Permohonan LPPSA Dan Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan. Cara mohon Pembiayaan Perumahan Sektor Awam secara online.

Permohonan LPPSA Dan Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan

mohon semak baki pinjaman perumahan kerajaan lppsa

Berita baik kepada kakitangan awam kerajaan yang ingin membeli rumah. Melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan pinjaman pembiayaan perumahan. LPPSA adalah penjenamaan semula Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) pada Januari 2016. Oleh itu, di bawah dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Dan Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan secara online sebagai rujukan semua.

Sistem Pengurusan Pembiayaan (LMS) telah dinaiktaraf kepada Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) yang berkuatkuasa pada 1 April 2019. Dengan sistem atas talian ini, anda boleh buat permohonan secara online, melihat akaun pembiayaan pinjaman tanpa perlu menghadirkan diri ke pejabat Lembaga yang berdekatan.

LPPSA Online : Permohonan Dan Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan

Berikut dikongsikan maklumat terperinci berkenaan Permohonan Dan Semakan LPPSA Baki Pinjaman Perumahan Kerajaa. Selain itu, anda boleh merujuk syarat-syarat kelayakan, jenis pembiayaan serta info lain yang berkaitan.

Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan (Pembiayaan Perumahan Sektor Awam)

Untuk membuat permohonan pembiayaan pinjaman, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Layari Laman Web seperti pautan di bawah:-
  2. Portal Rasmi
  3. Di bahagian kanan atas, klik LPPSA MyFinancing
  4. Di bahagian kanan atas, klik Log Masuk
  5. Pada paparan halaman utama, klik pada ruangan “Daftar masuk & Pendaftaran Baharu”
  6. Isikan maklumat yang diperlukan dalam ruangan yang disediakan
  7. Baca terma dan syarat dan klik pada kotak tanda setuju, kemudian klik “Daftar”
  8. Seterusnya, emel pengesahan akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan dan klik pada pautan untuk mengaktifkan akaun.
  9. Selepas membuat pengesahan emel, anda akan dibawa ke laman OTP (One-Time Password). Klik pada butang Permintaan OTP untuk meneruskan pengesahan OTP
  10. SMS akan dihantar ke nombor yang telah didaftarkan. Masukkan 6 digit pin yang diterima melalui SMS pada laman pengesahan SMS dan klik pada butang Teruskan
  11. Apabila pengesahan SMS telah berjaya, pengguna akan dibawa ke laman Kemaskini Butiran.
  12. Bagi pinjaman Bersama, kedua-dua pengguna (atau lebih) perlu membuat pendaftaran ID pengguna secara berasingan

Selepas mendaftar akaun secara online, anda boleh membuat permohonan pembiayaan serta perkhidmatan lain berkaitan. Sila buka pautan berikut untuk mendapatkan panduan lanjut menggunakan laman web rasmi:

Syarat-Syarat Pinjaman Perumahan Kerajaan

Permohonan pembiayaan pinjaman perumahan kerajaan hanya boleh dilakukan oleh mereka yang berkelayakan seperti syarat-syarat yang ditetapkan di bawah:

  1. Ahli Parlimen
  2. Hakim
  3. Anggota Pentadbiran Persekutuan
  4. Badan-badan berkanun
  5. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  6. Kerajaan Negeri
  7. Anggota Pentadbiran Negeri
  8. Ahli Dewan Undangan Negeri
  9. Anggota Perkhidmatan Awam
  10. Anggota Polis
  11. Anggota Tentera

Proses Pembiayaan Pinjaman Perumahan Kerajaan

Sebagai makluman semua, berikut adalah proses yang akan dilalui oleh peminjam sekiranya permohonan pembiayaan berjaya:

  1. Permohonan Online & Penerimaan Tawaran
  2. Pemprosesan & Kelulusan
  3. Cagaran Harta Kepada Lembaga
  4. Bayaran Premium Insurans
  5. Pengeluaran Bayaran
  6. Bayaran Balik Pembiayaan
  7. Pemantauan & Pemulihan ke atas Peminjam Ingkar
  8. Penyelesaian Pembiayaan Sepenuhnya
  9. Pemulangan Dokumen Hakmilik
  10. Pemulangan Baki Kredit Dan Tutup Akaun

Infografik proses pembiayaan pinjaman perumahan kerajaan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan:

proses pembiayaan lppsa

Jenis Pembiayaan Pinjaman Perumahan Kerajaan

Sebagai makluman, anda boleh membuat pinjaman pembiayaan mengikut jenis-jenis yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap
  2. Membina rumah di atas tanah sendiri
  3. Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan
  4. Membina tanah dengan tujuan membina rumah
  5. Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank/ institusi kewangan
  6. Membina rumah di atas tanah yang dibeli melalui pinjaman BPP/LPPSA
  7. Membuat kerja ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan

Selepas permohonan anda berjaya diluluskan, peminjam boleh membuat semakan baki pinjaman melalui laman web rasmi. Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan yang berkaitan:

  1. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan
  2. Selepas log masuk, pada paparan halaman utama, klik bahagian Inkuiri Status
    • tijani
  3. Pengguna boleh membuat semakan inkuiri status berkenaan:
    • i. Permohonan Pembiayaan
      ii. Dokumentasi Pembiayaan
      iii. Status Bayaran Balik
      iv. Status Baki Pembiayaan
      v. Status Bayaran Pembiayaan
      vi. Penyata Tahunan (boleh dimuat turun)
  4. Berikut adalah paparan jika anda ingin menyemak status bayaran balik pinjaman:
    • tijani2
  5. Untuk semakan status baki pembiayaan, paparan akan dikeluarkan seperti:
    • tijani3
  6. Dan paparan semakan status bayaran pembiayaan adalah seperti berikut:
    • tijani4

Muat Turun Aplikasi MyFinancing

Sejajar dengan norma masyarakat hari ini, LPPSA telah membangunkan sebuah aplikasi MyFinancing bagi pengguna untuk menyemak perkhidmatan yang berkaitan menggunakan telefon pintar masing-masing. Berikut adalah pautan untuk memuat turun aplikasi MyFinancing:

  1. Google Playstore
  2. Apple Appstore

Pengguna yangtelah memuat turun aplikasi MyFinancing boleh menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh LPPSA secara online seperti di bawah:

  • Menyemak status terkini pembiayaan
  • Amaun baki pembiayaan
  • Amaun pengeluaran bayaran
  • Amaun ansuran bulanan
  • Amaun tunggakan
  • Status akuan pembiayaan
  • Hebahan terkini

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai LPPSA : Permohonan Dan Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan, sila rujuk:

FAQ

  1. Soalan Lazim Pinjaman Perumahan Kerajaan

Pusat Panggilan Utama LPPSA

  1. 03-8880 1600

Related : kompleks kementerian kewangan persiaran sektor awam peta laman peta laman agensi notis hubungi kami no.9 kompleks 2 pusat pentadbiran kerajaan notis privasi aduan pertanyaan awam peta laman agensi hakcipta terpelihara 2020 ict lembaga pembiayaan perumahan sektor awam lppsa no.9 kompleks kementerian kewangan pertanyaan hubungi kami no.9 laman agensi notis privasi agensi notis privasi aduan privasi aduan pertanyaan hubungi kewangan persiaran perdana presint kementerian kewangan persiaran perdana persiaran perdana presint 2 perumahan sektor awam peta pusat pentadbiran kerajaan persekutuan, permohonan pembiayaan perumahan hakcipta terpelihara 2020 ict lembaga pembiayaan perumahan sektor awam peta laman agensi notis privasi aduan pertanyaan hubungi kami no.9 kompleks kementerian kewangan persiaran perdana presint 2 pusat pentadbiran kerajaan persekutuan 62592 putrajaya, untuk membuat semakan baki pinjaman perumahan kerajaan lppsa pengguna baru 1 januari 2016 lppsa merupakan badan berkanun cara untuk membuat semakan kad pengenalan, lppsa untuk penangguhan bayaran, kakitangan kerajaan pemilikan rumah, semak baki pinjaman lppsa, semakan secara, pembinaan rumah, permohonan pembiayaan lppsa, syarat pinjaman perumahan, nombor kad pengenalan, secara atas talian,