Salah satu mata pelajaran yang perlu diberi tumpuan oleh pelajar Tingkatan 3 adalah Bahasa Melayu. Selain daripada penulisan karangan yang mencabar, bahagian komponen sastera (KOMSAS) juga bahagian yang sukar bagi para pelajar. Oleh itu, penyediaan melalui ulang kaji nota-nota ringkas dapat membantu pelajar bersedia untuk menghadapi ujian atau pentaksiran. Berikut dikongsikan nota-nota Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu : Maksud, Tema, Persoalan, Gaya Bahasa, Bentuk, Nilai dan Pengajaran untuk rujukan semua.
Sajak ini merupakan karya penulisan Rahman Shaari, seorang ahli akademik yang banyak menulis pelbagai buku dan rencana. Beliau yang berasal dari Perlis telah dipilih sebagai Sasterawan Negara Malaysia yang ke-15. Oleh itu, para pelajar perlu menghargai dan mengkaji karya sastera ini dengan baik kerana ia merupakan hasil penulisan seorang tokoh bahasa yang terkemuka di negara kita dan juga rantau Asia Tenggara.
Nota Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu : Maksud, Tema, Persoalan, Nilai, Bentuk, Gaya Bahasa & Pengajaran
Perkongsian di bawah berkaitan nota-nota ringkas Sajak merangkumi Maksud, Tema, Persoalan, Nilai, Gaya Bahasa, Bentuk dan pengajaran. Pelajar juga boleh merujuk soalan-soalan latihan yang berkenaan.
Maksud sajak
Rangkap 1
Kita ada ibu
ibu kita satu
pesanannya beribu-ribu
- Penyajak menyatakan bahawa setiap anak mempunyai seorang ibu namun seorang ibu mempunyai banyak pesanan dan nasihat untuk anak-anaknya
Rangkap 2
Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu
“Buat begini jangan begitu
bacalah buku selalu
kukuhkan diri dengan ilmu
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang punya petunjuk
tolaklah kawab bertabiat buruk.”
Ibu yang satu menyekeat kita di pintu
bertanya ke mana arah tuju
“Jagalah diri selalu
di luar sana mungkin bencana menunggu.”
Kita menjadi jemu
mendengar pesanan beribu-ribu
tapi ibu tetap ibu
pesanan bertambah satu dan satu
“Jangan dibiar kepala berkutu
carilah ubat jerawat batu.”
- Ibu sentiasa memberi nasihat kepada anak-anak untuk tidak melakukan sesuatu perkara, rajin membaca buku dan menuntut ilmu. Ibu juga berpesan supaya memilih kawan yang berakhlak mulia dan mempunyai jati diri, elakkan daripada memilih kawan yang mempunyai sifat negatif dan pentingkan diri sendiri. Apabila keluar dari rumah sentiasa berhati-hati dengan sebarang bahaya. Anaknya menjadi jemu mendengar nasihat dan pesanan ibunya. Ibunya terus berpesan untuk menjaga penampilan dan kesihatan diri.
Rangkap 3
Suatu senja
seorang temanku merintih
kerana kehilangan kekasih
kini baru disedarinya
pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap
ada masa termasuk perangkap
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap
- Pada satu hari, kawan anaknya bersedih selepas ditinggalkan oleh kekasih hatinya. Dia baru menyedari bahawa kekasih hatinya seorang penipu dan telah ditahan oleh pihak berkuasa.
Rangkap 4
Dia menyatakan kesalnya
kerana dia alpa
ibunya berpesan sejak dulu
“Pilihlah kawan yang bermutu
Jangan dipilih kawan berhantu.”
Mengenangkan nasib temanku itu
aku merindui pesanan ibu.
Ya, pesanan ibu.
- Anaknya kesal apabila sering melupakan pesanan ibu yang mengingatkan untuk memilih kawan yang betul. Dia juga merindui pesanan dari ibunya
Rangkap 5
Ibu,
Kuyakini kau mengenali
Yang man permata, yang mana kaca
Yang mana budaya, yang mana buaya
Berilah pesanan beribu-ribu
Malah berpuluh ribu
Aku tidak akan jemu
Ini janjiku kerana aku tahu
Sempurna seorang ibu
Dengan pesanan beribu-ribu
- Penyajak sangat yakin bahawa ibunya yang lebih arif dan untuk menilai perkara itu baik atau buruk. Dia berjanji tidak akan jemu dan mematuhi nasihat serta pesanan oleh ibunya.
Tema
Sajak ini bertemakan tanggungjawab seornag ibu dalam memberi nasihat kepada anak-anak supaya memilih jalan hidup yang betul dan menjauhi jalan yang salah.
Persoalan
1) Tanggungjawab seorang ibu dalam mendidik anak-anak dari kecil sehingga dewasa
2) Kasih dan sayang seorang ibu terhadap anak-anak
3) Memilih kawan yang berhati mulia kerana ia akan mempengaruhi diri kita
4) Menuntut ilmu pengetahuan adalah mustahak
5) Menjaga kesihatan dan kebersihan diri akan menjadikan penampilan kita lebih baik
Bentuk Sajak
- Bentuk sajak adalah bebas
- Sajak ini terdiri daripada lima rangkap
- Bilangan kata terdapat satu hingga tujuh patah kata
- Terdiri daripada dua hingga enam belas suku kata
- Sajak ini bernada romantik/melankolik kerana melahirkan rasa kasih sayang seorang ibu kepada anak-anaknya
- Terdiri daripada lima rangkap:
- Rangkap pertama mempunyai tiga baris
- Rangkap kedua mempunyai lapan belas baris
- Rangkap ketiga mempunyai sembilan baris
- Rangkap keempat mempunyai lapan baris
- Rangkap kelima mempunyai sepuluh baris
- Rima akhir setiap rangkap
- aaa
- aaaabbccaaaaaaaaaa
- abbacdddd
- aabbbbbb
- abccaaaaaa
Gaya Bahasa
- Anafora : Si Bedul sudah ditangkap, Si Bedul di dalam lokap
- Asonansi : kini baru disedarinya
- Aliterasi : Mengenangkan nasib temanku itu
- Epifora : Aku merindui pesanan ibu. Ya, pesanan ibu
- Hiperbola : Jangan dipilih kawan berhantu.”
- Sinkope : tapi ibu tetap ibu
- Responsi : pilihlah kawan yang mulia hati, tolaklah kawan pementing diri
- Repetisi : Tapi ibu tetap ibu
Nilai
- Kasih sayang : Penyajak menunjukkan kasih sayang seornag ibu yang tidak penat memberi pesanan kepada anaknya
- Tanggungjawab : Tanggungjawab seorang ibu untuk mendidik anak-anak supaya tidak memilih jalan yang salah
- Prihatin : Ibu sentiasa prihatin terhadap keselamatan dan masa depan anak-anak
- Rajin : Ibu berpesan supaya rajin menuntut ilmu kerana ia menjadi tunjang kehidupan anak-anak
Pengajaran
- Kita hendaklah sentiasa mendengar pesanan atau nasihat yang diberikan oleh ibu kita
- Seorang ibu perlu bertanggungjawab dalam mendidik dan memberikan nasihat kepada anak-anak agar kehidupan mereka bermanfaat
- Kita seharusnya berhati-hati dalam memilih kawan kerana pengaruhnya mampu mempengaruhi kehidupan kita
- Kita perlu sentiasa menuntut ilmu dan menambah kemahiran diri untuk menjadi individu yang berguna di muka bumi ini
- Kita hendaklah mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara negatif kerana akan merugikan masa kita
- Kita seharusnya mengakui kesalahan diri dan berazam untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi
Soalan Latihan
1) Berdasarkan sajak Pesan Ibu Beribu-ribu, apakah maksud rangkap ketiga sajak tersebut?
Maksud rangkap ketiga sajak adalah pada satu petang, kawan penyajak bersedih kerana telah ditinggalkan kekasihnya. Dia baru sedar bahawa kekasihnya merupakan seorang penipu dan telah ditangkap serta dilokap.
2) Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut.
Terdapat banyak gaya bahasa yang terkandung dalam sajak ini. Antaranya adalah personifikasi, contohnya, di luar sana mingkin bencana menunggu. Selain itu, gaya bahasa yang ditunjukkan adalah anafora, contohnya, pilihlah kawan yang mulia hati, pilihlah kawan yang punya petunjuk.
3) Pada pendapat anda, mengapakah seorang ibu tidak jemu-jemu memberikan nasihat kepada anak-anaknya?
Pada pendapat saya, seorang ibu tidak jemu memberikan nasihat kepada anak-anaknya kerana menyayangi anaknya dan tidak mahu mereka tersilap memilih jalan hidup. Selain itu, seorang ibu bertanggungjawab mendidik anak-anak untuk berjaya pada masa kini dan masa hadapan. Akhir sekali, seorang ibu tidak jemu menasihati anaknya demi kebahagiaan diri dan anaknya itu.
4) Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata pilihlah kawan yang bermutu?
Maksud rangkai kata pilihlah kawan yang bermutu adalah kita perlu mencari rakan yang mempunyai nilai-nilai yang berkualiti, bukan sebaliknya.
5) “Kita tidak boleh bersifat alpa terhadap pesanan ibu.” Apakah kesan sekiranya anak-anak alpa akan pesanan ibu dalam memilih kawan?
Sekiranya anak-anak tidak mendengar pesanan ibu dalam memilih kawan, nescaya anak akan mudah terpengaruh dengan perkara yang negatif atau sia-sia. Anak akan terjerumus ke dalam gejala sosial dan menjadi tidak produktif untuk diri sendiri, masyarakat dan juga negara.
6) Pada pendapat anda, apakah langkah yang patut dilakukan oleh seorang ibu untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang?
Pada pendapat saya, langkah yang boleh dilakukan oleh seorang ibu untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang adalah dengan memberikan didikan yang seimbang dari semua aspek kehidupan. Pendidikan akademik, kesihatan, jasmani, rohani dan agama penting dalam membentuk individu yang cemerlang. Selain itu, ibu boleh mencurahkan kasih sayang kepada anak dengan memberikan perhatian kepada mereka agar mereka rasa disayangi dan dihargai.
Diharapkan perkongsian nota-nota berkaitan Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu : Maksud, Tema, Persoalan, Nilai, Pengajaran dapat membantu anda semua.
Related : tanggungjawab seorang penipu dan telah ditangkap serta dilokap, berpesan agar anaknya rajin, patuh dan mempunyai jati diri elakkan daripada memilih kawan yang mempunyai sifat pentingkan diri dan beperangai tidak baik
sayang seorang penipu dan telah ditangkap serta dilokap, anak berasa jemu, penyajak sedar bahawa sempurnanya tanggungjawab seorang ibu, sikap berhati hati tolaklah kawan pementing diri pilihlah kawan yang punya petunjuk tolaklah kawan bertabiat buruk,
Senarai Tajuk Kecil Artikel