Sebagai pelajar Tingkatan 1, sudahkah anda membuat nota untuk mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya bahagian Komponene Sastera (KOMSAS)? Sekiranya belum, berikut dikongsikan nota-nota Novel Destinasi Impian : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai untuk panduan semua. Dengan nota-nota ini, pelajar boleh membuat persediaan sebelum menghadapi ujian atau kuiz yang akan diberikan oleh guru.
Novel Destinasi Impian adalah karya Mohd Ismail Sarbini yang merupakan seorang guru. Antara karya terkini yang dihasilakn oleh pengarang ini adalah mendung semalam, Cinta seorang guru dan Berukera dari planet Ulba. Novel telah dipilih sebagai kompenan sastera kerana ia mempunyai ciri-ciri yang menarik untuk meningkatkan semangat pelajar dan juga iktibar supaya bersikap jujur dan mengetahui kemampuan diri masin-masing.
Novel Destinasi Impian : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran
Sebagai rujukan, dibawah ditunjukkan nota-nota yang terkandung dalam Novel Destinasi Impian : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai. Terdapat juga nota berkenaan latar, watak dan perwatakan, gaya bahasa dan plot serta pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.
Tema
Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi banyak cabaran dalam hidup. Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar keadaan sekelilingnya
Firdaus, Johari dan Azlina perlu menempuh beberapa cabaran dalam perjalanan mereka berbasikal ke Pantai Morib. Peristiwa tersebut telah berjaya mematangkan Firdaus setelah dia memperoleh pengajaran yang banyak sepanjang ekspidisi menuju ke destinasi impian mereka.
Contohnya, Firdaus menghadapi cabaran untuk berkayuh sejauh 50 kilometer tanpa sebarang persediaan. Selain itu, Azlina pula telah terbabas ke tepi jalan dan jatuh sehingga cedera di tangan. Akhir sekali, Johari pula menghadapi cabaran melayan karenah Firdaus dan Azlina yang suka bertelingkah dan sindir-menyindir sepanjang ekspidisi berbasikal tersebut.
Persoalan
1) Persoalan keinsafan selepas menyedari kesilapan yang dibuat
- Selepas peristiwa hampir lemas, Firdaus mula sedar dan insaf denagn segala kesilapan seperti bersifat sombong dan membohong pada waktu dahulu
2) Persoalan keberanian untuk menghadapi cabaran
- Azlina telah menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer
3) Persoalan usaha yang dilakukan bersama-sama menghasilkan kejayaan
- Johari, Firdaus dan Azlina akhirnya berjaya mengayuh basikal sehingga ke pantai morib
4) Persoalan keprihatinan terhadap kebajikan orang lain
- Johari membantu sepupunya Firdaus dan Azlina yang jatuh kemalangan dengan segera untuk memberikan sebarang bantuan
5) Persoalan mentaliti dan perasaan remaja yang memberontak
- Firdaus seorang remaja yang cepat mengalah dan tidak boleh menerima cabaran
6) Persoalan semangat setiakawan yang begitu kuat antara kawan-kawan
- Kasmadiana, Kasman dan Tamrin merupakan sahabat baik Johari telah menunggunya untuk tiba di Pantai Morib Baru
Sinopsis
Novel ini bermula dengan Firdaus, Johari dan Azlina yang sedang berbasikal sebagai satu ekspidisi dari Klang ke Pantai Morib. Mereka telah menyahut cabaran yang diberikan oleh datuk mereka yang mengatakan generasi sekarang lemah dan tidak mempunyai semangat yang tinggi. Tetapi bagi Azlina dan Johari pula, ekspidisi ini adalah untuk mengubah Firdaus supaya menjadi seorang lelaki yang sejati kerana dia bersifat keperempuanan yang kuat akibat dimanjakan oleh ibu, bapa dan adik beradiknya yang lain. Ekspidisi berbasikal itu telah membolehkan mereka untuk melihat dan mengetahui tentang kehidupan sekeliling mereka.
Dalam ekspidisi itu, Firdaus menganggap perjalanan tersebut adalah perjalanan yang gila. Akibat sering merungut, Azlina berasa kurang senang dan saling menyindir antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, Johari sebagai sepupu yang lebih matang sentiasa sabar dan bijak menghadapi kerenah adik sepupunya itu. Akhirnya, ekspedisi tersebut berjaya tiba di Pantai Morib Baru. Firdaus yang bangga dengan dirinya telah disambut oleh rakan-rakannya seperti Sazali, Moksin, Salim, Erma, Azrina dan Mazlinda. Firdaus tidak menyangka kehadiran rakan-rakannya kerana beranggapan mereka sedang menonton wayang dan menyambut hari kelahiran gadis idamannya, Mazlinda. Firdaus juga telah membohong kepada rakan-rakan mereka bahawa perjalanannya lewat kerana adiknya yang banyak berehat sepanjang perjalanan.
Johari dan Azlina pula duduk bersantai bersama rakan-rakan Johari yang juga penuntut di Universiti Putra Malaysia. Azlina telah didatangi oleh Moksin dan Sazali untuk bertanyakan tentang kebenaran cerita Firdaus. Firdaus juga telah membohongi Mazlinda bahawa dia pandai berenang. Keesokan harinya, Joari dan Azlina bertolak pulang meninggalkan Firdaus yang ingin tinggal bersama rakan-rakannya. Mereka bermandi-manda di laut. Mazlinda yang bijak telah berpura-pura lemas untuk melihat sama ada Firdaus boleh berenang atau tidak. Tetapi akhirnya, Firdaus yang lemas dan diselamatkan oleh Mazlinda.
Firdaus sedar di hospital dan ditemani oleh Johari serta Azlina. Dia berasa malu kerana telah berbohong dan bersikap angkuh tetapi Johari menasihatinya untuk sentiasa berfikiran waras dan mengetahui batas diri sendiri. Johari juga menasihati supaya tidak menundukkan muka terhadap cabaran. Sewaktu Mazlinda datang bersama-sama rakan-rakannya yang lain, Firdaus berasa malu dan menundukkan muka. Namun selepas mengingat kepada nasihat Johari, Firdaus memberanikan diri untuk memandang rakan-rakannya.
Watak dan Perwatakan
1) Johari
- Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia
- Merupakan sepupu kepada Firdaus dan Azlina
- Gemar berbasikal sejak sekolah rendah
- Seorang yang aktif bersukan kerana menyahut cabaran datuknya dengan berbasikal dari Klang ke Morib
- Seorang yang penyabar kerana melayan kerenah Firdaus sewaktu mereka menyertai ekspedisi berbasikal
- Sorang yang Rasional dan bertanggungjawab apabila dia menyelesaikan masalah yang timbul di antara Azlina dan Firdaus
2) Azlina
- Merupakan sepupu kepada Johari dan adik kepada Firdaus
- Seorang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kapar
- Pernah memenangi olahragawati di peringkat sekolah
- Seorang yang aktif dan cergas di mana Azlina tidak merungut kepenatan berbasikal dan mengagumkan Firdaus
- Seorang penyayang kerana walaupun bertengkar dengan Firdaus, Azlina tetap mempertahankan abangnya selepas Sazali dan Moksin mempersenda abangnya.
- Seorang yang pandai berkata-kata apabila mematahkan hujah atau kata-kata Firdaus
3) Firdaus
- Abang kepada Azlina
- Seorang yang berperwatakan lembut kerana dikelilingi dengan adik beradik perempuan sahaja
- Gemar menolong kakaknya memasak dan mengubah bunga
- Seorang yang sombong kerana dipuji oleh rakan-rakannya kerana berjaya berbasikal sejauh 50 kilometer dan melupakan pertolongan Johari dan Azlina
- Seorang yang menyimpan dendam selepas memerli adiknya, Azlina yang cedera dan luka kerana puas dapat membalas semula perbuatan tersebut
- Seorang yang tidak jujur kerana berbohong kepada rakan-rakannya bahawa kelewatannya disebabkan oleh Azlina dan Johari yang kerap berhenti untuk berehat
4) Mazlinda
- Merupakan kawan kepada Firdaus
- Seorang yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi kerana sanggup berkhemah di Pantai Morib demi memberikan sokongan dan semangat kepada Firdaus yang berbasikal dari Klang ke Morib
- Seorang yang pandai berenang selepas menyelamatkan Firdaus yang hampir lemas kerana cuba menyelamatkan dirinya
- Seorang yang bijak kerana telah berpura-pura lemas untuk melihat kecekapan Firdaus untuk menyelamatkannya
5) Datuk
- Merupakan datuk kepada Johari, Firdaus dan Azlina
- Seorang yang mempunyai kuat semangat kerana pernah menunggang basikal lebih kurang 50 kilometer
6) Sazali
- Rakan kepada Firdaus
- Bangga akan kejayaan Firdaus yang mengayuh basikal dari Klang ke Morib
- Dia curiga terhadap kata-kata Firdaus kononnya dia lewat tiba di Morib kerana adiknya, Azlina banyak berehat
- Seorang yang berani kerana menemui Azlina untuk bertanyakan sama ada apa yang diperkatakan oleh Firdaus adalah benar atau tidak
Plot
Permulaan
Watak Firdaus, Johari dan Azlina diperkenalkan oleh pengarang ketika mereka sedang menyertai ekspedisi berbasikal. Ekspidisi berbasikal tersebut dilakukan dengan beberapa tujuan seperti untuk menyahut cabaran datuk mereka yang mengatakan bahawa generasi muda hari ini lemah dan tidak bersemangat tinggi. Tujuan seterusnya adalah untuk melihat tanah air mereka yang merdeka dengan lebih dekat dan menjadikan Firdaus seorang lelaki sejati.
Perkembangan
Kisah tentang sepanjang ekspedisi berbasikal mereka seperti menemui gejala pencemaran bahasa, rumah tokoh dan jaguh badminton negara. Pelbagai cabaran juga mereka hadapi seperti Firdaus yang terjatuh selepas terkejut dengan bunyi hon. Johari membandingkan sikap Azlina dengan Firdaus yang berbeza bagai langit dan bumi.
Perumitan
Firdaus yang menganggap perjalanan mereka sebagai satu perjalanan yang gila dan ingin berpatah balik menyebabkan Azlina menyindirnya dan bertengkar dengannya. Sebuah lori besar yang laju melalui sebelah mereka telah menyebabkan Azlina terbabas ke kiri jalan dan jatuh terlanggar sebuah lubang. Menurut Firdaus, kemalangan yang Azlina hadapi pula adalah balasan perbuatannya terhadap Firdaus. Sikap Firdaus itu ditegur oleh Johari yang berdendam terhadap Azlina.
Klimaks
Mereka akhirnya tiba di destinasi tujuan mereka iaitu Pantai Morib Baru. Johari dan Azlina menyertai rakan-rakan Johari manakala Firdaus menyertai rakan-rakannya seperti Moksin, Sazali, Erma dan Mazlinda. Mereka bergembira sambil bermandi manda di pantai tersebut. Keesokan harinya, Johari dan Azlina pulang tanpa Firdaus yang masih ingin bermandi di pantai tersebut. Firdaus yang bermandi di laut telah lemas dan diselamatkan oleh Mazlinda dan seterusnya dibawa ke hospital
Peleraian
Selepas peristiwa hampir lemas, Firdaus sedar dengan kesilapan dirinya yang angkuh. Johari dan Azlina melawat Firdaus di Hospital dan Johari telah menasihati Firdaus agar bersikap waras dan berani menghadapi cabaran. Akhirnya, Firdaus berani untuk berjumpa dengan Mazlinda, Zarina, Erma Sazali dan Moksin selepas mengingat kata-kata Johari untuk menjadi lebih baik.
Teknik Plot
- Pemerian : pengarang memerihalkan keadaan Azlina yang keletihan setelah mengayuh basikal sejak 7 pagi
- Monolog : “Kalau macam ini, sampai esok pun tak akan sampai ke Morib. Geram betul!” bisikku
- Dialog : “Gila! Ini kerja gila!” jerit Firdaus
- Imbas kembali : Wajah Salim tiba-tiba hadir di runag ingatanku. Firdaus teringat kawannya yang bernama Salim
- Imbas muka : Firdaus bermimpi Sazali dan Moksin mencampakkannya ke laut
- Saspens : Pembaca tertanya-tanya apa yang berlaku kepada Firdaus dan Azlina setelah sebuah lori memotong mereka ketika menunggang basikal
Latar
Latar tempat
- Sekolah Menengah Kapar : Tempat di mana Johari, Firdaus dan Azlina bersekolah
- Pantai Morib Baru : Tempat yang dituju oleh Johari, Azlina dan Firdaus untuk berkhemah selepas berbasikal
- Pekan Banting : Tempat tinggal Johari, Firdaus dan Azlina di mana mereka memulakan ekspidisi berbasikal
- Hospital : Firdaus dibawa ke hospital kerana dia lemas ketika menyelamatkan Mazlinda
Latar masa
- Waktu malam : Firdaus bermimpi tentang rakan-rakannya mencampak dirinya ke laut kerana membohongi mereka
- Waktu maghrib : Tamrin mengalunkan azan maghrib dari dalam khemah
- Hari Sabtu : Hari sambutan hari jadi Mazlinda tetapi tidak dapat disertai sambutan tersebut kerana menyertai ekspidisi berbasikal ke Morib
Latar masyarakat
- Masyarakat yang aktif bersukan : Azlina selalu berjoging dan tidak mempunyai masalah untuk menyertai ekspedisi berbasikal
- Masyarakat yang penyabar : Johari sangat bersabar dengan Firdaus yang tidak henti ingin membatalkan ekspedisi berbasikal yang disertainya
- Masyarakat lelaki yang berperwatakan seperti perempuan : FIrdaus yang membesar dengan adik beradik perempuan seorang yang lemah lembut dan pandai menggubah bunga
- Masyarakat yang mementingkan diri sendiri : Pemandu lori yang memandu dengan laju sehingga Azlina terbabas dan terjatuh di kiri jalan
- Masyarakat yang angkuh selepas mengecapi kejayaan : Firdaus lupa diri selepas mendapat pujian dan daripada rakan-rakannya
- Masyarakat yang memiliki semangat juang yang tinggi : Azlina dan Johari kekal bersemangat ketika berbasikal ke Morib
Gaya Bahasa
- Peribahasa : bagaikan langit dengan bumi, macam kacang lupakan kulit
- Simile : Aku berasa bangga bagaikan setitik minyak jatuh ke permukaan air mengmbang seluas-luasnya dalam hatiku
- Hiperbola : makin kuat gelak ketawa kami. Dan aku berasa seluruh kepenatan yang menggayuti tubuhku hilang serta-merta. Mengapa?
- Metafora : Tetapi, bukankah aku lebih hebat kerana Mazlinda ke sini semata-mata kerana mahu menyambutku! Gunung kebanggaan di hatiku menjadi semakin tinggi
- Sinkope : “Kalau abang nak berjalan sampai ke Morib pun saya boleh temankan” Azlina tergolek memandangku, kemudian memandang abangnya
- Personafikasi : Angin kencang yang menampar-nampar muka, sekejap sahaja mereka hilang ditelan kegelapan malam
Nilai
- Keberanian : Johari, Azlina dan Firdaus berani menyahut cabaran datuk mereka untuk menyertai ekspidisi berbasikal sejauh 50km
- Bijaksana : Johari mempunyai banyak pengetahuan apabila dapat menerangkan bangunan bersejarah yang ditemukan semasa ekspedisi berbasikal
- Prihatin : Johari dan Azlina prihatin dan mengekori Firdaus supaya dia tidak tersesat jalan untuk ke Pantai Morib Baru
- Setiakawan : Tamrin dan Kasman telah mendirikan khemah untuk menyambut Johari dan Azlina manakala Kasmadiana membantu menyediakan makanan dan minuman
- Rajin : Firdaus rajin membantu enak dan kakaknya melakukan kerja rumah seperti memasak dan menggubah bunga
- Komited : Azlina yang cedera selepas terjatuh daripada basikal tetap komited untuk meneruskan ekspidisi ke Pantai Morib Baru
Pengajaran
- Kita seharusnya berani untuk menyahut cabaran kerana ia dapat membuka potensi diri kita ke arah atau perkara yang baru dan lebih baik
- Kita mesti kekal bersemangat tinggi selepas berazam untuk melakukan sesuatu perkara atau misi
- Kita perlu menyayangi ahli keluarga, saudara dan rakan-rakan dengan kasih sayang kerana ia akan merapatkan hubungan dan membuatkan diri dihargai
- Kita hendaklah berlapang dada menerima kritikan yang diberikan oleh orang lain jika kita sendiri suka mengkritik orang lain
- Kita perlu mengelak daripada lupa diri atas jasa baik orang lain yang banyak berjasa kepada kejayaan kita pada hari ini
- Kita seharusnya bersikap jujur dan mengukur kemampuan diri kita supaya tidak menyusahkan orang lain
Contoh Soalan
1) Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga nilai dan sertakan contoh peristiwa yang berkaitan
Berdasarkan novel yang kaji pada Tingkatan 1 iaitu novel Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Bin Sarbini, terdapat beberapa nilai. Antaranya adalah nilai kerajinan. Nilai ini ditunjukkan oleh Johari yang mempunyai banyak pengetahuan tentang bangunan dan lokasi sekitar laluan ekspidisi berbasikal kerana banyak membaca. Selain itu, nilai kasih sayang juga dipaparkan oleh watak Azlina yang menyayangi abangnya, Firdaus walaupun mereka selalu bertengkar dan saling sindir-menyindir. Akhir sekali, nilai insaf. Firdaus yang sedar akan kesalahannya membohong kepada rakan bahawa dia pandai berenang kini insaf selepas dia hampir lemas untuk menyelamatkan Mazlinda yang pura-pura lemas.
2) Nyatakan tiga latar tempat beserta contoh peristiwa yang terdapat dalma novel yang anda pelajari
Novel Destinasi Impian karya Mohd Ismail Bin Sarbini merupakan novel yang saya pelajari pada tingkatan 1. Antara latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut adalah Kampung Bukit Kapar yang merupakan tempat tinggal Johari, Azlina dan Firdaus serta dimana mereka memulakan ekspidisi berbasikal mereka. Latar tempat seterusnya adalah Pantai Morib Baru yang merupakan destinasi tujuan ekspidisi berbasikal mereka dan tempat Firdaus lemas. Akhir sekali, latar tempat yang ditunjukkan adalah hospital dimana Firdaus dimasukkan selepas lemas di Pantai Morib Baru. Di sini juga dia insaf dan sedar akan kesalahan dirinya terhadap orang lain.
3) Huraikan perwatakan watak sampingan yang menarik perhatian anda sebagai pembaca di dalam novel yang anda kaji.
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Destinasi Impian karya Ismail Sarbini, watak sampingan yang mempunyai perwatakan yang menarik adalah watak Johari. Antaranya adalah perwatakan Johari yang sabar dengan karenah Firdaus dan Azlina apabila mereka sering bertelingkah sepanjang ekspidisi berbasikal. Selain itu, perwatakan Johari yang kaya dengan pengetahuan adalah menarik kerana sepanjang ekspidisi berbasikal, Johari banyak menceritakan pengetahuannya tentang lokasi atau bangunan sekeliling laluan mereka kepada Azlina dan Johari. Akhir sekali, perwatakan Johari yang menarik adalah keprihatinannya apabila datang melawat Firdaus yang dimasukkan ke hospital serta memberikan nasihat yang baik kepada Firdaus.
4) Berikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda kaji
Novel Destinasi Impian, karya Ismail Sarbini merupakan novel yang telah saya kaji pada Tingkatan 1 mempunyai beberapa latar masyarakat. Antaranya adalah masyarakat yang aktif bersukan seperti Johari dan Azlina yang tidak mempunyai masalah kecergasan untuk berbasikal sejauh 50 kilometer. Selain itu, terdapat juga latar masyarakat yang prihatin apabila Azlina dan Johari yang ingin mengubah perwatakan Firdaus yang lembut kerana dibesarkan dengan adik beradik perempuan sahaja dan menjadikan ekspidisi berbasikal ini satu cabaran. Akhir sekali, latar masyarakat yang ditunjukkan dalam novel ini adalah masyarakat yang berbohong untuk menjaga imej dan maruah diri seperti Firdaus yang berbohong kepada rakan-rakannya untuk melihatkan dirinya bagus dan mampu melakukan banyak perkara.
5) Berdasarkan novel yang anda kaji, berikan tiga contoh teknik plot yang terdapat dalam novel tersebut
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Destinasi Impian karya Ismail Sarbini, terdapat banyak teknik plot yang digunakan. Antaranya adalah teknik pemerian seperti Johari yang memerihalkan keadaan Firdaus yang kelihatan begitu letih menakala Azlina pula merakam gambar bunga lalang di tanah terbiar. Selain itu, teknik monolog yang dilakukan oleh Azlina “Kalau macam ini, sampai esok pun tak akan sampai di Murlbrib. Gream betul!” bisikku. Akhir sekali, antara teknik plot yang digunakan dalam novel ini adalah teknik saspens apabila pembaca tertanya-tanya apakah nasib Firdaus yang kelemasan selepas cuba untuk menyelamatkan Mazlinda yang pura-pura lemas.
Semoga perkongsian di atas berkenaan Novel Destinasi Impian : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai membantu pelajar dan juga guru.
Related : novel tingkatan 1, contoh johari, contoh azlina, bahasa kebangsaan, papan tanda, insaf atas kesalahan,
Senarai Tajuk Kecil Artikel