Sang Gembala Kuda : Maksud, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran. Nota sajak meliputi contoh soalan latihan & jawapan.

Sang Gembala Kuda : Maksud, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran

Sajak merupakan puisi moden yang terdiri daripada salah satu karya sastera Bahasa Melayu. Oleh itu, penting untuk para pelajar mempelajari setiap jenis karya sastera dalam Komponen Sastera (KOMSAS). Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan sajak Sang Gembala Kuda : Maksud, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran karya (Mohd Hashim Othman).

Salah satu kaedah untuk menguasai sesuatu bahasa adalah dengan mengkaji karya sastera yang kaya dengan keunikan dan maksud tersirat. Sekiranya pelajar berjaya mengenal pasti persoalan, bentuk dan gaya bahasa yang digunakan dalam sesebuah karya sastera, pasti pelajar mampu menguasai bahasa tersebut dengan baik dan cemerlang.

Sang Gembala Kuda Maksud Tema Persoalan Nilai Pengajaran

Nota Sajak Sang Gembala Kuda : Maksud, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran

Berikut dikongsikan nota dan soalan berkaitan Sang Gembala Kuda : Maksud, Tema, Persoalan, Nilai dan Pengajaran untuk panduan semua. Nota seperti gaya bahasa, nada sajak dan bentuk atau ciri-ciri sajak turut disertakan.

Maksud Sajak

Rangkap 1

Dia lelaki bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.

  • Sang gembala kuda merupakan seorang lelaki yang gagah. berbekalkan keberanian yang dimilikinya, dia dengan angkuh merembat kuda dengan menggunakan cemeti untuk menakutkan kuda-kuda itu sambil menghalau kuda-kuda yang sedang berada di padang bersegera balik ke kandang

Rangkap 2

Rumput dan jerami terhidang
adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.

  • Rumput dan jerami yang merupakan makanan lazim kuda-kuda terhidang dan dimakan oleh mereka ketika lapar. Selepas kekenyangan, kuda-kuda itu tidak peduli akan nasib mereka menjadi kuda tungangan untuk menjejaki kuda-kuda yang lain

Rangkap 3

Dia lelaki punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan

  • Sang gembala kuda dengan berani dan yakin menggunakan suaranya yang nyaring menunggang kuda-kuda menempuh segala rintangan yang dihadapi sepanjang perjalanan mereka. Dia bijak menggunakan tipu helah dan berpura-pura menjadi seorang penyelamat dan berjuang di atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan

Rangkap 4

Dia lelaki sang gembala kuda
hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!

  • Beliau hanya ingin mengetahui kepantasan seekor kuda tanpa menghiraukan kepenatan kuda tersebut. Dia hanya ingin mengecapi kejayaan tanpa mempedulikan kesengsaraan yang ditanggung oleh kuda-kuda. Penunggang yang hanya mementingkan diri sendiri akan terus menunggang kuda-kudanya tanpa rasa belas kasihan

Tema

Sajak ini bertemakan kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan tenaga haiwan yang dilakukannya terhadap kuda-kuda tungangannya Dengan kuasa yang dimiliki, keangkuhan dan keberanian, penjaga kuda menakutkan kuda-kudanya kembali ke kandang. Penjaga kuda hanya mementingkan diri dan sanggup menggunakan sepenuh tenaga kudanya tanpa mempedulikan nasib haiwan tersebut.

Persoalan

1) Pengaruh kuasa mampu menjadikan kepimpinan seseorang gagal

2) Penganiyaan terhadap haiwan yang dianggap tidak mempunyai perasaan

3) Kesetiaan orang bawahan kepada pemimpin hanya kerana habuan

4) Kebijaksanaan seseorang dalam mengekalkan pengaruhnya

Bentuk/ Ciri-Ciri Sajak

  1. Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat
  2. Sajak ini juga terdiri daripada empat rangkap
  3. Bilangan barisnya tidak sama:
    • Rangkap pertama, lima baris
    • Rangkap kedua, lima baris
    • Rangkap ketiga, sebelas baris
    • Rangkap keempat, lapan baris
  4. Jumlah patah perkataan antara tiga hingga enam patah perkataan sebaris
  5. Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada lapan hingga lima belas suku kata
  6. Rima akhir sajak ini bebas/ tidak sama; abcdd, abcab, aabcccadecc, abaabacc

Gaya Bahasa

  1. Aliterasi : ditunggangi dan ditunggangi!
  2. Asonansi : sesekali suaranya lebih gempita
  3. Perlambangan : rumput, jerami, anak, lumpur
  4. Sinkope : tak
  5. Hiperbola : Dimamah rakus kala lapar
  6. Personifikasi : Rembat angkuhnya memacu takut, Pacuannya diiring seribu keberanian
  7. Metafora : rimba perburuan, paya penindasan, cemeti durjana
  8. Repetisi : ditunggangi dan ditunggangi
  9. Epifora : perulangan kata ditunggangi
  10. Pemilihan kata atau diksi yang indah : rembat angkuhnya memacu takut

Nada

Sajak ini bernada sinis

Nilai

1) Nilai Kepatuhan

2) Nilai Kesetiaan

3) Nilai Kegigihan

4) Nilai Kebijaksanaan

Pengajaran

1) Kita hendaklah memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin dengan penuh adil dan belas kasihan

2) Kita seharusnya melayani haiwan sama seperti makhluk lain yang dicipta oleh Tuhan di atas muka bumi ini kerana kewujudan mereka memberikan jasa dan funsi kepada alam yang kita diami

3) Kita hendaklah mematuhi arahan yang diberikan oleh ketua kita dalam melaksanakan tugasan untuk berjaya

4) Kita mestilah bijak dalam merencana langkah atau kaedah untuk menyelesaikan satu tugasan atau tanggungjawab yang diamanahkan

Contoh Soalan Latihan

1) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak yang anda kaji?

Antara nilai murni yang saya dapati pada Sajak ini ialah nilai keberanian seperti yang ditunjukkan oleh penggembala kuda yang berani menempuh rintangan sepanjang membela kuda-kuda. Selain itu, nilai murni yang ditunjukkan ialah nilai kegigihan apabila kuda-kuda menuruti segala kehendak tuannya kerana tuannya yang memberikan mereka makanan dan tempat tinggal

2)  Salah guna kuasa merupakan satu isu yang serius di dalam negara kita. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan jika masalah tersebut tidak diatasi?

Pada pendapat saya, jika masalah salah guna kuasa tidak diatasi, kita akan menghadapi pelbagai masalah di peringkat komuniti sehinggalah mengancam kedaulatan negara. Amalan rasuah semakin berleluasa dan rakyat menjadi tidak percaya kepada pemimpin sehingga lahir kelesuan politik yang menyebabkan negara tidak maju. Kesannya imej negara akan tercalar dan anak-anak muda sukar untuk mendapat masa depan yang lebih baik.

3) Buktikan sikap mementingkan diri yang ditunjukkan oleh sang gembala kuda

Pada rangkap terakhir sajak ini, beliau menunjukkan sikap mementingkan diri apabila hanya mahukan kuda berlari dnegan pantas tanpa mempedulikan kepenatan kuda. Selain itu, dia hanya mahu mengecapi kejayaan tanpa mempedulikan kesengsaraan yang ditanggung oleh kuda dan terus menunggang kudanya tanpa rehat

4) Pada pendapat anda, apakah kaedah seorang pemimpin untuk mengukuhkan kuasa dan pengaruhnya?

Sekiranya saya menjadi seorang pemimpin, saya akan berlaku adil dan menghormati setiap individu yang berada di bawah saya untuk mengukuhkan kuasa. Selain itu, memimpin dengan teladan juga kaedah yang baik supaya orang bawahan mencontohi perilaku yang baik untuk diamalkan sesama kita. Akhir sekali, kaedah untuk mengekalkan pengaruh adalah dengan mendengar masalah atau keluhan orang bawahan dan cuba menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

5) Nyatakan dua simbol atau perlambangan kekuasaan sang gembala kuda

Pada pendapat saya, dua simbol kekuasaan adalah mempunyai suara yang kuat dan menggunakan cemeti untuk mengarahkan kuda-kudanya.

Semoga perkongsian nota-nota meliputi Maksud, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran dapat membantu pelajar dan guru dalam membuat persediaan yang berkaitan.

Related : meredah onak di rimba perburuan rangkap 3 baris 5, contohnya penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya, pemilihan kata ditunggangi rangkap 4 baris 8, pasrah dan kuda kuda itu ditunggangi rangkap 4 baris 8, berbekalkan keberanian rangkap 4 baris 7 dan baris 8, rembat angkuhnya memacu takut rangkap 1 baris 3, rima akhir sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat, perulangan kata ditunggangi rangkap 4 baris 8, gaya bahasa dan keindahan bunyi, patah kata ditunggangi rangkap 4 baris 8, dimamah rakus kala lapar rangkap 2, pacuannya diiringi seribu keberanian rangkap 3 baris 4, jumlah suku kata ditunggangi rangkap 4 baris 8, sepatutnya kuda bijak mengawal kuda tunggangannya, kebijaksanaan mengeksploitasi golongan yang lemah, gembala kuda bijak mengawal kuda tunggangannya, terus ditunggangi rangkap 4 baris 8, rima akhir sajak ini bebas tidak sama abcdd abcab aabccadecc, bilangan barisnya 7 dan baris 8,