Sajak Aku Membaca Lagi : Maksud, Tema, Persoalan Dan Pengajaran. Nota meliputi bentuk, nilai dan contoh soalan/ jawapan.

Sajak Aku Membaca Lagi : Maksud, Tema, Persoalan Dan Pengajaran

Sajak Aku Membaca Lagi Maksud Tema Persoalan Dan Pengajaran

Mutakhir ini, kebanyakan di antara pelajar kurang gemar untuk mendalami pendidikan Bahasa Melayu. Perkembangan teknologi dan modenisasi telah menyebabkan bahasa kebangsaan kita semakin terpinggir. Justeru, terdapat pelajar Tingkatan 4 yang akan mengkaji komponen sasatera (KOMSAS) yang berkaitan dengan isu ini. Di bawah dikongsikan nota-nota ringkas berkaitan Sajak Aku Membaca Lagi : Maksud, Tema, Persoalan Dan Pengajaran untuk panduan semua.

Untuk pengetahuan semua, sajak ini merupakan karya Ahmad Razali Yusof yang berasal dari Kapar, Selangor. Beliau yang berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut menghasilkan karya sastera lain seperti Impian kecilku, Sempana dan Puisi Malaysia Baharu. Oleh itu, mengkaji karya penulisan salah seorang pegawai penyelidik DBP adalah baik bagi perkembangan para pelajar khusus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Nota Sajak Aku Membaca Lagi : Maksud, Tema, Persoalan, Bentuk, Nilai Dan Pengajaran

Para pelajar boleh merujuk nota-nota berkenaan Sajak di atas merangkumi Maksud, Tema, Persoalan Dan Pengajaran di bawah beserta bentuk sajak dan nilai.

Turut disertakan adalah soalan-soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang berkaitan sebagai rujukan.

Maksud

Rangkap 1

Aku mendongak langit
Membaca garis dan titik
Menaakuli kebesaran-Mu
Di bawah gumpalan mega
Hembusan bayu dan banjaran gunung

  • Penyajak memandang ke atas untuk melihat keadaan langit. Dia menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan dengan penuh rasa kesyukuran. Awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan gunung-ganang

Rangkap 2

Kuselusuri alam
Kicauan burung
Desiran ombak dan wajah pelangi
Mewarnai kehidupan umat-Mu

  • Penyajak kemudian menghayati keindahan alam melalui kicauan burung, keindahan ombak dan pantau serta kemunculan pelangi yang mewarnai manusia di bumi ini

Rangkap 3

Aku mendongak lagi
Membaca langit
Di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
Dahan dan ranting terkulai
Daun-daun berguguran
Helai demi helai
Di lantai tanah airku yang makmur

  • Penyajak memandang ke atas dan melihat keadaan alam semula jadi yang semakin tercemar. Pencemaran alam semula jadi sikaitkan dengan keadaan Bahasa Melayu yang semakin kurang didaulatkan penggunaannya. Penyajak juga berpendapat bahawa kemakmuran negara tidak dapat menjamin kedaulatan bahas Melayu

Rangkap 4

Aku membaca langit
Kutemui
Bulan dan bintang menangis
Meratapi luka nasib bangsa

  • Penyajak mengibaratkan bulan dan bintang sebagai pejuang bahasa yang sedih melihat nasib bahasa Melayu tidak dimartabatkan

Rangkap 5

Aku mendongak lagi
Menitis air mata langit
Membasahi bahasa Melayuku
Yang berdarah

  • Penyajak meluahkan rasa kesal apabila bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan semakin dipinggirkan dan diketepikan martabatnya

Tema

Sajak ini bertemakan nasib bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan oleh anak bangsa kita sendiri.

Persoalan

1) Keindahan alam semula jadi

Penyajak telah menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan melalui awan, gunung-ganang dan pantai

2) Kedaulatan bahasa kebangsaan yang semakin terpinggir

Penyajak mendapati bahawa semakin hari semakin terpinggir kedaulatan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu

3) Pejuang bahasa seperti penulis dan pengkarya berasa sedih dengan nasib bahasa mereka

Penyajak yang juga merupakan pejuang bahasa sedih melihat nasib bahasa kebangsaan yang kurang dimartabatkan pada hari ini

Bentuk Sajak

  • Sajak ini terdiri daripada lima rangkap
  • Terdiri daripada empat hingga tujuh baris dalam satu rangkap
  • Mempunyai satu hingga enam perkataan dalam satu baris
  • Terdiri daripada empat hingga 12 suku kata dalam satu baris
  • Rima akhir mempunyai bentuk bebas/ tidak terikat:
    • Rangkap pertama : abcde
    • Rangkap kedua : abcd
    • Rangkap ketiga : abcdefg
    • Rangkap keempat : abcd
    • Rangkap kelima : abcd

Gaya Bahasa

  • Asonansi : bulan dan bintang menangis (ulangan vokal a)
  • Aliterasi : bulan dan bintang menangis (ulangan konsonan b)
  • Repitisi : helai demi helai
  • Personifikasi : desiran ombak dan wajah pelangi, dahan dan ranting terkulai, membasahi Bahasa Melayuku yang berdarah
  • Sinkope : Ku selusuri alam, mewarnai kehidupan umat-Mu, membasahi Bahasa Melayuku
  • Metafora : wajah pelangi, lantai tanah airku
  • Repitisi : helai demi helai
  • Perlambangan : langit, pohon-pohon kayan, daun dan ranting
  • Kata diksi yang indah, puitis : desiran ombak dan wajah pelangi

Nilai

  • Syukur : Penyajak menikmati keindahan alam di negara kita dan berasa syukur dengan ciptaan Tuhan itu
  • Cinta akan bahasa kebangsaan : Penyajak menyatakan pejuang bahasa sedih melihat nasib Bahasa Melayu yang semakin terpinggir
  • Cinta akan alam sekitar : Awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung menjadi gambaran keindahan alam ciptaan Tuhan
  • Bertanggungjawab : Penyajak menyeru ahli masyarakat untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Pengajaran

  1. Kita hendaklah memartabatkan bahasa kebangsaan kita kerana ia merupakan khazanah warisan yang kita miliki
  2. Kita seharusnya bersyukur dengan anugerah Tuhan ke atas ciptaan alam semula jadi di negara kita
  3. Kita perlu mempertahankan kedaulatan dan maruah bangsa daripada sebarang anasir-anasir asing yang membunuh khazanah warisan kita
  4. Kita wajib bertanggungjawab untuk meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat dari hari ke hari

Soalan Latihan

1) Apakah maksud rangkap terakhir sajak ini?

Berdasarkan sajak yang saya kaji iaitu Aku Membaca Lagi karya Razali Mohd Yussof, maksud rangkap terakhir ialah penyajak berasa kesal kerana bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan semakin terpinggir dan diketepikan martabatnya.

2) Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang dapat diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu?

Pada pendapat saya, langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu adlah dnegan menjalankan kempen cinta akan bahasa kebangsaan oleh kerajaan. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu dalam segala urusan rasmi yang melibatkan kerajaan perlu dikuatkuasakan. Akhir sekali, perbanyakkan kandungan hiburan yang menggunakan bahasa Melayu supaya mempengaruhi masyarakat umum secara terus.

3) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak ini?

Pengajaran yang saya peroleh melalui sajak ini adalah setiap di antara kita memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita dalam kehidupan masing-masing. Selain itu, masyarakat kita perlu berani menghadapi cabaran untuk mempertahankan maruah bahasa Melayu daripada terus tercemar.

4) Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk menanam minat membaca dalam diri anak-anak

Pada pendapat saya, usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menaikkan minat membaca dalam diri anak-anak adalah dengan mengamalkan tabiat membaca di rumah sebagai ikutan kepada mereka. Ibu dan bapa juga boleh menyediakan persekitaran yang sesuai untuk anak-anak membaca di rumah.

5) Pada pendapat anda, apakah kepentingan memartabatkan bahasa Melayu di negara kita?

Saya berpendapat bahawa bahasa Melayu penting untuk dimartabatkan kerana ia merupakan alat yang menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perantaraan oleh semua rakyat dan menjadi subjek yang wajib dipelajari oleh semua pelajar di sekolah.

6) Apakah manfaat yang dapat diperoleh daripada amalan membaca?

Faedah yang diperoleh daripada amalan membaca adalah ia dapat menambah ilmu pengetahuan seseorang. Selain itu, ia dapat meningkatkan kemahiran komunikasi seseorang dan memperluaskan kosa kata seseorang.

Semoga perkongsian nota-nota berkaitan Sajak Aku Membaca Lagi : Maksud, Tema, Persoalan Dan Pengajaran membantu pelajar dan guru.

Related : pencemaran alam yang bergumpal angin yang berhembus dan banjaran gunung, meratapi akan nasib bahasa melayu awan yang bergumpal angin yang berhembus dan banjaran gunung, kedaulatan bahasa melayu awan yang bergumpal angin yang berhembus dan banjaran gunung, 1 keindahan alam yang diciptakan oleh tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal angin yang berhembus dan banjaran gunung, nilai cinta akan bahasa melayu berasa sedih melihat nasib bahasa melayu yang dipinggirkan oleh bangsa di tanah, membasahi bahasa melayu awan yang bergumpal angin yang berhembus dan banjaran gunung, kesedihan pejuang bahasa melayu awan yang bergumpal angin yang berhembus dan banjaran gunung, satu hingga 12 suku kata dalam satu baris, meratapi akan bahasa melayu awan yang bergumpal angin yang berhembus dan banjaran gunung, pengajaran yang bergumpal angin yang berhembus dan banjaran gunung, nilai cinta akan bahasa melayu berasa sedih melihat nasib bahasa melayu yang tidak dimartabatkan, meratapi akan bahasa melayu berasa sedih melihat nasib bahasa melayu yang tidak dimartabatkan, contoh penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal angin yang berhembus dan banjaran gunung,