Selaras dengan inisiatif kerajaan untuk mendigitalkan perkhidmatan kepada orang ramai, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah melancarkan sebuah aplikasi yang bernama Aplikasi MyBayar Saman. Inisiatif ini bagi merealisasikan objektif MYDIGITAL iaitu menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang tahun 2022. Berikut dikongsikan cara daftar melalui Portal & Aplikasi Mobile untuk rujukan semua.
Pada 25 Mac 2021, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador telah melancarkan aplikasi yang berguna ini kepada umum secara langsung di Facebook Rasmi Polis DiRaja Malaysia. Pengguna yang mendaftar akan menikmati diskaun saman tertentu sehingga 50% bermula pada 25 Mac 2021 hingga 11 April 2021.
Diskaun Saman
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun saman sehingga 80 peratus sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, bermula 9 hingga 12 Disember ini. Kini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
Manakala untuk saman trafik, tempoh pembayaran saman trafik dengan diskaun sehingga 80 peratus yang bermula 9 Disember 2021 akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, keputusan itu dibuat selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sambutan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat.
Cara Daftar MyBayar Saman Melalui Portal & Muat Turun Aplikasi Mobile
Di bawah dikongsikan maklumat berkenaan cara pendaftaran sebagai panduan untuk semua. Selain daripada fungsi untuk membayar saman secara nirtunai, pengguna juga boleh menyemak saman PDRM yang berkaitan.
Apa Itu Aplikasi MyBayar Saman
Aplikasi mudah alih ini telah lengkap dinaik taraf dengan ciri yang baru. Pembaharuan ini memberikan kemudahan akses kepada pelanggan untuk melakukan pemeriksaan dan pembayaran saman PDRM transaksi e-kerajaan.
Pengguna perlu log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan applikasi anda yang telah didaftarkan untuk akses ke perkhidmatan berikut:
• Memeriksa saman PDRM
• Pembayaran saman PDRM
Melalui aplikasi mudah alih yang diperbaharui ini, pengguna dapat membuat transaksi e-kerajaan mereka dengan cepat, pada bila-bila masa atau dimana-mana sahaja.
English
Mobile app has undergone a complete transformation offering new features. The new enhancements provide users with easier accessibility to perform a checking and payment of PDRM summonses of e-government transactions.
Just login using your existing application username and password to gain access to the following services:
• Checking of PDRM summonses
• Payment of PDRM summonses
Through this updated mobile app, users can quickly complete their e-government transactions, at any time or place.
Muat Turun Aplikasi
Bagi pengguna telefon pintar, anda boleh memuat turun aplikasi tersebut melalui pautan berikut:
Daftar di Portal
Anda juga boleh mendaftar secara atas talian melalui portal atas talian seperti di bawah:
- Sila klik ‘Daftar’ sebagai pengguna baharu
- Masukkan maklumat peribadi anda dengan tepat
- Seterusnya, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit
- Log masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata lalauan yang didaftarkan.
- Sekiranya anda mempunyai saman, sistem akan memaparkan saman tersebut dan klik ‘Bayar’ di butiran saman untuk membuat pembayaran.
Kategori Saman Trafik yang Tiada Pengurangan
Di bawah adalah senarai kategori saman yang tidak mendapat pengurangan atau diskaun bermula 25 Mac hingga 11 April 2021:
- Tidak Patuhi Lampu Isyarat Merah Tahun 2020 & 2021
- Lorong Kecemasan Tahun 2020 & 2021
- Potong secara merbahaya (Potong Queue) Tahun 2020 & 2021
- Potong di garisan berkembar Tahun 2020 & 2021
- Kemalangan tahun 2020 & 2021
- Dalam perbicaraan mahkamah
- Tidak boleh kompaun (Non Compund) Tahun 2018/2019/2020 dan 2021
- Kesalahan berkaitan lori
- Ubah suai ekzos bermula 1 Mac 2021
Maklumat Lanjut
- Cawangan Pengurusan Saman PDRM di talian 03-2266 3346/47.
- Soalan lazim berkaitan pembayaran saman melalui FPX
Diharapkan perkongsian cara daftar di atas dapat memberikan manfaat dan kemudahan kepada semua pengguna jalan raya di Malaysia
Related : membuat semakan, mybayar pdrm, laman web https mybayar.rmp.gov.my, log in, secara online, bayaran saman,
Senarai Tajuk Kecil Artikel