Semakan NCD Online No Claim Discount Kenderaan. Cara semak NCD iaitu semakan No Claim Discount Kenderaan kadar potongan premium insuran atau takaful.

Semakan NCD Online Enquiry Cara Semak No Claim Discount Kenderaan

Cara Semak NCD Online No Claim Discount Kenderaan. Panduan buat semua pemilik kenderaan motorsikal atau motokar (termasuk kereta) yang mempunyai insurans perlindungan kenderaan. Tahukah anda bahawa terdapat diskaun sehingga 55% untuk pelan perlindungan insurans kenderaan yang dikenali sebagai No Claim Discount? Berikut dikongsikan maklumat berkaitan No Claim Discount (NCD) dan cara melakukan semakan NCD secara Online.

Untuk makluman semua, NCD adalah diskaun tanpa tuntutan atau diskaun insurans kenderaan yang ditawarkan kepada pemilik yang tidak membuat sebarang tuntutan dalam jangka masa 12 bulan daripada tarikh pembelian insurans kereta. Selain itu, pihak insurans atau takaful juga menawarkan NCD jika tiada sebarang tuntutan yang dibuat terhadap pemilik kenderaan (car owner) oleh pihak ketiga. Justeru, anda digalakkan untuk mengetahui maklumat berkaitan NCD di Malaysia semasa memperbaharui insuran (renew your car insurance renewal) yang dapat memberikan keuntungan kewangan kepada anda.

semak ncd online

Semakan NCD Online : Cara Semak No Claim Discount Kenderaan

Di bawah adalah perkongsian berkaitan cara semak NCD kereta secara Online No Claim Discount Kenderaan untuk rujukan serta panduan semua.

Kadar Diskaun NCD (Potongan Harga Premium Insurans)

Kadar NCD yang ditetapkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) Motor Tariff adalah berbeza mengikut jenis kenderaan.

Ianya dibahagikan kepada dua iaitu kenderaan persendirian cth private car/ syarikat dan kenderaan komersial seperti motorsikal, teksi, lori permit A & C serta ‘Special Vehicle’.

Sebagai contoh, anda telah mempunyai NCD sebanyak 55% dan pada tahun itu anda ada membuat tuntutan, maka NCD anda pada tahun hadapan adalah kosong (0%) iaitu tidak akan dapat kadar sebelumnya. Manakala pada tahun yang berikutnya akan menjadi 25% dan seterusnya.

Dalam erti kata yang lebih mudah, jika pada tahun kedua (12 months) anda kemalangan dan terpaksa membuat tuntutan insuran, maka semasa anda memperbaharui polisi insuran diskaun anda akan kembali ke 0% seperti tahun pertama.

Berikut adalah perincian kadar NCD No Claim Discount (NCD Rate) mengikut jenis kenderaan yang telah ditetapkan:

KADAR NCD
TahunKenderaan Persendirian

Kenderaan Komersial

Pertama0%

0%

Kedua25%

15%

Ketiga30%

20%

Keempat38.3%

25%

Kelima45%

25%

Keenam55%

25%

Ketujuh55%

25%

Faktor-Faktor Penting NCD

Sebelum membuat tuntutan NCD, anda perlu maklum bahawa faktor-faktor di bawah akan menentukan kelayakan dalam menerima NCD:

  1. Kerosakan Yang Bukan Dilakukan Sendiri (No Fault Damage)
    • tuntutan kerosakan yang bukan dilakukan oleh pemilik kenderaan. Maka diskaun NCD tidak akan dikembalikan ke 0%
    • contohnya, jika berlaku kemalangan yang melibatkan pihak ketiga, anda mempunyai pilihan membuat tuntutan insuran pihak ketiga atau polisi komprehensif anda tanpa menjejaskan NCD anda.
  2. NCD Boleh Dipindah
    • Jika anda berhasrat untuk menjual kereta lama dan membeli kereta baharu, anda boleh memindahkan diskaun tersebut sekiranya NCD lama telah mencapai kadar 30%.
    • NCD tidak boleh digunakan lebih daripada satu kenderaan
    • Anda dinasihatkan untuk memindahkan NCD tertinggi pada nilai kereta yang paling tinggi di pasaran.
    • NCD tidak akan berubah jika anda ingin menukar syarikat insuran atau takaful operator yang baru.
    • Pastikan kenderaan tersebut milik anda dan didaftarkan atas nama dan nombor kad pengenalan anda.
  3. Polisi Cermin Kereta
    • Jika anda telah memiliki polisi insuran untuk menukar atau membaiki cermin kenderaan. NCD anda tidak akan terjejas, tetapi jika polisi insuran anda tidak merangkumi kerosakan cermin kereta maka NCD anda akan terjejas apabila membuat tuntutan insuran

Langkah Semak NCD Secara Online (Insuran/ Takaful)

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat semakan :-

SEMAKAN NO CLAIM DISCOUNT KENDERAAN
Layari portal semakan diskaun NCD di pautan berikut :-
> MyCarInfo
> Klik pada ruangan NCD Enquiry
semakan ncd 1
> Tekan butang Find Out Your NCD
semakan ncd 2
> Masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda beserta nombor kad pengenalan pemilik kenderaan di ruangan yang disediakan. Kemudian klik Get My NCD Report
semakan ncd 3
> Paparan status NCD akan dikeluarkan
semakan ncd 4

Selamat membuat Semakan No Claim Discount Kenderaan anda. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan penjimatan dalam urusan harian masing-masing.

Related : ncd kereta tidak akan dapat, untuk mendapatkan diskaun, vehicle check, tidak akan dapat