Novel Jalan Ke Puncak : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Nilai. Nota meliputi plot, latar, perwatakan, gaya bahasa dan pengajaran.

Novel Jalan Ke Puncak : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Nilai

novel jalan ke puncak sinopsis tema persoalan plot contoh soalan

Dalam matapelajaran Bahasa Melayu, pelajar dikehendaki mempelajari komponen sastera untuk meningkatkan pemahaman terhadap penulisan Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, pelajar perlu mengkaji setiap aspek yang diperlukan dalam komponen sastera supaya dapat menjawab ujian dengan betul dan tepat. Sebagai rujukan, berikut dikongsikan nota-nota Novel Jalan Ke Puncak : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Nilai untuk rujukan semua.

Karya sastera ini merupakan hasil penulisan Juri Durabi yang berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah. Beliau yang dilahirkan di Kampung Kusilad, Pitas, Sabah pada 11 Mac 1961 telah mula menghasilkan karya kesusasteraan sejak tahun 1984 dan memenangi pelbagai hadiah kesusasteraan. Antara karya lain yang mendapat anugerah adalah melalui novel Sangkar Terapung dan diberikan Anugerah Karya Sulung Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2002.

Novel Jalan Ke Puncak : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Nilai & Pengajaran

Di bawah dikongsikan nota-nota yang terkandung dalam Novel Jalan Ke Puncak (Tingkatan 2) meliputi Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Nilai serta pengajaran untuk rujukan semua. Turut disertakan adalah contoh soalan latihan dan sinopsis novel bagi membantu para pelajar.

Sinopsis

Watak utama dalam Novel Jalan ke Puncak bernama Laiman merupakan seorang pemuda dari Sabah yang mempunyai visi dan wawasan tersendiri. Laiman telah mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dan menjalani latihan praktikal di Sarawak bersama sebuah syarikat terkemuka gas dan mjinyak iaiatu Shell. Ketika menjalani latihan praktikal tersebut, Laiman telah berkawan rapat dengan Soniah sehingga dicemburui oleh Muluk. Ketika Laiman ke Kuching, sebuah loji minyak yang dibawah seliaannya terbakar. Selepas disiasat, Laiman didapati tidak bersalah dan kebakaran tersebut dilakukan oleh Muluk yang cemburu dnegan Laiman.

Selepas tamat pengajian, Laiman pulang ke kampungnya dan tidak ingin melakukan kerja yang mendapat gaji tetap. Laiman telah menolak tawaran untuk bekerja di sebuah jabatan kerajaan dan telah dimarahi oleh bapanya. Laiman tekad untuk menjalankan projek ternakan ikan air tawar dan ternakan lebah madu. Dia memulakan tanaman tembikai bersama Milan dan telah meminta izin Pak Sahok untuk menggunakan tanah paya sebelah tanah miliknya. Selepas beberapa minggu, tanaman tembikai mereka membuahkan hasil dan membuka hati Pak Kiassim untuk menerima usaha Laiman.

Akhirnya, Pak Sahok bersetuju untuk memberi keizinan kepada Laiman untuk menggunakan tanah paya di sebelah tanah miliknya. Projek ikan air tawar mereka berjaya dan telah mendapat perhatian Jabatan Pertanian untuk menjadikan perusahaannya contoh kepada penternak yang lain.

Tema

Novel ini menceritakan sebuah tema berkenaan kesungguhan seorang pemuda untuk mencapai kejayaan dan masa depan yang cemerlang dengan usaha sendiri dan berdikari.

Persoalan

1) Persoalan keyakinan atas usaha yang telah dilaksanakan. Laiman yang berusaha menjadi seorang petani moden yakin akan mengecapi kejayaan walaupun menolak tawaran bekerja di jabatan pertanian

2) Persoalan pengorbanan demi kejayaan ahli keluarga. Abang dan nenek Laiman telah mengorbankan wang ringgit mereka demi membiayai pengajian Laiman di universiti.

3) Persoalan keberanian menceburi bidang pertanian yang berisiko tinggi. Laiman berani untuk mengusahakan ladang tembikai dan menternak ikan serta udang selepas menolak tawaran bekerja di jabatan kerajaan

4) Persoalan semangat setia kawan. Milan yang merupakan kawan kepada Laiman sentiasa menyokong usaha Laiman untuk menjayakan projek pertanian

5) Persoalan kemiskinan dalam masyarakat. Laiman memerlukan bantuan kewangan daripada ahli keluarganya untuk melanjutkan pelajaran di universiti

Watak dan Perwatakan

1) Laiman

  • Watak utama dan merupakan anak kepada Pak Kiassim
  • Berasal dari Kusilad, Sabah dan mempunyai abang bernama Mail dan adik bernama Jariah manakala ibunya telah meninggal dunia
  • Mendapat kelulusan Ijazah Sarjana Muda Jurusan Kejuruteraan dan telah menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak
  • Seorang yang mempunyai jati diri yang kuat kerana telah berpegang pada prinsipnya dan tidak tergesa-gesa menerima sesuatu tawaran
  • Seorang yang berani kerana telah bekerja sendiri sebagai peladang, penternak dan pemborong walaupun tiada pengalaman

2) Pak Kiassim

  • Merupakan bapa kepada Laiman
  • Pada mulanya tidak bersetuju dengan keputusan Laiman untuk menceuri bidang pertanian dan akhirnya bangga dengan kejayaan anaknya
  • Seorang yang bertanggungjawab kerana inginkan anaknya bekerja di jabatan kerajaan untuk mendapatkan kerjaya yang stabil
  • Seorang yang sedar akan kesilapan diri kerana mengakui dia tidak memahami wawasan Laiman untuk menjalankan perniagaan sendiri

3) Milan

  • Merupakan sepupu dan kawan baik kepada Laiman
  • Seorang yang mempunyai semangat setia kawan yang kuat apabila membantu Laiman menjalankan projek pertaniannya
  • Seorang yang mengenang budi kerana berterima kasih kepada Laiman kerana mengajarnya erti kehidupan

4) Pak Sahok

  • Pemilik tanah yang diusahakan oleh Laiman dengan projek ikan air tawar
  • Juga merupakan seorang petani dan ahli jawatankuasa rancangan perkampungan baharu.

5) Soniah

  • Sahabat baik kepada Laiman di Sarawak
  • Pelajar jurusan kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Seorang gadis yang bercita-cita tinggi

Plot

Permulaan

Novel ini bermula apabila Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak. Laiman Sentiasa melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik sehinggakan dia disenangi oleh pengurus dan kawan-kawannya. Sukri yang bertugas di situ telah mengajak Laiman untuk makan bersama

Perkembangan 

Soniah yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan berkawan rapat dengan Laiman. Soniah telah menyebut nama seorang lelaki, Muluk dalam perbualan mereka dan kemudian tidak mahu meneruskan cerita tersebut. Ia telah menimbulkan tanda tanya kepada Laiman tetapi dia terpaksa melupakan perkara tersebut kerana Soniah tidak mahu bercerita tentang Muluk.

Perumitan

Loji minyak di syarikat Laiman menjalani latihan praktikal terbakar. Laiman merupakan jururtera yang bertugas untuk memperbaiki loji tersebut. Namun, kebakaran tersebut berlaku semasa Laiman pergi ke Kuching. Perbuatan yang dianggap satu sabotaj itu tidak menjadi kerana pelaku tidak tahu keberadaan Laiman di Kuching dan bukan di Loji tersebut. Pak Kiassim telah memarahi Laiman kerana menolak tawaran pekerjaan di sebuah jabatan kerajaan dan menentang hasrat Laiman untuk bekerja sendiri.

Klimaks

Polis telah menangkap Muluk atas tuduhan membakar loji minyak kerana ingin melakukan sabotaj ke atas Laiman. Muluk cemburu dengan hubungan mesra antara Soniah dan Laiman. Pak Sahok telah memberi keizinan kepada Laiman untuk menggunakan tanah paya di sebelah tanahnya untuk menjalankan projek ternakan ikan air tawar. Laiman telah membalas jasa baik Pak Sahok dengan bekerja keras untuk menjayakan projek tersebut sehingga menjadi contoh kepada penduduk kampung yang lain.

Peleraian

Laiman telah berjaya untuk hidup dengan selesa hasil daripada usahanya bekerja sendiri. Di kemudiannya merancang untuk menjalani kehidupan yang baharu bersama Soniah

Teknik Plot

  1. Dialog : Laiman berbual dengan Milan tentang cadangan Laiman untuk membuka projek ternakan lebah madu dan ikan air tawar di tanah paya sebelah tanah Pak Sahok
  2. Pemerian : Pengarang memerihalkan hubungan antara Sukri dan Laiman yang erat walaupun baru dua bulan berkawan
  3. Kejutan : Pak Sahok bersetuju untuk memberikan Laiman keizinan menggunakan tanah paya di sebelah tanahnya
  4. Saspens : Pembaca tertanya-tanya siapa disebalik perbuatan membakar loji minyak

Latar

Latar Masyarakat

  1. Masyarakat yang miskin dan sederhana : Abang dan nenek kepada Laiman memberikan bantuan kewangan kepada Laiman ketika melanjutkan pelajaran di universiti
  2. Masyarakat yang berpendidikan tinggi : Laiman dan Soniah merupakan pelajar lulusan Ijazah Sarjana Muda bidang Kejuruteraan
  3. Masyarakat yang kuat jati diri : Laiman yang sentiasa berpegang pada prinsip untuk berjaya dahulu daripada melakukan perkara lain seperti bercinta. Begitu juga Milan yang bekerja keras membantu Laiman dalam projek air tawar mereka

Latar Masa

  1. Waktu pagi : Sukri pergi ke rumah sewa Laiman untuk memberitahu kejadian kebakaran di ljoi minyak
  2. Waktu tengah hari : Sukri bertanya kepada Laiman tentang perancangannya selepas tamat belajar kelak
  3. Waktu petang : Laiman bersiar-siar di Pekan Lutong dan terjumpa Soniah kemudian makan bersama-sama di sebuah restoran
  4. Waktu malam : Pak Kiassim berleter kepada Laiman kerana menolak tawaran kerja di Jabatan Pertanian

Latar Tempat

  1. Bandar Miri : Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di bandar Miri
  2. Rumah Pak Sahok : Laiman ke rumah Pak Sahok untuk memujuk agar mengizinkan dia menggunakan tanah paya bersebelahan tanah Pak Sahok
  3. Tangki Minyak Nombor 12 milik syarikat Shell : tangki yang rosak dan dibaiki oleh Laiman kemudian terbakar akibat sabotaj daripada orang lain
  4. Kebun tembikai : Tempat Laiman dan Milan mengusahakan ladang seluas 15 ekar dan bangga dengan usaha mereka
  5. Kampung Kusilad : Tempat tinggal Laiman dan dimana dia melakukan aktiviti pertanian serta perikanan sehingga berjaya

Gaya Bahasa

  1. Inversi : Di sana, dia makan
  2. Peribahasa : nasi sudah menjadi bubur, mencontengkan arang di muka
  3. Simile : Pagi esoknya minyak yang belum diproses tumpah bagaikan air hujan di tepi-tepi longkang
  4. Personafikasi : Tangannya lancar berlari di atas tikar yang sudah separuh dianyam sejak sebulan lalu

Nilai

  1. Pengorbanan : nenek Laiman berkorban wang ringgit untuk memastikan Laiman melanjutkan pelajaran di universiti
  2. Tanggungjawab : Sukri telah menyelia pekerjaan Laiman dengan teliti semasa Laiman menjalani latihan praktikal di syarikat minyak
  3. Patriotisme : Laiman menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat menjalankan perusahaan sendiri
  4. Keberanian : Laiman berani menceburi bidnag pertanian walaupun ditentang oleh bapanya
  5. Kesyukuran : Laiman bersyukur kerana projek ikan air tawarnya berjaya diusahakan dan membuahkan hasil sehingga dihargai oleh jabatan kerajaan

Pengajaran

  1. Kita seharusnya memiliki perasaan kasih sayang terhadap darah daging kita kerana kegagalan dan kejayaan mereka hanya akan dilihat dan dihargai oleh kita
  2. Kita sewajarnya memiliki sikap berani untuk mengubah nasib seperti Laiman yang menceburi bidang pertanian berbanding bekerja di sbuah jabatan kerajaan
  3. Kita perlu mempunyai jati diri yang kuat untuk berjaya dalam kehidupan dan menghadapi pelbagai cabaran kehidupan

Contoh Soalan

1) Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan dua perwatakan watak utama dalam novel tersebut yang menjadi peranan penting dalam menggerakan jalan cerita. 

Novel yang saya telah kaji ialah novel Jalan Ke Puncak dan watak utamanya adalah Laiman. Perwatakan Laiman yang penting dalam jalan cerita adalah kekuatan jati dirinya dalam berusaha untuk mencapai kejayaan dalam kahidupan. Selain itu, watak Laiman yang jujur telah membantunya mendapat kepercayaan daripada rakan sekerjanya, Milan.

2) Nyatakan tiga latar tempat yang terdapat dalamnovel yang telah anda kaji

Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Jalan Ke Puncak karya Juri Durabi, antara latar tempat di dalam novel tersebut adalah Loji Minyak syarikat Shell. Latar tempat ini menjadi kawasan latihan praktikal Laiman dan di mana berlakukan kebakaran loji atas perbuatan sabotaj. Latar tempat yang lain adalah Kampung Kusilad yang merupakan kawasan kediaman Pak Kiassim dan Pak Sahok serta dimana Laiman menjalankan projek pertaniannya. Akhir sekali, Kebun Tembikai adalah salah satu latar tempat di dalam novel yang menceritakan Laiman dan Milan mengusahakan ladang buah tersebut seluas 15 ekar.

3) Huraikan latar masyarakat yang terkandung dalam novel yang anda pelajari

Saya telah mempelajari novel Jalan Ke Puncak karja Juri Durabi dan mendapati latar masyarakat yang dipamerkan adalah masyarakat yang khianat dan cemburu buta. Sebagai contoh, Muluk yang mencemburui perhubungan Laiman dan Soniah telah membakar tangki minyak yang dibaiki Laiman untuk menjatuhkan reputasinya. Selain itu, latar masyarakat yang menganggap pekerjaan bergaji tetap adalah segalanya juga ditunjukkan. Tamsilnya, Pak Kiassim yang memarahi Laiman kerana menolak tawaran bekerja di sebuah jabatan kerajaan. Akhir sekali, latar masyarakat yang ditunjukkan dalam novel tersebut adalah masyarakat yang bijak dalam menegndalikan perusahaan. Laiman yang mempelajari kejuruteraan mampu menceburi bidang pertanian dan berjaya membuahkan hasil yang lumayan.

4) Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan tiga pengajaran yang anda peroleh daripada novel tersebut

Saya telah mengkaji Novel Jalan ke Puncak karya Juri Durabi dan mendapati banyak pengajaran daripada novel tersebut. Antaranya adalah kita perlu sanggup berdikari untuk memperoleh pendapatan yang lebih lumayan. Sebagai contoh, Laiman sanggup bekerja sendiri sebagai petani walaupun mendapat tawaran bekerja di sebuah jabatan kerajaan. Selain itu, kita juga perlu memiliki sikap berani untuk mengubah nasib dir dan keluarga. Laiman berani menceburi bidang pertanian kerana yakin dengan usahanya mampu membuahkan hasil. Akhir sekali, kita hendaklah memiliki perasaan kasih sayang terhadap ahli keluarga kita sendiri. Misalnya, Pak Kiassim yang meleteri anaknya kerana menolak pekerjaan di sebuah jabatan kerajaan. Akhirnya dia berasa bangga dengan usaha anaknya yang membuktikan dia mampu berjaya sebagai seorang petani.

5) Sila huraikan tema novel yang anda pelajari dengan contoh yang berkaitan

Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Jalan ke Puncak karya Juri Durabi, temanya adalah kegigihan seorang pemuda dalam membina kerja yang cemerlang dengan cara tersendiri dan berdikari. Laiman yang merupakan watak utama berkelulusan ijazah kejuruteraan tetapi enggan untuk bekerja makan gaji sebaliknya memilih untuk bekerja sendiri sebagai petani dan penternak. Berkat usaha gigihnya, dia berjaya mengusahakan ladang tembikai dan sebuah kolam ternakan ikan air tawar sehingga mendapat pengiktirafan daripada pihak berkuasa di kampungnya.

Semoga perkongsian mengenai Novel Jalan Ke Puncak : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Nilai membantu pelajar dalam mengulangkaji topik yang berkaitan.

Related : laiman turut mengusahakan kolam, anak muda, laiman yang berkelulusan ijazah, chow chin, enggan bekerja makan gaji, cita citanya, turut mengusahakan kolam ikan,