Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan permohonan atau daftar Prasekolah 2025 melalui pendaftaran borang atas talian/ online dan manual buat rujukan ibu bapa dan penjaga murid. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menubuhkan prasekolah dengan bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan sebelum masuk ke sekolah rendah. Juga dikongsikan maklumat berkaitan semakan keputusan pendaftaran buat rujukan ibu bapa.
Hal ini kerana pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki ke Tahun Satu.
Bilangan kelas prasekolah setakat Jun 2019 hanyalah 9506 jumlah keseluruhan di Malaysia. Maka, permohonan diperlukan kerana persaingan akan berlaku sekiranya ibu bapa atau penjaga ingin mendaftarkan anak-anak ke prasekolah.
KPM telah melaksana program pendidikan prasekolah pada tahun 1992, sebagai projek rintis berdasarkan keputusan Jemaah Menteri yang mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah.
Pada 6 Jun 2001 KPM telah meneruskan program peluasan prasekolah mulai tahun 2002.
Sejak daripada itu peluasan prasekolah telah dijalankan dari semasa ke semasa mengikut dasar sedia ada, NKRA Pendidikan dan juga cadangan peluasan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Pendaftaran Murid Ke Prasekolah 2025 KPM Online Dan Manual
Berikut akan dikongsikan informasi seperti tarikh dan cara permohonan yang berkaitan dengan permohonan kemasukan ke prasekolah bagi sesi 2025.
Juga dikongsikan maklumat berkaitan semakan keputusan prasekolah 2025 meliputi tarikh semakan dan rayuan.
Tarikh Permohonan Kemasukan Murid Ke Prasekolah 2025 KPM
Tarikh permohonan kemasukan ke prasekolah bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:
Borang Online
- Tarikh buka : 1 Mac 2024
- Tarikh tutup : 30 April 2024
Borang Manual
- Tarikh buka : 1 Mac 2024
- Tarikh tutup : 31 Mei 2024
Cara Pendaftaran Prasekolah 2025 Secara Online
Sebuah Sistem Aplikasi Modul e-Prasekolah telah disediakan oleh KPM dalam menguruskan hal-ehwal mengenai pendidikan prasekolah serta untuk melakukan permohonan kemasukan ke prasekolah. Berikut adalah pautan kepada sistem aplikasi tersebut:
Ibu bapa atau penjaga sahaja yang dibenarkan untuk membuat pendaftaran. Bagi pengguna yang baru pertama kali menggunakan sistem e-Prasekolah, anda perlu mendaftar terlebih dahulu (Daftar Pengguna) untuk mengakses sistem borang permohonan online. Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.
Berikut adalah manual penggunaan sistem aplikasi e-Prasekolah sebagai panduan:
Cara Permohonan Prasekolah 2025 Secara Manual
Alternatif lain dalam melakukan permohonan kemasukan ke prasekolah adalah dengan ibu bapa atau penjaga perlu hadir sendiri ke sekolah yang menawarkan kelas prasekolah dan memohon di sekolah tersebut mengikut tarikh mula permohonan yang diumumkan.
Senarai sekolah yang menawarkan kelas prasekolah boleh dicari setelah mendapat akses kepada sistem aplikasi e-Prasekolah. Berikut adalah langkah ringkas bagi cara-cara permohonan secara manual:
- mengambil borang di sekolah yang dimohon > lengkapkan borang permohonan > sediakan dokumen yang diperlukan > hantar borang yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan sebelum tarikh tutup permohonan
Syarat Kelayakan Daftar Prasekolah 2025
Perhatian kepada ibu bapa atau penjaga, sebelum membuat permohonan, sila pastikan syarat-syarat kelayakan tersebut dipatuhi:
- Kanak-kanak adalah warganegara Malaysia
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 sehingga 15 Januari 2021
- Pemilihan murid dilakukan di peringkat sekolah menerusi Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah
Jika ibu bapa atau penjaga menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan prasekolah, anda boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri JPN melalui pautan dibawah:
Semakan Keputusan Prasekolah 2025
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2025 iaitu semakan Prasekolah boleh disemak secara atas talian bermula 5 Ogos 2024
Rayuan Prasekolah
Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh membuat rayuan semula melalui portal rasmi ePrasekolah dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan. Rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2024 hingga 20 Ogos 2024 (tertakluk kepada pindaan).
Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/ PPW.
Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai tarikh yang akan dikemaskini (tertakluk kepada pindaan).
Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.
Semoga maklumat di atas dapat membantu ibu bapa atau penjaga dalam permohonan pendaftaran kemasukan anak-anak ke prasekolah.
Related : kementerian pendidikan malaysia kpm status permohonan secara dalam talian, semakan status prasekolah kementerian pendidikan malaysia, sekolah institusi kemasukan ke prasekolah kementerian berserta dokumen untuk kemasukan secara atas talian online secara manual melalui sekolah, pra sekolah, selewat lewatnya, untuk mendaftarkan ,31 mei,
Senarai Tajuk Kecil Artikel