Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Atas Pelbagai Alasan). Download Surat ketidakhadiran kerana sakit, demam, bimbang covid-19.

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Sakit, Urusan Keluarga)

contoh surat tidak hadir ke sekolah

Kepada ibu, bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak di sekolah. Kehadiran anak-anak ke sekolah adalah perkara penting dan akan direkod oleh pihak sekolah. Justeru, jika terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan seperti sakit atau urusan keluarga sehingga menyebabkan ketidakhadiran ke sekolah, anda bertanggungjawab untuk menulis surat sebagai pengesahan dan rekod kepada pihak sekolah/ guru. Di bawah dikongsikan  beberapa contoh surat ketidakhadiran ke sekolah dengan pelbagai alasan seperti sakit, demam, urusan keluarga, dan lain-lain untuk rujukan semua.

Untuk pengetahuan semua, pihak sekolah memerlukan makluman bertulis dalam bentuk surat rasmi sebagai rekod. Selain itu, alasan hendaklah kukuh dan munasabah untuk diterima oleh pihak sekolah agar rekod kehadiran pelajar berada dalam keadaan baik serta tidak dianggap ponteng sekolah. Surat ini juga membuktikan ibu, bapa dan penjaga sedia maklum kedudukan dan aktiviti anak-anak mereka pada hari persekolahan berlangsung.

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah Atas Pelbagai Alasan Munasabah

Berikut adalah perkongsian berkaitan contoh-contoh Surat ketidakhaidran ke sekolah buat rujukan kepada ibu, bapa dan penjaga. Untuk makluman semua, sila pastikan:

  • Surat hendaklah ditulis mengikut format surat rasmi
  • Surat juga sebaiknya ditulis dengan ringkas tetapi memberikan informasi yang tepat dan maklumat yang perlu sahaja
  • Alasan untuk ketidakhadiran ke sekolah hendaklah munasabah dan boleh diterima oleh pihak sekolah
  • Sekiranya terdapat surat sokongan seperti surat MC atau surat kematian, sila lampirkan bersama surat yang ditulis.

Format Surat Rasmi

Sebagai panduan untuk menulis surat rasmi, berikut adalah format surat rasmi:

(alamat pengirim)


(jawatan penerima)

(alamat penerima)                                                                                                                         (tarikh surat ditulis)

 

(kata menghadap seperti tuan/puan,)

 

(Perkara/ Tajuk surat)

 

Merujuk perkara di atas,

(Isi kandungan, dimulakan dengan nombor 2.)

 

Sekian, terima kasih.

(pengakuan pengirim)

(tandatangan pengirim)

(nama pengirim)

i) Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Cuti Sakit)

Unit 5-5, Blok B,

Flat Melati, Ayer Keroh,

75350, Melaka


Guru Kelas 5 Bijak,

SK Ayer Keroh,

Jalan Durian Tunggal,

75350, Melaka                                                                                                                                         5 Januari 2020

Tuan,

PERKARA: MAKLUMAN TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk perkara di atas, saya, Ishak Bin Yakub bapa kepada Yusof Bin Ishak pelajar 5 Bijak ingin memaklumkan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana mengalami sakit ……….. pada tarikh…….. bersamaan hari……….

2. Oleh itu, saya memohon maaf di atas ketidak hadiran anak saya ke sekolah. Saya akan pastikan anak saya akan hadir ke sekolah seperti biasa setelah mendapat kesembuhan.

3. Jika pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan anak saya, Yusof bin Ishak, pihak tuan atau sekolah boleh hubungi saya di talian bernombor …….

4. Segala kerjasama daripada pihak tuan saya hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

……………………..

(Ishak bin Yakub)

ii) Urusan Keluarga

Ketidakhadiran ke sekolah atas urusan keluarga seperti kematian atau sebagainya:

 

No. 25, Jalan Ceria 3/3

Taman Seri Cempaka,

Nilai, Negeri Sembilan,


Guru Kelas ………..,

SK Seri Cempaka,

Nilai, Negeri Sembilan                                                                                                                          5 Februari 2020

Tuan/Puan,

RAYYAN DANISH BIN AHMAD: MAKLUMAN TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Dengan hormat, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan/puan, anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada (tarikh/ hari) kerana terdapat urusan keluarga

3. Urusan tersebut tidak dapat dielakkan kerana anak saya tiada kenderaan untuk ke sekolah dan penjaga di rumah. Saya memohon maaf kerana tidak memaklumkan dengan lebih awal kerana ia berlaku secara tiba-tiba dan bersifat peribadi.

4. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan/Puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………

(Ahmad bin Dasuki)

(012-3456789)

iii) Kematian

Anuar Bin Zain,

No. 25, Jalan Megah 3,

Taman Megah, 43200,

Cheras, Selangor


Guru Darjah 2 Cerdik

Sekolah Kebangsaan Taman Megah,

43200, Cheras, Selangor                                                                                                                         7 April 2020

Tuan/ Puan,

Tidak Hadir Ke Sesi Persekolahan Pada 4 hingga 6 April 2020

Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa anak saya Haris Bin Anuar tidak hadir atas urusan kematian.

2. Saya Anuar Bin Zain, bapa kepada Haris Bin Anuar dari Darjah 2 Cerdik dukacita memaklumkan anak saya tidk dapat hadir ke sekolah pada 4 hingga 6 April 2020.

3. Hal ini kerana terdapat kematian keluarga terdekat di mana kami sekeluarga perlu uruskan dan ziarah. Sekiranya pihak sekolah mempunyai pertanyaan lanjut berkaitan ketidakhadiran anak saya, sila hubungi saya di talian 012-3456789 bagi mendapatkan kepastian.

4. Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama serta pertimbangan daripada pihak tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………..

(Anuar Bin Zain)

iv) COVID-19

(Nama Ibu/Bapa atau Penjaga Pelajar)

(Alamat rumah)


Guru Besar, (Tarikh)

(up: Guru Kelas….)

Tuan/ Puan

Permohonan Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah Kerana Bimbang Penularan COVID-19

Dengan segala hormat, perkara di atas adalah dirujuk

2. Saya …… bernombor kad pengenalan …….. yang merupakan ibu/ bapa/ penjaga kepada …………. yang berada di kelas …..

3. Saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak membenarkan anak/ jagaan saya untuk hadir ke sekolah kerana bimbang dengan penularan COVID-19. Lebih-lebih lagi, terdapat kes positif yang berdekatan dengan kawasan sekolah.

4. Saya bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan anak/ jagaan saya berada di rumah sepanjang tempoh pengecualian kehadiran ke sekolah. Segala kerja dan tugasan sekolah yang diberikan kepada anak saya akan saya pastikan diselesai dalam tempoh yang ditetapkan.

5. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan/ puan serta pihak sekolah saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Yang Benar,

……………………

(Nama ibu/ bapa/ penjaga)

v) Balik Kampung

Daripada: Alamat Penulis,

Kepada: Guru Kelas 4 Cerdas,

Sekolah Sri Cahaya,

Amanjaya, Perak.

6 Mac 2020

Tuan/Puan,

PER: Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya ……. Ibu/Bapa kepada anak yang bernama ……. ingin memaklumkan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke skolah selama ……. hari bermula pada …….. hingga …… 2020.

3. Untuk makluman tuan/puan, ketidakhadiran anak saya ke sekolah kerana …………. Saya akan memastikan anak saya hadir semula ke sekolah pada …… 2020

4. Saya juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan membantu menyimpan segala nota serta lembaran kerja bagi pihak anak saya sepanjang ketidakhadirannya ke sekolah.

Segala kerjasan dan pertimbangan daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

………………………

(nama ibu/bapa pelajar)

vi) Lain-Lain Alasan (Sakit Perut Dan Sebagainya)

Nama Pelajar,

Alamat pelajar,


Tarikh: 8/5/2020

Pengetua SMK Jalan Reko

PER: SURAT RASMI TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR KE SEKOLAH OLEH ANAK/ JAGAAN SAYA

Adalah saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya ……….. ibu/ bapa/ penjaga kepada murid bernama ………. dari kelas ………… ingin menyatakan sebab anak/ jagaan saya tidak hadir ke sekolah pada ……….

3. Anak/ jagaan saya tidak hadir ke sekolah pada tarikh yang disebutkan kerana …………..

(alasan yang munasabah untuk diterima adalah: mempunyai masalah pengangkutan ke sekolah, terdapat urusan keluarga, sakit seperti sakit perut dan sebagainya)

4. Sehubungan itu, saya memohon supaya anak saya tidak diklasifikasikan sebagai melakukan kesalahan ponteng sekolah sepanjang tarikh tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………

(nama ibu/ bapa/ penjaga)

Sekian sahaja perkongsian mengenai Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Sakit, Urusan Keluarga dan sebagainya). Diharapkan ia memberi manfaat yang berguna kepada ibu dan bapa dalam memastikan urusan persekolahan anak-anak terjaga.

Related : surat cuti sakit, 3 anak jagaan saya tidak hadir ke sekolah atas pelbagai alasan, nama anak, sijil cuti sakit, kerana sakit perut, surat tunjuk, perlu menghadiri majlis, 3 anak tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh,