Permohonan Sekolah Khusus 2025 Online. Maklumat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus beserta permohonan dan semakan pusat pksk.

Permohonan Sekolah Khusus 2025 Semakan PKSK Online Tingkatan 1 & 4

permohonan sbp smka kv smt mtd sekolah khusus kpm

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan satu kaedah untuk permohonan kemasukan ke sekolah terpilih seperti dinyatakan berikut. Justeru, pelajar lepasan Tahun 6 dan Tingkatan 3 yang berminat untuk memohon penempatan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (K V) atau Maktab Tentera Diraja (MTD) hendaklah menggunakan kaedah baharu sistem permohonan single entry point ini. Di bawah dikongsikan maklumat terperinci berkenaan Permohonan Sekolah Khusus 2025 Online (PKSK) sebagai rujukan semua.

Susulan pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), satu kaedah pentaksiran standard akan dilaksanakan oleh KPM sebagai proses pemilihan pelajar ke Sekolah Terpilih yang dikenali sebagai Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Pentaksiran ini sebahagiannya akan dilakukan secara atas talian dan sebahagian lagi akan dilaksanakan secara berpusat di 555 buah pusat pentaksiran yang ditetapkan oleh KPM.

Permohonan PKSK Online Untuk Kemasukan Ke Sekolah Khusus 2025

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh, cara permohonan, keputusan tawaran dan rayuan ke SK 2025 Online (PKSK). Untuk makluman, setiap pemohon yang layak perlu menduduki PKSK sebagai proses penapisan pelajar sebelum menempatkan diri di salah satu sekolah yang di mohon.

Di bawah merupakan format PKSK yang disediakan oleh KPM untuk rujukan semua:

  • Pemohon akan menjalani pentaksiran yang merangkumi 3 bahagian
  • Bahagian A (Kecerdasan Insaniah):
    • akan dilaksanakan secara dalam talian
    • menggunakan 30 soalan objektif aneka pilihan jawapan
    • merangkumi EQ, SQ, SSQ untuk kenalpasti murid
    • wajaran skor pada 20 peratus
  • Bahagian B (Kecerdasan Intelek):
    • dilaksanakan secara dalam talian
    • merangkumi IQ, pengetahuan am dan penyelesaian masalah untuk mengukur tahap kognitif pelajar
    • 10 soalan Bahasa Inggeris, manakala soalan Matematik dan Sains bersifat kualitatif dan kuantitatif
    • menggunakan 70 soalan objektif aneka pilihan jawapan yang perlu dijawab dalam masa 90 minit
    • wajaran skor pada 70 peratus.
  • Bahagian C (Artikulasi Penulisan):
    • Peperiksaan secara bertulis untuk melihat idea dan pendapat calon
    • Tajuk akan ditetapkan oleh KPM di mana calon memilih satu daripada 3 pilihan yang diberikan
    • Bagi calon Tingkatan 1, sekurang-kurangnya 100 patah perkataan dan minima 250 patah perkataan untuk calon tingkatan 4
    • wajaran skor pada 10 peratus.

Semasa menghadiri pentaksiran pemohon diingatkan untuk mematuhi tarikh, masa dan sesi yang ditetapkan. Semak dan cetak slip PKSK serta sila bawa bersama kad pengenalan dan alat tulis ke pusat pentaksiran yang ditetapkan. Pemohon dikehendaki berpakaian seragam sekolah lengkap semasa menghadiri PKSK serta pastikan diri anda sihat, tidak bergejala, memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Di bawah adalah contoh jadual sesi pentaksiran yang disediakan oleh KPM untuk rujukan pemohon:

Jadual Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus permohonan PKSK

Tarikh Penting PKSK 2024

Berikut adalah tarikh-tarikh penting PKSK ambilan tahun 2024 untuk rujukan pemohon:-

PERKARATINGKATAN 1TINGKATAN 4
Permohonan dalam talian1 Ogos – 8 Sep 20241 Ogos – 8 Sep 2024
Semakan Pusat PKSK13 Sep – 17 Okt 202413 Sep – 3 Okt 2024
Pelaksanaan PKSK 7 – 17 Okt 202423 September – 3 Okt 2024
Keputusan Tawaran31 Jan 202531 Jan 2025
Pendaftaran pelajar18 Februari 202518 Februari 2025
Membuat Rayuan

Pautan Borang Permohonan Sekolah Khusus 2025 Online (PKSK)

Berdasarkan kenyataan daripada KPM, pemohon yang berminat untuk menempatkan diri di SBP dan SMKA bagi kemasukan Tingkatan 1 perlu memohon:

Manakala bagi mereka yang berminat untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 4 di SBP, SMKA, SMT, K V dan MTD boleh memohon:

Pemohon diingatkan supaya memuatkan nombor kad pengenalan diri dan nombor kad pengenalan penjaga utama yang didaftar dalam APDM ke dalam sistem permohonan di atas. Hal ini kerana, sistem akan membuat padanan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.

Melalui sistem permohonan di atas, pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah (SBP, SMKA, SMT, K V dan MTD), jenis aliran atau pengkhususan sekolah, kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa perkara lain yang diperlukan.

Semakan Pusat PKSK Dan Keputusan Tawaran Sekolah Khusus 2025 Online

Sekiranya permohonan anda berjaya, keputusan tawaran kemasukan ke sekolah yang dimohon (semakan status) boleh disemak melalui:

Semakan Pusat PKSK1 & 4

Semakan Menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (Pksk) Akan Dibuka Pada 13 September 2024 hingga 17 Oktober 2024.

Untuk Tingkatan 4 pula, semakan PKSK boleh dibuat pada 13 September 2024 hingga 3 Oktober 2024.

Rayuan PKSK

Jika pemohon tidak mendapat tawaran, rayuan permohonan boleh dilakukan pada tempoh yang telah dinyatakan di atas. Rayuan boleh dilakukan pada laman permohonan dan semakan keputusan tawaran PKSK. Infografik di bawah adalah bagi ambilan tahun 2024, maklumat ambilan tahun 2025 akan dikemaskini.

carta alir permohonan sekolah khusus Tingkatan carta alir permohonan sekolah khusus Tingkatan kapasiti permohonan sekolah khusus

Maklumat Lanjut

Bagi pemohon mempunyai masalah atau pertanyaan berkaitan PKSK boleh rujuk:

CARA HUBUNGI
1Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
  1. 03-8321 7400
2Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional
  1. 03-8884 5154
3Bahagian Pendidikan Islam
  1. 03-8321 7200
4Maktab Tentera Diraja
  1. 03-8946 5562/ 5565
5FAQ
  1. Soalan Lazim PKSK

Related : membuat permohonan, pautan https, januari 2021, februari 2021, september 2, 7 september, kaedah pentaksiran standard secara 2 oktober 2020 secara berpusat bagi kemasukan pentaksiran standard secara berpusat, pelajar layak memohon tarikh berikut 12 oktober keputusan permohonan, nombor mykad penjaga utama, tahun 2021 satu dan tingkatan empat, pautan https spskt4.moe.gov.my, kpm telah membangunkan satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan, pksk secara berpusat bagi kemasukan, fasa 1 calon dikehendaki menjawab bahagian c, bahagian a dan b secara dalam talian, patuhi tarikh masa dan sesi yang ditetapkan, pengkhususan sekolah menengah kebangsaan agama smka