Ramai di antara kita memerlukan dokumen surat perjanjian sewa rumah sama ada sebagai pemilik rumah mahupun penyewa. Dokumen ini yang juga dikenali sebagai ‘Tenancy Agreement’ yang menjadi kontrak antara tuan rumah dan penyewa secara bertulis serta merupakan tanggungjawab serta kewajipan kedua-dua pihak untuk mematuhi persetujuan terbabit sepanjang tempoh penyewaan.
Setiap tuan rumah mempunyai kontrak atau ikatan perjanjian yang berbeza tetapi format surat dan isi kandungannya adalah sama. Lazimnya ia mengandungi maklumat rumah yang penuh, harga sewa dan deposit, tempoh penyewaan, syarat pembaharuan, tanggungjawab tuan rumah, kewajipan penyewa serta peraturan dan larangan di rumah sewa. Perjanjian bertulis adalah lebih baik berbanding perjanjian antara mulut kerana terdapat bukti yang kukuh sekiranya berlaku perkara yang memudaratkan penyewa atau pemilik rumah sewa.
Surat Perjanjian Sewa Rumah Versi Bahasa Malaysia (BM) & Bahasa Inggeris (English)
Sebagai panduan buat semua, berikut dikongsikan format dan contoh tenancy agreement terkini. Berikut merupakan intipati yang perlu ada di dalam surat ini
1) Maklumat rumah yang penuh
- Jenis rumah (rumah teres, rumah pangsa)
- Lokasi (beserta nombor dan unit rumah)
- Sewaan bilik sahaja atau satu rumah
- Senarai inventori boleh dimasukkan ke bahagian ini
2) Harga sewa dan deposit
- Harga sewaan
- Jadual pembayaran
- Cara bayaran
- Deposit yang diperlukan
3) Tempoh penyewaan dan syarat pembaharuan
- Tarikh untuk masuk dan keluar rumah
- Klausa untuk menyambung sewaan beserta syarat-syarat
4) Tanggungjawab pemilik rumah sewa
- Nyatakan cukai berkaitan hartanah yang akan dibayar oleh tuan rumah dan sebagainya
5) Tanggungjawab penyewa
- Nyatakan persetujuan terhadap syarat-syarat pemilik rumah sewa
6) Peraturan dan larangan di rumah sewa
- Sebagai contoh, tiada kegiatan tidak bermoral seperti perjudian atau dadah dilakukan di rumah sewa
- Atau membuat sebarang renovasi di rumah tanpa pengetahuan dan persetujuan tuan rumah
Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah Bahasa Melayu
Di bawah adalah contoh versi BM untuk rujukan semua:
1) Muka hadapan
Pada ruangan ini, pemilik rumah sewa perlu menulis alamat rumah sewa, nama tuan rumah, nama penyewa dan tarikh penyerahan surat tersebut. Sekiranya rumah sewa tersebut mempunyai lebih daripada seorang penyewa, muka hadapan menjadi rujukan untuk membezakan penyewa-penyewa yang menyewa.
2) Maklumat penyewa
Ruangan ini penting bagi melihat latar belakang dan rekod penyewa anda. Yang penting adalah nombor telefon bimbit dan kad pengenalan untuk berhubung sekiranya berlaku apa-apa situasi.
3) Jadual pembayaran
Jadual ini bagi memudahkan urusan pembayaran oleh penyewa dan juga pemilik rumah sewa.
4) Senarai inventori
Senarai ini adalah rekod bertulis menunjukkan perabot atau segala perkakas perumahan rumah sewa sebagai langkah penjagaan sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan sepanjang tempoh penyewaan oleh penyewa.
5) Syarat-syarat perjanjian (Tanggungjawab Penyewa)
Contoh : Kegunaan premis
(a) Penyewa tidak boleh menggunakan atau membenarkan premis yang akan digunakan untuk tujuan yang tidak bermoral.
(b) Penyewa tidak boleh menggunakan atau membenarkan premis yang akan digunakan dalam apa-apa cara yang menyebabkan gangguan yang boleh menganggu kedamaian, ketenteraman atau privasi mana-mana penghuni premis jiran
Kebersihan premis
(a) Tuan rumah perlu memastikan bahawa premis itu dalam keadaan yang agak bersih pada hari yang dipersetujui masuk oleh penyewa.
(b) Penyewa perlu memastikan premis dalam keadaan bersih sepanjang tempoh perjanjian
Keadaan Premis
Tuan Rumah perlu:
(a) memastikan bahawa premis dikekalkan dalam keadaan baik, dan
(b) tuan rumah mengambil langkah-langkah munasabah untuk memastikan bahawa kawasan umum dikekalkan dalam keadaan baik
Kerosakkan premis
(a) PENYEWA perlu menjaga dan menyelenggara kediaman untuk mengelakkan merosakkan premis disewa
(b) Penyewa perlu mengambil langkah yang munasabah untuk mengelakkan merosakkan premis dan mana-mana kawasan kediaman
(c) PENYEWA yang menyedari terdapat kerosakan kepada premis disewa dikehendaki memberi notis kepada Tuan Rumah dengan kadar segera.
Penyerahan atau pelepasan sebahagian
(a) Penyewa tidak boleh menyerah hak atau disewa semula keseluruhan atau mana-mana bahagian premis itu tanpa kebenaran bertulis daripada tuan rumah.
(b) Tuan rumah tidak boleh meminta atau menerima apa-apa bayaran atau bayaran untuk kebenaran, kecuali berkenaan dengan apa-apa bayaran, kos atau caj yang ditanggung oleh tuan rumah berhubung dengan
penyediaan tugasan bertulis perjanjian.
6) Tandatangan persetujuan
Bagi menandakan persetujuan terhadap surat perjanjian ini, tandatangan pemilik rumah, penyewa dan saksi (jika ada) diperlukan dalam tenancy agreement sewa rumah.
Muat turun contoh tenancy agreement dalam Bahasa Melayu melalui pautan berikut:
Contoh Tenancy Agreement (English)
Bagi mendapatkan contoh tenancy agreement dalam Bahasa Inggeris, sila buka pautan di bawah:
Jenis – Jenis Deposit
Sekiranya anda keliru dengan terma dan maksud deposit yang digunakan dalam perjanjian (agreement), anda boleh rujuk maklumat berikut:
1) Deposit ‘Earnest’
- Bayaran untuk mendapatkan rumah sewa supaya tidak disewakan kepada orang lain
- Selalunya bersamaan dengan kadar sewaan rumah untuk satu bulan
- Ada pemilik rumah sewa akan gunakan sebagai bayaran sewa bulan pertama atau memulangkan semula wang kepada penyewa dan juga memegangnya sebagai wang jaminan
2) Deposit Sekuriti
- Kontrak sekiranya penyewa melanggar syarat-syarat perjanjian sewa rumah
- Selalunya bersamaan dengan kadar sewaan untuk dua bulan
3) Deposit Utiliti
- Untuk pemilik rumah membayar bil-bil utiliti yang belum dibayar apabila tempoh penyewaan tamat
- Lazimnya jumlah deposit adalah sebanyak 50% daripada kadar sewaan satu bulan.
Kos Duti Setem Untuk Perjanjian Sewa Rumah
Untuk makluman anda, surat perjanjian dianggap tidak sah dan laku dalam mahkamah selagi tiada cop duti setem oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Kadar bayaran duti setem adalah:
- Bagi perjanjian sewa rumah setahun: RM1.00 untuk setiap RM250 bagi sewa tahunan yang melebihi RM2,400
- Bagi perjanjian rumah dua tahun: RM2.00 bagi setiap RM250 daripada sewa tahunan melebihi RM2,400
- Contohnya, kalau sewa bulanan ialah RM1,000, jumlah sewa tahunan adalah RM12,000. Ni formula untuk kira duti setem:
- RM12,000 – RM2,400 = RM9,600
- RM9,600 / 250 X RM1 = RM38.40 untuk duti setem
- Contoh cop duti setem oleh LHDN adalah seperti berikut:
Diharapkan perkongsian contoh di atas dapat memberikan manfaat kepada semua. Semoga segala urusan menyewa berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Related : tuan rumah untuk untuk tujuan untuk memberi undang undang penyewa untuk, penting untuk penyewaan rumah, penyewa bersetuju, mengusir penyewa, kedua dua belah pihak, melindungi hak duti setem dan dokumen ditandatangani di hadapan saksi, perjanjian sewa itu sah, menyewakan rumah, dinyatakan dalam perjanjian, sebarang kerosakan yang disebabkan, secara keseluruhan, contoh perjanjian sewa rumah, untuk kediaman, bersetuju untuk,
Senarai Tajuk Kecil Artikel