Permohonan Perajurit Muda TLDM 2025 Online (Navy). Pengambilan siri 229/25 lepasan spm dan diploma kejuruteraan lelaki & wanita.

Permohonan Perajurit Muda TLDM 2025 Online

Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang anggota yang berkhidmat di bawah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM)? Sekiranya anda merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 hingga 25 tahun, anda boleh memohon untuk menyertai TLDM dengan syarat-syarat lain yang ditetapkan. Oleh itu, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Perajurit Muda TLDM 2024 Online untuk rujukan semua.

Bagi pengambilan perajurit muda TLDM siri 229/25 tahun 2025, ia dibuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan juga Diploma yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA). Selain gaji dan elaun yang menarik, anggota TLDM juga mendapat keistimewaan seperti rawatan perubatan dan pergigian yang ditanggung serta sajian makanan dan tempat tinggal bagi mereka yang belum berkahwin.

permohonan online perajurit muda tldm

Permohonan Perajurit Muda Tentera Laut DiRaja Malaysia Siri 229/ 25 Tahun 2025

Di bawah adalah maklumat berkaitan Permohonan TLDM meliputi tarikh permohonan, syarat-syarat dan cara untuk memohon.

Anda boleh rujuk dan kongsikan kepada sesiapa yang berminat untuk berkhidmat di bawah TLDM.

Tarikh Permohonan

Berdasarkan kepada makluman oleh TLDM, berikut adalah tarikh rasmi pemilihan perajurit muda Tentera Laut DiRaja Malaysia bagi siri 229/25:

  • Buka : 29 Oktober 2024
  • Tutup : 22 November 2024

Syarat-Syarat Kelayakan

Kepada anda yang berminat untuk menyertai Tentera Laut DiRaja Malaysia, anda dikehendaki memenuhi syarat-syarat seperti di bawah:

Syarat Am

1.Calon merupakan warganegara Malaysia

2. Berumur 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 9 Jun 2025

3. Calon lepasan SPM dan SVM untuk lelaki dan wanita

4. Calon lepasan Diploma Kejuruteraan daripada Politeknik/ Universiti Awam/ Swasta untuk lelaki sahaja

5. Bujang (tidak pernah berkahwin)

6. Calon bebas daripada sebarang kes jenayah, dadah atau juvana

Syarat Akademik (Lepasan SPM dan SVM)

1.Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu dan lulus dalam Sejarah

2. Keutamaan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains

3. Bagi lepasan SVM, mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu

Syarat Akademik (Lepasan Diploma Kejuruteraan)

  1. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu (SPM)
  2. Perlu mengemukakan sijil diploma, transkrip dan sijil perakuan akredetasi
  3. Senarai diploma yang diiktiraf oleh MQA adalah seperti berikut:
    • Diploma in engineering
    • Diploma in electrical engineering
    • Diploma in electronics engineering
    • Diploma in electrical and electronics engineering
    • Diploma in marine engineering
    • Diploma in software engineering
    • Diploma in microelectronic engineering
    • Diploma in information engineering
    • Diploma in telecommunication engineering
    • Diploma in mechanical engineering
    • Diploma in mechatronic engineering
    • Diploma in manufacturing engineering
    • Diploma engineering in aircraft maintanence
    • Advanced Diploma in engineering

Selain itu, anda juga perlu mencapai taraf kesihatan dan kokurikulum seperti berikut:

Taraf Kesihatan

1.Pemohon sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran dalam keadaan baik tanpa sebarang alat bantuan

2. Penglihatan yang jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap dan tidak rabun warna

3. Syarat minimum ukuran fizikal adalah seperti berikut:

syarat fizikal tldm

Taraf Kokurikulum

Pemohon yang berkebolehan berenang dan memliki sijil kokurikulum serta kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan

Atlit yang sedang aktif mewakili negeri atau negara dalam kejohanan yang diiktiraf dalam sukan tertentu juga akan diberi keutamaan

Proses Permohonan Perajurit Muda TLDM

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat permohonan menjadi anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia:

1. Layari Borang Permohonan TLDM (Pengambilan Perajurit Muda Siri 229/25). Isi maklumat yang diperlukan dengan tepat.

Di bawah adalah proses permohonan secara walk in yang telah dibuka sebelum ini. Maklumat bagi pengambilan siri 229/25 akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

1. Hadirkan diri ke pusat-pusat Pemilihan Perajurit Muda TLDM yang diadakan mengikuti zon dan tarikh seperti berikut:

  • Zon Utara :
    • 18 April 2024 – Kolej Tentera Udara Alor Setar
    • 21 April 2024 – SKTLDM Sitiawan
  • Zon Pantai Timur :
    • 18 April 2024 – MSS Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu
    • 21 April 2024 – Pangkalan TLDM Tanjung Gelang Kuantan, Pahang
  • Zon Tengah :
    • 24 April 2024 – KD Sri Gombak
  • Zon Selatan :
    • 24 April 2024 – Pangkalan TLDM Johor Bahru
  • Zon Sarawak :
    • 10 Mei 2024 – RNO Kuching, Sarawak
  • Zon Sabah :
    • 30 April 2024 – Dewan Azim RK Taman Samudera Batu 5, Sandakan
    • 3 Mei 2024 – KD Sri Kota Kinabalu
    • 7 Mei 2024 – KD Sri Tawau

2. Sila hadir lebih awal pada tarikh yang ditetapkan pada jam 8 pagi sehingga 8.30 pagi

3. Pemohon dikehendaki memakai pakaian sukan dan berkasut sukan

4. Pemohon perlu membawa bersama sijil dan sokumen ASAL seperti berikut:

  • Kad pengenalan (MyKAD) beserta 1 salinan fotostat
  • Sijil Kelahiran pemohon beserta 1 salinan fotostat
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan Sijil Diploma/ Transkrip diploma beserta 1 salinan fotostat
  • Salinan kad pengenalan (MyKad/ Passport) ibu dan bapa 1 salinan fotostat
  • Sijil kelahiran ibu dan bapa beserta 1 salinan fotostat

5. Calon yang berjaya melepasi tapisan akan menerima Borang Permohonan Memasuki Perkhidmatan TLDM melalui emel. Borang tersebut perlu dilengkapkan dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan borang

6. Pemohon yang berjaya/ gagal akan diberitahu melalui emel selepas tapisan pada bulan November 2024

Peringatan : Tiada permohonan secara online. Hanya calon yang mendaftar secara walk in dan memenuhi syarat sahaja berpeluang dipilih untuk ke peringkat pemilihan seterusnya.

Iklan Permohonan 

Maklumat Lanjut

Jika anda menghadapi pertanyaan atau masalah berkenaan permohonan, sila rujuk:

  • Markas Tentera Laut
    Cawangan Strategi Dan Perkhidmatan Sumber Manusia – Khidmat Bantuan
    Wisma Pertahanan
    Jalan Padang Tembak,
    50634 KUALA LUMPUR
    (Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
  • Telefon: 019-2104163
  • Emel: pengambilantldm@navy.mil.my
  • Laman Web: www.navy.mil.my

Related : Pemilihan awal, pusat pemilihan, pakaian sukan dan berkasut
kd sri kota kinabalu sabah
pakaian temuduga pakaian sukan
caruman lembaga tabung angkatan tentera
sajian dan bapa beserta 1 salinan fotostat
taraf perkahwinan bujang tidak pernah berkahwin
termasuk elaun khidmat rm115 dan bayaran insentif khas atm rm200
tuntutan perjalanan dari rumah ke tempat bertugas
2 sebarang kes jenayah dadah juvana
sijil kelahiran ibu
calon yang berjaya melepasi tapisan akan menerima borang permohonan memasuki perkhidmatan tldm melalui emel
tertakluk kepada pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan borang
salinan kad pengenalan mykad beserta 1 salinan fotostat
sijil kelahiran pemohon beserta
kolej tentera laut diraja malaysia tldm
latihan perajurit muda 6 bulan
1 pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan borang, krew kapal selam bayaran insentif sabah sarawak semenanjung tuntutan perjalanan dari rumah ke tempat bertugas dan tuntutan cuti tahunan
kolej tentera laut diraja malaysia tldm telah membuka