Koleksi Contoh Surat Pengesahan Majikan & Jawatan. Perhatian kepada pekerja-pekerja yang ingin membuat pinjaman peribadi, permohonan kerja baharu, sambung belajar dan sebagainya. Tahukah anda bahawa anda perlu memohon surat pengesahan (confirmation) daripada pihak majikan sebagai bukti atau butiran yang mengesahkan jawatan anda di sesebuah syarikat atau organisasi? Berikut adalah koleksi contoh surat pengesahan majikan dan jawatan untuk rujukan semua.
Untuk makluman semua, surat pengesahan daripada majikan adalah menggunakan format yang hampir sama kerana intipati dan tujuannya adalah sama. Lazimnya, surat ini menyatakan perihal seseorang pekerja di dalam syarikat tersebut termasuk jawatan pekerja, tempoh perkhidmatan dan sebagainya. Selain itu, surat pengesahan juga perlu ditulis mengikut format rasmi yang sesuai dengan organisasi atau syarikat majikan anda seperti yang dikongsikan di bawah.
Koleksi Contoh Surat Pengesahan Majikan (Pelbagai Tujuan)
Di bawah adalah koleksi contoh-contoh surat pengesahan daripada majikan/ pengesahan jawatan untuk rujukan semua.
Proses pengesahan lantikan atau jawatan lazimnya dilakukan sebagai persetujuan menerima tawaran kerja yang tetap setelah anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh majikan masing-masing.
Apa Itu Surat Pengesahan Majikan?
Sebelum melihat contoh, kita perlu mengenal pasti apa itu surat pengesahan majikan. Ia merupakan satu dokumen yang digunakan oleh syarikat atau perniagaan untuk mengesahkan status pekerjaan seseorang. Sama ada majikan semasa atau majikan yang lepas, mengesahkan anda sedang atau telah berkhidmat untuk syarikat majikan.
Maklumat Penting Surat Pengesahan Majikan
Oleh sebab surat ini merupakan satu dokumen penting yang mungkin melibatkan agensi rasmi berkaitan kerajaan atau bank, berikut adalah antara maklumat-maklumat penting yang perlu ada untuk keperluan pihak ketiga:
- Nama dan alamat majikan
- Nama dan alamat syarikat atau agensi yang meminta pengesahan
- Nama kakitangan/staf/ pekerja yang meminta pengesahan
- Nama kakitangan yang berkait
- Maklumat pekerja (jawatan pekerja, nombor kad pengenalan dan lain-lain)
- Tarikh mula bekerja
- Informasi atau penerangan tentang kerja pekerja
- Gaji semasa pekerja
- Sebab penamatan (sekiranya berkenaan)
Kepentingan Surat Pengesahan Majikan
Antara kepentingan untuk mendapatkan surat atau dokumen ini adalah:
- Urusan rasmi: Terdapat beberapa urusan rasmi seperti permohonan visa atau pendaftaran kursus juga mungkin memerlukan surat sebagai bukti pekerjaan
- Pembelian rumah dan kenderaan: Syarikat pemaju dan penjual kenderaan juga mungkin memerlukan surat pengesahan majikan sebagai sebahagian daripada proses kelulusan pembelian
- Permohonan Pinjaman Kewangan atau kredit: Bank dan institusi kewangan memerlukan surat ini untuk mengesahkan pendapatan permohonan bagi tujuan kelulusan pinjaman
Panduan Menulis Surat Pengesahan Majikan
Berikut adalah beberapa panduan penulisan surat pengesahan untuk panduan semua:
- Gunakan kepala surat syarikat: kepala surat syarikat menambah kredibiliti kepada surat pengesahan
- Nyatakan tujuan surat: Nyatakan tujuan surat tersebut dikeluarkan dengan jelas dan tepat
- Nyatakan maklumat lengkap pekerja: Maklumat penuh pekerja seperti nama, nombor kad pengenalan, jawatan di tempat kerja, dan tarikh mula bekerja dinyatakan dengan jelas dan tepat
- Nyatakan maklumat gaji: masukkan gaji pokok pekerja dan elaun lain jika ada
- Tandangan dan nama pengesah: Surat hendaklah ditandatangani oleh individu yang berautoriti dalam syarikat sebagai pengesahan.
Di bawah adalah contoh-contoh surat pengesahan majikan yang boleh dijadikan sebagai rujukan oleh majikan atau pekerja untuk tujuan masing-masing.
Contoh 1
Pengurus (nama syarikat) (alamat syarikat)Tuan, PER: Pengesahan Jabatan Nama: (nama anda) No. K/P: (nombor kad pengenalan anda)adalah diperakui dan disahkan bahawa penama di atas adalah kakitangan kami yang berjawatan sebagai Eksekutif (Pentadbiran). Kami dengan ini mengesahkan perkara-perkara berikut: I. Telah berkhidmat selama 10 tahun. II. Taraf jawatan TETAP dan disahkan dalam jawatan pada tahun 2010. III. Gaji : RM… IV. Elaun Tetap : RM… V. Beliau bukan seorang bankrap dan tiada terdapat sebarang hukuman/ dakwaan terhadap beliau. Beliau juga bebas dari sebarang tindakan disiplin atau menunggu sebarang tindakan Jabatan atau perbicaraan di mana-mana mahkamah.(Nama Syarikat)Nama: Jawatan: Tarikh: |
Contoh 2
Ruj. Tuan: Setiausaha, Tuan, SURAT PENGESAHAN JAWATAN DAN BUTIR-BUTIR PERKHIDMATAN Dengan ini disahkan bahawa penama di bawah merupakan pegawai kami di Syarikat …………………………………………………… Berikut adalah butir-butir perkhidmatan beliau: 1.Nama: Sekian, terima kasih.
………………………………………………….. |
Contoh 3
Tarikh: Kepada yang berkenaan, Tuan/Puan, Per: PENGESAHAN PEKERJA (NAMA) Adalah disahkan bahawa pekerja di atas, (Nama), No. Kad Pengenalan:(No. Kad Pengenalan) adalah pekerja di syarikat kami dan telah bertugas sejak dari tahun 2010 sebagai pekerja am dengan purata pendapatan sebanyak RM1236.02. Sekian, terima kasih. Yang benar,Pengurus (Nama Syarikat) |
Contoh 4
SURAT PENGESAHAN PEKERJA (Nama) Pekerja yang bernama (nama), (no. kad pengenalan), telah bekerja sebagai JURUTEKNIK selama 4 tahun dari tarikh 2/2/2016 hingga 5/3/2020 di (nama syarikat) (Nama Pengurus) |
Contoh 5
GUNAKAN “LETTER HEAD” MAJIKAN Tarikh: Tuan/Puan, SURAT PENGESAHAN JAWATAN DAN KAKITANGAN Dengan ini disahkan bahawa penama ini adalah kakitangan kami di syarikat/jabatan 1.Nama: Pihak kami BERSETUJU untuk membenarkan potongan gaji bagi tujuan pembayaran balik pembiayaan pinjaman yang diberikan oleh pihak bank kepada kakitangan di atas. Sekian, terima kasih. Yang benar, …………………………………. (Pengurus Sumber Manusia/Ketua Jabatan) |
Semoga perkongsian berkenaan koleksi Contoh Surat Pengesahan Majikan serta Jawatan memberikan manfaat kepada anda. Diharapkan ia membantu memudahkan urusan anda.
Senarai Tajuk Kecil Artikel