Contoh Surat Tunjuk Sebab (Format Terkini). Cara menjawab surat dari majikan atau sekolah atas Pelbagai Alasan Yang Munasabah.

Contoh Surat Tunjuk Sebab (Format Terkini)

surat tunjuk sebab

Sebagai seorang pekerja, kita semestinya ingin melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna dan hadir tepat pada masa bekerja yang ditetapkan. Namun, jika berlaku kecemasan seperti masalah kesihatan, urusan keluarga dan sebagainya, pihak majikan memerlukan surat tunjuk sebab kenapa kita tidak hadir bekerja atau lewat masuk ke tempat kerja. Oleh itu, berikut dikongsikan Contoh Surat Tunjuk Sebab (Tidak Hadir Kerja & Lewat) sebagai rujukan untuk semua.

Secara tidak rasmi, kita akan memaklumkan kelewatan atau sebab tidak hadir ke tempat kerja melalui panggilan telefon atau aplikasi hantaran mesej kepada pengurus atau mereka yang berkenaan. Tetapi dari sudut pihak majikan, mereka memerlukan makluman bertulis secara rasmi sebagai rekod untuk memudahkan pengurusan atau hal ehwal pekerja masing-masing

Contoh Surat Tunjuk Sebab Format Terkini

Di bawah dikongsikan Contoh Surat Tunjuk Sebab (Tidak Hadir Kerja & Lewat) sebagai panduan. Anda diingatkan untuk menulis surat secara digital dan cetak untuk diberikan kepada majikan. Sebab atau alasan yang diberikan juga hendaklah munasabah untuk diterima pakai oleh majikan.

Format Surat Tunjuk Sebab

Anda boleh merujuk format di bawah sebagai panduan untuk menulis surat tunjuk sebab berdasarkan maklumat diri serta majikan masing-masing:

(nama pekerja)
(alamat pekerja)Tarikh : (tarikh)Pengurus,
(nama syarikat)
(alamat syarikat)(kata menghadap seperti tuan/puan,)(Perkara/ Tajuk surat – SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR BEKERJA)

Merujuk perkara di atas, saya (nama pekerja) tidak dapat hadir bekerja pada (tarikh)

(Isi kandungan, dimulakan dengan nombor 2.)Sekian, terima kasih.

Yang benar,
(tandatangan pekerja)
(nama pekerja)

Contoh 1 – Sebab Tidak Hadir Kerja

Abu Bin Bakar
Unit 3-3, Flat Seri Indah,
Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Tarikh : 5 Ogos 2021

Pengurus,
Syarikat Edaran Air Berkarbonat Nasional,
Lot 12, Taman Perindustrian Petaling Jaya,
46300, Selangor

Tuan,

SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR KERJA

Dengan hormatnya, saya Abu Bin Bakar merujuk perkara di atas dan ingin memaklumkan ketidak hadiran saya bekerja pada 2 hingga 3 Ogos 2021.

2. Sebab saya tidak hadir kerana menziarahi kematian abang saya di Pulau Pinang akibat COVID-19. Sebagai seorang sahaja adik-beradik yang ada, saya perlu membantu ibu dan bapa saya menguruskan jenazah dan sebagainya.

3. Saya ingin memohon maaf atas ketidak hadiran saya yang menyulitkan proses pekerjaan syarikat dan pihak tuan.

4. Saya akan memastikan untuk mencari rakan pengganti sekiranya berlaku lagi situasi seperti ini pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
____________
Abu Bin Bakar

Contoh 2 – Lewat Hadir Bekerja

Bakar Bin Abu
No 15, Jalan Tiung, Taman Meringin
77500, Alor Gajah, Melaka

Tarikh : 25 Julai 2021

Pengurus,
Kilang Lee International,
3, Taman Perindustrian Alor Gajah,
77500, Melaka

Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB LEWAT HADIR KERJA

Merujuk perkara di atas, saya, Bakar bin Abu ingin menyatakan sebab-sebab lewat hadir ke tempat kerja pada 3 Mac 2021.

2. Untuk makluman, saya lewat hadir ke kerja pada 3 Mac 2021 kerana mengalami kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Namun begitu, saya hanya mengalami luka ringan dan telah membuat pemeriksaan kesihatan di klinik berdekatan.

3. Saya ingin memohon maaf atas kelewatan saya untuk hadir ke tempat kerja dah telah menyulitkan urusan syarikat.

4. Saya akan lebih berhati-hati untuk tidak mengulangi perkara ini dan akan memaklumkan puan terlebih dahulu jika lewat datang kerja pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
____________
Bakar bin Abu

Contoh 3 – Surat Tunjuk Sebab Format Lain

Kepada Pihak Yang Berkenaan,

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR SEBAGAI SUKARELA PPV

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Saya Hazirah Binti Amir tidak dapat hadir ke PPV Axiata Arena sebagai sukarelawan pada hari Selasa 15 Julai 2021

3. Sebab saya tidak hadir adalah kerana perlu menghadiri temuduga kerana menerima tawaran pekerjaan.

4. Dengan itu, saya memohon maaf di atas ketidak hadiran saya untuk memberikan khidmat sukarelawan di PPV pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
…………………..
(Hazirah Binti Amir)

Contoh 4 – Surat Tunjuk Sebab Kesalahan Tata Tertib

Ali Bin Azwan
No, 25. Jalan Megah, Taman Permai Indah,
43000, Kampung Sungai Pinang, Perak

Tarikh : 4 Ogos 2020

Pengurus,
Kedai Runcit Spedmart,
Cawangan Kampung Sungai Pinang, Perak

Tuan,

SURAT TUNJUK SEBAB KESALAHAN TATA TERTIB

Dengan segala hormat, saya merujuk kepada perkara di atas telah melakukan kesalahan meletakkan harga yang salah pada produk Dutch Lady bertarikh 25 Julai 2021.

2. Saya, Ali bin Azwan mengaku silap meletakkan harga pada produk yang telah disebutkan kerana keliru dengan waktu promosi dijalankan.

3. Oleh itu, saya memohon maaf sekiranya kesalahan saya menyulitkan pengurusan kedai.

4. Saya berharap kesalahan ini tidak menjejaskan reputasi kerja saya dan berjanji untuk menjadi lebih teliti dalam melakukan kerja-kerja berkaitan

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
___________
(Ali Bin Azwan)

Contoh 5 – Surat Tunjuk Sebab Perlu Kuarantin

Onn Bin Jaafar
Lot. 10, Jalan Besar,
48011, Meru, Selangor

7 Julai 2021

Pengurus,
Kilang Edaran Motorsikal Nasional,
Pelabuhan Klang, Selangor

Tuan/Puan,

Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Bekerja Kerana Kuarantin COVID-19

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya Onn Bin Jaafar, yang bertugas sebagai Warehouse Supervisor ingin memaklumkan kepada pihak Tuan/Puan mengenai ketidak hadiran saya pada 7 Julai hingga 17 Julai 2021.

Untuk makluman pihak Tuan/Puan ketidak hadiran saya pada tarikh berikut kerana perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah setelah disahkan positif COVID-19. Oleh itu, bagi mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) saya perlu menjalani kuarantin selama 10 hari.

Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak Tuan/Puan dapat memberikan kerjasama dan harap maaf di atas segala kesulitan

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
____________
(Onn Bin Jaafar : 010-555 5577)

Diharapkan perkongsian berkenaan Contoh Surat Tunjuk Sebab (Tidak Hadir Kerja & Lewat) dapat memudahkan urusan kerja anda.

Related : logik dan masuk akal, berikut ialah contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kerja, majikan kepada pekerja, hadir ke mesyuarat, kesalahan tata tertib, berjanji tidak akan mengulangi, surat tunjuk sebab ketidakhadiran, dikeluarkan oleh majikan, ketidakhadiran saya menyusahkan tuan, surat tunjuk sebab kesalahan, memohon maaf sekiranya ketidakhadiran, kursus berlangsung,