Novel Hempasan Ombak : Sinopsis, Tema, Persoalan & Pengajaran. Nota merangkumi watak, plot, latar, gaya bahasa, nilai.

Novel Hempasan Ombak : Sinopsis, Tema, Persoalan & Pengajaran

nota novel hempasan ombak tema persoalan nilai pengajaran soalan

Berita baik kepada pelajar Tingkatan 3 yang mencari rujukan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Komponen Sastera (KOMSAS) merupakan salah satu bahagian pembelajaran yang membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan penggunaan bahasa Melayu, Oleh itu, berikut dikongsikan nota-nota berkaitan Novel Hempasan Ombak : Sinopsis, Tema, Persoalan & Pengajaran untuk rujukan semua.

Karya Hempasan Ombak ini ditulis oleh Zailiani Taslim dari Klang, Selangor. Beliau berkelulusan dari Maktab Perguruan Sultan Idris, Perak, dalam jurusan Pengajian Melayu dan Pendidikan Seni. Beliau telahpun mula menulis untuk akhbar dan majalah tempatan sejak berusia 13 tahun lagi. Karya beliau yang lain yang turut digunakan dalam bahagian sastera termasuklah Pantun Berjimat Cermat bagi pelajar Tingkatan 1, 2010.

Nota Novel Hempasan Ombak : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Nilai & Pengajaran

Di bawah dikongsikan nota-nota berkenaan Novel Hempasan Ombak : Sinopsis, Tema, Persoalan & Pengajaran. Turut disertakan soalan latihan untuk para pelajar.

Tema

Novel Hempasan Ombak bertemakan  iltizam seseorang anak yang ingin membawa perniagaan warisan keluarganya ke tahap yang lebih baik.

Persoalan

1) Tanggungjawab sebagai anak sulung dalam ahli keluarga

Farid sebagai anak sulung telah menggalas tanggungjawab menguruskan Syarikat Batik Nusantara selepas ayahnya meninggal dunia

2) Cabaran yang dihadapi dalam dunia perniagaan

Selepas mengambil alih pengurusan Syarikat Batik Nusantara, Farid menghadapi pelbagai cabaran dari segi pengurusan kewangan, dan juga persaingan daripada peniaga lain

3) Kasih sayang antara ahli keluarga

Ibu kepada Farid, Hajah Zaoyah sangat menyayangi anak-ankanya dan sanggup menggadai tanah dan barnag kemas demi membantu Farid memajukan perusahaan keluarganya.

4) Persaingan dalam dunia perniagaan

Bengkel baharu batik Farid terbakar disebabkan sabotaj oleh Mukhtar yang merupakan pesaingnya dalam dunia perniagaan batik

5) Pendidikan perlu diutamakan dalam kehidupan

Zuraida berhasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang perniagaan untuk mendalami ilmu pengetahuan tersebut sebelum memajukan perniagaannya

6) Sikap tolong menolong dengan orang lain

Farid yang berusaha untuk membangunkan semula Syarikat Batik Nusantara telah bertemu dengan Mokhsein yang sangat membantunya memberikan nasihat dan juga mendapat pengedar untuk Farid.

Sinopsis

Farid yang baru berusia 19 tahun ketika mengambil alih pengurusan Syarikat Batik Nusantara, yang telah beroperasi selama 20 tahun, selepas pemilik Haji Badrul meninggal dunia akibat kanser perut. Ibunya, Hajah Zaoyah terpaksa menyerahkan tanggungjawab itu kepada Farid kerana anak-anaknya yang lain tidak dapat memikul tugas tersebut. Farid bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tugas tersebut. Untuk kerja pertamanya, Farid mengunjungi bengkel tersebut untuk melihat proses pengecapan batik. Seorang pekerja syarikat itu, Pak Nik menjelaskan keadaan syarikat itu sambil berkata, ada syarikat yang cuba merampas perniagaan itu kerana batik keluaran syarikat itu tidak laku. Bagi mengukuhkan kewangan syarikat, Hajah Zaoyah merancang untuk menggadaikan emas dan tanah. Farid kemudiannya menyatakan hasrat untuk mengembangkan bengkel tersebut sebaik sahaja kewangan syarikat bertambah baik.

Farid buat kali pertama mengadakan mesyuarat kerja bersama pekerja. Pada pertemuan itu, Farid berkata beliau berharap syarikat itu akan menjual batik dalam bentuk sedia untuk dipakai di bawah jenama sendiri, dan Farid mencadangkan untuk mengembangkan kilang dan membeli mesin baharu. Pada suatu hari, Farid melawat Pejabat Pemborong Nadi Zaman yang dimiliki oleh Mokhsein, bekas pekerja bapanya. Mokhsein berkata terdapat syarikat saingan di Kuala Terengganu yang mahu memonopoli pengeluaran batik dengan menjual batik pada harga rendah bagi memufliskan syarikat sedia ada. Zuraida telah tujuh tahun menjual pakaian di Bazar MARA di Jalan Banggol. Farid, rakan sekelasnya darjah 1 hingga darjah 5 di Sekolah Menengah Seri Budiman datang bertanya khabar. Pada pertemuan lain, Zuraida berjanji untuk membantu Farid dengan menjual batik di gerainya tanpa komisen, tetapi mencadangkan kepada Farid untuk membuat corak batik baharu untuk menarik perhatian pembeli. Encik Farid berjumpa dengan Encik Mokhsein dan meminta pendapatnya. Hasilnya, Farid membina bengkel tambahan dengan modal RM75,000. Hartini Noor, sepupu Mokhsein, datang sebagai pelatih batik baharu. Zuraida melahirkan rasa cemburu dengan kewujudan Hartini Noor. Farid melawat gerai Zuraida. Farid berkata Hartini Noor sudah bertunang dengan seorang pereka dalaman dan baru sebulan bekerja di syarikatnya.

Selain itu, Encik Mukhtar, pemilik syarikat batik Rajawali, berang kerana batik buatan syarikatnya tidak popular kerana corak lama. Mukhtar kini yakin batik pengguna adalah produk pesaing Sharikat Batik Nusantara. Selepas itu, Mukhtar pergi ke gerai anak saudaranya Zuraida dan menemui corak batik baharu untuk dijual. Mukhtar memberi amaran kepada Zuraida supaya tidak menjual batik kepunyaan Farid dan jika dia masih berdegil, dia akan memusnahkan gerai Zuraida. Farid menerima amaran keras berupa sepucuk surat. Beliau diingatkan supaya memutuskan hubungan dengan Zuraida dan menghalang produk batiknya daripada menguasai pasaran. Farid menerima panggilan daripada Zuraida. Zuraida menjelaskan, bapa saudaranya telah melarang penjualan kain batik moden buatan syarikat Farid. Di bengkel batik moden Farid Mahmood, pekerja Mukhtar mencari Azmi dan Masri. Mahmood tidak berpuas hati kerana kedua-duanya telah meninggalkan Syarikat Batik Rajawali. Azmi dan Masri berkata mereka berhenti kerana tidak menerima gaji selepas dua bulan bekerja. Berlaku satu pertengkaran. Tidak mempunyai pilihan selain menyelamatkan Azmi, Masri menyerbu Mahmood dan membaling lilin panas dari botol airnya ke mukanya.

Apabila jam menunjukkan pukul 2:00 pagi, satu letupan kuat membangunkan seluruh rumah Hajah Zaoyah. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati sebuah bengkel di mana pengeluaran batik moden sedang berlangsung terbakar. Lebih 75 peratus peralatan dan bahan mentah yang digunakan untuk membuat batik musnah. Farid menerima dugaan terhadapnya sebagai takdir. Polis yakin bahawa kebakaran itu mempunyai motif jenayah dan meminta Farid untuk ke balai polis, di mana dia akan disoal siasat. Di balai polis, Inspektor Ruzman menjelaskan kumpulannya menahan Mahmood di klinik ketika lelaki itu menjalani rawatan. Mahmood mempunyai rekod jenayah dan merupakan pekerja Syarikat Batik Rajawali. Pemilik syarikat itu ialah Mukhtar bin Yusof, dan polis kini cuba menangkapnya. Tiga hari selepas kebakaran di bengkel itu, Mokhsein pulang dari Singapura dan melawat bengkel Farid. Mokhsein berjanji akan membantu Farid menjadi pembekal. Kata-kata ini menaikkan jiwa Farid. Zuraida menjelaskan, dia mengikuti kursus dalam pentadbiran perniagaan di UiTM kerana kurang pengetahuan dalam bidang perniagaan. Zuraida menyarankan agar Farid belajar lebih banyak memandangkan terdapat banyak universiti di Kuala Terengganu. Mukhtar yang kini berada di penjara Marang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana mengupah tiga samseng untuk membakar bengkel syarikat batik milik Farid. Farid dan Zuraida kemudiannya mengikuti Mokhsein ke majlis perkahwinan Hartini Noor di Kuantan.

Watak dan perwatakan

1) Farid

  • Merupakan watak utama dan pemuda berusia 19 tahun
  • Menguruskan Syarikat Batik Nusantara
  • Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya
  • Seorang yang suka akan hidup sederhana dan bermasyarakat
  • Seorang yang bersikap rasional dalam melaksanakan sebarang tindakan

2) Hajah Zaoyah

  • Isteri kepada Haji Badrul, pemilik Syarikat Batik Nusantara dan ibu kepada Farid
  • Berusia 56 tahun dan mempunyai enam orang anak
  • Seorang yang gigih menguruskan perniagaan wang penuh dengan cabaran
  • Seorang yang berani menggunakan kaedah baharu untuk memajukan perniagaan.

3) Mokhsein

  • Pemilik Syarikat Nadi Zaman
  • Seorang yang baik hati dan mengenang budi
  • Seorang yang bijak dalam menyusun strategi pemasaran dan pengurusan perniagaan

4) Zuraida

  • Merupakan rakan sekelas Farid di Sekolah Menengah Seri Budiman
  • Berniaga menjual pakaian di bazar MARA Jalan Banggol
  • Seorang yang berpandangan jauh kerana ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi

Binaan Plot

Permulaan

Watak utama, Farid baru sahaja menamatkan peperiksaan SPM terpaksa menguruskan syarikat milik keluarganya, Syarikat Batik Nusantara setelah ayahnya haji Badrul meninggal dunia. Ibunya, Hajah Zaoyah menyerahkan tanggungjawab menguruskan syarikat kepadanya. Antara tindakan pertama Farid adalah dia mengadakan mesyuarat bersama pekerja-pekerja syarikatnya.

Perkembangan

Rakan kepada Farid, Zuraida mencadangkan Farid untuk menjual batiknya di gerainya serta menyuruh Farid menghasilkan corak batik yang baharu. Farid pula yang masih mengadaptasi tanggungjawab baharunya, telah bertindak berjumpa Encik Mohksein untuk mendapatkan nasihat perniagaan. Selepas itu, Farid telah membuka bengkel baharu untuk menghasilkan batik moden dan bengkel tersebut dirasmikan oleh Encik Mokhsein sambil ditemani anak saudaranyam Hartini Noor

Perumitan

Pemilik syarikat Rajawali, Mukhtar telah berasa marah kerana batiknya tidak mendapat sambutan. Dia juga mendapat tahu bahawa anak saudaranya Zuraida telah menjual batik keluaran Farid dan mengugut untuk tidak menjualnya. Farid pula telah menerima sebuah surat layang dan di bengkel baharunya, berlaku kekecohan oleh Mahmood, Azmi dan Masri

Klimaks

Bengkel batik baharu Farid terbakar. Farid menerima dugaan ini dengan redha dan pihak polis telah mengesyaki perlakkuan jenayah disebalik kebakaran terbabit. Inspektor Ruzman memberkas Mahmood, pekerja syarikat Rajawali merupakan bekas penjenayah

Peleraian

Tiga hari selepas kejadian, Mokhsein yang baru pulang dari Singapura berkunjung ke bengkel Farid. Dia berjaya mendapatkan pelanggan daripada SIngapura dan Kuala Lumpur untuk Farid. Manakala, Mokhtar telah dijatuhkan hukuman pejara selama tiga tahun. Zuraida pula melanjutkan pelajaran ke UiTM dalam bidang pentadbiran perniagaan.

Teknik Plot

  • Dialog : ‘Eda dapat agaklah Farid tentu bosan dengar cerita Eda fasal berniaga kecil-kecilan. Berniaga di kaki lima!
  • Monolog : “Pengorbanan.. ” Farid separuh berbisik
  • Kejutan : “Tolong keluar bang. Keluar!” Hartini mula bertegas
  • Saspens : “Adalah syarikat lain dengki dekat kamu tu”.
  • Imbas Kembali : Dia sering mengikuti ayahnya menghantar batik keluaran syarikatnya ke serata tempat
  • Imbas Muka : Suatu ketika, pengembaraan kita menguruskan perniagaan sebegini akan lebih acap
  • Pemerian : Farid cuba menutup telinganya daripada mendengar desas-desus punca kematian ayahnya

Latar

Latar masa

  • Sebulan : Tempoh Hartini menjadi tenaga pengajar batik moden kepada pekerja Farid
  • Waktu malam : Farid dan keluarganya makan malam bersama
  • Waktu pagi hari Sabtu : Farid telah berkunjung ke kedai Zuraida menjual pakaian

Latar tempat

  • Bazaar MARA Jalan Bonggol : lokasi Zuraida berniaga pakaian
  • Firma Nadi Zaman : Farid telah bertemu mokhsein untuk meminta nasihat dalam dunia perniagaan
  • Balai Polis Daerah Kuala Terengganu : Farid memberi kenyataan tentang kebakaran bengkel baharu yang dibinanya
  • Mahkamah Rendah Kuala Terengganu : Mokhtar telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman terhadap kes kesalahan membakar bengkel baharu batik moden milik syarikat Farid

Latar masyarakat

  • Masyarakat yang rajin berusaha dan berkorban untuk mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing
  • Masyarakat yang berniaga untuk mencari rezeki diri dan keluarga
  • Masyarakat yang dengki dan berniat jahat apabila melihat kejayaan ornag lain
  • Masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan ilmu pengetahuan
  • Masyarakat yang mempunyai daya kreatif dan inovatif yang tinggi
  • Masyarakat yang saling hormat-menghormati antara satu sama lain

Gaya bahasa

  • Hiperbola : Lidah api menjilat ganas apa-apa sahaja yang tercapai
  • Peribahasa : kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
  • Personifikasi : rasa serba salah mula mencekik dirinya
  • Simile : Syarikat yang ditubuhkan sejak hujung 60-an itu bagai pelita yang meliuk-liuk
  • Sinkope : “Tak kisahlah tu”
  • Repitisi : “Kerja, kerja. Makan, makan”

Nilai

  1. Tanggungjawab : Farid sebagai anak sulung menggalas tanggungjawab sebagai ketua kelaurga selepas kematian ayahnya, Haji badrul
  2. Hormat : Farid yang baru sahaja mengambil alih pengurusan milik keluarganya, Syarikat Batik Nusantara menyemat sifat hormat-menghormati dalam kalangan 57 orang para pekerjanya
  3. Berani : Farid berani untuk membina bengkel baharu yang berharga RM75 ribu bagi mengembangkan pemasaaran syarikat
  4. Kasih Sayang : Hajah Zaoyah amat menyayangi anak-anaknya
  5. Taat ; Farid tidak mengabaikan kewajipan sebagai seorang muslim dengan menunaikan solat lima waktu
  6. Muafakat : Farid telah menjemput 200 orang penduduk kampung ke perasmian bengkel baharu batiknya untuk merapatkan hubungan sesama masyarakat setempat

Pengajaran

1. Kita seharusnya menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah sekiranya kita ditugaskan untuk melakukan sesuatu kerja

2. Kita hendaklah bersaing secara sihat jika menghadapi persaingan dalam apa jua aspek kehidupan

3. Kita digalakkkan untuk membantu orang lain lebih-lebih lagi golongan muda yang ingin mencari bimbingan dalam kehidupan mereka

4.Kita perlu mengutamakan ahli keluarga kita dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan

5. Kita seharusnya bersikap sederhana dalam setiap segi kehidupan kerana hidup berlebihan hanya akan merugikan dan pembaziran yang sia-sia

6. Kita mesti mengutamakan pendidikan dalam kehidupan untuk meningkatkan taraf kehidupan masing-masing

Soalan Latihan

1) Berdasarkan novel Hempasan Ombak, jelaskan latar tempat yang berkaitan

Antara latar tempat yang terdapat dalam novel Hempasan Ombak adalah Balai Polis Daerah Kuala Terengganu. Farid telah memberikan kenyataan tentang peristiwa kebakaran yang berlaku di bengkel baru batiknya. Selain itu, Bazar MARA Jalan Banggol merupakan tempat di mana Zuraida berniaga pakaian.

2) Satu penceritaan sesebuah novel kekuatannya berkait rapat dengan binaan plot. Bincangkan puncak penceritaan yang anda pelajari.

Novel yang telah saya pelajari semasa Tingkatan 3 ialah novel Hempasan Ombak. Kemuncak novel ini ialah apabila bengkel batik moden milik Farid terbakar pada 2 pagi. Farid cuba untuk memadamkan api gagal dan pihak bomba memaklumkan bahawa lebih 75 peratus bengkel tersebut musnah. Kerugian yang hampir RM70,000 perlu ditanggung oleh Farid.

3) Huraikan tiga perwatakan watak utama yang menerajui novel yang anda kaji

Watak utama novel yang saya kaji, Hempasan Ombak ialah Farid. Beliau merupakan seorang yang bertanggungjawab dan amanah kerana mengurus syarikat milik keluarganya selepas ayahnya meninggal dunia. Selain itu, Farid juga seorang yang tabah apabila menghadapi pelbagai dugaan seperti peristiwa bengkel baharu batiknya terbakar.

4) Apakah tema dan contoh peristiwa novel yang anda pelajari?

Novel yang saya pelajari semasa Tingkatan 3 ialah novel Hempasan Ombak bertemakan kegigihan seseorang anak muda yang menguruskan sebuah perniagaan milik keluarganya. Contoh peristiwa bagi tema ini ialah Farid yang baru berusia 19 tahun, menguruskan Syarikat Batik Nusantara peninggalan arwah ayahnya.

5) Huraikan persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan yang terkandung dalam novel Hempasan Ombak

Kepentingan ilmu dalam kehidupan adalah salah satu persoalan dalam novel Hempasan Ombak. Sebagai contoh, Zuraida menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di dalam bidang pentadbiran perniagaan di kampus UiTM  untuk menambah ilmu pengetahuannya.

Semoga perkongsian nota berkaitan Novel Hempasan Ombak : Sinopsis, Tema, Persoalan & Pengajaran membantu.

Related : berkereta dia menerpa ke arah mahmood dan mencurahkan lilin panas dari canting, penyayang terhadap ahli keluarga dan rakan baik, sebilangan ejen yang mengambil kesempatan, masri tiada pilihan lain untuk menyelamatkan azmi dia menerpa ke arah mahmood dan mencurahkan lilin panas dari canting, pergi ke gerai anak saudaranya zuraida dan mendapati batik bercorak baharu dijual di gerai zuraida, diluah mati emak ditelan mati bapa, memaklumkan terdapat banyak kolej di kuala terengganu, kertas kerja projek pembesaran keupayaan pengeluaran batik cap dan perintis batik lukis syarikat batik nusantara, selanjutnya pemilik haji badrul meninggal dunia akibat barah dalam perut, genggam bara api biar sampai jadi arang, lidah api biar sampai jadi arang, bab 4 azam usahawan muda
alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati bengkel tempat pengeluaran batik moden, contoh hajah zaoyah amat menyayangi anak anaknya, novel bahasa melayu tingkatan 3, pak nik pekerja syarikat itu menerangkan, bijak dalam bidang pentadbiran perniagaan di uitm dungun, lotfi sudah 10 tahun hidup di atas kerusi roda kerana lumpuh dari paras pinggang ke bawah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya, uitm dalam bidang pentadbiran perniagaan di uitm dungun, bermotifkan jenayah dan mendapati bengkel tempat pengeluaran batik moden, memutuskan hubungannya dengan zuraida dan memastikan batik keluarannya tidak menguasai pasaran, rakan sekelas farid menjalankan strategi terkunci jika mahu syarikatnya kukuh kembali, kemas demi membantu farid menjalankan strategi terkunci jika mahu syarikatnya kukuh kembali, pergi ke bawah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya,