Novel Justeru Impian Di Jaring : Sinopsis, Tema, Nilai & Pengajaran. Nota merangkumi persoalan, watak perwatakan, latar & gaya bahasa.

Novel Justeru Impian Di Jaring : Sinopsis, Tema, Nilai & Pengajaran

Novel Justeru Impian Di Jaring Sinopsis Tema Nilai Pengajaran

Komponen Sastera (KOMSAS) adalah salah satu unit pembelajaran yang mustahak dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Murid-murid perlu didedahkan kepada karya sastera untuk lebih memahami dan menguasai bahasa yang mereka pelajari. Oleh itu, di bawah dikongsikan nota-nota berkaitan Novel Justeru Impian Di Jaring : Sinopsis, Tema, Gaya Bahasa, Watak dan Perwatakan, Nilai & Pengajaran untuk rujukan semua.

Tahukah anda bahawa novel ini merupakan karya penulisan oleh Zaid Akhtar. Beliau yang mula menulis pada tahun 1993 telah mendapat perhatian apabila cerpensulungnya tersiat di Majalah Dewan Siswa januari 1994 berjudul Juara yang Tewas. Cerpen tersebut telah memenangi Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat – DBP 1994. Oleh itu, karya Justeru Impian DI Jaring mampu memberikan karya yang baik kepada pelajar Tingkatan 3 untuk mengkaji dan mengambil teladan daripada cerita ini.

Nota Novel Justeru Impian Di Jaring : Sinopsis, Tema, Persoalan, Gaya Bahasa, Nilai & Pengajaran

Ikuti perkongsian nota-nota ringkas Novel di atas merangkumi Sinopsis, Tema, Persoalan, Gaya Bahasa, Nilai & Pengajaran di bawah. Turut disertakan beberapa soalan latihan yang berkaitan dengan novel tersebut.

Tema

Novel Justeru Impian di Jaring bertemakan kegigihan dan ketabahan seorang atlet professional yang bertanding di dalam sukan badminton sebelum berjaya menjadi seorang juara dunia

Persoalan

1) Cabaran yang dihadapi oleh seorang atlet untuk menjuarai setiap peringkat pertandingan

  • Syahir yang bersaing di setiap kejohanan dnegan penuh iltizam akhirnya berjaya menjadi seorang juara dunia

2) Bangga mewakili negara dan berjuang untuk mengharumkan nama negara

  • Di Kejohanan Antarabangsa Badminton, Syahir telah berjuang habis-habisan menumpaskan tuan rumah yang mendapat sokongan padu penyokong di perlawanan akhir.

3) Hormat kepada mereka yang lebih berpengalaman dalam bidnag masing-masing

  • Syahir mendengar arahan dan nasihat yang diberikan oleh Haji Marzuki setiap masa sebelum menghadapi apa-apa kejohanan atau pertandingan

4) Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya

  • Emak Syahir mengingatkan Syahir akan pesanan arwah ayahnya sebelum dia pergi berlatih untuk skuad badminton kebangsaaan

5) Sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain

  • Syed Amiri sering memandang rendah dan menyindir Syahir ketika latihan dan pertandingan yang mereka sertai

6) Berani untuk menyatakan pendapat

  • Haji Marzuki berani untuk meletak jawatan sebagai jurulatih sekiranya Syahir tidak berjaya memenangi juara dunia.

Sinopsis

Syahir seorang pemain badminton yang tersenarai dalam skuad kebangsaan. Dia bercita-cita untuk mewakili negara dalam Kejohanan badminton Antarabangsa di Jakarta. Walaupun sudah melayakkan diri, Persatuan Bulu Tangkis Se-Malaysia (PBSM) membuat keputusan mengejut apabila semua pemain perlu menyertai Kejohanan Terbuka Johor dahulu untuk melayakkan diri ke Jakarta. Perkara ini bertentangan dengan peraturan sedia ada iaitu pemain yang mewakili negara adalah berdasarkan ranking atau kedudukan dunia masing-masing.

Dua jurulatih yang telah banyak terlibat dalam pembangunan pemain badminton negara iaitu Haji Marzuki dan Mas Suparman. Mereka banyak memahami masalah yang dihadapi pemain muda terutamanya Syahir yang memerlukan bimbingan dan kata-kata semangat untuk terus berjaya. Haji Marzuki yang tidak bersetuju dengan pihak PBSM kerana pilih kasih terhadap pemilihan pemain percaya dengan pemain-pemain yang dilatihnya seperti Syahir, Bernard, Gopinath dan Wan Najlan untuk tenang dan rasional dalam membuat keputusan.

Syahir sering disindir oleh Syed Amiri yang merupakan pemain skuad badminton skuad kebangsaan jua. Dia sering memandang rendah keupayaan Syahir tetapi Syahir kekal tenang dan menghiraukan sindiran tersebut. Suatu hari, Engku Aiman, ketua jurulatih telah mengungkit kekalahan Syahir kepada pemain China suatu masa dahulu di hadapan pemain lain dan pengurus pasukan negara, Dr. Asyraf. Beliau juga telah memuji Syed Amiri yang menunjukkan peningkatan ketara berbanding pemain lain. Pada malam tersebut, Syahir cemas apabila melihat emaknya terbaring lemah dalam keadaan masih bertelekung di atas katil.

Perjalanan ke Johor membuatkan Syahir tidak tenang. Kak Uda walaubagaimanapun menjamin keselamatan emak Syahir sepanjang dia ke Johor. Haji Marzuki tidak dapat menyertai Syahir bersama ke Johor kerana demam selsema. Pada masa yang sama, satu gambar Syahir bersama Ratna, penyanyi yang baru menaik namanya tersiar di akhbar. Dia terkejut kerana masa bergambar mereka beramai-ramai dan bukan berdua sahaja. Dalam Kejohanan Terbuka Johor, Syahir telah bertembung dengan Syed Amiri di peringkat suku akhir. Syed Amiri yang mendapat sokongan hebat tuan rumah serta pengadil yang berat sebelah telah menyukarkan Syahir untuk memenangi perlawanan tersebut. Syahir terpaksa melupakan hasratnya untuk ke Jakarta.

Syahir yang telah pulang ke rumahnya dan membawa emaknya ke Seremban untuk berjumpa dengan Mak Usu Sapiah. Haji Marzuki tiba-tiba menelefon Syahir dan menyatakan bahawa Gopinath terlibat dalam kemalangan dan mengarahkan Syahir kembali ke kem latihan. Syahir telah dipilih untuk menggantikan Gopinath ke Jakarta. Sebelum ke Jakarta, Syahir berhadapan dengan dugaan apabila dia mendapat berita tentang emaknya menghidap strok. Syahir berat hati untuk ke Jakarta dan pada masa yang sama merasa kecederaan di bahagian perutnya. Syahir menunaikan solat hajat dan istikharah agar diberi petunjuk. Kak Uda memberitahu bahawa emaknya sudah beransur pulih dan menasihati agar pergi ke Jakarta. Syhir sempat menjunguk emaknya di hospital sebelum berangkat ke Jakarta.

Syahir bermula di Jakarta dengan mengalahkan pemain dari Korea Selatan, Kim Joo Hyun. Seterusnya dia menewaskan pemain muda dari China, Xiang Yimou. Menjelang tengah hari, semua pemain diwajibkan untuk menjalani ujian air kencing. Seterusnya Syahir menundukkan pemain Indonesia, Eddy Heryanto. Syahir mara ke peringkat akhir selepas berjaya menumpaskan pemain dari China. Syed Amiri yang dicanang sebagai juara telah kecundang di peringkat separuh akhir. Syahir akan bertemu dengan pemain tuan rumah, Andri Mirnawan. Dengan bimbingan Haji Marzuki dan Mas Suparman, Syahir berjaya menundukkan Andri Mirnawan. Semasa majlis penyampaian hadiah, Syahir hampir rebah dan dikejarkan ke hospital. Dia telah disahkan menghidap radang apendiks dan perlu dibedah. Syahir pulang ke Malaysia dan terus ke hospital untuk bertemu dengan emaknya. Cita-citanya yang seterusnya adalah untuk mewakili negara di sukan Olimpik.

Watak dan perwatakan

1) Syahir

  • Watak utama yang merupakan seorang pemain badminton kebangsaan
  • Seorang anak bongsu kepada lima adik beradik
  • Seorang mahasiswa di Jabatan Pengajian Sukan, UPM Serdang
  • Mempunyai tahap mentaliti yang luar biasa untuk menghidapi dugaan hidup

2) Haji Marzuki

  • Jurulatih perseorangan skuad badminton kebangsaan
  • Seorang yang berani dalam membuat keputusan
  • Seorang yang berpandangan positif dan bertanggungjawab

3) Kak Uda Syahrizah

  • Kakak kepada Syahir
  • Merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Seorang yang memahami dan penyayang terhadap orang sekeliling

4) Syed Amiri

  • Pemain badminton profesional yang berada dalam skaud kebangsaan
  • Seorang yang memandang rendah terhadap orang lain dan suka menyindir

Binaan Plot

Permulaan

Syahir salah seorang pemain badminton skuad kebangsaan ditemu ramah Azmie, rakan baiknya. Perbualan yang agak lama itu menyebabkan Syahir lewat masuk ke dalam dewan untuk mendengar taklimat oleh ketua jurulatihnya, Engku Aiman. Syahir diberitahu bahawa dia akan menyertai Kejohanan Terbuka Johor. Peraturan dan kehendak Persatuan Bulu Tangkis Se-Malaysia (PBSM) mewajibkan mereka menyertai kejohanan tersebut terlebih dahulu untuk menetukan sama ada mereka layak mewakili negara ke Jakarta atau sebaliknya.

Perkembangan

Bagi melayakkan diri ke Jakarta, Syahir menjalani kehidupan yang penuh liku dan cabaran. Pihak PBSM memberikan berita yang kurang menyenangkan sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemain khususnya Syahir. Semua pemain perlu bersaing sesama sendiri untuk melayakkan diri. Satu peraturan baru menyatakan bahawa kedudukan atau ranking dunia tidak akan menjamin prestasi semasa.

Perumitan

Keputusan PBSM untuk meneruskan Haji Marzuki dan Mas Suparman sebagai jurulatih pemain skuad kebangsaan telah dipersetujui oleh mereka berdua. Tugas mereka tertumpu untuk melatih pemain yang memiliki potensi seperti Syahir dan Bernard. Syahir sering mendapat sindiran daripada Syed Amiri dan jurulatihnya Engku Aiman. Pada suatu hari, Syahir telah didatangi peminat untuk bergambar. Pada mulanya di amenolak tetapi akur dengan permintaan untuk bergambar beramai. Namun gambar tersebut tular dan Syahir digosipkan bercinta dnegan Ratna apabila gambar mereka berdua tersiar dalam akhbar. Ibu kepada Syahir pula sakit sebelum dia menyertai Terbuka Johor. Syahir kemudian tewas kepada Syed Amiri dan harapannya untuk ke Kejohanan Dunia tidak kesampaian.

Klimaks

Syahir mendapat berita untuk menggantikan Gopinath ke Kejohanan Dunia di Jakarta setelah rakannya itu terlibat dalam kemalangan jalan raya. Di Jakarta, Syahir mendapat berita ibunya menghidap strok tetapi dia kekal tabah dan meneruskan perjuangan di kejohanan tersebut. Syahir berjaya melayakkan diri sehingga ke peringkat akhir dan bertemu dnegan Andri Mirnawan, wakil tuan rumah. Dengan segala cabaran seperti suasana penyokong tuan rumah, pengadil yang berat sebelah dan kecederaan di bahagian perut tidak mampu menghalang Syahir untuk menjadi seorang juara dunia.

Peleraian

Semasa majlis penyampaian hadiah, Syahir hampir rebah dan telah dikejarkan ke hospital. Dia disahkan menghidap Apendititis dan telah dibedah di Jakarta sebelum dibawa pulang ke Malaysia. Syahir bersyyukur dan menganggap bahawa kemenangan itu adalah untuk bangsa, agama dan negara yang diwakilinya. Sejurus tiba di Malaysia, Syahir terus melawat ibunya di hospital dan menyerahkan pingat yang dimenanginya kepada ibunya. Syahir terus berazam untuk terus mewakili negara sehingga ke peringkat Sukan Olimpik selepas ini.

Teknik Plot

  1. Imbas Kembali : Ibu Syahir mengingatkan semula pesanan arwah ayah Syahir kepadanya sebelum menyertai kejohanan
  2. Imbas Muka : Syahir yang mendapat berita bahawa ibunya diserang strok berasa serba salah dan mula membayangkan keadaan jika ibunya meninggal dunia
  3. Monolog : Syahir telah bermonolog apabila mempertikaikan kemenangan Syed Amiri dan Kejohanan Terbuka Johor
  4. Dialog : Syahir dan Azmie berbual untuk membantu Azmie menulis perkara-perkara yang betul dan tepat serta berhemah dalam MIngguan Riadah nanti
  5. Kejutan/Saspens : Pertembungan yang sengit antara Syahir dan Syed Amiri menimbulkan tanda tanya pembaca tentang siapa yang akan memenangi perlawanan badminton tersebut.

Latar

Latar masa

  • Waktu malam : Syahir telah meluangkan masa untuk makan malam bersama dengan emak dan Kak Uda Syahrizah di rumah mereka
  • Waktu pagi : Sesi latihan badminton diteruskan seperti biasa
  • Selepas solat Maghrib : Syahir mendapati tiga panggilan telefontidak berjawab daripada Wan Najlah. Dia tidak berkesempatan menghubunginya kerana latihan sesi malam akan bermula
  • Umur 15 tahun : Syahir telah dinobatkan sebagai johan peringkat negeri bagi kategori perseorang bawah 15 tahun.
  • Umur 18 tahun : Syahir telah menjuarai pertandingan badminton peringkat kebangsaan bagi kategori perseorangan. Dia digelar juara remaja kebangsaan

Latar tempat

  • Stadium Badminton Istora Senayan : gelanggang perlawanan Kejohanan Badminton Antarabangsa
  • Gelanggang badminton : Skuad badminton kebangsaan berlatih di bawha kendalian Haji Marzuki, Engku Aiman dan Mas Suparman
  • Taman Shamelin Perkasa : Azmie, rakan kepada Syahir telah menemu ramah Syahir untuk kandungan akhbar
  • Jabatan Pengajian Sukan, UPM Serdang : Syahir melanjutkan pelajaran di Jabatan Pengajian Sukan, UPM Serdang selepas menolak tawaran untuk menyambung pelajaran di Universiti Saisn Malaysia.
  • Bandar Baru Bangi : rumah kediaman Syahir dan emaknya

Latar masyarakat

  • Masyarakat yang tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan
  • Masyarakat yang mencurahkan kasih dan sayang kepada orang-orang terdekat
  • Masyarakat yang pilih kasih dalam melaksanakan seseuatu tugas atau tanggungjawab
  • Masyarakat yang mempunyai jati diri dan semangat yang kuat

Gaya Bahasa

  • Metafora : Tidak semena-mena wajah arwah abah pula hadir di layar minda
  • Hiperbola : Peluang kini terbuka luas untuk saya mematikan bulu tangkis dengan smash tajam membunuh ke lantai kejat gelanggangnya
  • Peribahasa : datang tidak bersambut, berpeluk tubuh
  • Personifikasi : ada keresahan mengintai dalam sanubari
  • Sinkope : saya tak sedap hati nak pergi, kak
  • Simile : kadang-kadang terasa macam bola, disepak dilambung ke sana ke mari

Nilai

  • Kegigihan : Syahir dan rakan-rakannya yang lain gigih berlatih dan berusaha menyiapkan diri untuk menyertai kejohanan seterusnya
  • Keberanian : Wan Najlah berani untuk memakai tudung, berseluar trek panjang semasa kem latihan untuk melakukan perubahan dan menutup aurat
  • Keyakinan :  Haji Marzuki berjanji dengan pihak PBSM bawha dia akan meletak jawatan sebagai jurulatih sekiranya syahir gagal menjuarai kejohanan dunia.
  • Bertanggungjawab : Haji Marzuki dan Mas Suparman telah melatih pemain badminton skuad kebangsaan dengan penuh tanggungjawab
  • Kasih sayang : Syahir yang berat hati untuk meninggalkan emaknya di hospital terpaksa berkorban demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seornag juara dunia
  • Rasional : Haji Marzuki menasihati Syahir untuk sentiasa bersikap rasional dan tenang sebagai persediaan ke Kejohanan Badminton Antarabangsa Jakarta.

Pengajaran

  1. Kita seharusnya ingat kepada pesanan atau nasihat dariapda mereka yang lebih tua atau berpengalaman untuk berjaya dalam hidup
  2. Kita hendaklah berpendirian teguh dalam apa yang kita percayai kerana jati diri yang kuat akan membentuk identiti yang teguh
  3. Kita perlu bersikap rendah diri dalam apa jua situasi kerana memandang rendah terhadap keupayaan orang lain hanya akan merugikan diri kita
  4. KIta mesti menjauhi amalan pilih kasih dalam setiap aspek kehidupan kerana ia menunjukkan ketidak adilan kepada seseuatu pihak
  5. Kita hendaklah berani untuk menyatakan pendapat walaupun dihalang oleh pihak tertentu
  6. Kita perlu sentiasa berfikiran positif dalam mengjadapi cabaran harian kita kerana putus asa hanya akan menggagalkan kejayaan kita.

Soalan latihan

1) Dalam novel yang anda kaji, huraikan satu watak antagonis.

Berdasarkan novel yang saya kaji, terdapat satu watak antagonis iaitu Engku Aiman. Hal ini kerana watak tersebut mempamerkan sikap antagonis apabila pilih kasih dalam pemilihan pemain skuad kebangsaan. Dia memuji anak buahnya di hadapan semua pemain dan pengurus pasukan kebangsaan. Dia juga suka memandang rendah kepada keupayaan orang lain seperti menyindir Syahir yang lembab dan kelam kabut dalam permainannya.

2) Sila huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.

Novel Justeru Impian di Jaring merupakan novel yang saya pelajari di Tingkatan 3. Antara latar masyarakat yang terkandung dalam novel ini adalah masyarakat yang tidak mudah putus asa. Syahir yang telah tersingkir awal daripada skuad untuk mewakili negara tetap melakukan latihan rutin untuk mengekalkan prestasinya. Sleain itu, masyarakat yang bersikap pilih kasih juga ditunjukkan apabila Engku Aiman memuji anak buahnya Syed Amiri dalam kebanyakan situasi dan keadaan. Akhir sekali, latar masyarakat yang ditunjjukan dalam novel tersebut adalah masyarakat yang mentaati perintah Agama. Wan Najlan mula berpakaian menutup aurat dan memakai tudung apabila menyertai kem latihan skuad badminton kebangsaaan walaupun ia tidak pernah dilakukan sebelum ini.

3) Huraikan plot kemuncak penceritaan novel yang anda pelajari

Berdasarkan novel yang saya kaji, kemuncak penceritaan apabila Syahir berjaya melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia dalam acara perseorangan lelaki. Dia bertembung dengan Andri Mirnawan, pemain pilihan tuan rumah. Walaupun menghadapi tekanan bermain di gelanggang pihak lawan, Syahir kekal fokus dan mendengar arahan jurulatihnya. Akhirnya Syahir berjaya muncul sebagai juara dan melakukan sujud syukur di tengah gelanggang.

4) Huraikan cabaran yang dihadapi oleh watak utama di dalam novel yang anda pelajari.

Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu, Watak utama adalah Syahir seorang pemain badminton kebangsaan. Antara cabaran yang dihadapinya adalah disindir oleh rakan sepasukan kerana beraksi dengan memakai seluar panjang untuk menutup aurat. Selain itu, Syahir juga mendapat tentangan untuk menyertai sukan oleh arwah ayahnya kerana bimbang akan bidang akademik anaknya. Akhir sekali, cabaran yang dipikul oleh Syahir apabila dia perlu beraksi di Kejohanan Badminton Antarabangsa ketika ibunya sakit di hospital.

Semoga perkongsian nota-nota ringkas Novel Justeru Impian Di Jaring : Sinopsis, Tema, Nilai & Pengajaran membantu para pelajar untuk membuat ulangkaji.

Related : khabar emaknya pitam di rumah abang long, justeru impian untuk menyertai kejohanan badminton antarabangsa, di jakarta apabila mendapati emaknya diserang strok, kasih sayang terhadap ibu kandung, masyarakat yang penuh liku dan cabaran sebelum layak ke jakarta, bab 13 panggilan menjelang dinihari, islam yang penuh liku dan cabaran sebelum layak ke jakarta, rancangannya untuk menyertai kejohanan badminton antarabangsa di jakarta apabila mendapati emaknya diserang strok, azam syahir berasa serba salah untuk meneruskan perjuangannya di jakarta setelah mendapat berita bahawa emaknya diserang strok, mahasiswa di jakarta sebelum dibawa pulang ke malaysia, set kedua berlalu namun berlaku ketidakadilan pengadil gelanggang, 6 seindah akhlak semanis senyuman, kendalian haji marzuki dan mas suparman terpaksa akur dengan keputusan pbsm dan terus melatih pemain skuad kebangsaan terutamanya syahir dan bernard yang dikatakan memiliki potensi dalam permainan, sebaik baik tiba di malaysia syahir melawat emaknya di hospital dan menyerahkan pingat yang dimenanginya kepada emaknya, pemergian syahir berasa serba salah untuk meneruskan perjuangannya di jakarta setelah mendapat berita bahawa emaknya diserang strok, cikgu kamaludin yang mengasah bakat syahir semasa di sekolah menengah, berfikiran positif kerana pengadil perlawanan turut bersekongkol untuk memberikan kemenangan kepada syed amiri, kekecewaannya menjadikan bahan sindiran dan ejekan oleh syed amiri dan engku aiman tidak menyukainya, contoh syahir berasa serba salah untuk meneruskan perjuangannya di jakarta setelah mendapat berita bahawa emaknya diserang strok, menjelang tengah hari di restoran 48 jam, mahasiswa di malaysia syahir melawat emaknya di hospital dan menyerahkan pingat yang dimenanginya kepada emaknya, masyarakat yang dikatakan memiliki potensi dalam permainan, ketabahan seorang pemain skuad kebangsaan terutamanya syahir dan bernard yang dikatakan memiliki potensi dalam permainan, islam yang dikatakan memiliki potensi dalam permainan, makan tengah hari di restoran 48 jam, didatangi oleh syed amiri yang dicanang sebagai juara, menyebelahi syed amiri yang dicanang sebagai juara, kekalahan syahir berasa serba salah untuk meneruskan perjuangannya di jakarta setelah mendapat berita bahawa emaknya diserang strok, permainan syahir berasa serba salah untuk meneruskan perjuangannya di jakarta setelah mendapat berita bahawa emaknya diserang strok, peraturan dan pengurus pasukan negara dr asyraf, ketua jurulatih iaitu engku aiman, pulang ke bandar baru bangi, menghubungi kak uda memberitahu bahawa emaknya sudah beransur pulih dan menasihatinya agar pergi ke jakarta, didatangi oleh empat orang gadis dan ratna iaitu juara program akademi impiana, islam yang mengasah bakat syahir semasa di sekolah menengah, masyarakat yang mengasah bakat syahir semasa di sekolah menengah, keupayaan syahir berasa serba salah untuk meneruskan perjuangannya di jakarta setelah mendapat berita bahawa emaknya diserang strok, lewat masuk ke dalam dewan untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh ketua jurulatih iaitu engku aiman, perjalanan syahir berasa serba salah untuk meneruskan perjuangannya di jakarta setelah mendapat berita bahawa emaknya diserang strok, ketabahan seorang pemain utama skuad kebangsaan layak ke jakarta kecuali syahir,