Check Saman Online : Semakan Saman Polis Trafik, JPJ & AES. Diskaun dan Cara semak summons online & sms & kaedah bayaran.

Check Saman Online : Semakan Saman Polis Trafik, JPJ & AES

Cara Semak Saman Polis Trafik, JPJ Dan AES Secara Online Dan SMS. Kemajuan teknologi kini memudahkan para pengguna jalan raya di Malaysia yang mempunyai saman tertunggak untuk menyemak saman atau membayar saman secara online dengan lebih pantas dan mudah. Berikut dikongsikan panduan untuk menyemak dan membayar saman atau kompaun daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Automated Enforcement System (AES)/ Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).

Sebelum ini, pengguna perlu membayar secara manual (beratur) di kaunter JPJ atau balai polis tetapi dengan kemudahan internet, pengguna jalan raya boleh menyelesaikan tunggakan saman secara atas talian/ online. Mudah bukan. Tambahan pula, rangkaian interaktif laman elektronik kerajaan ini memudahkan orang awam supaya tidak bersesak di kaunter pembayaran dan dapat menjimatkan masa untuk menguruskan hal-hal lain.

check saman online

Cara Check Saman Online : Semakan Saman Polis Trafik, JPJ Dan AES (Check Summons Online)

Untuk makluman semua, saman trafik dikeluarkan oleh agensi penguatkuasa yang berkaitan seperti JPJ dan PDRM akibat kesalahan jalan raya yang dilakukan oleh pengguna jalan raya. Sebagai contoh memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat dan memotong di garisan berkembar.

Diskaun Saman

[TERKINI]: Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook, mengumumkan tawaran Kompaun Khas RM150 bagi 3 kesalahan bermula 3 Januari hingga Jun 2025. Tiga jenis notis saman ialah Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) (Saman 53A), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/ JPJ (P) 23 (115). Pembayaran hanay boleh dibuat melalaui aplikasi myJPJ, Kaunter mobile JPJ, Kios JPJ, Portal rasmi JPJ dan Kaunter JPJ. Saluran myEG dan Pos Malaysia tidak bolehdilakukan untuk membuat pembayaran.

Diskaun-Saman-Kompaun-Khas-RM150-JPJ-2025

Di bawah adalah maklumat berkaitan cara untuk menyemak saman secara online dan SMS daripada Polis Trafik, JPJ Dan AES (semakan status saman). Turut disertakan adalah kadar kompaun saman mengikut agensi penguatkuasa untuk rujukan semua.

a) Semak Saman Polis Trafik

Semakan melalui MyBayar Saman

1) Pengguna boleh membuat semakan dan bayaran PDRM melalui aplikasi MyBayar Saman seperti berikut :

Semakan Saman Polis Melalui SMS

Sebagai alternatif, sebelum ini semakan saman boleh dibuat melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS). Tetapi perkhidmatan ini diberhentikan pada masa ini. Jika terdapat makluman baharu akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

  • Taip POLIS (Jarak) SAMAN (Jarak) No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan dan hantar ke 15888 atau 32728
  • Taip POLIS (Jarak) SAMAN (Jarak) No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan (Jarak) Alamat Emel dan hantar ke 32728 (Maklumat terperinci saman akan dihantar ke alamat emel)
  • Contoh : Taip POLIS (jarak) SAMAN (jarak) BAC 5151 (nombor kad pengenalan atau no plat kenderaan) dan hantar ke 15888 atau 32728
  • Caj penghantaran adalah RM 0.15 manakala caj penerimaan sebanyak RM 0.20

b) Semak Saman JPJ & AES

JPJ – Rekod notis/saman akan diwujudkan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.

AES – Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

Semakan melalui laman web rasmi JPJ (mySIKAP):

1) Untuk menyemak atau membayar saman JPJ secara online sila layari Portal Rasmi JPJ (mySIKAP)

  1. Anda perlu mendaftar dengan menekan butang ‘Daftar/Log Masuk’
  2. Lengkapkan butiran maklumat yang diperlukan dan pastikan maklumat yang diisi tepat
  3. Jika pendaftaran anda berjaya, satu paparan pendaftaran berjaya akan dipaparkan
  4. Log masuk di halaman utama menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara untuk membuat semakan saman dan membuat pembayaran secara online.
  5. Tukar kata laluan kali pertama selepas daftar akaun
  6. Pengguna juga boleh membuat semakan lesen dan cukai jalan di aplikasi tersebut

Semakan melalui Sistem MyEG Services:

2) Sila Layari MyEG

  1. Pengguna pertama kali perlu mendaftar terlebih dahulu
  2. Selepas mendaftar, log masuk menggunakan ID dan kata laluan anda.
  3. Kemudian, pada paparan halaman utama, buka ruangan menu klik pada menu search by dan klik eService
  4. Seterusnya, pilih jabatan yang berkaitan dengan saman anda iaitu JPJ. Untuk saman AES, sila pilih JPJ kemudian pilih semak saman.
  5. Pengguna juga boleh membayar saman melalui laman web ini. Terdapat juga perkhidmatan emel peringatan sekiranya pengguna mendapat saman yang baru.

Semakan Saman JPJ Secara SMS

Semakan secara SMS tidak disediakan pada masa ini. Untuk melakukan semakan saman JPJ menggunakan perkhidmatan SMS, sila ikuti langkah mudah seperti di bawah:

  • Taip JPJ (Jarak) SAMAN (Jarak) No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan dan hantar ke 15888
  • caj perkhidmatan sebanyak 15 sen

Kadar Kompaun Saman

Di bawah adalah perincian kadar kompaun kesalahan yang lazim dilakukan oleh pengguna jalan raya mengikut agensi penguatkuasa seperti berikut:

PDRM

  • Tiada Lesen Kenderaan Motor: RM150
  • Pandu Guna Alat Komunikasi: RM150
  • Tidak Pamer “P” Depan/ Belakang: RM70
  • Potong Secara Bahaya-Potong Q: RM150
  • Memandu Di Lorong Kecemasan: RM300
  • Kesalahan Lampu Merah: RM150
  • Halangan Lalulintas: RM150
  • Tak Boleh Buat Pusing U: RM150
  • Lampu Isyarat Kenderaan: RM100
  • Larang Letak Kenderaan: RM150
  • Larang Memotong: RM150
  • Tidak Pakai Topi Keledar: RM100
  • Melebihi Had Laju: RM150

Sumber rujukan: Laman Interaktif Trafik PDRM

JPJ

Kesalahan Utama Yang Tidak Boleh Dikompaun

Kelaziman pada musim perayaan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan Operasi Keselamatan atau dikenali sebagai Ops Selamat. Sepanjang operasi tersebut, berikut adalah tujuh kesalahan utama yang tidak boleh dikompaun, saman yang perlu diselesaikan di mahkamah seperti yang ditetapkan dalam notis saman:

  1. Menggunakan telefon bimbit ketika memandu
  2. Gagal mematuhi lampu isyarat merah
  3. Memandu di lorong kecemasan
  4. Memandu melebihi had laju
  5. Memotong garisan berkembar
  6. Memotong barisan
  7. Tidak memakai tali pinggang keledar

Untuk makluman, JPJ mengeluarkan saman yang terbentuk kepada dua jenis iaitu saman yang boleh dikompaun, saman yang boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman atau saman yang tidak boleh dikompaun.

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan-kesalahan di atas dan memandu secara berhemah demi keselamatan diri, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

Semoga perkongsian berkaitan cara untuk membuat semakan, cara check saman polis dan daftar akaun berkaitan memberikan manfaat kepada semua. Diharapkan pengguna jalan raya lebih berhemah dan mengelakkan daripada melakukan kesalahan jalan raya.

Related : taip polis jarak saman jarak nombor, klik pada menu search by kemudian pilih semak saman pdrm,