Cara Membuat Rangka Karangan (Rancangan Isi-Isi Penting). Skim utama yang hendak dibincangkan dalam sesebuah penulisan yang terbaik.

Cara Membuat Rangka Karangan (Rancangan Isi-Isi Penting)

Cara Membuat Rangka Karangan rancangan isi isi penting

Setiap pelajar pastinya mahu memahirkan diri dalam menulis karangan terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Pelbagai teknik dan kaedah yang diperkenalkan dan boleh dipelajari oleh para pelajar untuk menghasilkan penulisan karangan yang cemerlang. Oleh itu, berikut dikongsikan Cara Membuat Rangka Karangan (Rancangan Isi-Isi Penting) sebagai salah satu teknik penulisan cemerlang untuk rujukan semua.

Dari satu sudut pandang berbeza, karangan merupakan satu tanggapan daripada penulis yang menyatakan pengetahuan atau pengalaman berkaitan dengan soalan, tajuk atau topik yang ingin dibincangkan. Dengan membina rangka yang jelas, penulis dapat menyusun idea dan huraian yang menarik di samping struktur karangan yang terdiri daripada pendahuluan, isi penting dan penutup.

Teknik Membuat Rangka Karangan (Rancangan Isi-Isi Penting)

Berikut dikongsikan teknik dalam membuat rancangan isi-isi penting dalam penulisan karangan berkualiti untuk panduan semua. Turut disertakan contoh-contoh untuk anda mempraktikkan pada penulisan masing-masing.

Apa itu Rangka Karangan?

Untuk pengetahuan semua, rangka karangan ialah rancangan isi-isi penting yang akan digunakan untuk penulisan karangan masing-masing. Rangka ini membantu murid dalam melihat keseluruhan hasil penulisan dalam bentuk isi-isi penting sahaja yang belum dihuraikan. Pada masa yang sama, ia membantu murid untuk memilih soalan atau tajuk yang mampu ditulis dengan isi penting yang terbaik serta yakin untuk dihuraikan.

Perbezaan antara rangka karangan dan struktur karangan ialah rangka hanya menunjukkan isi-isi penting sahaja manakala struktur karangan menunjukkan susunan isi penting dan juga pendahuluan serta penutup karangan beserta keterangan lain yang lebih spesifik.

Untuk membuat rangka, murid perlu mengikuti dua langkah utama iaitu mencari idea yang hendak dibincangkan dan mengatur idea-idea tersebut supaya penghasilan penulisan menjadi logik dan menarik.

Teknik

Untuk mula merangka, ikuti teknik-teknik seperti berikut:

1. Baca soalan dan pilih tajuk mengikut kemampuan, pengetahuan, keyakinan dan keselesaan untuk menulis karangan tersebut

2. Baca soalan berulang-ulang supaya anda memahami kehendak soalan dengan tepat

3. Peruntukkan sehelai kertas untuk melakar rangka

4. Tulis rangka mengikut format penulisan karangan yang mengandungi pendahuluan, isi-isi penting dan penutup.

5. Murid perlu peruntukkan 10 hingga 15 minit dan ke bawah sahaja untuk melakar rangka

6. Semak karangan secara keseluruhan selepas siap menulis dengan lengkap. Baiki kesilapan tatabahasa, perbendaharaan kata dan ejaan sekiranya ada.

Format

Berikut pula adalah salah satu format rangka yang boleh digunakan:

Pendahuluan

  • Jelaskan tajuk soalan
  • Berikan contoh, fakta atau statistik yang menarik dan berkaitan
  • Huraikan persoalan yang timbul dan objektif kepada isi-isi penting yang akan diberikan
  • Ayat tema > isu semasa > huraian isu > pendapat > pendirian penulis

Isi

  • Sertakan ayat topik sebagai ayat permulaan, pertengahan atau bahagian akhir perenggan.
  • Huraikan isi dengan ayat sokongan dan sampingan berdasarkan fakta, maklumat atau statistik yang betul. Huraian berdasarkan persoalan siapa, mengapa, bagaimana, kesannya
  • Berikan contoh kepada huraian
  • Tutup setiap perenggan dengan ayat penegas dan frasa menarik seperti peribahasa atau perumpamaan yang menarik
  • Ayat fokus > ayat huraian > ayat contoh > ayat simpul

Penutup

  • Kesimpulan kepada karangan
  • Nyatakan harapan, pandangan atau sokongan yang berkaitan
  • Berikan slogan, peribahasa atau frasa yang menarik untuk menutup karangan
  • Ayat kesimpulan > ayat cadangan > ayat harapan > ayat penegasan

Contoh

Sebagai panduan kepada semua, dibawah adalah contoh-contoh rangka karangan berdasarkan soalan yang diberikan.

A) Huraikan kepentingan pengangkutan awam serta langkah untuk memastikan orang awam memanfaatkannya. Masyarakat khususnya di kawasan bandar memerlukan pengangkutan awam untuk menghubungkan satu destinasi ke destinasi lain dengan mudah.

Kepentingan pengangkutan awam

  • Mengurangkan kesesakan lalu lintas
  • Merancakkan ekonomi setempat
  • Meningkatkan industri pengangkutan negara
  • Mengurangkan pencemaran alam sekitar
  • Menyumbang kepada kesihatan masyarakat awam

Langkah untuk meningkatkan penggunaan orang awam

1) Menambah baik perkhidmatan sedia ada

  • menambah jumlah bas
  • memastikan laluan bas meliputi kebanyakan destinasi

2) Membina rangkaian jalan raya yang lengkap

  • memastikan jalan raya diselenggara dengan baik
  • menghubungkan luar bandar dengan kawasan bandar dengan mudah dan pantas

3) Membina jaringan keretapi rel di kawasan bandar

  • kaedah pengangkutan paling efektif di bandar
  • memberi keselesaan kepada warga kota dan pelancong asing
  • memudahkan pelabagai urusan

4) Menaik taraf lapangan terbang

  • Memudahkan pelancong asing untuk melancong
  • menarik pelabur asing
  • meningkatkan ekonomi domestik

Penutup

  • Negara kita berpotensi untuk membina pengangkutan awam yang canggih dan sistematik
  • banyak manfaat yang diperoleh jika pengangkutan awam diutamakan
  • Ekonomi berganda merupakan hasil yang akan dituai jika pengangkutan awam dibina dengan baik

B) Masalah sosial dalam kalangan remaja merupakan isu yang sering kali mendapat perhatian daripada semua pihak. Bicangkan langkah-langkah untuk menangani masalah sosial dalam kalangan remaja daripada terus berleluasa

Pendahuluan

  • Masalah sosial seperti membuli, penyalah gunaan dadah dan lumba haram
  • Setiap pihak berperanan untuk mengatasi masalah ini

Peranan ibu bapa

  • mengambil tahu pergerakan dan pergaulan anak-anak

Peranan sekolah dan institusi pendidikan

  • memberikan pendidikan dan kesedaran tentang keburukan gejala sosial yang negatif

Peranan masyarakat

  • menunjukkan teladan yang baik dengan menjadi ahli masyarakat yang bertanggungjawab

Peranan kerajaan

  • Menyediakan polisi dan dasar yang memberi ruang kepada remaja untuk meluahkan minat dan terlibat dalam aktiviti yang memberi manfaat

Penutup

  • bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
  • semua pihak perlu menggembleng tenaga dalam menangani masalah sosial remaja

C) Peristiwa penculikan kanak-kanak pernah menggemparkan seluruh negara dan sehingga ke hari ini, kes seperti kehilangan anak masih lagi berlaku. Sebagai ahli masyarakat, bincangkan langkah-langkah untuk menangani masalah penculikan daripada terus berleluasa.

Contoh rangka karangan atau isi-isi karangan :

Pendahuluan

  • Berita kehilangan dan penculikan kanak-kanak sering disiarkan di media massa
  • mengancam keselamatan kanak-kanak
  • Cara-cara untuk tangani masalah ini

1) Peranan ibu bapa

  • mengawasi pergerakan anak anak
  • menjalinkan hubungan yang erat dengan anak-anak

2) Peranan sekolah

  • mendidik pelajar untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling

3) Peranan masyarakat

  • Menjadi mata-mata kepada kejadian yang mencurigakan

4) Peranan kerajaan

  • Penguatkuasaan undang-undang
  • Tindakan yang tegas perlu diambil kepada penjenayah sebagai pengajaran

Penutup

  • Jelaslah bahawa semua lapisan masyarakat berperanan untuk mengatasi masalah ini
  • Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

Semoga perkongsian berkenaan Cara Membuat Rancangan Isi-Isi Penting Karangan memberi manfaat kepada semua.

Related : perlu diambil untuk,