Seloka Santap Istiadat : Maksud, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran. Nota meliputi bentuk dan ciri, gaya bahasa, unsur bunyi.

Seloka Santap Istiadat : Maksud, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran

Seloka Santap Istiadat Maksud Tema Persoalan Nilai Pengajaran

Dalam pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) Bahasa Melayu, para pelajar didedahkan dengan pelbagai jenis sastera Melayu. Antaranya ialah seloka yang merujuk kepada puisi Melayu bebas dan tidak mempunyai bentuk tertentu. Masyarakat terdahulu menggunakan seloka sebagai sindiran untuk mengkritik sesuatu perkara yang negatif. Sebagai rujukan, berikut dikongsikan nota-nota Seloka Santap Istiadat : Maksud, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran. Juga dikongsikan bentuk dan ciri-ciri, gaya bahasa dan unsur bunyi.

Untuk pengetahuan semua, seloka ini ditulis oleh Za’ba atau nama sebenarnya adalah Tan Sri (Dr.) Zainal Abidin bin Ahmad. Beliau merupakan seorang sasterawan negara dan pemikir berketurunan Minangkabau dan Bugis serta cendiakawan melayu yang dihormati selama hampir 40 tahun. Dalam seloka ini, mesej tentang tatacara dan adab ketika menjamu selera serta kehebatan masyarakat zaman silam yang beradab ketika makan dan sebagainya telah disampaikan.

Nota Seloka Santap Istiadat : Maksud, Tema, Bentuk/ Ciri, Persoalan, Nilai & Pengajaran

Ikuti perkongsian nota-nota ringkas berkaitan meliputi Maksud, Tema, Persoalan, Bentuk dan Ciri-ciri, Gaya Bahasa, Unsur Bunyi, Nilai & Pengajaran di bawah. Turut disertakan soalan-soalan latihan untuk pelajar mengulangkaji soalan yang berkenaan.

Maksud Seloka

Rangkap 1

Santap beradat, santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormat;
Bukan santap hendakkan kenyang,
Santap santun dengan aturan.

  • Santap beradat merupakan istiadat santap raja dalam majlis kebesaran. Istiadat ini bertujuan menghormati dan meraikan tetamu. Majlis ini juga mengajar tetamu yang hadir makan secara beradab dan bukanlah sekadar untuk mengenyangkan perut.

Rangkap 2

Nasi disuap di tangan kanan,
Lauk dibinjat sopan siuman,
Sampai ke mulut mamah perlahan,
Tanda tidak gelojoh makan.
Selesai santap nasi,
Diiringkan seteguk minuman, isyarat menghormat, mulia-memuliakan

  • Jika kita melihat adab dan tertib semasa makan, menyuap nasi mestilah menggunakan tangan kanan dan ambillah lauk dengan sopan. Mengunyah makanan dengan perlahan-lahan dan meminum air setelah selesai makan

Rangkap 3

Santap nasi suap pertama,
Berturut dengan suap kedua;
Dua suap, ketiga sudah,
Keempatnya basuh tangan;
Kelima halwa juadah,
Keenam mengiring buah-buahan.

  • Tetamu juga diingatkan untuk tidak berlebihan dan makan sekadar cukup sahaja. Ibarat suapan keempat adalah untuk membasuh tangan dan makan kuih-muih atau buah-buahan yang dihidangkan

Rangkap 4

Ketujuh berkumur-kumur,
Ke delapan makan sirih;
Kelat jatuh ke rengkungan
Seri naik ke peroman.

  • Selepas selesai makan, tetamu dinasihatkan untuk berkumur-kumur agar mulut kelihatan bersih dan kemas yang akan menaikkan seri wajah

Rangkap 5

Itulah santap beradat kebesaran,
Di dalam riwayat zaman yang silam.

  • Itulah adab dan tatacara makan secara beradat yang diamalkan sejak zaman dahulu dalam sesuatu majlis

Tema

Seloka ini bertemakan adab dan tatacara makan dalam sesuatu majlis mengikut adat generasi zaman dahulu.

Persoalan

1) Masyarakat melayu zaman dahulu yang kaya dengan adat dan budaya dalam kehidupan

2) Adab sopan dan tertib ketika menjamu selera dalam sesuatu majlis.

3) Kepentingan untuk menjaga adab sopan dan tertib ketika menjamu selera

4) Kesederhanaan ketika menjamu selera terutamanya ketika di dalam majlis dan sebagainya

Bentuk dan Ciri-Ciri Seloka

  • Seloka ini berbentuk bebas dan tidak terikat
  • Terdiri daripada lima rangkap
  • Bilangan katanya antara dua hingga enam kata
  • Terdiri daripada tujuh hingga empat belas suku kata
  • Jumlah baris mengikut rangkap:
    • Rangkap satu : lima baris
    • Rangkap dua : tujuh baris
    • Rangkap ketiga : enam baris
    • Rangkap keempat : empat baris
    • Rangkap kelima : dua baris

Gaya Bahasa/ Unsur Bunyi

  • Aliterasi : Isyarat menghormat, mulia-memuliakan
  • Asonansi : Ketujuh berkumur-kumur
  • Anafora :
    • Santap beradat, santap istiadat,
      Santap raja di majlis kebesaran,
      Santap merai, hormat-menghormati
  • Metafora : Di dalam riwayat zaman yang silam
  • Bahasa Klasik : peroman
  • Bahasa Istana : santap
  • Kata Ganda : hormat-menghormati, buah-buahan
  • Personikasi : Kelat jatuh ke rengkungan
  • Repitisi : Santap beradat, santap istiadat
  • Rima akhir :
    • Rangkap pertama : abacb
    • Rangkap kedua : aaabaa
    • Rangkap ketiga : aabcbc
    • Rangkap keempat : abcc
    • Rangkap kelima : ab

Nilai

  • Kepatuhan : Ketika makan, tuan rumah atau tetamu hendaklah mematuhi etika dan adab ketika makan lebih-lebih lagi dalam sesuatu majlis
  • Kesopanan : Tertib dan sopan ketika makan dan minum dalam majlis diajari oleh pengarang
  • Hormat-menghormati : Mengamalkan etika dan adab serta sopan ketika makan merupakan tanda menghormati tuan rumah atau tetamu yang berada dalam majlis tersebut.
  • Kesederhanaan : Pembaca digalakkan untuk bersederhana dalam makan dan minum

Pengajaran

  1. Kita hendaklah mengutamakan adab dan etika ketika makan dan minum khususnya dalam majlis
  2. Kita seharusnya mematuhi etika dan tatacara sebuah majlis yang telah ditetapkan
  3. Kita perlu bersederhana ketika makan dan tidak mengambil secara berlebihan mengikut nafsu
  4. Kita mestilah menghormati tetamu atau tuan rumah dengan makan dan minum secara sopan terutamanya dalam majlis

Soalan Latihan

1) Berdasarkan rangkap kedua seloka ini, apakah adab diikuti oleh seseorang ketika makan?

Berdasarkan rangkap kedua seloka ini, adab yang harus diikuti ketika makan ialah menyuap makanan ke mulut menggunakan tangan kanan. Selain itu, kita hendaklah mengambil lauk dengan sopan dan mengunyah makanan perlahan-lahan.

2) Nyatakan dua unsur bunyi yang terdapat dalam seloka yang anda kaji?

Berdasarkan seloka yang saya kaji, antara unsur bunyi yang terdapat dalam seloka tersebut adalah repitisi seperti Santap beradat, santap istiadat dan penggunaan bahasa klasik seperti peroman.

3) Berikan cadangan untuk ibu dan bapa dalam memastikan anak-anak menjaga tatatertib sewaktu makan?

Pada pendapat saya, ibu dan bapa boleh memastikan anak-anak menjaga tatatertib ketika makan dengan menunjukkan contoh terbaik kepada mereka. Anak-anak pasti akan mencerminkan diri ibu dan bapa maka jika ibu dan bapa menunjukkan contoh yang baik pasti anak akan mengikutinya. Selain itu, disiplin anak ketika makan boleh dibentuk apabila mereka menghormati makanan sebagai satu rezeki. Didik anak-anak tentang cara makanan itu dihasilkan dan pelbagai tenaga dikerah sebelum kita dapat menikmati hidangan di atas meja makan kita.

4) Apakah maksud rangkai kata kelat jatuh ke rengkungan?

Maksud rangkai kata kelat jatuh ke rengkungan adalah rasa pahit yang terasa hingga ke kerongkong.

5) Pada pendapat anda, mengapakah adab sangat penting dalam kehidupan seharian?

Pada pendapat saya, adab penting dalam kehidupan seharian kerana ia menunjukkan tanda hormat kepada orang lain atau orang sekeliling. Selain itu, adab penting untuk mendisiplinkan diri kita supaya sentiasa membuat baik dan memberikan keperibadian terbaik untuk masyarakat.

6) Kenapa kita perlu besederhana ketika makan? Berikan tiga kebaikan daripada tindakan tersebut?

Kita perlu bersederhana ketika makan supaya tidak membazir dan membuang makanan yang telah dimasak. Apabila kita bersederhana dalam pemakanan, kita akan dilihat mempunyai imej baik, kesihatan diri terjamin dan pembaziran makanan tidak berlaku.

Diharapkan perkongsian nota untuk Seloka Santap Istiadat : Maksud, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran membantu semua.

Related : berdasarkan adab dan tertib semasa makan menyuap nasi mestilah menggunakan tangan kanan dan ambillah lauk dengan sopan, selesai makan secara beradab dan bukanlah sekadar untuk mengenyangkan perut, bersederhana ketika menjamu selera dalam sesuatu majlis, tatacara makan secara beradab dan bukanlah sekadar untuk mengenyangkan perut,