Cara Daftar Anak Masuk Ke Tahun 1 Secara Online/ secara dalam talian. Makluman buat ibu bapa dan penjaga yang ingin mendaftar anak-anak mereka untuk kemasukan ke sekolah-sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi persekolahan 2025 / 2026. Berikut dikongsikan panduan cara membuat pendaftaran anak ke Tahun 1 secara online buat rujukan ibu bapa. Juga dikongsikan maklumat semakan Tahun 1 iaitu semakan penempatan Tahun 1 untuk semua sekolah di Malaysia.
Bagi tahun 1, murid yang berumur 6 dan 7 tahun akan mendapat peluang untuk mendapat tempat di sekolah kebangsaan yang merupakan sekolah peringkat rendah di Malaysia selepas tamatnya prasekolah ataupun tadika.
Menurut data dan statistik daripada KPM, kita mempunyai lebih 7700 buah sekolah rendah dan akan ditambah dari tahun ke tahun untuk menampung keperluan rakyat dalam menerima pendidikan di peringkat kanak-kanak terutamanya.
Anak-anak yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 layak membuat permohonan atau pendaftaran secara online untuk sekolah rendah di Semenanjung Malaysia. Begitu juga untuk negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bermula tahun 2018 pemohon boleh membuat pendaftaran secara online tidak seperti sebelumnya dimana perlu hadir sendiri ke sekolah berkenaan untuk mendaftar.
Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 Online 2025/ 2026
Berikut akan dikongsikan informasi penting seperti cara dan tarikh berkaitan pendaftaran masuk murid tahun 1 ambilan 2025/ 2026 di sekolah rendah seluruh Malaysia.
Tarikh Daftar Murid Tahun 1 2025/ 2026 Online
Tarikh pendaftaran tahun 1 kemasukan murid ke Darjah 1 bagi ambilan tahun 2025/2026 adalah seperti ketetapan tarikh berikut:
- > Tarikh buka: 2 Mei 2024
- > Tarikh tutup: 30 Jun 2024
Murid Yang Layak Didaftarkan Ke Darjah 1
Sebagai makluman dan peringatan, kanak-kanak yang layak didaftarkan kemasukan ke tahun 1 hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut:
- > 2 Januari 2018 sehingga 1 Januari 2019
Cara Mendaftar Permohonan Kemasukan Murid Ke Tahun 1 Secara Online
KPM telah menyediakan Sistem Bersepadu Modul Pengurusan Awam (MOiES KPM) bagi memudahkan proses pendaftaran murid-murid tahun 1 yang berkelayakan. Ianya dapat memudahkan permohonan murid ke tahun 1 tanpa ibu bapa mengisi borang secara manual.
Berikut adalah pautan kepada sistem pendaftaran ke tahun 1 secara atas talian ambilan 2025 dan 2026:
> IDME KPM
> Browser yang sesuai digunakan adalah Internet Explorer (IE) 7 ke atas dengan resolusi paparan adalah 1024 X 768 pixel atau Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas atau Google Chrome.
Nota
> Permohonan secara atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)
> Untuk pengguna baru, sila klik di ruangan pengguna baru. Daftarkan butiran peribadi serta kata laluan untuk log in, dan ikuti panduan yang diberikan.
> Untuk pengguna yang dah pernah daftar, boleh terus klik daftar masuk dan isi nombor kad pengenalan serta kata laluan untuk log in. Jika lupa kata laluan, masukkan nombor ic dan klik ruangan lupa kata laluan.
> Pendaftaran hendaklah dilakukan oleh ibu, bapa atau penjaga yang sah murid kerana pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID Pengenalan Penjaga.
> Antara maklumat lain yang perlu diisi adalah maklumat prasekolah atau tadika, profil kesihatan dan rekod imunisasi kanak-kanak.
> Berikut dikongsikan manual penggunaan sistem pendaftaran bagi membantu proses pendaftaran murid:
Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran
Selepas berjaya mengisi borang di sistem tersebut, anda perlu mencetak borang pendaftaran bagi mendapatkan pengesahan di peringkat sekolah. Ibu bapa atau penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran dalam masa 14 hari beserta dokumen-dokumen lain.
Berikut adalah senarai dokumen-dokumen penting yang perlu dibawa ke sekolah untuk mendaftar:
> Cetakan borang permohonan online
> Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
> Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
> Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
> Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu sebagai bukti tempat tinggal
> Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
> Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi
> Surat hak penjagaan / sijil perintah mahkamah (jika berkaitan)
Soalan Lazim Pendaftaran Murid Tahun 1 2025/2026
Berikut dikongsikan soalan-soalan lazim yang berkaitan dengan pendaftaran murid tahun 1 bagi ambilan tahun 2025/ 2026:
> 1. Pendaftaran Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 hanya dibuka di https://idme.moe.gov.my. Tiada pendaftaran di https://public.moe.gov.my
> 2. Pendaftaran yang telah dibuat di https://public.moe.gov.my tidak hilang kerana maklumat akan dipindahkan ke dalam sistem https://idme.moe.gov.my. Ibu, bapa atau penjaga hanya perlu mengemas kini pada 2 Mei hingga 30 Jun 2024 dengan menekan butang kemas kini
> 3. Ibu bapa/ penjaga yang telah menghantar borang perakuan sekolah yang dimohon sebelum ini tidak perlu menghantar borang semula selepas membuat kemaskini
> 4. Jika ibu bapa penjaga mengemas kini dan memilih sekolah baharu, bornag perakuan sekolah perlu dihantar ke sekolah baharu
> 5. Semakan keputusan permohonan penempatan Tahun 1 boleh disemak di pautan https://idme.moe.gov.my pada 1 hingga 30 Oktober 2024
> 6. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus pejabat pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri yang berhampiran
Semakan Keputusan Penempatan Tahun 1 Bagi Kemasukan 2025
Untuk makluman, ibu bapa penjaga boleh membuat semakan keputusan permohonan penempatan ke Tahun 1, membuat pengesahan penempatan dan membuat rayuan ke sekolah pilihan (sekiranya tidak bersetuju dengan sekolah yang ditempatkan) mulai 1-31 Oktober 2024.
Semakan boleh dibuat di pautan seperti pendaftaran di atas.
Rayuan dibuka dari tarikh 1 hingga 31 Oktober 2024 dan keputusan rayuan pada Akan dikemaskini.
Perakuan Penempatan
1. Ibu bapa/ penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online
2. Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar secara fizikal ke sekolah
3. Namun Salinan tersebut perlu dicetak dan disimpan dengan selamat oleh ibu bapa/penjaga untuk kegunaan semasa registration ke sekolah bila diperlukan
4. Ibu bapa/ penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu menghubungi sekolah yang ditempatkan untuk bantuan proses pengesahan tersebut
Rayuan Penempatan
1. Permohonan rayuan hanya dibuat secara online dalam sistem dan tiada proses rayuan manual
2. Sekiranya ingin membuat rayuan, perakuan online perlu dibuat kerana Butang rayuan hanya akan diaktifkan selepas proses perakuan ibu bapa/ penjaga dilaksanakan
3. Keputusan rayuan adalah muktamad dan perlu disemak sendiri ibu bapa/ penjaga dalam sistem yang sama
4. Keputusan rayuan perlu dicetak dan disimpan oleh ibu bapa/penjaga dengan selamat untuk kegunaan semasa pendaftaran ke sekolah bila diperlukan
Sekolah Rendah Putrajaya
Semakan penenmpatan boleh dibuat bermula 1 November 2021 1 Ogos 2021
Maklumat Lanjut
Jika ibu bapa atau penjaga menghadapi masalah atau sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui emel:
-supportidMe@moe.gov.my
-daftartahun1@moe.gov.my
-admin_spatkpm@moe.gov.my
atau melalui alamat dan nombor telefon di:
-Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
-03-8884 9370
Selamat membuat Permohonan Daftar Anak Darjah 1 Tahun 2025-2026 Online. Moga pendaftaran anda berjaya.
Related : negeri di semenanjung malaysia, untuk makluman, lahir pada 2 januari, tahun 1 sesi 2023 2024, mulai 1 mac 2022, permohonan kemasukan ke tahun, pihak sekolah, 1 ogos 2022, https public.moe.gov.my, 1 sesi 2024 2025, maklumat peribadi maklumat pasangan,
Senarai Tajuk Kecil Artikel