang berkelayakan. Amalan ini meninggalkan akibat seperti peranan atau tanggungjawab jawatan tersebut tidak mampu untuk dilaksanakan oleh individu yang dilantik secara nepotisme dan menyebabkan pengurusan yang tidak cekap serta membuat keputusan yang lemah.

Selain itu, nepotisme juga menyebabkan penumpuan kuasa atau pengaruh dalam beberapa individu yang berada di pucuk sesebuah organisasi. Situasi ini akan mengakibatkan kekangan idea dan perspektif dalam pengurusan atau keputusan yang diambil dalam seseuatu tugasan. Izharnya, amalan nepotisme hanya akan menyebabkan orang yang berkelayakan tidak dieri peluang yang sama rata dan menimbilkan ketidak adilan terhadap sesuatu komuniti, msyarakat dan juga negara.

Isi 3 (Maksud Kleptokrasi)

Akhir sekali, kleptokrasi merujuk kepada sistem di mana golongan pemerintah menggunakan kuasa mereka untuk memberi kekayaan kepada diri mereka di atas kesempatan yang diambil daripada hak orang awam. Amalan ini melibatkan penyelewengan kuasa, rasuah dan penggubahan wang haram yang memberikan kesan buruk kepada masyarakat.

Pada masa yang sama juga, kleptokrasi sering mengakibatkan penumpuan kekakayaan di tangan segelintir individu sahaja dan menyebabkan jurang antara mereka yang kaya dan miskin semakin jauh. Intihannya, amalan negatif ini boleh menjejaskan kedaulatan undang-undang dan menghakis kepercayaan terhadap institusi negara kerana orang ramai percaya bahawa mereka yang berkuasa tidak bertindak demi kepentingan terbaik orang awam.

Penutup

Sebagai konklusi, kronisme, nepotism dan kleptokrasi adalah bentuk korupsi yang memberikan impak negatif kepada individu dan institusi kenegaraan. Ia menyumbang kepada kekurangan kepelbagaian idea-idea baharu dan perspektif serta menjejaskan kepercayaan orang awam terhadap institusi kenegaraan. Ibarat gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.

Untuk memerangi masalah ini, setiap individu, organisasi dan institusi negara perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti, telus, adil dan akauntabiliti. Hanya dengan berbuat demikian, kita dapat mewujudkan masyarakat yang adil, saksama dan sejahtera untuk semua. Persis kata peribahasa, hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.

Related : menurut kamus dewan kronisme bermaksud amalan mengutamakan atau mementingkan teman, jawatan pemberian sesuatu projek, berlaku adil, amalan mengutamakan atau mementingkan, melebihkan sanak saudara, amalan sesiapa yang bertanggungjawab melantik, pelantikan sesuatu jawatan pemberian, selari dengan dalil al quran dan hadis, teman rapat dalam pelantikan, bermaksud kecenderungan terhadap orang, mementingkan teman rapat, cara kecintaan favoritisme, kelompok yang mempunyai pertalian, sesiapa yang mempunyai pertalian darah kebiasaannya dalam melantik,