Berikut dikongsikan cara untuk menunaikan solat tarawih bersendirian atau berjemaah bersama ahli keluarga yang dikongsikan dari JAKIM dan Jabatan Mufti Johor. Umum sedia maklum yang salah satu keistimewaan bulan ramadhan adalah adanya amalan Solat Sunat Tarawih. Justeru itu, marilah kita sama-sama menghidupkan dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini termasuk membaca Al-Quran dengan tujuan mencapai keredhaan Allah SWT dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr”.
Kelazimannya Solat Terawih iaitu solat malam dikerjakan secara berjemaah di masjid dan surau oleh umat Islam di Malaysia. Namun ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April 2020 dan penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda, umat Islam perlu akur untuk menunaikan Solat Sunat Tarawikh di rumah secara berjemaah bersama ahli keluarga. Panduan cara Solat Tarawih yang dikongsikan ini boleh dijadikan rujukan buat ketua keluarga semasa mengimami Solat Sunat Tarawikh di rumah.
Solat Sunat Tarawih Bersendirian & Berjemaah : Pengenalan, Hukum Dan Waktu Solat
Solat Terawih bermaksud beristirehat yang dilaksanakan berselang-seli dengan berehat seketika. Ianya merupakan ibadah tambahan sembahyang sunat di bulan Ramadan yang dilakukan dalam keadaan tenang, tidak tergopoh gapah, sabar bagi menunjukkan tanda ikhlas dan taat kepada Allah SWT.
Hukum mengerjakan solat terawih adalah sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan sama ada secara sendirian/ berseorangan atau berjemaah. Ianya sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat orang-orang Islam warga emas/ warga muda dll dan ditunaikan selepas solat Isyak empat rakaat dan melaksanakan solat sunat ba’diah dua rakaat.
Bilangan Rakaat Solat Sunat Tarawih
Bilangan rakaat tarawih yang biasa dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah 11 rakaat. Iaitu terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir. Jumlah bilangan rakaat ini dipilih oleh kebanyakan masyarakat Islam di Malaysia. Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab RA pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu.
Oleh itu, sekiranya tidak mampu dilaksanakan 20 rakaat maka memadai untuk solat lapan (8) rakaat dengan 4 salam serta dibenarkan secara duduk.
Setiap 2 rakaat 1 salam dan diakhiri dengan Solat Sunat Witir sebanyak 3 rakaat iaitu 2 rakaat 1 salam dan 1 rakaat 1 salam (jumlah 2 salam).
Lafaz Niat Solat Sunat Tarawih
Niat solat untuk sembanyang bersendirian, menjadi imam atau makmum.
Rukun Solat Terawih
Rukun solat adalah dengan rukun solat yang lain juga.
Cara Solat Tarawih 8 Rakaat & Bacaan Surah
Di bawah ini diterangkan panduan cara-cara solat Tarawih berjemaah sebanyak lapan rakaat sepertimana yang diamalkan oleh setengah-setengah tempat di Malaysia :-
- Memulakan solat dua rakaat (rakaat pertama dan kedua).
- Bacaan surah selepas al-Fatihah.
- Rakaat pertama : Surah al-Takathur
- Rakaat kedua : Surah al-Asr
- Menyambung solat dua rakaat lagi (rakaat ketiga dan keempat).
- Bacaan surah selepas al-Fatihah
- Rakaat pertama : Surah al-Humazah
- Rakaat kedua : Surah al-Fil
- Selesai solat, Imam membaca doa
- Menyambung solat dua rakaat lagi (rakaat kelima dan keenam).
- Bacaan surah selepas al-Fatihah.
- Rakaat pertama : Surah Quraisy
- Rakaat kedua : Surah al-Ma’un
- Menyambung solat dua rakaat lagi (rakaat ketujuh dan kelapan)
- Bacaan surah selepas al-Fatihah.
- Rakaat pertama : Surah al-Kafirun
- Rakaat kedua : Surah al-Nasr
- Selesai solat, Imam membaca doa
Untuk panduan solat 8 rakaat yang jelas, rujuk langkah-langkah dalam imej berikut :-
Nota : Penentuan bacaan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakaat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang diingatinya.
Setelah selesai mengerjakan solat terawih sebanyak 8 rakaat, diikuti pula dengan solat witir sebanyak 3 rakaat.
Cara Solat Witir 3 Rakaat
Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan solat sunat Witir selepas solat sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja dengan dua salam. Sunat Witir ini ditunaikan secara berjemaah/ bersendirian.
Lafaz Niat Solat Sunat Witir
- a. Bagi dua rakaat yang pertama
- Sahaja aku solat sunat Witir dua rakaat imam/ makmum (mengikut imam) kerana Allah Taala
- b. Bagi satu rakaat yang akhir
- Sahaja aku solat sunat Witir satu rakaat imam/ makmum (mengikut imam) kerana Allah Taala
Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadhan disunatkan membaca qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya samalah dengan lafaz qunut solat fardhu Subuh.
Bacaan surah Solat Witir
Selepas membaca surah al-Fatihah di dalam tiap-tiap rakaat solat sunat Witir dibaca pula surah-surah berikut :-
- Rakaat pertama : Surah al-‘Ala
- Rakaat kedua : Surah al-Kafirun
- Rakaat ketiga : Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq & Surah al-Nas
Maklumat lengkap cara solat witir boleh dirujuk di imej berikut :-
Cara Solat Tarawih 20 Rakaat
Cara menunaikan solat sunat tarawih 20 adalah seperti ringkasan berikut :-
Bacaan Surah
Selepas membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat, dibaca pula surah-surah yang tertentu:-
1. Dari malam 1 hingga 15 Ramadhan
- a. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah al-Takathur hingga surah alMasad. Susunan surah-surah adalah seperti berikut:
- 1. Surah Al-Takathur
- 2. Surah Al-Asr
- 3. Surah Al-Humazah
- 4. Surah Al-Fil
- 5. Surah Quraisy
- 6. Surah Al-Ma’un
- 7. Surah Al-Kautsar
- 8. Surah Al-Kafirun
- 9. Surah An-Nasr
- 10. Surah Al-Masad
- b. Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas
2. Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan
- a. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.
- b. Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan iaitu bermula dari surah al-Takathur hingga kepada surah al-Masad.
3. Imam Membaca Doa
Doa dibaca oleh imam selepas habis rakaat berikut :-
- Rakaat 3 & 4
- Rakaat 7 & 8
- Rakaat 11 & 12
- Rakaat 15 & 16
- Rakaat 19 & 20
SUMBER RUJUKAN : JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Related : solat tarawih di rumah, solat sunat terawih, keimanan dan mengharapkan, baca al, bacaan doa, dosa dosanya, kerana solat, tiga rakaat witir, amal ibadat, riwayat al bukhari, berdasarkan hadis, dua rakaat satu salam, imam al, ص ل, orang islam lelaki, cara solat sunat tarawih, perempuan pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan,
Senarai Tajuk Kecil Artikel