Sajak Pada Sekuntum Mawar : Maksud, Tema, Persoalan & Pengajaran. Nota merangkumi unsur bunyi, gaya bahasa, nada, nilai & soalan/ jawapan.

Sajak Pada Sekuntum Mawar : Maksud, Tema, Persoalan & Pengajaran

sajak pada sekuntum mawar maksud tema nilai pengajaran soalan

Perhatian kepada pelajar Tingkatan 2 yang mencari bahan ulangkaji bagi mata pelajaran bahasa Melayu. Adakah anda ingin mencari nota berkenaan Komponen Sastera yang anda pelajari? Sekiranya ya, berikut dikongsikan nota berkaitan Sajak Pada Sekuntum Mawar : Maksud, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran untuk rujukan semua.

Antara karya sastera lain yang perlu dikaji oleh pelajar dalam Antologi Komsas Baik Budi Indah Bahasa adalah Sajak Dalam Persekitaran Kata-kata (Baha Zain), Roti (Ahmad Syahrul Wahid) dan Kucari Damai di Sini (A. Hamid Jemain). Manakala Prosa Tradisional, Pelanduk Mengajar Memerang, Prosa Moden: Cerpen, Banjir di Mata Emak (Che Soo Ismail), Talia dan Raksasa Qadqad (Zaniffa Azzura Abdulah) dan Menuai Emas (Salina Ibrahim). Akhir sekali Drama, Mahkamah (Awang Abdullah)

Nota Sajak Pada Sekuntum Mawar : Maksud, Tema, Persoalan, Gaya Bahasa, Nada, Nilai & Pengajaran

Anda boleh merujuk nota-nota berkaitan Sajak di atas merangkumi Maksud, Tema, Persoalan, Gaya Bahasa, Nada, Nilai & Pengajaran seperti berikut.

Soalan-soalan latihan yang berkenaan dengan sajak juga turut disertakan di bawah.

Maksud Sajak

Rangkap 1

Sehelai kelopakmu gugur
adalah titis air mata bonda
yang luruh dalam lipatan usia

Maksud : Penyajak mengibaratkan seorang gadis sebagai bunga mawar. Jika maruah seorang gadis tercemar, maka ibunya akan kesedihan sepanjang hari tuanya

Rangkap 2

Merenung pada malam yang kematian angin
pada laut yang kematian ombak
seperti telah menutup
pintu kehidupan ini
menjadi sepi dan lara
pada kemusnahan yang tak pernah dipinta

Maksud : Sekiranya maruah anak gadisnya tercemar, ibunya akan kecewa seolah-olah segalanya musnah. Hidupnya akan menjadi sia-sia, tidak bermakna dan tiada jalan untuk memperbaiki keadaan tersebut

Rangkap 3

Sekuntum mawar
bukan melontar harum indahmu
di hujung lembah
tapi mengangkat seni mahkotamu
ke puncak iman

Maksud : Oleh itu, penyajak meninggalkan pesan kepad apara gadis untuk menjaga maruah diri dalam dunia yang serba mencabar ini dan menjadi gadis yang beriman dan dihormati masyarakat

Tema

Sajak ini bertemakan anak gadis yang sewajibnya menjaga maruahnya. Jika seorang gadis gagal dalam menjaga maruahnya, maruah keluarganya turut akan tercemar

Persoalan

1) Golongan wanita perlu mendapat pembelajaran agama yang betul dan beriman dengan kepercayaannya dalam kehidupan

2) Seorang ibu pasti sedih dan kecewa jika anak gadisnya terjerumus dalam lembah yang negatif

3) Jika anda melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah anda, maruah keluarga anda juga akan tercemar

Bentuk

  • Sajak ini berbentuk bebas
  • Terdiri daripada tiga rangkap
  • Panjang pendek baris tidak sama (antara dua hingga enam patah kata)
  • Jumlah suku kata antara lima hingga empat belas suku kata
  • Bilangan baris tidak sama :
    • Rangkap 1 : 3 baris
    • Rangkap 2 : 6 baris
    • Rangkap 3 : 5 baris
  • Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abb, rangkap kedua abcdee dan rangkap ketiga abcbd

Unsur Bunyi

  • Asonansi : pintu kehidupan ini
  • Aliterasi : seperti telah menutup

Gaya bahasa

  • Metafora : pintu kehidupan, lipatan usia
  • Sinkope : tapi, tak
  • Personifikasi : yang luruh dalam lipatan usia
  • Unsur alam : mawar, laut, angin, ombak
  • Responsi : merenung pada malam yang kematian angin pada laut yang kematian ombak
  • Puitis : mengangkat seri mahkotamu

Nada

  • Melankolik. berasa sedih atau dukacita

Nilai

  1. Kasih sayang
  2. Berdikari
  3. Rasional
  4. Berhemah tinggi
  5. Beriman

Pengajaran

  1. Kita seharusnya menjaga maruah diri sebaik mungkin dalam mendepani kehidupan yang mencabar
  2. Kita hendaklah mempunyai jati diri dan iman yang kukuh apabila berhadapan dengan dugaan kehidupan
  3. Kita perlu mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah sosial dan berkaitan dengannya
  4. Kita hendaklah menjaga hati dan perasaan ibu, bapa dan ahli keluarga kita dengan majjaga maruah nama keluarga.
  5. Kita seharusnya bertindak rasional dalam setiap pilihan hidup agar tidak membuat keputusan yang salah

Soalan Latihan

1) Nyatakan maksud rangkap kedua dan rangkap ketiga sajak ini

Maksud bagi rangkap kedua dan ketiga sajak adalah jika maruah seorang anak gadis tercemar, ibunya akan kecewa dan anak gadis akan berasa hidup sia-sia dan tidak bermakna lagi. Anak gadis juga perlu menjaga maruah diri supaya martabat diri menjadi mulia pada pandangan diri sendiri dan masyarakat.

2) Pada pendapat anda, bagaimana cara seorang gadis untuk menjaga maruah dirnya?

Pada pendapat saya, seorang gadis boleh menjaga maruah diri dengan mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial. Selain itu, golongan gadis perlu mendalami ilmu agama dan mengukuhkan iman masing-masing. Akhir sekali, pastikan untuk memilih rakan yang membawa ke arah kebaikan dan bukan sebaliknya.

3) Berdasarkan sajak yang anda kaji, apakah tujuan penyajak menulis karya tersebut?

Berdasarkan sajak yang saya kaji, penyajak memberi peringatan kepada golongan wanita untuk menjaga maruah diri agar tidak mengecewakan diri sendiri dan orang tersayang

4) Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan maruah anak tidak tercemar? 

Pada pendapat saya, ibu bapa seharusnya memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama yang cukup dan diamalkan oleh mereka. Sleain itu, teladan yang baik daripada ibu bapa juga menjadi kaedah untuk memastikan maruah anak mereka terjaga. Akhir sekali, ibu bapa boleh memastikan anak-anak mereka bergaul dalam persekitaran yang baik dan sihat.

Diharapkan perkongsian nota-nota Sajak merangkumi Maksud, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran membantu semua untuk membuat rujukan.

Related : sanggup diterima, kemusnahan yang tidak sanggup, penyajak berpesan agar gadis, membiarkan diri dengan memiliki pegangan agama yang kukuh iaitu sebagai gadis yang beriman, kehilangan maruah anak gadisnya yang beriman dan dihormati masyarakat, sedih jika maruah anak, kesedihan menyebabkan seseorang ibu akan merasakan,